You are on page 1of 16

1

PROPOSAL
FINAL YEAR PROJECT 1
(DCC40181)

CIVIL ENGINEERING

PROJEK PEMBUATAN BAJA KOMPOS MENGGUNAKAN ROTI DAN AIR BERAS

PELAJAR : 1. NURHANIM SABIHA BINTI ABD GHANI 16DKA19F1163


2. ANIS AMANI BINTI ZAHARI 16DKA19F1093

PENYELIA: PUAN NADHIRAH BINTI NOR ZELAN

TARIKH
2

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN 3
1.1 Pendahuluan 3
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Skop Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7

2 KAJIAN LITERATUR 8
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kajian Terdahulu 8

3 METODOLOGI KAJIAN XX
3.1 Pengenalan XX
3.2 Rekabentuk Kajian XX
3.3 Kaedah Pengumpulan Data XX
3.4 Intrument Kajian XX
3.5 Kaedah Analisi Data XX
3

BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Proses pengkomposan merupakan salah satu kaedah atau pun alternatif untuk
memulihara atau mendapatkan semula sumber yang mempunyai banyak ciri-ciri positif di
mana teknologinya boleh diubah suai mengikut situasi atau keadaan setempat. Kompos yang
dihasilkan juga merupakan produk akhir yang boleh digunakan semula sebagai bahan
penambahbaik tanah atau sebagai baja di kawasan pertanian. Kompos yang dihasilkan juga
dijangkakan mengandungi 1% unsur-unsur surih seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang
sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Hasil sampingan daripada proses pengkomposan ini
boleh dilupuskan dengan mudah di tapak-tapak kambus tanah tanpa memberikan kesan
negatif kepada persekitaran. Proses pengkomposan adalah mesra alam, bersih dan lazimnya
mengandungi bahan toksik yang rendah.

Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak
pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah ini. Namun usaha ini masih belum
cukup berkesan andai tidak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Sokongan dari
pelbagai pihak ini termasuk kerajaan, badan badan NGO, dan juga masyarakat. Dengan
membuat kompos sendiri ternyata ia dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah
selain dapat menjimatkan kos membeli baja kimia. Di samping itu, pereputan sisa makanan
dipupuskan di tapak perlupusan sisa adalah merupakan punca utama penghasilan
Greenhouse Gas (GHG) dari sektor pengurusan sisa di Malaysia. Tapak perlupusan sisa
merupakan punca terbesar perlepasan gas metana (47%) yang merupakan gas perosak
lapisan ozon yang pertama, iaitu 21 kali ganda lebih daripada kerosakan yang diakibatkan
oleh gas karbon dioksida. Melihat kepada permasalahan itu kami ingin mengambil
kesempatan untuk melakukan sebuah projek yang mampu mengatasi sedikit sebanyak
masalah ini.
4

1.2 PENYATAAN MASALAH

Konsep pertanian lestari memfokuskan kepada pengetahuan umum kepada penjagaan


tiga elemen terpenting seperti ekonomi, sosial serta alam sekitar. Ketiga- tiga elemen ini
mempunyai hubungkait bagi mencapai sebuah pembangunan yang mampan tidak kira di
kawasan bandar mahupun luar bandar. Umumnya, kawasan pertanian biasanya terletak di
kawasan luar bandar yang mempunyai sumber kawasan tanah yang banyak. Pada masa kini
kita sering melihat atau mendengar isu-isu berkaitan impak negatif pembangunan kawasan
pertanian terhadap sumber semulajadi atau alam sekitar.

