You are on page 1of 14

DEFINISI BERMASALAH PENDENGARAN

1) Hardman (1996); kekurangan yg dialami turut mempengaruhi proses pbj dan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik mereka. 2) Chua Tee Tee (1992); kk pekak sbg ind yg rosak pendengaran dlm banyak keadaan, spt ia mempunyai pendengaran spara, ialah luar biasa kerana memang iatdk dpt bertindak ke arah bunyi disekeliling. 3) Safani Bari (1999); ind pekak tdk dpt fahami pertuturan melalui deria pendengaran @ tanpa menggunakan alat pendengaran, bermakna mereka alami kepekakan yg amat teruk iaitu kehilangan pendengaran 90-120 dB. 4) Quigley (1984); cacat pdgr sbg kk @ org dewasa yg tahap pendgrnya teruk, saraf sensorinya rosak & berlaku sblm ia boleh bertutur. Ia disbb oleh faktor luaran & dalaman. Oleh itu mereka tdk dpt dengar bunyi @ mendengar secara sepontan. 5) Asmah Hj Omar (1986); pekak ialah ind yg lahir dgn kecacatan pd deria pendengaran yg tdk dpt mengenal bunyi bahasa, tdk dpt mendengar perbualan org lin & tdk dpt mengalami serta menghayati pemikiran & budaya melalui bahasa. 6) Bee H (1995); kk bm pdgr ialah ind yg hadapi kekurangan pendengaran yg jelas & kesukaran mendengar . Ujian yg digunakan ialah Ujian Behavioral Observation Audiometry, Ujian Pure-tone Audiometry & Ujian Speech Audiometry. 7) Hallahan & Kaufman (1991); kk bm pdgr kurang diberi peluang bertutur & berkomunikasi dgn ind normal.Ini mbbkan pkbgan bahasa, psikososial & pencapaian akademik & mereka terjejas Pendekatan pdd spt audiotory-verbal, pendekatan oral-auditory, komunikasi seluruh, pertuturan kiu, kod tangan BM, ABPdgr & bd yg sesuai diguna utk atasi mlah pdgr. 8) International Ebcylopedia Vol. 5 (1991); cacat pdgr ialah kekurangan @ kehilangan daya pdgr pd satu @ kedua-duanya dimana bunyi dlm kekuatan bunyi (intensiti) sederhana tdk dpt didengar. 9) Meadow-Orlans (1984); prelinguistic alah tahap kehilangan pdgr (deafness) yg merujuk kpd semasa pkbgan bahasa & komunikasi. M.kala postlinguistic a.lah tahap kehilangan pdgr yg terjd selepas pkbgan bahasa dan komunikasi. 10) Meadow-Orlans (1984); konginatal alah mlah berkaitan dgn kesihatan semasa proses kelahiran. Mlah ini dpt dikenalpasti sebelum, semasa & selepas beberapa tahun kelahiran. Mlah ini disbb ketidakstabilan genetik,persekitaran ketika dlm rahim dan beberapa faktor yg tdk diketahui.

SEBAB KANAK-KANAK HADAPI MASALAH PENDENGARAN


Hallahan & Kaufman (1997); Terdpt beberapa sbb kecacatan diperoleh sebelum, semasa & selepas kelahiran.

i) SEBELUM KELAHIRAN
A. Baka 1)Disebabkan oleh genetik

B. Bukan Baka 1) Jangkitan semasa mengandung spt rubella, meningitis, campak, cacar, beri-beri, kencing manis dll 2) Pengambilan dadah @ bahan kimia spt kuinin & alkohol yg berlebihan 3) Toksemia di pkt akhir mengandung 4)Mengandung yg terlalu kerap

ii) SEMASA KELAHIRAN


1)Kepala bayi yg terlalu lama berada di pinturahim yg mengakibatkan tekanan yg kuat terutamanya pd bhg telinga bayi 2)Kelahiran tdk cukup bulan 3)Kecederaan bhg telinga semasa dilahirkan 4)Penyakit homolisis yg disbbkan oleh faktor Rhesus (Rh)

iii) SELEPAS KELAHIRAN


1)Mendapat penyakit berpunca dr virus dan bakteria 2)Kemalangan yg mencederakan bahagian telinga 3)Terdedah kpd bunyi yang terlalu kuat.

JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN


Terdapat 3 jenis kehilangan pdgr iaitu : A) KEHILANGAN PDGR SENSORI NEURAL 1) Kerosakan saraf yg berkekalan & tdk boleh dipulihkan 2) Tahap kehilangan pdgr yg melebihi 60 dB B) KEHILANGAN PDGR KONDUKTIF 1) Kerosakan bhg tengah telinga 2) Sesetengah bunyi dpt dibezakan ttp pd kebiasanya tdk dpt dibezakan 3) Dpt dengar dan bezakan bunyi vokal 4) Tdk dpt bezakan bunyi konsonan jk disebut tidak jelas 5) Tahap kehilangan pdgr yg melebihi 60 dB C) KEHILANGAN PDGR CAMPURAN

1) Gabungan kehilangan pdgr konduktif & sensori neural 2) Tahap kehilangan pdgr diantara kehilangan konduktif & sensori neural.

TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN


Jabatan Hidung, Tekak dan Telinga (ENT) UKM ketagorikan tahap pendengaran iaitu : A) RINGAN @ SEDIKIT (20 40 dB) 1) Masalah mendengar bunyi perlahan & jauh 2) Perbualan diikuti dgn pergerakan fizikal 3) Murid-murid perlu duduk hampir dgn guru B) SEDERHANA (41 70 dB) 1) Dpt dengar bunyi sekitar 1 1.5m 2) Perlu bercakap kuat dgn mereka 3) MM tdk sempurna pertuturan sbb pengalaman mendengar terhad C) TERUK (71 90 dB) 1) Bunyi yg kuat sj dpt didengar pd jarak 0 0.5m 2) Dpt dengar bunyi vocal ttp tdk dptbezakan bunyi konsonan. 3) Alami masalah pertuturan D) SANGAT TERUK (90 Db ke atas) 1) Sukar dengar walaupun bunyi yg kuat pd jarak yg dekat. 2) Dpt dengar bunyi / pertuturan dgn gunakan ABPdgr. 3) Alami masalah pertuturan
Pendengaran merupakan asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi. Keupayaan kanak-kanak membentuk pertuturan dan bahasa terhasil daripada kebolehan mereka mendengar, memahami pengertiannya dan seterusnya menuturkan apa yang didengarnya. Lazimnya kanak-kanak yang lahir cacat pendengaran tidak akan dapat bertutur lalu diberi stigma sebagai kanak-kanak pekak dan bisu. Maka kanak-kanak ini akan dikelompokkan sebagai golongan yang perlu berbahasa isyarat tanpa mengendahkan potensi mereka menggunakan sisa pendengaran yang ada atau dibantu supaya dapat meningkatkan kebolehan mereka mendengar. Tanggapan dan cara pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran seperti ini perlu diubah. Dengan adanya alat-alat bantu dengar yang menggunakan teknologi komputer yang canggih serta keupayaan melakukan pembedahan mikrosurgeri telinga, objektif utama dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran harus beranjak kepada usaha pemulihan pendengaran dan seterusnya melakukan habilitasi untuk bertutur dan berbahasa. Ini merupakan satu anjakan paradigma yang perlu didokong oleh semua pihak yang terlibat dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran. Kunci kepada kejayaan memulih pendengaran ialah pengesanan kanak-kanak cacat pendengaran seawal mungkin. Ini boleh dicapai melalui program saringan pendengaran bayi universal. Bagi kanak-kanak yang mengalami kepekakan jenis konduktif pembedahan mikrosurgeri

