You are on page 1of 8

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sg.Petani Kedah.

PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK KHIR JOHARI, SUNGAI PETANI KEDAH.
FASAL 1 : Badan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan, SK Khir Johari, Sungai Petani Kedah. (BKGK). Ditubuhkan pada tahun 1984. FASAL 2 : Matlamat : Mewujudkan semangat kerjasama, menjalin persefahaman dan muhibbah serta mengambil peranan kebajikan dan kemesraan bagi kepentingan ahli agar suasana bekerja di SK Khir Johari lebih kondusif dan produktif. FASAL 3 : Tujuan : 1. Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan kakitangan serta menjaga kebajikan mereka. 2. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi hubungan antara guru-guru dan kakitangan serta pentadbiran sekolah. FASAL 4 : Keahlian : 1. Terbuka kepada semua guru-guru dan kakitangan kecuali guru ganti di SK Khir Johari. 2. Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik sepanjang tempoh berkhidmat di SK Khir Johari. 3. Ahli-ahli hanya akan hilang kelayakan sebagai ahli jika tidak lagi berkhidmat di SK Khir Johari dan meninggal dunia. 4. Setiap orang ahli berhak mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sg.Petani Kedah.

FASAL 5 : Pentadbiran / Bidang Kuasa Jawatankuasa. 1. BKGK hendaklah diurus tadbir oleh suatu jawatankuasa yang dilantik. 2. Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh ahli-ahli BKGK setiap dua ( 2 ) tahun sekali semasa Mesyuarat Agung Tahunan. 3. Jawatankuasa hendaklah masih lagi berkhidmat di SK Khir Johari, sekiranya berlaku pertukaran guru, jawatan tersebut hendaklah diisi oleh guru yang dipilih oleh jawatankuasa tertinggi dalam BKGK. ( tanpa pengundian ) 4. Pemilihan jawatankuasa dilakukan secara pengundian. 5. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat. 6. Ahli Jawatankuasa : i. ii. iii. iv. v. vi. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa ( 8 orang / bilangan bergantung keperluan ) Pemeriksa kira-kira ( sekurang-kurangnya seorang )

7. Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa adalah satu ( 1 ) penggal atau suatu tempoh yang difikirkan sesuai. Maksimum adalah dua ( 2 ) penggal. Selepas itu semua jawatankuasa tidak boleh dilantik semula sehingga seluruh ahli telah menjadi jawatankuasa. FASAL 6 : Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Menentukan dasar, merancang, mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti-aktiviti BKGK serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan BKGK tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan disamping itu juga bertanggungjawab terhadap pengawalan keselamatan segala aset BKGK yang ada.

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sg.Petani Kedah.

a. Pengerusi 1. Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 2. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan BKGK sepanjang tempoh berkhidmat. 3. Mempunyai undi pemutus dan menandatangani minit mesyuarat apabila telah diluluskan. b. Naib Pengerusi 1. Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran BKGK serta memastikan segala peraturan dipatuhi oleh semua ahli. 2. Memastikan pematuhan dalam segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas. 3. Memastikan segala aktiviti dan program BKGK dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. 4. Membantu pengerusi dalam tugas-tugas urus tadbir BKGK. 5. Memangku dan menjalankan tugas pengerusi sewaktu ketiadaan pengerusi BKGK. c. Setiausaha 1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. 2. Bertanggungjawab berkaitan BKGK. 3. Memaklumkan tarikh, masa dan agenda mesyuarat. 4. Menyediakan dan menyimpan minit mesyuarat BKGK. d. Bendahari 1. Menguruskan perbelanjaan wang BKGK seperti diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan. 2. Menerima bagi pihak BKGK semua derma atau sumbangan daripada manamana ahli-ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima. 3. Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalagunaan wang dari akaun BKGK. 4. Menyediakan Laporan atau Penyata Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta laporan-laporan yang berkaitan. atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan surat

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sg.Petani Kedah.