Selain itu, ianya melibatkan pencemaran sumber-sumber seperti sumber tanah, air,
udara serta kemusnahan biodiversiti. Impak negatif ini perlu di atasi dengan memperkenalkan
mekanisma yang mampu mengukur serta memberi penanda aras kepada pengusaha kawasan
pertanian terutamanya golongan pekebun kecil untuk mengawal operasi kawasan pertanian
mereka. Sebagai contoh, pengunaan baja secara berlebihan memberi kesan terhadap nutrien
tanah serta penggunaan racun kawalan perosak yang berlebihan sedikit sebanyak
mengganggu ekosistem persekitaran.
5

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang ditetapkan
untuk dicapai. Antara objektif bagi kajian ini ialah:

i. Menentukan ciri-ciri fizikal baja kompos dari segi warna dan bau.
ii. Menentukan keberkesanan baja kompos kepada tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-
sayuran dan bunga.
iii. Mengkaji sifat-sifat kimia baja kompos terhadap alam sekitar iaitu nitrogen, nisbah C:N,
kandungan lembapan, suhu dan pH.
6

1.4 SKOP KAJIAN

1.4.1 Penghasilan baja kompos

1. Roti gardenia diambil di Rejimen 513 AW BN2.


2. Air beras disimpan selama 20 hari.
3. Penghasilan baja kompos dikelaskan mengikut nisbah berikut :

SAMPEL AIR BERAS (liter) ROTI (gram) GULA MERAH (gram)

Sampel 1 1 500g 500g

Sampel 2 1 200g 500g

Sampel 3 1 300g 500g

1.4.2 Pemerhatian
Diperhati dari segi :-

Pemerhatian

Bau Warna

Masam Hanyir Hapak

1.4.3 Keberkesanan Baja Pada Tanaman :

i. Sayuran
ii. Pokok Bunga
iii. Buah - buahan
7

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan antaranya ialah :

(i) Baja kompos juga mampu memberi manfaat yang tinggi kepada tumbesaran pokok
dengan peranan humus dan komponen organik tanah yang lain.
(ii) Hubungan ekologi antara tumbuhan, tanah dan alam sekitar dapat membantu
menyeragamkan pengagihan nutrien ke dalam tanah supaya pokok dapat tumbuh
dengan baik walaupun dengan kepadatan nutrient yang rendah.
(iii) Membantu usahawan-usahawan kecil khususnya didalam bidang pertanian untuk
menjana pendapatan mereka dengan lebih banyak kerana tidak perlu mengeluarkan
modal dari segi penyediaan baja.

(iv) Memelihara dan memulihara alam sekitar daripada pencemaran bahan kimia. Hal ini
kerana, baja yang dipasarkan di pasaraya kebanyakkan mempunyai bahan kimia yang
boleh menjejaskan kesuburan tanah dan meningkatkan kematian hidupan akuatik
sekiranya ladang adalah berdekatan dengan sumber air.
8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Penggunaan baja kompos mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan baja bukan
organik. Dengan penggunaan baja kompos produktiviti tanah dapat diperbaiki, pencemaran
alam sekitar juga dapat dikurangkan, kesuburan tanah bertambah dan tanaman memiliki daya
tahan yang tinggi melawan serangan penyakit. Jika menggunakan bahan bukan organik dalam
tempoh yang panjang, boleh menyebabkan tanah menjadi keras, struktur tanah rosak dan tidak
subur, tanaman mudah dijangkiti penyakit dan menghasilkan tanaman yang tidak berkualiti.

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Terdapat pelbagai kaedah pelupusan sisa pepejal yang diamalkan di Malaysia pada masa kini,
antaranya kaedah pelupusan secara kambus tanah, pembakaran serta kaedah pengkomposan.
Proses pengkomposan mempunyai definasi yang luas antaranya ialah:

i. Pengkomposan adalah proses penguraian bahan-bahan organik secara biologi


disebabkan tindak balas bakteria mesofilik dan ternofilik untuk menghasilkan produk akhir
yang stabil serta boleh disimpan dan memberi manfaat kepada tanah tanpa merosakkan
alam sekitar (Iyenger, 2005).

ii. Pengkomposan adalah satu proses penguraian dan pengstabilan substrat organik
secara biologi yang menyebabkan peningkatan suhu ternofilik akibat daripada aktiviti atau
tindak balas biologi yang menghasilkan haba serta penghasilan produk akhir yang stabil
dan memberi manfaat kepada tanah selain bebas dari patogen (Bertran, 2004).