telinga seperti miringotomi, miringoplasti, osikuloplasti dan pembinaan semula cuping dan lubang telinga menghasilkan kejayaan mengatasi masalah kepekakan mereka. Bagi kepekakan sensorineural pula, alat bantu dengar digital yang semakin canggih dapat memberi amplifikasi yang lebih kuat dan selesa. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kepekakan yang amat teruk dan tidak dapat dibantu menggunakan alat bantu dengar, implan koklea merupakan satu-satunya ciptaan menakjubkan yang dapat membantu mereka. Pembedahan implan koklea terbukti dapat memulihkan pendengaran ke tahap yang dapat membolehkan mereka dilatih bertutur dan berbahasa. Ahli audiologi dan patologi pertuturan bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam usaha ini. Anjakan paradigma dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran harus disertai dengan perubahan dalam sistem pendidikan mereka agar selari dengan perubahan dan kebolehan kanak-kanak ini. Objektif pendidikan harus menjurus kepada pembentukan pertuturan dan bahasa untuk berkomunikasi dan bukannya tertumpu kepada pengumpulan maklumat dan ilmu melalui penggunaan bahasa isyarat. Kanak-kanak cacat pendengaran berhak untuk mendengar, mendapat pendidikan, berkomunikasi, bekerja dan beramal seperti insan lain yang normal. Anjakan paradigma ini ialah untuk memberi hak-hak tersebut kepada mereka. acacatan Pendengaran boleh dibahagikan kepada tiga kategori : Kehilangan pendenganran konduktif o berpunca daripada sekatan di salur telinga, jangkitan pada telinga tengah atau kecederaan pada tulang kecil di telinga tengah. o Jenis ini biasanya diberi rawatan perubatan atau surgikal Kehilangan pendengaran sensori-neural o berpunca daripada kecederaan yang berlaku pada sel-sel rerambut reseptif dalam koklea (telinga dalam) atau pun saraf auditori yang menyalurkan huraian bunyi ke otak Kehilangan pendengaran berpunca daripada kecederaan di kawasan-kawasan otak yang bertanggungjawab atas penerimaan menginterpretasi bunyi.

(kategori dua dan tiga biasanya tidak boleh dipulihkan melalui rawatan perubatan / surgikal dan hanya boleh dibantu melalui amplikasi baki pendengaran yang ada. Mereka perlu dibekalkan dengan alat bantuan pendengaran yang sesuai) Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan alat khas yang dinamakan audiometer. Kehilangan pendengaran boleh diklafisikasikan seperti berikut :Ringan (mild) 20 hingga 40 dB Sederhana (moderate) 40 hingga 70 dB Teruk (severe) 70 hingga 95 dB Amat Teruk (profound) melebihi 95 dB Kecacatan pendengaran biasanya tidak mempunyai kesan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Kecacataan pendengaran yang teruk akan memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan. Pertuturan biasanya sukar difahami dan penguasaan bahasa terhad. Kanak-kanak ini bertutur menggunakan bahasa isyarat. Kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran menunjukkan tanda-tanda berikut : Selalu kurang tumpuan

Selalu gagal bertindakbalas terhadap pertuturan orang lain, terutamanuya dalam situasi bising. Selalu minta orang mengulangi apa yang disebut Selalu maju rapat kepada penutur Selalu memberi perhatian kepada muka penutur Selalu memberi jawapan tidak kena pada soalan Sering meninggalkan beberapa bunyi daripada pertuturannya atau menggantikan bunyi-bunyi lain. Mempunyai suara yang terlalu lembut atau kuat Bertindakbalas lambat terhadap arahan Lemah tatabahasa Menghadapi masalah mengulangi apa yang didengarnya Mengahadapi masalah menentukan arah bunyi Selalu mengalami telinga berair, selsema, sekit tekak

MASALAH pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang-jarang berlaku di dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia ini, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi, penting untuk mengenali telinga anda terlebih dulu. Struktur telinga Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga anda. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (incus, stapes dan maleus), ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak). Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses maklumat yang sampai dan maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran. Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang itu haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing. Jenis masalah Pendengaran Penting untuk anda mengetahui jenis masalah pendengaran yang dihadapi kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah itu. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu dengar adalah perlu. Terdapat tiga jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah. Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.

Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan. Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategori sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa juga masalah yang berlaku di telinga luar/tengah serta masalah di telinga dalam, ia disebut sebagai masalah pendengaran campuran. Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda berikut. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan pendengaran anda.

Meminta percakapan diulang berkali-kali. Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa. Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan. Sukar memahami perbualan di tempat bising. Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari. Sukar memahami perbualan telefon. Toleransi terhadap bunyi bising berkurang. Suka memencilkan diri daripada bergaul dan berbual. Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat. Terbabit kemalangan dengan kecederaan di bahagian kepala dan leher. Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran. Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretikl) Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang). Perhatikan anak-anak anda. Jika mereka mempunyai salah satu ciri seperti di bawah, bawa mereka menemui doktor untuk pemeriksaan pendengaran.

