You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA

JALAN SETIAWANGSA 13 54200 WP KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PROGRAM KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK!

2012

Pada

24 - 31 Julai 2012
Tempat

Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Bilik Gerakan SK Setiawangsa


Anjuran

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR

NAMA PROGRAM KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK! PENDAHULUAN Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah seperti di bawah : a) Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik. b) c) d) e) f) g) Menghantar sms, mms dan video lucah secara sengaja. Mengintai atau skodeng kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks. Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah. Mencium kanak-kanak dengan bernafsu. Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak. Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh) terhadap kanak-kanak. h) i) j) Mengambil gambar pornografi kanak-kanak. Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak. Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.

k) l)

Melakukan onani terhadap kanak-kanak. Melacurkan kanak-kanak.

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak sekolah sahaja.

RASIONAL Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

(a)

Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan gangguan seksual.

(b)

Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.

(c)

Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid yang mengalami gangguan seksual.

(d)

Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

(e)

Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

OBJEKTIF a) Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral. b) Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.

c) Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya. d) Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi. e) Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah. f) Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN Semua murid tahun 4 dan 5

BUTIRAN PROGRAM Tarikh Masa Tempat : 24 31 Julai 2012 : Rujuk lampiran : Bilik Bimbingan dan Kaunseling serta bilik gerakan Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

PENGISIAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN Ceramah akan dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan tayangan slide berkaitan program. Jadual pergerakan kelas akan disediakan bagi melicinkan lagi perjalanan program.

TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Pengerusi

: TUAN HAJI RUSLAN BIN MADON AMW, PPN, PJK (Guru Besar SK Setiawangsa)

Naib Pengerusi 1

PUAN HAJAH JASNIZA BT. MAT@MOHAMAD (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2

PUAN NOORHANIZA BT MOHD. DAHALAN (Guru Penolong Kanan Petang)

Penyelaras/JK Dokumentasi Setiausaha JK Persediaan Tempat JK Fotografi JK Disiplin

: PUAN HARRIANI BT. MARZUKI

: PUAN NUR WAHIDAH BT MOHD. PILUS : PUAN NOOR HAFIZA BT. ABDUL HAMID : ENCIK ZAMZAMI B. ISMAIL : PUAN NORHAYATI BT MOHAMAD

ANJURAN DAN KELOLAAN Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Setiawangsa

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

1.

DAKWAT MESIN PENCETAK

RM 30.00 X 2

RM 60.00

2.

BAHAN MODUL

RM 100.00

JUMLAH BESAR

RM 160.00

Sumber pendapatan : Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling

Diluluskan/tidak diluluskan Disahkan oleh

...................................................... (HAJI RUSLAN BIN MADON) AMW, PPN, PJK

PENUTUP Adalah diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dapat memberi impak positif kepada peserta agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu bertindak apabila sesuatu perkara berlaku. Selain itu, diharap agar peserta mengetahui saluran dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(HARRIANI BT. MARZUKI) Penyelaras Kursus Katakan Tidak Pada Sentuhan Tidak OK!

(HAJAH JASNIZA BT. MAT @ MOHAMAD) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

ULASAN PENGERUSI ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ................................................................................................................................

Disahkan oleh

(HAJI RUSLAN BIN MADON) AMW, PPN, PJK Guru Besar SK Setiawangsa Kuala Lumpur

PROGRAM KESELAMATAN DIRI : KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK! Tarikh: 24 - 31 JULAI 2012 Tempat: Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan Bilik Gerakan, SK Setiawangsa Personalia : Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling

SENARAI JAWATANKUASA Pengerusi TUAN HAJI RUSLAN BIN MADON AMW, PPN, PJK (Guru Besar SK Setiawangsa) Naib Pengerusi PUAN HAJAH JASNIZA BT. MAT@MOHAMAD (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) PUAN NORHANIZA BT. MOHD. DAHALAN (Guru Penolong Kanan Petang) Penyelaras PUAN HARRIANI BT. MARZUKI Setiausaha PUAN NUR WAHIDAH BT MOHD. PILUS JK Fotografi ENCIK ZAMZAMI B. ISMAIL JK Persediaan Tempat PUAN NOOR HAFIZA BT ABDUL HAMID JK Disiplin PUAN NORHAYATI BT MOHAMAD

You might also like