iii. Pengkomposan adalah proses penguraian serta penstabilan bahan bahan organik
secara biologi dalam keadaan yang terkawal untuk menghasilkan produk akhir yang dapat
memberi manfaat kepada tanah (Madajon, 2002).
9

2.3 BAJA KOMPOS ORGANIK

Kompos ialah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan
pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian organik. Asasnya, pengkomposan
memerlukan hanya timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut
terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa
langkah proses, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya
dengan karbon dan nitrogen.

Proses pengkomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan
memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berkala.
Cacing dan kulat menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik menjalankan proses
kimia dengan menukar input kepada haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium kemudian
diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai zat tumbuhan, nitrite dan nitrate melalui proses
nitrifikasi.

Kompos kaya dengan nutrien. Ia digunakan di kebun, taman, hortikultur, dan pertanian.
Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara, termasuk sebagai pindah tanah, baja,
tambahan humus atau asid humik, dan sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah.

Dalam ekosistem semulajadi, kompos berguna dalam pengawalan hakisan, tebus guna
tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah. Kandungan
organik bertujuan bagi pengkomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gasbio melalui
pengcernaan anaerobik. Pencernaan anaerobik kini pantas menggantikan pengkomposan di
sesetengah tempat di dunia termasuk Eropah Tengah sebagai cara kurang kitar bahan buangan
organik.
10

2.3.1 CIRI-CIRI JENIS BAJA ORGANIK.

❖ BAJA LURUS

-Membekalkan satu nutrien utama,, manakala baja campuran dan baja sebatian dapat
membekalkan lebih daripada satu nutrien utama

❖ BAJA CAMPURAN

-Terdiri daripada bahan baja yang dicampur secara fizik tetapi tidakcampuran
disebatikan. Baja ini biasanya mempunyai kandungan nutrient yang rendah.

❖ BAJA SEBATIAN

-Mengandungi nutrien yang telah disebatikan secara kimia.sebatian kandungan


nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah.

❖ BAJA LENGKAP

-Mengandungi kombinasi secara nutrien utama yang diperlukan,lengkap iaitu Nitrogen,


fosforus dan kalium. Mikronutrien, campuran enzim dan pengawal tumbuhan semula
jadi juga terdapt dalam baja jenis itu.
11

2.4 BAJA BUKAN ORGANIK

Baja bukan organik ialah baja yang dihasilkan daripada kilang melalui proses kimia,
pracampuran atau sebatian yang diberikan kepada tanaman bagi memenuhi keperluan tanaman
tersebut. Baja tidak organik (turut dipanggil sebagai baja kimia atau baja sintetik) dihasilkan
melalui tindak balas kimia serta mengandungi mineral atau kimia sintetik. Baja tidak organik juga
mengandungi nutrien pada kadar yang tertentu, bersesuaian dengan tujuan baja tersebut digunakan.
Contoh baja kimia ialah MOP (Muriate of Potash) dan TSP (Triple Superphosphate).Baja NPK
Hijau, Biru dan sebagainya juga merupakan contoh baja tidak organik dan mempunyai unsur
Nitrogen , Fosforus (P) dan Potassium (K) pada kadar tertentu.

Kelebihan baja tidak organik ialah, nutrien yang terkandung dalamnya tersedia dalam
bentuk yang dapat digunakan terus oleh tumbuhan. Justeru, pokok dapat menyerap nutrien yang
diperlukan serta-merta selepas baja diberikan seterusnya pokok mula menampakkan perubahan
dalam beberapa hari sahaja selepas pembajaan. Selain itu, kadar nutrien yang diketahui dengan
jelas pada label baja kimia dapat membantu kita memberikan nutrien yang secukupnya kepada
pokok. Jadual dan sistem pembajaan yang tepat dapat dibuat untuk mendapatkan hasil seperti yang
dikehendaki.

