You are on page 1of 21

Bab 5: Air dan Larutan

5.6
KAEDAH
PENULENAN AIR

1
FuiLin@SMK DC
Sumber Semula Jadi Air

Bab 5: Air dan Larutan


• Lebih kurang 75% permukaan Bumi diliputi oleh
air terutamanya oleh lautan. Hanya 3% daripada
air ini adalah air tawar dan boleh diminum.
• Air semula jadi mengandungi benda terlarut dan
perlu dirawat sebelum selamat diminum.
• Kandungan bahan terlarut dan kotoran dalam air
daripada sumber semula jadi mengikut urutan
bertambah ditunjukkan di bawah.
Air hujan →air mata air →air telaga → air sungai
→air kolam → air laut

2
FuiLin@SMK DC
Sebab-sebab Penulenan Air

Bab 5: Air dan Larutan


Penulenan air membolehkan kita memperoleh
air yang …
1) Bersih, tiada rasa dan bau.
2) Telah disingkirkan kotoran seperti daun dan
sampah-sarap
3) Telah disingkirkan mendakan dan lumpur.
4) Telah terbebas daripada bahan terlarut yang
berbahaya seperti plumbum dan merkuri 水

5) Bebas daripada patogen 细菌 .
6) Mengandungi mineral yang diperlukan untuk
menguatkan gigi dan tulang seperti fosforus.
FuiLin@SMK DC
3
Kaedah Penulenan Air

Bab 5: Air dan Larutan


1. Pendidihan
2. Pengklorinan
3. Penapisan
4. Penyulingan

4
FuiLin@SMK DC
Pendidihan

Bab 5: Air dan Larutan


• Air dipanaskan sehingga
mendidih.
• Menggunakan haba untuk
membunuh mikroorganisma
dalam air.
• Kelebihan: air adalah bebas
daripada mikroorganisma yang
berbahaya.
• Kelemahan: air masih mempunyai
bahan terlarut dan bahan
terampai.
5
FuiLin@SMK DC
Pengklorinan

Bab 5: Air dan Larutan


• Klorin ditambah ke dalam air
untuk membunuh
mikroorganisma.
• Kelebihan: air adalah bebas
daripada mikroorganisma yang
berbahaya. Penitis

• Kelemahan: air masih


mempunyai bahan terlarut dan
Larutan
bahan terampai. klorin

air
6
FuiLin@SMK DC
Penapisan/ Penurasan 过滤

Bab 5: Air dan Larutan


• Mengasingkan bendasing
yang kasar seperti bahan
terampai.
• Kelebihan: air adalah jernih
dan bebas daripada bahan
terampai.
• Kelemahan: air masih
mempunyai bahan terlarut
dan mikroorganisma.

7
FuiLin@SMK DC
Penyulingan 蒸馏法

Bab 5: Air dan Larutan


• Air lumpur dipanaskan sehingga mendidih ►
proses pendidihan.
• Stim yang terbebas disejukkan oleh air pili
yang disalurkan melalui kondenser Liebig dan
menjadi air

8
FuiLin@SMK DC
Penyulingan

Bab 5: Air dan Larutan


• Untuk menyingkirkan bahan
terampai dan bahan terlarut
dalam air.
• Kelebihan: air adalah bebas
daripada semua bahan seperti
mikroorganisma, bahan
terampai,dan bahan terlarut.
• Kelemahan: tidak mempunyai
garam mineral terlarut yang
diperlukan oleh badan.

9
FuiLin@SMK DC
Aplikasi Cara Penulenan Air dalam

Bab 5: Air dan Larutan


Kehidupan Harian
• Pendidihan (Boiling)
–Air paip dididihkan sebelum diminum.
• Penapisan / Penurasan (Filtration)
–Air sungai ditapis sebelum disalurkan kepada
pengguna di rumah.

10
FuiLin@SMK DC
Aplikasi Cara Penulenan Air dalam

Bab 5: Air dan Larutan


Kehidupan Harian
• Penyulingan
–Klinik dan hospital menggunakan air suling
untuk membancuh ubat.
• Pengklorinan
–Klorin dicampurkan pada air di dalam kolam
renang untuk membunuh mikroorganisma.

11
FuiLin@SMK DC
Uji kendiri 5.6

Bab 5: Air dan Larutan


1. Nyatakan 2 sumber air semula jadi yg
utama di Bumi
2. Rajah 5.37 menunjukkan sebuah alat
a) Apakah fungsi alat ini ?
b) Adakan air yg keluar daripada x sesuai
diminum
c) Beri 1 sebab bagi jawapan di 2(b)
3. a) Nyatakan kaedah pembersihan air berikut
dilakukan.
i) Pendidihan
ii) Penyulingan
12
FuiLin@SMK DC
Bab 5: Air dan Larutan
3.b) Bandingkan pendidihan dan
penyulingan dari aspek berikut

i) Kelebihan
ii) Kekurangan
4. Nyatakan sebab pengklorinan
digunakan utk membersihkan
air kolam renang awam.

