You are on page 1of 9

HURAIKAN BENTUK DAN PELAKSANAAN

ADAT PERPATIH.

Nur Ezzati Abasiyah


PENDAHULUAN
Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah
masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai
hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi. Istilah Adat Perpatih berasal
daripada gelaran Sultan Balun (Sultan Maharaja Bosa) iaitu Datuk Perpatih Nan
Sebatang. Hukum adat ini tidak bertulis dan dihafal oleh ketua adat. Datu Perpatih
Nan Sebatang dikatakan mempunyai pendekatan yang berbeza dalam beberapa
perkara terutamanya cara mentadbirkan negeri. Belia lebih mengutamakan kaum
wanita dalam pemberian harta pusaka Datuk Perpatih Nan Sebatang MemErintah di
sebelah Pagar Ruyong sejak itu bermulalah tersebarnya resam dan amalan Adat
Perpatih iaitu apabila orang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu. Adat ini
mulanya dibawa bersama untuk diamalkan dan lama-kelamaan menjadi sebahagian
adat resam masyarakat tempatan.
ISI-ISI PENTING
Antara bentuk dan pelaksanaan Adat Perpatih merupakan satu peraturan atau undang-undang
yang tidak bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan kepada
generasi lain. Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo atau kata perbilangan adat. Hukum
adat ini didasarkan kepada dua jenis sumber, iaitu resam dan adat turun-temurun dan hukum
syarak yang diambil daripada mazhab Shafie. Kedua-dua sumber ini telah disesuaikan tetapi
biasanya hukum adat ini tidak mengatasi hukum syarak. Adat perpatih mengandungi susunan
peraturan yang lengkap meliputi setiap sudut kehidupan individu dan masyarakatt secara
keseluruhan. Adat ini memberi panduan tentang susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa
politik, aturan kekeluargaan dan perkahwinan, pembahagian harta, undang-undang jenayah serta
hal ehwal kemasyarakatan.
Selain itu, dari aspek pemerintahan pula adat perpatih mengamalkan pemerintahan secara
demokrasi dengan kedaulatan berada di atas tangan rakyat. Pemerintahan dijalankan secara
muafakat melalui wakil-wakil daripada setiap suku. Pemerintahan mesti mematuhi undang-
undang dan tidak boleh bertindak sesuka hati. Tiada siapa yang boleh menguasai teraju
pemerintahan secara mutlak kerana setiap jawatan akan dilantik oleh jawatan lain. Seseorang
lelaki tidak mempunyai hak dalam mentadbir. Mereka yang melanggar adat akan dibicarakan
dan dihukum Ketua pentadbir dan pemerintah yang tertinggi ialah Yang Dipertuan Besar atau
Yamtuan Besar (Raja). Ini diikuti oleh undang,lembaga, buapak dan anak buah. Yamtuan
dilantik oleh empat undang, undang dipilih oleh lembaga. Lembaga dipilih oleh buapak dan
buapak dipilih oleh anak buahnya. Ini bermakna sistem perlantikan mengikut Adat Perpatih
dibuat berasaskan peringkat dri bawah ke atas.
Seterusnya, bentuk dan pelaksanaan adat perpatih ialah dari aspek kekeluargaan dan
perkahwinan. Adat perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku yang membawa maksud
hidup secara berkeluarga daripada sebuah hidup dengan berkeluarga daripada sebuah keluarga
yang besar. Setiap suku mempunyai nama y g tersendiri untuk memudahkan mereka
menflgetahui pertalian darah antara satu sama lain. Setiap suku dipecahkan kepada beberapa
bahagian kecil, iaitu perut. Setiap perut dipecahkan ruang dan setiap ruang kepada rumpun.
Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrileneal, di susu galur kepada keturunan sebelah
ibu. Hubungan antara anggota masyarakat sangat rapat dan dianggap bersaudara. Adat perpatih
tidak membenarkan sesama suku kerana suku yang sama dianggap bersaudara. Perkahwinan
hanya dibolehkan dalam suku yang berbeza. Sistem ini dikenali sebagai eksogami.
 Di samping itu, aspek pembahagian harta juga merupakan bentuk dan pelaksanaan adat
perpatih. Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan
harta melalui keturunan wanita, iaitu daripada pihak ibu kepada anak perempuan. Sekiranya
ibu tidak mempunyai anak perempuan, harta akan diwariskan kepada adik perempuan, anak
adik-adiknya atau cucu-cucunya. Harta pasangan suami isteri dapat dibahagikan kepada empat
jenis iaitu harta carian ialah harta yang diperoleh oleh pasangan suami isteri sepanjang
perkongsian hidup mereka. Harta dapatan harta yang sedia dimiliki oleh isteri sebelum
berkahwin. Jika berlaku penceraian harta kekal milik isteri. Harta pembawaan ialah harta yang
sedia dimiliki oleh si suami sebelum berkahwin dan harta sebelah ialah harta asal kepunyaan
suami dan isteri yang diberi oleh ibu bapa sebelum mereka berkahwin.
Tambahan itu, undang-undang jenayah juga merupakan bentuk dan pelaksanaan ada perpatih.
Hukuman dalam adat perpatih dilaksanankan dengan tujuan memperbaiki keadaan dan tidak
menghukum pesalah. Pesalah dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan. Undang-undang
jenayah dalam Adat Peerpatih lebih menekankan sifat bertimbang rasa. Seseorang yang
melakukan kesalahan didenda mengikut kesalahanyya dan masa diberi ganti rugi. Contohnya,
hukuman atas kesalahan mencuri. Pesalah akan dihukum dengan memulangkan barang yang
dicuri atau membayar ganti rugi.
Akhir sekali, dari segi kemasyarakatan. Adat menetapkan bahawa perbincangan antara anggota
masyarakat harus dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara dilakukan. Tindakan
menyelesaikan masalah tersebut digelar sebagai muafakat. Setiap anggota masyarakat harus
bersikap bertimbang rasa serta menekankan nilai-nilai yang menunjukkan tentang hidup
bermasyarakat. Adat ini menetapkan satu peraturan hidup yang berlandaskan kepentingan hidup
bersama, bergotong-royong dan bekerjasama. Setiap anggota masyarakat dalam Adat Perpatih
dianggap mempunyai kebolehan dan kemampuan tertentu. Apabila sesuatu yang diusahakan itu
berjaya, adat tidak menekankan kepada kejayaan orang perseorangan sahaja tetapi kejayaan
kelompok masyarakat. Begitu juga sebaliknya berlaku,semua anggota perlu menanggung
kerugian dan kegagalan itu.
PENUTUP
Kesimpulannya, penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu telah membawa
masuk Adat Perpatih yang telah banyak membantu untuk mengurus dan mentadbir masyarakat
Tanah Melayu dengan lebih teratur dan sistematik.

You might also like