You are on page 1of 25

HUKUM ADAT DAN

UNDANG-UNDANG
HUKUM ADAT
• Adat merujuk kepada sesuatu peraturan
tertentu yang menjadi amalan sesebuah
masyarakat secara turun-temurun sehingga
menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum
atau undan-gundang yang harus dipatuhi.
• Dikenali sebagai hukum adat, peraturan ini
menjadikan amalan, adat resam atau
kebiasaan yang lain yang telah lama wujud
dalam masyarakat sebagai satu peraturan.
• Contohnya, seseorang yang menghadap sultan
mestilah berpakaian lengkap, berpancung dan
berkeris di hadapan.
• Seseorang itu tidak dibenarkan untuk menghadap
sultan jika dia berkeris di belakang.
• Terdapat dua sumber utama bagi hukum adat iaitu
daripada resam atau adat turun-temurun dan
daripada hukum syarak yang mengikut mazhab
Syafie.
• Di negeri-negeri Melayu, terdapat dua hukum adat
yang dipraktikkan iaitu Adat Perpatih dan Adat
Temenggung
Adat Perpatih
- Merupakan satu peraturan atau undang-
undang yang tidak bertulis dalam bentuk
pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan
diperturunkan daripada satu generasi kepada
satu generasi yang lain.
- Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo.
ADAT PERPATIH
• Pengasas-Dato’ Perpatih Nan Sebatang.
• Berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera.
• Diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri
Sembilan dan beberapa buah kawasan di
Melaka seperti Naning dan Alor Gajah.
• Dibawa oleh orang Minangkabau ke Negeri
Sembilan pada abad ke-17.
• Kesemua adat Perpatih diwarisi turun-temurun
kecuali Undang-undang Sungai Ujong.
SISTEM PEMERINTAHAN
• Mengamalkan pemerintahan secara demokrasi
dengan kedaulatan berada pada tangan rakyat.
• Diketuai oleh Yamtuan Besar atau Yang Dipertuan
Besar.
• Dijalankan secara muafakat melalui wakil-wakil
daripada setiap suku.
• Pemerintah mesti mematuhi undang-undang dan
tidak boleh bertindak sesuka hati.
• Seorang lelaki tidak mempunyai hak kecuali hak
pemerintahan.
ASPEK KEKELUARGAAN
• Bersifat matrilineal. Susur galur keturunan
sebelah ibu.
• Mengamalkan hidup secara bersuku-suku
iaitu hidup secara berkeluarga.
• Buktinya, setiap anggota menganggap anggota
lain seperti saudara daripada sebuah keluarga
yang besar.
• Setiap suku mempunyai nama yang tersendiri
untuk memudahkan mereka mengetahu
pertalian darah masing-masing.
• Susunan keluarga terdiri daripada ibu, anak-
anak perempuan, anak-anak lelaki, cucu
perempuan, cucu lelaki dan seterusnya.
• Hubungan dengan anggota masyarakat
sangat rapat dan dianggap bersaudara
PERKAHWINAN DAN RUMAH TANGGA
• Perkahwinan tidak dibenarkan dalam jurai atau suku
yang sama kerana dianggap bersaudara.
• Perkahwinan hanya berlaku dalam suku yang berbeza
yang dikenali sebagai perkahwinan eksogami.
• Apabila seorang lelaki telah berkahwin secara sah,
maka terputuslah hubungannya dengan suku
kelahirannya.
• Disebabkan konsep kerjasama yang rapat dalam
kalangan pengamal adat Perpatih, sebarang masalah
perkahwinan menjadi urusan keluarga dan Buapak.
PEMBAHAGIAN HARTA

• Mengutamakan anak perempuan untuk harta pusaka.


• Memberatkan kaum wanita dalam pewarisan harta.
• Apabila perceraian berlaku, segala harta akan
dikendalikan oleh waris terdekat pihak isteri sehinggga
diselesaikan oleh Buapak.
• Terdapat empat jenis harta yang dimiliki sepasang suami
isteri:
• Harta sepencarian iaitu harta yang dimiliki oleh
pasangan suami isteri sepanjang perkongsian hidup
mereka. Akan dibahagi dua jika perceraian berlaku.
• Harta dapatan ialah harta yang dimiliki isteri
sebelum berkahwin. Harta kekal pada isteri
jika berlaku perceraian.
• Harta pembawaan ialah harta yang dimiliki
suami sebelum berkahwin. Jika bercerai,
bekas isteri tidak boleh menuntut harta ini.
• Harta sebelah iaitu harta asal kepunyaan
suami dan isteri yang diberikan oleh ibu
bapa sebelum berkahwin. Kembali kepada
masing-masing jika bercerai.
UNDANG-UNDANG JENAYAH

