You are on page 1of 30

PANDUAN MEMAHAMI

PENULISAN KATA KERJA


DALAM DSKP SAINS (SR)

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
1. Mengenal pasti Sumber : BT Sains T4
Murid boleh:
• Mengecam atau mengingat
semula sesuatu perkara.
• Boleh ditaksir secara lisan,
bertulis, lakaran atau TMK.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
2. Menyatakan Sumber : BT Sains T3
Murid boleh:
• Memberitahu, memaklumkan, melaporkan.
• Boleh ditaksir secara lisan, bertulis, lakaran
atau TMK.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
3. Memerihalkan Sumber : BT Sains T3

Murid boleh:
• Menceritakan, menerangkan, menyatakan
dengan jelas, menghuraikan.
• Boleh ditaksir secara lisan, bertulis,
lakaran atau TMK.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
4. Menghubungkait Sumber : BT Sains T5

Murid boleh:
• Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau
peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak
perhubungan.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
5. Menjelaskan dengan Contoh Sumber : BT Sains T3

Murid boleh:
• Membuat penjelasan tentang sesuatu perkara
dengan memberi contoh yang sesuai.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
6. Menjelaskan melalui Contoh Sumber : BT Sains T3

Murid boleh:
• Menggunakan contoh yang sesuai untuk
menerangkan sesuatu perkara.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
7. Mencirikan Sumber : BT Sains T5

Murid boleh:
• Mengenal pasti kriteria seperti ciri,
sifat, kualiti dan unsur sesuatu
konsep atau objek.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
8. Mengitlak Sumber : BT Sains T5
Murid boleh:
• Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu
perkara untuk keseluruhan kumpulan
berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau
beberapa maklumat daripada kumpulan.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
9. Menjana Idea Sumber : BT Sains T4

Murid boleh:
• Menghasilkan idea berkaitan sesuatu perkara.
• Proses ini dijalankan dalam bentuk perbincangan
kumpulan dan boleh dijelmakan dalam bentuk
carta, catatan dan lain-lain.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
10. Menaakul Sumber : BT Sains T4

Murid boleh:
• Memberi penerangan yang
munasabah untuk menyokong
hujahan, tanggapan, rumusan
atau keputusan yang telah dibuat.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
11. Membanding dan Membezakan Sumber : BT Sains T3
Murid boleh:
• Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur Sesutu
objek atau peristiwa.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
12. Mentafsir Sumber : BT Sains T5

Murid boleh:
• Memberi penerangan atau penjelasan tentang
sesuatu ayat atau gambar rajah.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
13. Meramal Sumber : BT Sains T4

Murid boleh:
• Membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian
dan pengalaman yang lalu atau data
yang boleh dipercayai.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
14. Melakar Sumber : BT Sains T3
Murid boleh:
• Melukis secara kasar atau membuat rajah
yang hampir baik untuk mendapatkan
gambaran yang dimaksudkan.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
15. Membuat Kesimpulan Sumber : BT Sains T5

Murid boleh:
• Membuat ringkasan atau rumusan daripada apa
yang dibicarakan/dipelajari daripada sesuatu
proses.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
16. Berkomunikasi Sumber : BT Sains T5
Murid boleh:
• Menerima, memilih, menyusun dan
mempersembahkan maklumat atau idea
dalam bentuk lukisan, lisan, jadual, graf,
rajah atau model.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
17. Mengeksperimen Sumber : BT Sains T5

Murid boleh:
• Merancang dan menjalankan penyiasatan
untuk menguji sesuatu hipotesis,
mengumpulkan data, mentafsir data
sehingga mendapat rumusan daripada
penyiasatan.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
18. Menjalankan Penyiasatan Sumber : BT Sains T3
Murid boleh:
• Menjalan pengujian/membuktikan sesuatu
perkara atau kaedah menyelesaikan sesuatu
masalah yang dijalankan secara sistematik.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
19. Menyelesaikan Masalah

Murid boleh:
• Menggunakan pengetahuan berkaitan
sesuatu konsep atau perkara untuk
menyelesaikan permasalahan dalam situasi
yang diberikan.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
Sumber : BT Sains T5

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
20. Membuat Urutan Sumber : BT Sains T3
Murid boleh:
• Menyusun objek atau maklumat mengikut
tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau
sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau
bilangan.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
21. Mengelas Sumber : BT Sains T3
Murid boleh:
• Mengasing dan mengumpulkan objek atau
fenomena kepada kumpulan masing-
masing berdasarkan kriteria tertentu
seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini
adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
22. Mereka Bentuk Sumber : BT Sains T4
Murid boleh:
• Menghasilkan secara majud atau membuat
lakaran idea penghasilan sesuatu yang baharu
atau pengubahsuaian kepada yang sedia ada
untuk mengatasi masalah secara terancang.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
23. Mereka Cipta Sumber : BT Sains T4
Murid boleh:
• Menghasilkan sesuatu yang baharu atau
melakukan pengubahsuaian kepada
sesuatu yang ada untuk mengatasi
masalah secara terancang.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
24. Membuat Inferens Sumber : BT Sains T3

Murid boleh:
• Membuat kesimpulan awal yang
munasabah, yang mungkin benar
atau tidak benar untuk
menerangkan tentang sesuatu
peristiwa atau pemerhatian.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
25. Mencerakinkan Sumber : BT Sains T4
Murid boleh:
• Memisahkan dan menghuraikan sesuatu
kepada bahagian-bahagian asasnya.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
26. Menjalankan Projek Sumber : BT Sains T5
Murid boleh:
• Menjalankan/melakukan aktiviti untuk
mendapatkan maklumat tentang sesuatu
perkara.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
27. Mengaplikasi Sumber : BT Sains T3
Murid boleh:
• Menggunakan idea/pengetahuan
dalam situasi yang baharu.

Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha
Kongsi Ilmu
@Cg Siti Roha

You might also like