e. Ahli Jawatankuasa / Biro 1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 2. Menjalankan arahan-arahan BKGK sepertimana ditentukan dalam mesyuarat. 3. Mengkaji dan membuat keputusan dalam sebarang permohonan daripada ahliahli BKGK. 4. Membantu melaksanakan program dan aktiviti yang dicadangkan. f. Pemeriksa Kira-kira 1. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya. 2. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul. FASAL 7 : Kewangan 1. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM5.00 bagi setiap bulan (JanuariDisember). 2. Setiap ahli juga boleh membayar yuran RM30.00 bagi setengah tahun atau RM60.00 bagi setahun. 3. Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan. 4. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut. 5. Semua pungutan / penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang akan disediakan oleh Bendahari. 6. Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM2999.99 memerlukan persetujuan 2/3 ahliahli BKGK. 7. Pengeluaran wang kurang daripada RM2999.99 tetapi melebihi RM500 hanya perlu mendapat persetujuan Jawatankuasa Tinggi ( Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari ). 8. Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang dibawah RM499 sahaja dengan kebenaran Pengerusi. 9. Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada akhir tahun. Tahun kewangan BKGK bermula pada bulan Januari dan berakhir pada bulan Disember setiap tahun. 4

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sg.Petani Kedah.

FASAL 8 : Penyertaan ahli /Aktiviti-aktiviti 1. Ahli-ahli diwajibkan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah dimaklumkan kepada pengerusi BKGK dan ahli-ahli yang tidak hadir boleh dilantik memegang jawatan dalam BKGK sekiranya ahli-ahli memerlukannya. 2. Aktiviti-aktiviti akan dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli-ahli. FASAL 9 : Pindaan Perlembagaan 1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli bersama jawatankuasa semasa Mesyuarat Agung Tahunan. 3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 4. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pengerusi. FASAL 10 : Mesyuarat Agung Tahunan / Pembubaran BKGK. 1. Mesyuarat Agung hendaklah diadakan dua ( 2 ) tahun sekali iaitu sebelum sesi persekolahan baru bermula. 2. Notis tarikh mesyuarat agung hendaklah dihebah dan dipamerkan kepada ahli-ahli selewatnya DUA hari sebelum tarikh mesyuarat. 3. Mesyuarat Agung Khas bagi BKGK boleh diadakan jika perlu. 4. Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli BKGK. 5. Korum Mesyuarat Jawatankuasa BKGK hendaklah tidak kurang 1/2 daripada jumlah bilangan jawatankuasa BKGK. 6. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh lain ; jika korum tidak cukup juga untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka jawatankuasa 5

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sg.Petani Kedah.

berkuasa mengubah undang-undang BKGK atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli. 7. BKGK boleh dibubarkan pada Mesyuarat Agung terakhir bagi tahun semasa. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan BKGK. 8. Jika pembubaran terpaksa dilakukan : i. ii. FASAL 11 : Hak Ahli-ahli BKGK 1. Mengadakan majlis-maljis seperti berikut : Majlis perpisahan, Sambutan Hari Raya, Hari Keluarga, Jamuan Akhir Tahun, dan lain-lain majlis yang dirasakan perlu. 2. Membeli sesuatu sempena Hari Guru mengikut kadar sewajarnya. Nilai sumbangan sebanyak RM100. 3. Memberikan derma kepada orang perseorangan, pertubuhan agama dan lain-lain seumpamanya maksima RM20.00 4. Murid-murid yang ditimpa malang diberi sumbangan maksima RM30.00 5. Mengeluarkan derma atau bantuan kepada ahli-ahli yang ditimpa kemalangan atau bencana alam atau seumpamanya RM50.00 tidak termasuk sumbangan peribadi dan derma kilat. 6. Jika berlaku kematian, BKGK akan bertindak mengikut syarat-syarat berikut : a. Kematian ahli ( suami/isteri ) akan disumbangkan RM200 dan tambah nilai melalui pungutan derma. b. Kematian ahli keluarga ( ibubapa kandung/mentua, anak belum berkahwin termasuk anak angkat sah ) akan disumbangkan RM100 dan tambah nilai melalui pungutan derma. c. Kematian di rumah ahli sebanyak RM50. ( sesiapa sahaja ) 7. Mana-mana ahli BKGK yang berkahwin ( satu kali ) dan mengedarkan kad jemputan kepada ahli-ahli, maka sumbangan akan diberikan RM100 dan anak-anak ahli suami/isteri pertama akan diberikan RM50. 8. Ahli-ahli yang menunaikan fardu haji ke Mekah ( kali pertama ) akan diberikan sumbangan RM100. Majlis doa selamat akan diadakan dibawah pembiayaan BKGK. Segala hutang-piutang dan tunggakan ahli-ahli terhadap BKGK hendaklah diselesaikan. Wang bakinya hendaklah dibahagiakan sama rata kepada ahli-ahli BKGK.