©NGFL/SMK DC 13
FuiLin@SMK DC
JAWAPAN UJI KENDIRI

Bab 5: Air dan Larutan


1. Nyatakan 2 sumber air semula jadi yg utama di Malaysia
Sungai dan telaga

2. Rajah 5.37 menunjukkan sebuah alat

a) Apakah fungsi alat ini ?


Menyingkirkan bendasing terampai daripada air

b) Adakah air yang keluar daripada x sesuai diminum ?


Air tidak sesuai diminum

c) Beri 1 sebab bagi jawapan di 2(b)


Air masih mengandungi mikroorganisma berbahaya yang boleh
menyebabkan
penyakit.

©NGFL/SMK DC 14
FuiLin@SMK DC
3. a) Nyatakan kaedah pembersihan air di berikut dilakukan.

Bab 5: Air dan Larutan


i) Pendidihan
Air dipanaskan sehingga mencapai takat didih
ii) Penyulingan
Air dididihkan untuk membentuk stim. Stim yg
panas di kondensasi untuk
membentuk air suling.
b) Bandingkan pendidihan dan penyulingan dari
aspek berikut
i) Kelebihan
Kedua-dua proses dapat membunuh
mikroorganisma berbahaya di dalam air
ii) Kekurangan
Pendidihan tidak dapat menyingkirkan bendasing
terlarut atau bahan terampai daripada air,
manakala penyulingan menyingkirkan semua
mineral terlarut yang penting kepada badan.

©NGFL/SMK DC 15
FuiLin@SMK DC
4. Nyatakan sebab pengklorinan digunakan

Bab 5: Air dan Larutan


untuk membersihkan air
kolam renang awam.
Untuk membunuh mikroorganisma yang hadir
di dalam air

©NGFL/SMK DC 16
FuiLin@SMK DC
SOALAN TAMBAHAN

Bab 5: Air dan Larutan


1. Pembersihan air diperlukan untuk menyingkirkan _____________ ,
_____________ , ____________ , ____________ dan __________
daripada air supaya selamat diminum
2. Nyatakan 3 kaedah pembersihan air.
3 Berikan maksud di bawah.
a) Penyulingan
b) Pengklorinan
c) Pengozonan
4. Mengapakah air laut tidak sesuai diminum ?
5. Berikan kelebihan dan kekurangan air didih dan
air suling

©NGFL/SMK DC 17
FuiLin@SMK DC
Bab 5: Air dan Larutan
1. Pembersihan air diperlukan untuk menyingkirkan bau ,
warna , rasa ,
mikroorganisma dan bahan kimia berbahaya daripada
air supaya selamat
diminum.
2. Nyatakan 3 kaedah pembersihan air.
Penyulingan,Pengozonan,Penyinaran ultraungu
3. Berikan maksud di bawah.
a) Penyulingan
Air dipanaskan sehingga mendidih kemudian stim
disejukkan untuk
memperoleh air yang bebas daripada semua
bendasing, dipanggil air suling

©NGFL/SMK DC 18
FuiLin@SMK DC
Bab 5: Air dan Larutan
b) Pengklorinan
Klorin dalam kuantiti yang kecil dilarutkan didalam air
minuman dan air
kolam renang untuk membunuh mikroorganisma yang
berbahaya
c) Pengozonan
Ozon diguna untuk mensteril air kolam renang dan
di sesetengah loji
pembersihan air
4. Mengapakah air laut tidak sesuai diminum?
Kerana kandungan garam yang terlarut terlalu tinggi

©NGFL/SMK DC 19
FuiLin@SMK DC
Bab 5: Air dan Larutan
4. Mengapakah air laut tidak sesuai diminum?
Kerana mengandungi larutan garam yang terlalu tinggi

©NGFL/SMK DC 20
FuiLin@SMK DC
5. Berikan kelebihan dan kekurangan air suling dan air
didih

Bab 5: Air dan Larutan


a) Air didih
Kekurangan:
Tidak sesuai digunakan sebagai pelarut dalam bidang
perubatan
Kelebihan:
Air didih yang disejukkan sesuai dijadikan air minuman

b) Air suling
Kekurangan:
Kurang sesuai diminum kerana kandungan mineral yang diperlukan
oleh badan manusia
Kelebihan:
Sesuai digunakan dalam penyediaan larutan kimia

©NGFL/SMK DC 21
FuiLin@SMK DC

You might also like