Tidak bertindak balas terhadap bunyi. Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri. Tidak memahami / silap memahami arahan. Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun. Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif dan menyendiri. Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dulu sebelum melakukan sebarang tugas. Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar. Lewat bertutur. Lebih banyak menunjuk dengan jari daripada bercakap. Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan. Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penggantian darah selepas dilahirkan. Telinga sering berair atau bernanah. Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5 kilogram). Tidak menangis sebaik saja dilahirkan. Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, sifilis, herpes, virus cytomegalo atau jangkitan kuman ketika mengandung. Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray, Magnetic Resonance Imaging (MRI)) ketika mengandung. Ibu mengambil ubat ototoksik ketika mengandung (anti-histamin atau anti-diuretik).

Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok ketika mengandung. Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak terbabit. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur kurang tiga bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini bertujuan mengurangkan kesan masalah pendengaran dihadapi kanak-kanak berkenaan.

Hilang pendengaran
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD hidayatulakmal@hmetro.com.my

Gambarajah dalam telinga

PERNAHKAH anak anda mengadu sakit telinga atau menunjukkan cecair keluar daripadanya? Jika ya, jangan ambil mudah kerana anak anda mungkin terkena jangkitan telinga atau radang di bahagian telinga tengah. Ia dipanggil otitis media iaitu penyakit telinga yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berusia enam bulan hingga satu tahun. Ia penyakit kedua biasa berlaku selepas selesema.

Secara global, 83 peratus kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya sekali otitis media sebelum berumur tiga tahun dan 10 hingga 20 peratus kes membabitkan bayi berumur bawah 12 bulan. Kajian mendapati 60 hingga 80 peratus kes otitis media berlaku di negara membangun, termasuk Malaysia yang disebabkan oleh bakteria.

Menurut Pakar Bedah ENT (telinga, hidung, tekak) dan Surgeri Kepala Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Samril Bokari berkata, otitis media terbahagi kepada dua iaitu otitis media dengan kehadiran cecair (OME) dan otitis media akut(AOM).

Gejala AOM berlaku apabila jangkitan kuman pada saluran pernafasan atas mengakibatkan tisu hidung bengkak tersumbat dan dipenuhi cecair.

Ia mengakibatkan fungsi pembersihan terganggu dan regulasi tekanan di bahagian telinga tengah menyebabkan jangkitan bakteria masuk dari bahagian belakang hidung ke telinga tengah.

OME pula berlaku selepas beberapa minggu AOM disebabkan tiub eustachio tidak dapat berfungsi secara normal, menyebabkan tekanan negatif di telinga tengah, seterusnya berlaku rembesan cecair berterusan dari saluran kapilari darah ke dalam telinga tengah, katanya sewaktu ditemui di sini, baru-baru ini. Menurutnya, kanak-kanak mudah terdedah kepada kuman atau organisma yang mengakibatkan jangkitan sama ada bakteria, virus mahupun fungus. Jangkitan virus menyumbang kepada 15 peratus daripada keseluruhan kes manakala jangkitan bakteria merangkumi majoritinya.

Ada tiga jenis bakteria yang kerap menyerang iaitu streptococcus pneumoniae (25 hingga 50 peratus), haemophilus infuenzae (15 hingga 30 peratus) dan moraxella catarrhalis ( tiga hingga 20 peratus).

Kanak-kanak lelaki lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan. Selain itu, kurang menjaga kebersihan antara punca otitis media berjangkit, katanya.

Otitis media harus diberi rawatan sewajarnya kerana ia boleh menjejaskan pendengaran kanak-kanak. Apabila pendengaran terjejas, proses pembelajaran juga menjadi perlahan.

Akibatnya kanak-kanak menghadapi masalah dalam bilik darjah, prestasi pelajaran merosot dan perkembangan sosialnya terbantut. Keadaan ini membuatkan kanak-kanak yang mendapat otitis media sering dilabel lembap.

Jika tidak dirawat segera, otitis media boleh menyebabkan komplikasi lebih serius seperti kehilangan pendengaran, kelumpuhan saraf muka, gegendang telinga berlubang, jangkitan telinga kronik (jika berlaku berulang kali), jangkitan merebak ke tulang belakang telinga, meningitis (keradangan selaput otak) dan kehadiran nanah atau sista dalam telinga.