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sg.Petani Kedah.

9. Masuk wad tidak kurang dari 3 hari ( sakit ) : RM 30.00 (sekali setahun). Sakit berlanjutan ( berada di rumah ) sumbangan atas budibicara jawatankuasa. 10. Mana-mana ahli BKGK yang bertukar atau bersara dan telah berkhidmat sekurangkurangnya 6 bulan, jamuan perpisahan akan diadakan. Perbelanjaan akan dipungut daripada ahli-ahli yang lain. BKGK akan bertindak mengikut syarat-syarat berikut : Bertukar : RM 50.00 (dengan tambahan RM3.00 x bilangan tahun berkhidmat di sekolah ini ). Bersara : RM 100.00 (dengan tambahan RM5.00 x bilangan tahun berkhidmat di sekolah ini ). Ahli BKGK yang bertukar/bersara kurang 6 bulan bertugas disekolah ini : RM 20.00 11. Bersalin anak pertama (sulung) dan anak pertama di sekolah ini : RM 50.00 12. Siri-siri lawatan / melancong akan diadakan dari masa ke semasa bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan besar ahli BKGK. Sumbangan akan dikeluarkan berdasarkan keputusan jawatankuasa BKGK. 13. Kebajikan ahli BKGK dibilik guru juga diberi perhatian. Sumbangan akan dikeluarkan berdasarkan keperluan semasa.

FASAL 12 : Tempat Letak Kereta 1. Semua tempat letak kereta berbumbung adalah di bawah pentadbiran BKGK. 2. Setiap ahli BKGK yang menggunakan tempat letak kereta berbumbung dikenakan bayaran perkhidmatan mengikut ketetapan berikut : a. Ahli-ahli yang membayar sepenuhnya untuk setahun adalah RM100.00 b. Ahli-ahli yang membayar dua ( 2 ) kali dalam setahun iaitu RM60.00 ( penggal 1 ) dan RM60.00 ( penggal 2 ). c. Ahli-ahli yang membayar setiap bulan RM15.00 kecuali cuti persekolahan iaitu selama 9 bulan sahaja setahun. d. AJK BKGK dikenakan bayaran RM90.00 untuk setahun dan Jawatankuasa seperti Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Parking dikenakan bayaran RM80.00. e. Untuk jawatan-jawatan pentadbiran, tiada sebarang bayaran dikenakan tetapi boleh memberi sumbagan mengikut keikhlasan.

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sg.Petani Kedah.

3. Akaun kewangan tempat letak kereta akan dibuat berasingan daripada akaun BKGK dan dibentangkan setiap kali mesyuarat. 4. Kewangan tempat letak kereta hanya digunakan untuk program-program khas yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa.

FASAL 13 : Perkara Am 1. Selain daripada penggunaan wang ke arah kebajikan, wang BKGK juga boleh digunakan untuk tujuan : a. Jamuan ringan untuk Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung. b. Fotostat yang berkaitan dengan urusan pentadbiran. c. Baki wang BKGK pada hujung tahun akan dibawa ke tahun berikutnya. 2. Sekiranya berlaku kehabisan wang tabungan, maka Jawatankuasa boleh memutuskan untuk mengadakan kutipan tergempar. 3. Segala keraguan atau ketidakpuasan hati ahli-ahli mengenai perjalanan BKGK, hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa. Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Semua yuran yang disalurkan kepada BKGK adalah untuk tujuan KEBAJIKAN.

KITA ASYIK BERTANYA APAKAH SUMBANGAN BKGK KEPADA KITA, TANYALAH APAKAH SUMBANGAN YANG KITA BERI UNTUK BKGK

Perlembagaan ini diperakukan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012

You might also like