You are on page 1of 6

Apakah itu sekolah harmoni?

Sekolah harmoni ialah sekolah yang bersuasanakan aman, damai dan tenteram yang sesuai dijadikan latar tempat kepada sesebuah sesi pembelajaran. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Semua orang pastinya tidak akan menolak, jika mereka diberi peluang untuk belajar dan mengajar di sekolah seperti ini. Dalam mewujudkan sekolah harmoni, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kewujudan sekolah ini. Sekolah harmoni memerlukan suasana pembelajaran yang kondusif. Kondusif di sini membawa erti persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Setiap pelajar tentunya memerlukan kemudahan seperti meja, kerusi, buku-buku rujukan dan sebagainya. Pusat sumber merupakan salah satu tempat yang sangat strategik sebagai kawasan pembelajaran kerana ia menyediakan suasana yang sangat diperlukan oleh para pelajar. Maka itu, keadaan ini menjadi komponen utama kepada sesebuah sekolah harmoni. Selain itu, persekitaran sekolah yang bersih dan ceria juga merupakan salah satu faktor kewujudan sekolah harmoni. Apabila persekitaran kita sentiasa dijaga dengan baik, sudah tentu kita tidak akan menerima sebarang masalah yang akan mengganggu kita. Namun begitu, jika hal sebaliknya yang berlaku, terdapat pelbagai gangguan yang akan kita hadapi dan menyebabkan emosi kita terganggu sekaligus menjejaskan niat kita untuk menuntut ilmu. Sebagai contoh, semak samun, sampah sarap, bau busuk, longkang yang tersumbat, gangguan haiwan perosak seperti tikus dan sebagainya. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Oleh itu, semua warga sekolah hendaklah bersama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi mengelakkan hal ini daripada berlaku. Di samping itu, sekolah harmoni juga tidak mempunyai sebarang kes disiplin yang melibatkan pelajar seperti kes buli, ponteng kelas, vandalisme, gangsterisme dan banyak lagi. Keadaan ini bukan sahaja mengundang nama buruk sekolah, tetapi ia juga menyebabkan terdapat segelintir pelajar berasa takut untuk menghadirkan diri ke sekolah. Ini secara langsung, mencemarkan keharmonian sesebuah sekolah. Oleh itu, disiplin merupakan tunjang kepada keharmonian sekolah. Selain disiplin, sikap kerjasama dalam kalangan warga sekolah juga merupakan salah satu tunjang sesebuah sekolah harmoni. Bagaikan pahat dengan penukul. Semua warga

sekolah perlu berkolaborasi dalam menjayakan misi mewujudkan sekolah harmoni. Masalah kesalahfahaman di antara kaum, masyarakat dan agama haruslah dielakkan. Bagi merapatkan tali silaturrahim, banyak aktiviti yang dapat dilakukan seperti bergotong-royong. Dengan itu, tanpa adanya sikap kerjasama, sudah pasti keharmonian tidak dapat dicapai. Tuntasnya, agak sukar untuk mewujudkan sekolah harmoni jika tiada persefahaman di antara seluruh komuniti sekolah. Pelajar, ibubapa, guru-guru mahupun pekerja-pekerja am haruslah berganding bahu untuk melestarikan seruan kerajaan untuk mewujudkan sekolahsekolah harmoni di Malaysia sekaligus melahirkan modal insan berminda kelas pertama melalui sekolah harmoni.

Tarikh Kelas Masa Subjek Tajuk BBM Objektif P&P Pengimbuhan

21.09.2010 (Selasa) / 23.09.2010 (Khamis) 1H / 1F 12.50-3.10 ptg / 3.25-4.35 ptg Bahasa Melayu (Tatabahasa) Nota & lembaran kerja Memperkukuhkan penguasaan tatabahasa

Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan Imbuhan sisipan Imbuhan awalan rangkap

Sistem Bahasa

Hasil Pembelajaran Penerapan Nilai Aktiviti Refleksi

Dapat mendalami aspek-aspek imbuhan dan menggunakan jenis imbuhan bagi melengkapkan ayat Bekerjasama dan bertolak ansur Perbincangan Pengukuhan Pelajar dapat membezakan jenis-jenis imbuhan yang diberikan oleh guru

Tarikh Kelas Masa Subjek Tajuk Tujuan BBM Objektif P&P Hasil Pembelajaran Membina Ulasan

20.09.2010 (Isnin) / 21.09.2010 (Selasa) 1H / 1F 3.25-4.35 ptg / 2.00-3.10 ptg Bahasa Melayu (Penulisan) Melatih pelajar mengenal pasti nilai murni, amalan & pengajaran yang terdapat dalam sesebuah petikan yang diberikan & seterusnya membina ulasan Lembaran kerja Mengenal pasti nilai murni, amalan & pengajaran dalam petikan/bahan Membuat ulasan berkaitan dengan bahan rangsangan rangsangan

Dapat meningkatkan tahap kefahaman dalam tempoh yang singkat

Penerapan Nilai Aktiviti Refleksi

Kerajinan dan tanggungjawab Membina ulasan Pelajar dapat membina ulasan menggunakan olahan ayat sendiri

Tarikh Kelas Masa Subjek Tajuk BBM Objektif P&P KOMSAS

22.09.2010 (Rabu) / 24.09.2010 (Jumaat) 1H / 1F 12.50 tghari 2.00ptg / 4.00-5.10ptg

Budi Seorang Bapa Angkat


Buku Teks Kasut Kelopak Jantung Melatih pelajar menyatakan pengajaran yang didapati daripada cerpen yang dibaca Metafora Personifikasi Sinkof

Gaya Bahasa Hasil Pembelajaran Penerapan Nilai

Dapat mencatat & menyatakan pengajaran daripada cerpen Kasih sayang, tanggungjawab & ketaatan Membaca cerpen Membuat rumusan cerita Latihan pengukuhan

Aktiviti

Refleksi

Pelajar memberikan kerjasama sepanjang proses P&P

Tarikh Kelas Masa Subjek Tajuk

21.09.2010 (Selasa) 1F 1.15-2.15 ptg Bahasa Melayu (Penulisan) Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan

Tajuk: Kebaikan Menyertai Kegiatan Kokurikulum Tujuan BBM Objektif P&P Hasil Pembelajaran Penerapan Nilai Aktiviti Refleksi Melatih pelajar mengeluarkan idea yang kreatif Lembaran kerja Memeta jalan cerita yang hendak ditulis Menulis karangan menggunakan ayat sendiri

Dapat meningkatkan tahap kefahaman berdasarkan bahan rangsangan Kerajinan dan bekerjasama Menyatakan pendapat Pelajar dapat memahami pengajaran yang diajar oleh guru

Tarikh Kelas Masa Subjek Tajuk BBM Objektif P&P Sistem Bahasa Hasil Pembelajaran Penerapan Nilai Aktiviti Refleksi Bahasa Melayu (Tatabahasa) Kata Ganda Nota & lembaran kerja

21.09.2010 (Selasa) 1H 12.15-1.15 ptg

Mengenalpasti jenis, kelas kata & penggunaan kata ganda yang bersesuaian dalam sesuatu ayat Kata ganda seluruh Kata ganda separa

Dapat menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat dengan memberikan alasan yang kukuh Bekerjasama dan bertolak ansur Perbincangan Pengukuhan

Pelajar dapat membezakan penggunaan maklumat yang diberikan oleh guru

You might also like