Kelebihan lain baja tidak organik ialah harganya yang lebih murah berbanding baja
organik. Sementara itu, kekurangan baja tidak organik pula ialah ia dihasilkan daripada sumber
yang tidak boleh diperbaharui seterusnya memberi kesan jangkamasa panjang kepada alam.
Peladang juga tidak dapat menghasilkan sendiri baja kimia menyebabkannya terpaksa sentiasa
bergantung dengan sumber luar untuk pembajaan. Memandangkan baja tidak organik tersedia
dalam bentuk yang dapat diserap terus, masalah terlebih baja boleh berlaku seterusnya membunuh
tanaman kita. Nutrien dalam baja juga cenderung untuk larut lesap ke dalam tanah sehingga tidak
tercapai oleh akar pokok.

Bukan itu sahaja, penggunaan baja kimia secara berterusan berisiko untuk membentuk sisa
toksik seperti arsenik di dalam tanah. Penggunaan berterusan juga menyumbang kepada perubahan
pH tanah dan memberikan kesan negatif kepada tumbuhan.
12

2.5 AIR CUCIAN BERAS

Beras (Oryza sativa) ketika diproses untuk menghasilkan padi yang mengalami
pengasingan antara tangkai dan lapisan biji dengan mengisar menggunakan mesin pengisar.
Komponen beras adalah karbohidrat, yang kebanyakannya terdiri daripada pati yang diproses
berjumlah 85-90%. Bahan-bahan pati yang diproses boleh didapati dalam endosperma, semakin
penting kandungan kanji menjadi semakin nipis (Agustri, 2012).

Air basuh beras diperoleh dalam proses mencuci beras. Air mencuci beras dikelaskan
sebagai senang diperoleh kerana kebanyakan manusia menggunakan beras sebagai makanan
harian yang mengandungi karbohidrat tinggi untuk tujuan tenaga. Setakat ini, pencucian beras
SEMARANG tidak banyak digunakan dan biasanya hanya dibuang. Sebenarnya, air basuh
beras masih mengandungi sebatian organik seperti karbohidrat dan vitamin seperti thiamin yang
masih boleh digunakan (Moeksin, 2015).

Pada masa ini, penyelidikan sedang dijalankan mengenai penggunaan air basuh beras
sebagai bahan penyiasatan, seperti penggunaan air cuci beras sebagai bahan mentah untuk
membuat nata, baja pertumbuhan tanaman, bahan mentah untuk membuat media bioetanol
untuk pertumbuhan jamur dan banyak lagi. Oleh itu, pada masa ini air basuhan beras telah mula
digunakan untuk menghasilkan produk yang lebih berguna (Susilawati, 2016).
13

2.6 ROTI

Roti adalah antara makanan cepat rosak, jika kita beli dan tidak makan selepas tarikh
luput, maka roti akan muncul kulat. Cukup dengan sekeping roti sahaja sebagai pemula untuk
mikrob baik membiak. Roti dapat dijadikan baja kerana dalam roti mengandungan yis, yis dapat
membantu akar pokok menyerap baja dengan baik. Yis berfungsi menghasilkan horman dan
enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk nmaningkat keaktifan sel tanaman dan akar.

Ia menggunakan asid amoni dan gila hasil sampingan daripada bakteria fotosintetik dan akar
tumbuhan . Seterusnya, membantu pertumbuhan bakteria adik laktik.

Secara ringkasnya, Khasiat roti untuk baja adalah ;

- Menghidupkan tanah yang mati.

- Menghijaukan daun pokok.

- Menggalakkan pokok berbunga dengan banyak.

- Memaniskan buah.

-Meningkatkan saiz buah.


