You are on page 1of 11

SOALAN :Jelaskan sumbangan Dato Onn Jaafar dalam proses kemerdekaan negara kita.

Jawapan :-

Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu dan salah seorang tokoh yang sangat masyhur dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.

Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan gagasan Malayan Union. Beliau juga merupakan tokoh pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia. Laungan perjuangan HIDUP MELAYU yang dicetuskan oleh Dato` Onn Jaafar tidak sekadar slogan tetapi terhimpun dengan perjuangan bangsa Melayu, membela kedudukan RajaRaja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan ekonomi dan hak-hak istimewa Orang Melayu. Walaupun dalam sejarah politiknya beliau keluar dari UMNO, pernah menubuhkan dua parti lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan tetapi jangan dilupa warisan perjuangannya menjadi teras yang menentukan arah serta hala tuju perjuangan bangsa Melayu. Sejarah hidup Dato Onn bermula apabila beliau dilahirkan di rumah bapanya di Bukit Gambir, Johor Bahru pada tahun 1895. Bapanya, Dato Jaafar Muhamad ialah Menteri Besar Johor pada ketika itu. Rumahnya yang terletak di belakang Kebun Istana di Jalan Gertak Merah ialah rumah kediaman rasmi yang disediakan oleh sultan untuknya. Pada tahun 1902, ketika Dato' Onn berusia lapan tahun, ibunya Cik Rogayah Hanim meninggal dunia. Ibunya adalah dari keturunan bangsawan Turki yang terpelihara di Istana Harem, Scarcia, Turkey. Dato Onn sejak kecil merupakan seorang anak yang sangat cerdas dan aktif. Beliau telah menunjukkan sikap yang pendiam ketika ibunya meninggal dunia. Beliau sering merajuk dengan membawa diri ke kebun istana. Beliau bebas melakukan aktiviti bersendiri atau bersama putera-

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

putera raja di situ. Di kalangan rakan sebaya, beliau sentiasa menjadi ketua. Sejak kecil ketokohan beliau telah terserlah. Sebelum beliau dihantar ke England, Dato Jaafar sendiri mengajar akhlak dan agama serta adab budaya Melayu kepadanya. Tetapi pelajaran formalnya semenjak berusia 4 tahun adalah mempelajari Bahasa Inggeris bersama-sama putera-putera sultan yang lain dengan dua orang guru perempuan berbangsa Inggeris yang didatangkan khas untuk tujuan itu. Pada tahun 1904, ketika Dato Onn berusia 9 tahun beliau telah dihantar ke sekolah khas untuk anak bangsawan Inggeris di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England bersama-sama putera-putera Sultan Johor. Beliau amat rapat dengan Tengku Mahkota dan dianggap pasangan juga teman penjaga kepada baginda. Di sekolah, Dato Onn sangat petah berbahasa Inggeris dan sering memenangi tempat pertama dalam pertandingan debat. Beliau cekap berhujah dan mematahkan pihak lawan hingga pegawai Inggeris yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan sekolah tidak menyangka beliau adalah seorang pelajar Melayu dan bukan pelajar yang berbangsa Inggeris. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang hebat dalam sukan terutamanya dalam permainan bola sepak. Dato' Onn adalah pelajar terbaik dalam Pengajian Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.

Beliau adalah seorang yang aktif di samping bertindak seolah-olah orang yang bertanggungjawab terhadap Tengku Mahkota. Ini adalah berikutan dari nasihat dan pesanan bapa dan juga para pembesar Johor. Mereka jarang berpisah. Di mana Tengku Mahkota, disitulah Dato Onn dan situasi ini tidak disenangi oleh pihak Inggeris kerana mereka mempunyai agenda tersendiri memberi keistimewaan kepada Tengku Mahkota tetapi tidak kepada Dato Onn. Daripada pemerhatian mereka, Dato Onn adalah seorang kanak-kanak pintar yang perlu dipisahkan daripada Tengku Mahkota kerana Dato Onn berupaya mempengaruhi Tengku Mahkota dalam segala bidang. Pada tahun 1909 Dato Onn telah dihantar pulang kerana pihak Inggeris takut beliau akan dapat mempengaruhi Tengku Mahkota. Beliau kemudiannya telah dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Beliau sangat disenangi ramai.
2

