You are on page 1of 12

HIA 101 2023

ASPEK-ASPEK
UTAMA
HUKUM
ISLAM: IJMAK
DR UMAR MUHAMMAD NOOR
MUKADIMAH

Dalil-dalil yang disepakati sebagai sumber


hukum Islam adalah al-Quran, Sunnah, ijmak
dan qiyas.

Pada sesi ini dan esok, kita akan mempelajari


pengertian ijmak dan qiyas.
DEFINISI IJMAK
 Ijmak adalah kesepakatan semua
mujtahid dalam kalangan umat
Muhammad s.a.w, selepas
kewafatan baginda, pada sesuatu
zaman, mengenai sesuatu hukum.
 Persetujuan selain mujtahid tidak
diambilkira dalam ijmak
IJMAK BERASASKAN
DALIL

 Abu Ishaq Al-Shirazi berkata:


 “Ketahuilah bahawa ijmak tidak berlaku
melainkan kerana ada dalil. Maka apabila kita
menemukan ijmak ulama atas satu hukum,
maka kita memastikan bahawa ada dalil yang
mendasari ijmak tersebut, sama ada kita
mengetahuinya ataupun tidak.” (al-Luma‘ fi
Usul al-Fiqh)
TINGKATAN IJMAK
TINGKATA JENIS KETERANGAN KEHUJAHAN
N IJMAK
1 SARIH Semua mujtahid menyatakan Disepakati
pandangan mereka sebulat suara

Seorang mujtahid atau lebih Diperselisihkan. Para ulama terbahagi


menyatakan pandangan mereka kepada 3 kumpulan:
2 SUKUTI tanpa mencetuskan penentangan Kumpulan 1: tidak mengiktirafnya
dan kritikan daripada semua sebagai ijmak.
mujtahid yang lain. Kumpulan 2: memandangnya sebagai
ijmak.
Kumpulan 3: tidak memandangnya
sebagai ijmak namun menerimanya
sebagai hujah.

Abu Zahrah, h. 205


CONTOH IJMAK
 Solat tidak sah tanpa bersuci terlebih dahulu bagi orang yang
mampu
 Tertawa membatalkan solat
 Tidak sah wuduk melainkan dengan menggunakan air mutlak
 Air liur haiwan yang halal dimakan adalah suci
 Perempuan haid tidak wajib mengqadak solat, namun wajib
mengqadak puasa.
 Tidak sah solat tanpa niat
 Perempuan dibenarkan menghadiri solat jumaat bersama imam
dan gugur solat zuhur selepas itu.
 Apabila pasangan suami isteri bercerai, dan mereka memiliki
anak yang masih kecil, maka isteri lebih berhak untuk
mengasuhnya selagimana ia belum menikah lagi.
HIMPUNAN
IJMAK
 Kitab yang menghimpun
masalah-masalah hukum
yang telah berlaku ijmak
dalam kalangan ulama:
 Al-Ijmak karya Ibn al-
Mundhir (m. 318 H)
 Maratib al-Ijma’ karya Ibn
Hazm (m. 456 H)
DALIL KEHUJAHAN
IJMAK
1. Ayat al-Quran:

‫َو َم ْن ُيَش اِقِق الَّرُس وَل ِم ْن َبْع ِد َم ا َتَبَّيَن َلُه اْلُهَد ى َو َيَّتِبْع َغ ْيَر‬ 
‫َس ِبيِل اْلُم ْؤ ِمِنيَن ُنَو ِّلِه َم ا َتَو َّلى َو ُنْص ِلِه َج َهَّنَم َو َس اَء ْت َم ِص يًر ا‬

 “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah


sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk
(yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang
lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan
memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang
dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan
memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka
jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” al-
Nisa ayat 115.
DALIL KEHUJAHAN IJMAK

2. Hadith
‫ال تجتمع أمتي على ضاللة‬
Maksudnya: “Umat ku tidak akan berhimpun dalam
kesesatan.” (Ahmad)

3. Athar Ibn Mas’ud:


‫َم ا َر آُه اْلُم سلُم وَن حسنا َفُهَو ِع ْند هللا حسن‬
Maksudnya: “Apa yang dilihat baik oleh kaum
muslimin, maka dia baik di sisi Allah.” (Ahmad dalam
Sunnah).
MENYALAHI IJMAK

 Menyalahi hukum yang telah ditetapkan oleh ijmak sarih


adalah haram. Pelakunya dihukumkan sesat bahkan boleh
dihukumkan kafir dengan syarat-syarat tertentu.
 Hukum yang menyalahi ijmak turut tertolak dan tidak
diterima sebagai bahagian daripada Islam.
PANDANGAN YANG MENYALAHI
IJMAK
NO PANDANGAN MENYIMPANG ALASAN
1 Bahagian harta warisan bagi anak perempuan Konteks berubah
sama dengan anak lelaki
2 Daging khinzir halal apabila dijaga pemakanannya Sebab pengharaman khinzir adalah
pemakanan yang tidak higiens pada
zaman dahulu, berbeza dengan
zaman sekarang.
3 Arak halal di negeri-negeri sejuk Maslahat menjaga tubuh badan
4 Halal pembuatan patung Sebab pengharaman ialah tradisi
penyembahan berhala
RUJUKAN

‘Abdul Wahhab Khalaf. ‘Ilm Usul al-Fiqh. Damyik: Darul


Qalam, 1978.
Muhammad Abu Zahrah. Usul al-Fiqh. Mesir: Dar al-Fikr
al-’Arabi.
Mahmood Zuhdi. Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya, 1988.
Yusuf al-Qaradawi. 2010. Al-Fatawa al-Shadhah. Kaherah: Dar
al-Shuruq.

You might also like