Konsep Peluasan Kuasa Asing
Pengenalan
Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapatdua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiranatau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasaini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan.
Latar belakang peluasan kuasa asing
1.
Tanah Melayu
Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadirankuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yangditandatangani.Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawananini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu disamping pengenalan beberapa unsur asing yang sedikit sebanyak telah meresap ke dalam budaya orang Melayu.Kehadiran kuasa Belanda juga memberi kesan terhadap Tanah Melayu. Kuasa inimenggantikan kuasa Portugis di Melaka tetapi tidak seperti Portugis, mereka hanyamenumpukan perhatian dalam hal-hal ekonomi.British merupakan kuasa asing yang memberi pengaruh yang paling kuat dalam hal pentadbiran dan segala aspek yang lain. Pada awalnya, mereka hanya bertujuan untuk menjalankan kegiatan ekonomi, namun atas dasar keutamaan dengan China, maka mereka pun mula menukar dasar mereka daripada tidak campur tangan kepada campur tangan.
2.
Sarawak
Peluasan kuasa asing di Sarawak lebih merujuk kepada pihak British di mana seorang bekastentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), James Brooke telah dilantik oleh PangeranMuda Hashim sebagai “Raja Sarawak”. Kedudukannya ini kemudian diperturunkan kepadaanaknya. Apabila sampai ke tangan Vyner Brooke, baginda telah menyerahkan kuasanyakepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dengan pengisytiharaanPerlembagaan Sarawak pada tahun 1941. Kemudian, Sarawak manjadi tanah jajahan British pada tahun 1946.
3.
Sabah
Pada mulanya, Amerika berdagang dengan Sabah melalui perjanjian yang dibuat pada tahun1850. Melalui perjanjian, C. Lee Moses mendapat tanah pajakan daripada Sultan Brunei.Moses telah memberikan tanah tersebut kepada William Torrey. Beliau mengusahakantanaman kopi tetapi tidak berjaya dan kawasan itu dijual kepada Baron Von Overbeck danAlfred Dent. Kompeni Overbeck and Dent kemudian membentuk kompeni British untuk menarik palabur British. Overbeck tidak dapat menyertai kompeni ini kerana dia bukanrakyat British. Dent mendapat piagam daripada British dan sebuah kompeni yang bernamaKompeni Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan pada tahun 1881. Kompeni memerintahSabah sehingga tahun 1946 kemudian diserahkan kepada Kerajaan British.
Mekantilisme
All The Best