• Dilaksanakan dengan tujuan memperbaik


keadaan dan tidak menghukum pesalah.
• Dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.
• Menekankan sifat bertimbang rasa.
• Contohnya, hukuman bagi mencuri – pesalah
akan dihukum dengan perintah
memulangkan harta yang dicuri atau
membayar ganti rugi.
KEMASYARAKATAN
• Perbincangan dilakukan sebelum sesuatu
masalah dapat diselesaikan.
• Konsep ini dinamakan muafakat.
• Setiap anggota masyarakat haruslah bersikap
bertimbang rasa dan menunjukkan nilai-nilai
kehidupan bermasyarakat.
• Adat ini mementingkan kepentingan hidup
bersama, bergotong-royong dan bekerjasama.
• Setiap orang dianggap mempunyai kebolehan
dan kemahiran tertentu, oleh itu, tiada yang
tersisih walaupun dirinya cacat.
• Jika sesuatu usaha berjaya maka kejayaan
tersebut dipandang sebagai kejayaan
masyarakat dan hal ini juga berlaku jika
kegagalan berlaku.
ADAT TEMENGGUNG
Asal usul
• Pengasas – Dato’ Ketemenggungan.
• Berasal dari Palembang, Sumatera.
• Dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-
16.
BENTUK DAN PERLAKSANAAN
• Diamalkan oleh masyarakat Melayu di
kesemua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri
Sembilan dan beberapa daerah di Melaka.
• Hampir sama di seluruh negeri tetapi digelar
degan nama yang berbeza seperti Undang-
Undang Melaka dan Undang-undang 99 Perak.
• Mereka yang mahir mentafsirkan hukum adat
ini ialah Tok Sidang, Tok Penghulu dan Tok
Penggawa.
• Terbahagi kepada dua bahagian:
• Undang-undang tentang perlembagaan,
jenayah dan awam yang sebahagiannya
berakar umbi dalam kalangan masyarakat
Melayu.
• Kumpulan undang-undang yang digunakan
dalam pelayaran dan diamalkan di pelabuhan
seperti Undang-undang Laut
SISTEM PEMERINTAHAN
• Terbentuk daripada atas ke bawah
• Pemerintahan bercorak autokrasi. Kuasa tertumpu
pada raja atau pemerintah yang berkuasa mutlak
dalam kebanyakan perkara.
• Puncak pemerintahan dan kekuasaan terletak
kepada pemerintah yang digelar sultan atau raja
mengikut negeri masing-masing.
• Menekankan keistimewaan kepada golongan
pemerintah di mana golongan ini mempunyai kuasa
yang berlebihan.
• Susunan pemerintahan bercorak autokratik
dengan majoriti kuasa pemerintahan terletak
pada sultan dan pembesar.
• Adat memberikan keistimewaan kepada raja
seperti kewujudan unsur daulat, derhaka dan
tulah.
• Baginda dikaitkan dengan kuasa sakti dan titah
baginda tidak boleh dilanggar.
• Wujudnya pantang larang dalam hubungan
antara sultan dengan rakyat
ASPEK KEKELUARGAAN DAN
PERKAHWINAN
• Susunan keluarga ayah dan ibu dianggap sama
penting.
• Perkahwinan dengan sesiapa sahaja dibenarkan
asalkan tidak melanggar hukum syarak, bersesuaian
dengan kehendak diri dan mendapat persetujuan
keluarga.
• Larangan berkahwin berdasarkan hukum syarak yang
mana dilarang mengahwini orang yang mempunyai
pertalian darah, perempuan yang bersaudara, orang
yang bukan Islam, saudara sesusuan dan sebagainya.
• Aturan perkahwinan tidak terikat kerana tidak
ada sistem kesukuan dalam adat ini.
• Walaupun status pihak lelaki dan perempuan
adalam sama rata, pihak lelaki dilebihkan atas
hukum syarak.
• Lelaki menjadi ketua keluarga dan nasab
keturunan dikira daripada sebelah bapa
PEMBAHAGIAN HARTA
• Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak
harta daripada wanita disebabkan pengaruh
hukum faraid dalam Islam.
• Jika perceraian berlaku, pembahagian harta
suami isteri dilakukan mengikut syarak.
• Bagi harta sepencarian, harta akan dibahagi
sama rata jika berlaku perceraian. Bagi isteri
yang tidak bekerja, dia berhak untuk
mendapat 1/3 bahagian sahaja.
• Bagi harta asal pasangan tersebut, mengikut
hukum syarak, akan dikembalikan kepada
suami dan isteri
UNDANG-UNDANG JENAYAH
• Bentuk hukuman lebih tegas.
• Sebagai pembalasan kepada pesalah dan memberi
iktibar kepada orang lain.
• Membenarkan kekerasan dalam pelaksanaan
undang-undang kerana dianggap dapat
meninggalkan kesan kepada orang lain sebagai
amaran.
• Hukuman bunuh merupakan hukuman terberat
yang dikenakan bagi kesalahan membunuh,
mencuri, memfitnah dan menderhaka.
• Hukuman tidak dijatuhkan sewenang-
wenangnya dan disesuaikan mengikut negeri.
• Misalnya, Hukum Kanun Melaka melonggarkan
hukuman untuk kesalahan mencuri sedikit
wang daripada hukuman bunuh kepada
potong tangan atau kaki sahaja.
• Undang-undang dalam adat ini
mementingkan golongan atasan.
• Undang-undang memerlukan bukti yang kukuh
terhadap sesuatu kesalahan.

You might also like