You are on page 1of 30

JENIS ALATAN KERJA LUKISAN

JENIS GARISAN
JENIS PENGHURUFAN
LUKISAN TEKNIK DAN BANGUNAN
03.01 – DRAW BASIC TECHNICAL DRAWING

TUJUAN:
 Kenal peralatan untuk melukis lukisan teknik dan
bangunan
 Kenal jenis garisan
 Kenal jenis penghurufan
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
PAPAN / MEJA LUKISAN

 merupakan alat tempat meletak


kertas lukisan dan melukis di
atasnya
 Saiz papan ini hendaklah
sekurang-kurangnya 600 mm x
900 mm (24 inci x 36 inci) bagi
kertas biasa
 Mukanya mestilah licin, rata dan
empat sisinya lurus
 Apabila melukis dengan
menggunakan papan lukis ini, ia
dicondongkan lebih kurang 10
darjah hingga 15 darjah
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
SESIKU T

 Sesiku T ini digunakan


untuk mendapat garis rata
selar
 Sesiku T ini biasanya dibuat
daripada kayu atau plastik
 Apabila memilih sesiku T
pastikan sesiku itu kukuh,
bersudut tepat 90 darjah dan
mempunyai sisi yang lurus
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
SET SESIKU

 Sesiku digunakan untuk melukis garisan


lurus tegak dan condong
 Satu daripadanya mempunyai sudut 30
darjah, 60 darjah dan 90 darjah, dan yang
satu lagi mempunyai sudut 45 darjah dan
90 darjah
 Cara mempastikan ketepatan sudut tepat
sesiku: -
 Letakkan sesiku di atas sesiku T dan buat
garisan tegak
 Balikkan sesiku itu ke belah yang lain dan
buat satu lagi garisan tegak
 Ukuran jarak antara kedua-dua garis itu.
Kalau jaraknya tidak sama, sesiku ini tidak
tepat.
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
STENSIL

 Stensil digunakan untuk


melukis bentuk khas seperti
bulatan, lengkuk dan
sebagainya
 Biasanya ia dibuat daripada
plastik
 Apabila menggunakan stensil,
pensil yang tajam mesti
digunakan untuk mendapatkan
lukisan yang tepat
 Stensil bebas
 Stensil bulatan
 Stensil tulisan
 Stensil seni
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
JANGKA SUDUT

 Protraktor ini digunakan untuk


mengukur sudut dalam sesuatu
lukisan.
 Ia berbentuk bulat atau semi-
bulatan dan mempunyai ukuran
darjah
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
JANGKA LUKIS
 Jangka lukis ialah satu alat
yang penting untuk lukisan dan
ia digunakan untuk membuat
lengkok dan bulatan
 Jangka Lukis sengkang besar
 Biasanya ia berbentuk jangka
lukis biasa. Apabila membuat
bulatan besar, sengkang
dipasangkan di antara kedua-
dua kakinya;
 Jangka Lukis spring
 Jangka lukis ini mempunyai
spring yang boleh
diubahsuaikan jaraknya untuk
mendapatkan jarak yang tepat.
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
ALAT BAHAGI

 Alat bahagi mempunyai bentuk


yang hampir sama dengan jangka
lukis, tetapi ia mempunyai dua
jarum pada kedua-dua kaki
 Alat bahagi ini digunakan untuk
mengambil jarak yang sama
 Kadang-kadang alat ini disatukan
dengan jangka lukis dengan
menukarkan kaki mata pensel
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
KERTAS

 Ada beberapa jenis kertas yang biasa digunakan


untuk lukisan teknik.
 Kertas surih
 Kertas ini digunkan untuk lukisan mekanik dan
teknik binaan. Lukisan pada kertas ini senang
disalin dan sesuai dilukis dengan menggunakan
pen dan pensel. Tetapi kertas ini mudah terkoyak
dan kuncup apabila terkena air. Selain daripada
kertas ini, kain surih dan filem surih juga
digunakan untuk menyalin.
 Kertas putIh
 Kertas putIh yang sesuai untuk lukisan teknik


A0 841 X 1,189 34” X 44” E mestilah licin, tahan pemadam dan tebal sedikit
A1 594 X 841 22” X 34” D
 A2 420 X 594 17” X 22” C
daripada kertas biasa. Kertas ini digunakan untuk
 A3 297 X 420 11” X 17” B latihan melukis dan untuk pameran. Ia tidak
 A4 210 X 297 8” X 11” A sesuai digunakan untuk menyalin lukisan. Selain
daripada kertas ini. “Kertas watt” juga digunakan
untuk lukisan cat air.
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
PENSEL

 Pensil merupakan satu alat keperluan


untuk melukis. Ada beberapa jenis
pensil yang digunakan
 Pensil kayu
 Untuk lukis teknik, pensil yang
berbentuk heksagon sesuai digunakan
kerana senang dipegang dan tidak
berguling. Pensil terbahagi kepada
beberapa jenis mengikut kekerasan
matanya. Huruf dan nombor yang
terdapat pada batang pensil
menunjukkan kekerasan mata pensil
 Pensil mekanik
 Pensil ini mempunyai mata yang
panjang, boleh diubahsuai dan tidak
payah ditajamkan. Mata pensil ini
berdiameter 0.3 hingga 0.7 mm atau
sama dengan mata pensil kayu biasa.
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
MATA PENSEL
 Mata pensil boleh dibahagi kepada 18 jenis, daripada 7B (yang paling lembut)
sehingga 9H (yang paling keras).