14

2.7 GULA MERAH

Dalam merawat tanaman,Salah satunya adalah penggunaan air gula untuk menyuburkan
tanaman. Akan tetapi, apakah benar menuangkan air gula merah bisa membuat tanaman subur?
Dilansir dari Hunker, Minggu (25/4/2021), berikut ini penjelasannya;

Seperti halnya manusia, tanaman dengan kandungan gula sebagai sumber energi, dan
memang, seluruh daun tumbuhan adalah memproduksi gula untuk pertumbuhan tumbuhan dan
mengumpulkan sinar matahari. Maka dari itu, masuk akal jika menambahkan gula merah ke air
yang Anda gunakan untuk menyiram tanaman akan membantu mendorong pertumbuhannya.
Namun demikian, perlu diingat bahawa berkebun dan merawat tanaman tidak kebal dari legenda
urban yang berpadu antara sains dan mitos. Seterusnya, menentukan apakah menambahkan gula ke
air tanaman memengaruhi pertumbuhannya membutuhkan pertimbangan yang cermat. Oleh karena
itu, ada beberapa pihak percaya bahawa mencampurkan sedikit gula merah dalam air yang anda
gunakan untuk menyiram tanaman atau ke air dalam pasu tanaman dapat menghasilkan larutan
penyiraman yang lebih kaya gula, dan dengan demikian menyediakan lebih banyak makanan untuk
tanaman. Hasil yang diinginkan adalah pertumbuhan tanaman yang lebih cepat dan efisien

Hal penting yang harus diingat saat menambahkan gula ke air tanaman adalah
menggunakannya dalam jumlah sedang. Jika Anda memperhatikan bahawa tanaman anda tumbuh
lebih efektif saat gula ditambahkan, Anda mungkin tergoda untuk menambahkan lebih banyak gula
secara terus menerus untuk menggandakan efeknya. Namun, kelimpahan gula dalam air yang
diminum tanaman dapat menjadi tempat berkembang biak yang sempurna bagi mikroorganisme
yang dapat mengancam kesehatan dan kehidupan tanaman Anda. Untuk mengatasi hal ini,
tambahkan sedikit biosida, seperti pemutih.

Selain itu juga, ternyata gula juga memiliki manfaat untuk bertanaman. Boleh
menggunakan gula sebagai salah satu bahan untuk menyuburkan tanah iaitu dengan cara membuat
microorganisme multi fungsi. Gula dapat digunakan untuk menyuburkan tanah. Salah satu tanaman
yang ada di persekitaran rumah adalah tanaman organik. Bertanam organik tidak menggunakan
pupuk buatan melainkan memanfaatkan organisme dalam tanah seperti, mikroba, bakteri, jamur,
dan sebagainya. Gula dapat digunakan untuk campuran membuat pupuk kompos sehingga dapat
menyuburkan tanah. Dengan demikian tanaman organik pun akan tumbuh dengan lebih maksimal.
15

BAB 3
METOGOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metadologi ialah proses pengumpulan data dan informasi daripada sumber


sebagai rujukan untuk meningkatkan hasil kajian. Bab ini menerangkan langkah-langkah
bagaimana berlakunya proses pengumpulan data yang akan dilakukan. Seterusnya, rangka
kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih teratur dan sistematik. Ini dapat
membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang masalah dan dapat menjimatkan kos
perbelanjaan serta masa.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

1. Reka bentuk kajian adalah untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan diatas
untuk menghasilkan kajian tentang memelihara sumber alam semula jadi
sekaligus memberi aspek positif dari segi sumber makanan seperti sayur-
sayuran dan buah-buahan yangbebas daripada mengandungi baja bahan kimi .
16

3.3 CARTA ALIR METODOLOGI

MULA

KAJIAN
LITERATUR

PENGHASILAN
BAJA KOMPOS

PEMERHATIAN KEBERKESANAN UJIKAJI SAMPEL

WARNA BAU BUAH BUNGA

SAYUR

ANALISIS DATA

CANDANGAN / KESIMPULAN

TAMAT

Rajah 3.3 Carta Alir Metadologi .

You might also like