You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG

SCE 3107 BIODIVERSITI DAN EKOSISTEM LAPORAN PRAKTIKAL SAINS SEMESTER 4/2011

TOPIK : EKOSISTEM TANAH

NAMA

NURUL AMIRA HUSNA SHARRUDIN 900507 06 5254 TG HANI HARTINI SYAZWANI TG HANAFI 901008 03 5442

UNIT NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: : :

PISMP SAINS SEM. 4 AMBILAN JANUARI 2010 PN . PUZIAH BT MOHD NAWI 07 JULAI 2011

Tajuk : Tujuan :

Ekosistem Tanah Mengenal pasti ekosistem tanah

Bahan dan radas : Corong Tullgren, beg plastik, bikar, piring petri, kanta pembesar, kertas pH (biru dan merah), forsep, larutan etanol, kertas label termometer, mentol Gambarajah :

Rajah 1 : Corong Tullgren

Prosedur : 1. Dua tanah dari tempat yang berbeza diambil dengan kedalaman 2.5 cm. 2. Sedikit tanah diambil dan dikacau dengan air. Tanah itu diuji dengan kertas klorida kontang dan kertas litmus biru. 3. Pemerhatian dibuat keatas perubahan kertas klorida kontang dan kertas litmus biru. 4. Bahan dan radas disediakan seperti gambarajah diatas, (rajah 1). 5. 100 ml etanol diisi ke dalam bikar menggunakan silinder penyukat. 6. Tanah yang diambil diletakkan ke dalam kain net dan diletakkan di dalam corong Tullgren. 7. Sampel tanah tersebut didedahkan di bawah lampu mentol selama 2 hari. 8. Hidupan makro yang diperoleh dalam bikar berisi etanol dikeluarkan menggunakan forsep. 9. Pemerhatian dibuat dan keputusan diambil untuk dijadualkan. Pemerhatian :

Makroorganisma yang terdapat dalam tanah di kawasan bawah pokok, dilokasi hadapan dewan kuliah

Keputusan : a) Komponen abiotik Faktor Lokasi P1 dihadapan dewan kuliah Kelembapan tanah Nilai pH tanah Kepadatan tanah Tekstur tanah Jenis tanah Warna tanah Kawasan Lembap Berasid Padat Halus, kandungan liat tinggi Tanah lempung Merah Dibawah pokok L2 dihadapan dewan besar Lembap Berasid Padat Gumpal, kasar Tanah laterit Coklat Lapang

b) Komponen biotik Makroorganisma Tanah Besar P1 9 Ulat gonggok Lipan Jumlah L2 5 Ulat gonggok Anai-anai semut Kecil 19 Ulat Semut kecil Jumlah keseluruhan 28 2 Ulat semut kecil 7

Perbincangan : Ekosistem tanah terdiri daripada dua bahagian utama iaitu dari segi komponen abiotik dan komponen biotik. Bagi komponen abiotik tanah terbahagi kepada dua bahagian kecil iaitu, sifat kimia tanah dan sifat fizikal tanah. Manakala

komponen biotik tanah ialah organisma tanah yang terdiri daripada mikroorganisma dan makroorganisma. Hanya makroorganisma tanah yang dapat dikenalpasti melalui eksperimen corong Tullgren. Bagi komponen abiotik (tanah), faktor yang diambil kira ialah sifat kimia tanah; kelembapan tanah, nilai pH tanah dan sifat fizikal tanah; tekstur tanah, warna tanah. Kelembapan tanah diuji dengan kertas klorida kontang. Kertas klorida kontang akan bertukar daripada biru kepada pink menandakan kandungan tanah mengandungi air(lembap). Manakala nilai pH tanah diuji dengan kertas litmus biru yang bertukar kepada merah apabila tanah mengandungi asid. Kedua-dua sampel tanah yang diambil dari lokasi berbeza menunjukkan Tekstur tanah ialah peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah yang diambil ialah halus dan berjenis tanah lempung iaitu tanah yang mempunyai kandungan liat tinggi, saliran kurang baik serta sukar digembur. Tanah berwarna merah menunjukkan ciriciri tanah yang mengandungi kandungan oksida ferum, saliran dan penguadaraan baik, serta tanah yang terdapat dilereng bukit. Bagi komponen biotik (makroorganisma tanah) yang diambil ialah tertumpu dikawasan dekat akar. Makroorganisma tanah dikelaskan kepada dua kelompok iaitu besar dan kecil. Makroorganisma dalam kelompok besar iaitu ulat gonggok, lipan, semut dijumpai sebanyak 9 ekor. Manakala makroorganisma dalam kelompok kecil

yang telah dijumpai ialah sebanyak 19 ekor. Jumlah keseluruhan makroorganisma tanah yang dijumpai ialah 28 ekor. Kesimpulan : Ekosistem tanah yang telah dapat dikenalpasti dikawasan ujian ialah, sifat kimia tanah; kelembapan tanah dan pH tanah, sifat fizikal tanah; tekstur tanah dan warna tanah, serta bilangan makroorganisma tanah di kawasan yang berbeza. Soalan : 1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) yang macrofauna dari tanah dari lokasi berbeza? Boleh cadangkan mengapa mungkin terdapat perbezaan. Bagi membantu menjelaskan perbezaan, parameter tanah apa yang anda boleh ukur?

2. Terangkan peranan macrofauna dalam tanah. Pengurai, pembekal karbon dioksida

Bibiliografi : Halim. (n.d.). bravenet.com. Retrieved Julai 3, 2011, from sifat fizikal tanah: http://www.halim2006agric.bravehost.com/tan6.html wordpress.com. (n.d.). Retrieved July 3, 2011, from Tanah: http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/tanah/

Refleksi : Nurul Amira Husna Sharrudin . 900507- 06- 5254 Praktikal ini adalah praktikal pertama bagi kursus SCE 3107(Biodiversiti dan Ekosistem). Eksperimen ini, banyak memberi pengalaman kepada saya untuk memahami tentang ekosistem tanah yang terdiri daripada komponen biotik dan abiotik. Komponen abiotik yang terdiri daripada sifat kimia tanah dan sifat fizikal tanah memberi saya banyak input baru.

You might also like