Pencegahan awal adalah dengan memberi bayi susu ibu berbanding susu formula kerana ia menolong mengeluarkan imuniti kepada bayi yang mampu menghalang berlakunya otitis media yang disebabkan posisi ketika penyusuan ibu mampu meningkatkan tahap optimum fungsi tiub eustachio dibandingkan penyusuan menggunakan botol. Faktor risiko Ada beberapa faktor risiko utama otitis media iaitu: l Sindrom Down l Kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan kanak-kanak l Kanak-kanak sumbing l Umur Kanak-kanak berumur enam hingga 18 bulan paling mudah mendapat jangkitan telinga. Masalah jangkitan telinga adalah masalah biasa bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat bulan hingga empat tahun l Kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan besar seperti di pusat jagaan harian lebih mudah diserang selesema berbanding yang dijaga di rumah. Oleh itu mereka lebih mudah mendapat jangkitan telinga l Terdedah pada asap rokok atau dibesarkan dalam persekitaran dengan kualiti udara rendah. Kanak-kanak yang terdedah kepada udara mengandungi asap rokok atau tercemar mempunyai risiko lebih tinggi mengalami jangkitan l Kerap mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (contohnya selesema) l Sejarah keluarga. Jika anda, pasangan atau ada ahli keluarga pernah mendapat jangkitan telinga, bermakna anak anda juga berpeluang mengalami masalah sama l Posisi badan ketika disusukan. Bayi yang menyusu dari botol sambil berbaring dikatakan lebih mudah mendapat jangkitan berbanding bayi yang menyusu dalam kedudukan badan tegak atau kedudukan kepala lebih tinggi dari badan. Justeru, pakar menyarankan ibu memberi susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan untuk menguatkan imun badan bayi dan mencegah masalah otitis media

Tanda Oleh kerana kebanyakan kes berlaku pada kanak-kanak kecil yang belum tahu mengadu, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian kepada tanda ditunjukkan anak seperti: l Anak menarik telinganya l Anak menjadi cerewet dan kerap menangis l Anak sukar tidur l Anak enggan makan l Demam (terutama bayi dan kanak-kanak kecil) l Ada cecair meleleh daripada telinga l Anak mengalami masalah keseimbangan l Anak mengalami masalah pendengaran atau lambat bertindak balas terhadap bunyi perlahan Rawatan l Oleh kerana otitis media boleh menyebabkan pelbagai masalah, rawatan segera perlu diberi. Biasanya doktor memberi antibiotik untuk satu jangka masa pendek, terutama jika kanak-kanak masih kecil dan tidak sihat l Selepas mendapat jangkitan telinga, bahagian tengah telinga anak anda mungkin mengandungi cecair selama beberapa minggu l Dalam tempoh ini anak anda mengalami sedikit masalah pendengaran dan cecair dalam telinganya akan hilang dalam masa dua bulan. Jika masih menunjukkan gejala keresahan dan tidak mendengar dengan baik, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut l Ini kerana kanak-kanak boleh mendapat beberapa kali jangkitan telinga dalam masa setahun. Bagaimanapun, jika masalah tidak berkurang selepas beberapa kali berjumpa doktor keluarga, minta supaya anak anda dirujukkan kepada pakar kanak-kanak atau pakar telinga l Seperkara yang ibu bapa perlu ingat ialah, bukan semua pesakit otitis media memerlukan antibiotik. Doktor akan membuat pertimbangan sama ada anak anda memerlukannya atau tidak, dan jika tidak diberi, jangan meminta kerana antibiotik tidak berguna jika masalah disebabkan jangkitan virus l Dalam keadaan tertentu jika antibiotik tidak berkesan, doktor mungkin memasukkan tiub kecil pada telinga anak bagi membolehkan cecair yang terperangkap di belakang gegendang mengalir keluar l Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tiub ini akan keluar sendiri selepas satu tempoh dan gegendang telinga yang berlubang (kesan cucukan tiub) akan sembuh dan tertutup kembali. Pendengaran anak juga akan kembali normal Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, jangkitan telinga berhenti apabila kanak-kanak membesar dan mereka mempunyai pendengaran baik. Namun kaedah paling baik ialah mencegah jangkitan daripada berlaku. Pencegahan Mencegah otitis media bermakna kita boleh mengurangkan masalah penghasilan bakteria yang ada daya ketahanan tinggi terhadap antibiotik; beban ibu bapa (daripada segi pengambilan cuti untuk menjaga anak sakit dan kos rawatan), beban sektor perubatan dan ekonomi masyarakat; kesakitan, kesengsaraan dan kesan sampingan yang ditanggung oleh kanak-kanak serta ibu bapa. l Jika mempunyai anak yang mendapat jangkitan telinga, asingkan dengan anak lain hingga demam reda l Pada masa sama, elak membawa anak yang dijangkiti berenang kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk Beberapa cara boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan telinga seperti: l Membawa anak mendapatkan suntikan vaksin. Doktor akan mencadangkan jenis vaksin yang boleh mencegah jangkitan telinga seperti vaksin untuk pneumokokal. Walaupun ia tidak memberi perlindungan 100 peratus, vaksin sangat berkesan mencegah jangkitan, terutama bagi serotype virus atau bakteria yang terkandung dalam vaksin berkenaan. Malah, ia penting untuk mengurangkan komplikasi teruk akibat jangkitan pneumokokal l Memberikan vaksin mencegah selesema juga dianggap langkah baik kerana risiko mendapat otitis media meningkat jika kerap mengalami jangkitan saluran pernafasan l Basuh tangan sekerap mungkin untuk mencegah pemindahan bakteria atau virus kepada anak l Beri susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan. Elak menyusu anak sambil berbaring l Jangan merokok di dalam rumah. Lebih baik, berhenti merokok. Banyak kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap mengalami jangkitan telinga Selain itu anda boleh meminta doktor memeriksa telinga anak setiap kali ke klinik, juga menyarankan doktor keluarga untuk lebih peka mengenai gejala jangkitan telinga bagi membolehkan masalah telinga dapat dikesan lebih awal.