 Mata pensil diperbuat daripada bahan mentah grafit dan tanah liat.

 Mata pensil yang lembut mengandungi lebih banyak tanah liat daripada bahan
grafit, kerana itu, kekerasan mata pensil bergantung kepada nisbah kandungan
grafit dan tanah liat.

 Jenis mata pensil dan kegunaan


 Mata pensil keras 9H sehingga 4H digunakan untuk lukisan ringkas dan lukisan
mekanik
 Mata pensil kekerasan sederhana 3H sehingga B digunakan untuk lukisan
teknik umum.
 Mata pensil lembut 2B sehingga 7B digunakan utnuk lukisan lakaran dan
lukisan seni.
JENIS ALATAN KERJA LUKISAN
PEMADAM

 Pemadam yang biasa digunakan untuk memadam garisan pensil ialah


pemadam getah. Pemadam ini mestilah bermutu tinggi.
 Selain daripada pemadam jenis, pemadam pasir digunakan untuk
memadam dakwat.
 Habuk pemadam mestilah disapu dengan berus kecil atau kain lembut.
Jangan sekali-kali disapu dengan tangan kerana ini akan mengotorkan
lukisan.
 Sebaik-baiknya elakkan atau kurangkan penggunaan pemadam.
JENIS-JENIS GARISAN

GARISAN BINAAN

 Garisan binaan ini sangat


halus dan ia digunakan
sebagai garisan panduan.
 Selepas siap melukis,
garisan ini tidak
ditunjukkan, oleh itu garisan
binaan ini hendaklah dibuat
sehalus yang mungkin
JENIS-JENIS GARISAN

GARISAN SEMPADAN
 Garisan yang paling hitam
ini dibuat di sekeliling kertas
lukisan.
 Kerja-kerja melukis hanya
dijalankan di dalam kawasan
garisan sempadan ini.
JENIS-JENIS GARISAN

GARISAN OBJEK/BENDA

 Garisan ini menunjukkan


bentuk benda yang boleh
dilihat iaitu tepi, garisan
luar dan sebagainya.
Garisan ini hitam dan tidak
putus-putus. Ia cerah
sedikit daripada garisan
sempadan, tetapi hitam
daripada garisan-garisan
lain
JENIS-JENIS GARISAN
GARISAN DIMENSI

 Garisan ini digunakan untuk


menunjukkan sesuatu jarak di
antara dua takat dan ia sangat
halus. Kedua-dua hujung
dimana garisan ini garisan dan
garisan saksi bertemu dibuat
anak panah atau titik
JENIS-JENIS GARISAN
GARISAN SAKSI

 Garisan ini digunakan


untuk menolong
menunjukkan dimensi,
iaitu ia digariskan dari
garisan benda ke
garisan dimensi dan
halus seperti garisan
dimensi.
 Garisan saksi
hendaklah dijarakkan
sedikit daripada
garisan benda.
JENIS-JENIS GARISAN
GARISAN PEMOTONG

 Garisan ini digunakan untuk


menunjukkan bahagian yang
dikecualikan. Ia berbentuk
seperti ombak dan
disambungkan dengan
garisan halus.
 Contohnya apabila melukis
rasuk yang panjang, tidak
payahlah dilukis panjang
rasuk itu sepenuhnya kerana
bentuknya sama,
memadailah dengan hanya
melukis kedua-dua
hujungnya sahaja seperti
yang ditunjukkan dalam
rajah di bawah ini.
JENIS-JENIS GARISAN

GARISAN TENGAH

 Garisan tengah ialah garisan


halus yang terdiri daripada
garisan pendek dan garisan
panjang berselang-seli.
 Garisan ini digunakan untuk
menunjukkan tengan tembok,
tengah tiang, garisan paksi
garisan putus bulatan dan
lengkok dan lain-lain lagi.
JENIS-JENIS GARISAN

GARISAN TERSEMBUNYI

 Garisan ini terdiri daripada


garisan putus-putus yang hitam
sedikit dan ia digunakan untuk
menunjukkan bahagian yang
tidak nampak.
JENIS-JENIS GARISAN

GARISAN PENUNJUK
 Garisan ini halus seperti
garisan dimensi dan pada satu
daripada hujungnya dibuat
anak panah. Garisan ini
digunakan untuk memberi
nama, ukuran dan keterangan
pada lukisan
JENIS-JENIS GARISAN
 SIMBOL
 Simbol digunakan dalam
lukisan keratan rentas.
 Dengan menggunakan simbol
sesuatu lukisan itu lebih
mudah difahami.
 Simbol ditunjukkan dengan
garis halus atau bentuk
bahannya.
JENIS-JENIS GARISAN
TULISAN
 Sebenarnya, garisan tidak cukup untuk
menerangkan sesuatu pelan bangunan,
mesin, benda dan sebagainya. Ini adalah
kerana garisan sahaja tidak boleh
menerangkan ukuran, jenis bahan dan
barang.
 Oleh sebab itu penerangan diberikan pada
sesuatu lukisan teknik dengan
mengunakan tulisan. Tulisan yang
digunakan hendaklah mengikut standart
seperti di bawah ini.

 Jenis bentuk tulisan


 Huruf besar A.B.C untuk kegunaan
umum
 Huruf kecil a.b.c Untuk perhatian /
keterangan
 Nombor 1.2.3 untuk ukuran

You might also like