Masalah pendengaran dan telinga anda Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang2 berlaku di dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia ini, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi, adalah penting untuk mengenali telinga anda terlebih dahulu.

Struktur telinga anda

Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Gambarajah 1). Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga anda. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (incus, stapes dan maleus) , ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) . Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran. Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.

Jenis Masalah Pendengaran Adalah penting untuk anda mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu dengar adalah perlu. Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah. Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan

pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan. Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran. Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda berikut ! Segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan pendengaran anda. 1) Meminta percakapan diulang berkali-kali 2) Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa 3) Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan. 4) Sukar memahami perbualan di tempat bising 5) Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari 6) Sukar memahami perbualan telefon 7) Toleransi terhadap bunyi bising berkurang 8) Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual 9) Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat 10) Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher. 11) Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran 12) Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll) 13) Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll) Perhatikan anak-anak anda. Jika mereka mempunyai salah satu ciri-ciri seperti di bawah, bawalah mereka menemui doktor untuk pemeriksaan pendengaran! 1) Tidak bertindak balas terhadap bunyi 2) Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri 3) Tidak memahami / silap memahami arahan 4) Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun 5) Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri 6) Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas 7) Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar 8) Lewat bertutur 9) Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap 10) Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan 11) Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan

penukaran darah selepas dilahirkan 12) Telinga sering berair atau bernanah 13) Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg) 14) Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan 15) Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung 16) Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung 17) Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll) 18) Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanakkanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanakkanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.

1. TUGAS-TUGAS AUDIOLOGIS 2 pakar terlibat : audiologis (diagnos) & otplogis (rawatan) Audiologis & otplogist memberi khidmat runding cara mengenai konservasi pendengaran kpd syarikat & ind. A. Audiologis Beri perkhidmatan saringan kpd bayi / kk Mengdiagnosis mlah pendengaran kk / dewasa Menilai, memilih & mendispensi ABPdgr Beri khidmat nasihat ttg pemakaian dan penjagaan ABPdgr B. Otologis Beri khidmat nasihat dlmpemilihan sistem amplitikasi bd utk mm bm pdgr (alat pendengaran peribadi & sisten FM) Kerjasama dgn pekar lain pilih calon utk implan koklea / pemetaan koklea Beri latihan audiotori

1. TUGAS-TUGAS AUDIOLOGIS

2 pakar terlibat : audiologis (diagnos) & otplogis (rawatan) Audiologis & otplogist memberi khidmat runding cara mengenai konservasi pendengaran kpd syarikat & ind.

You might also like