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Malah beliau sendiri telah mengajar bahasa Ianggeris kepada anak-anak bangsawan Melayu dan kepada guru Jawi beliau. Di MCKK, Dato Onn tidak berseorangan. Beliau diikuti oleh Tengku Mahkota Johor yang enggan melanjutkan pelajaran di England dengan ketiadaan Dato Onn. Baginda sangat kasih kepada Dato Onn lebih dari seorang teman atau kawan. Bagaimanapun pengajian beliau tidak lama di MCKK kerana pihak Inggeris tidak mahu beliau mendapat pengajian yang tertinggi lalu membuat helah dengan mengatakan Dato Onn telah bersedia untuk berkhidmat. Dato Onn telah pulang ke Johor pada tahun 1912 dan sebaik saja sampai, beliau telah dilantik menjadi kerani rendah sementara di Pejabat Perkhidmatan Pos. Beberapa bulan kemudian beliau telah dinikahkan dengan keluarga angkat beliau, Cik Rafaeh bt Abdullah. Ketika berusia 18 tahun beliau diwajibkan menyertai Askar Timbalan Setia.

Pada tahun 1919, ketika usia 25 tahun, Dato Onn Jaafar telah mendirikan rumah tangga kali keempat bersama Datin Halimah Hussein, mendapat tiga orang anak dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Pada tahun yang sama juga, ayahanda beliau, Dato Jaafar meninggal dunia dan ini telah memberi kesan psikologi yang amat sangat kepada Dato Onn. Meskipun beliau tidak dimanjai oleh bapanya tetapi beliau tahu bahawa bapanya ialah seorang bangsawan Melayu berjiwa rakyat yang sangat mengambil berat tentang rakyat. Bapanya sangat menitikberatkan kebajikan orang Melayu. Bapanya memang seorang tokoh pemimpin Melayu yang amat terkenal. Dato Jaafar adalah seorang pemimpin Melayu yang bijak dan terkenal memodenkan pemikiran orang Melayu Johor sejak pemerintahan Sultan Abu Bakar. Dato Onn telah mengkritik terang-terangan bapa angkat beliau iaitu Sultan Johor apabila baginda bertindak merampas kediaman bapanya dan memilik negarakan semua harta Dato Jaafar. Berikutan itu, beliau telah dipecat dari pangkatnya dan diberhentikan dari menjadi Askar Timbalan Setia.

Setelah menganggur selama beberapa bulan pada tahun 1921, dengan rekomen Tengku Mahkota beliau diterima menyambung kerja di Pejabat Tanah Muar sebagai penolong pegawai rendah pemungut hasil. Di Muar, beliau aktif dalam permainan bola sepak. Pada tahun 1928, beliau dipecat dan dibuang negeri ke Singapura akibat memakai kostum raja dalam wayang Cina semasa sambutan Hari Keputeraan Sultan di Muar dan berlagak sebagai raja diktaktor menyindir Sultan Johor. Abangnya Dato Abdullah Jaafar yang ketika itu sedang menjadi Menteri Besar
3

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Johor juga telah diberhentikan daripada jawatannya. Mereka telah tinggal bersama di Singapura. Oleh kerana ketika itu zaman kemelesetan sedang berlaku begitu teruk, mereka gagal mendapat sebarang pekerjaan. Untuk menyara hidup, Dato Onn telah menyewa sebuah rumah setinggan dan bekerja sebagai nelayan. Apabila beliau tidak dapat ke laut, beliau telah meluangkan masanya menonton wayang Cina dan opera bangsawan Melayu. Beliau juga sering menumpang membaca berita-berita yang di jual dan di cetak oleh syarikat cetak milik saudagar Arab berdekatan tempat beliau menghabiskan waktu. Kerana minat dan kebolehan beliau, DatoOnn telah diberi kepercayaan menyumbangkan rencana dan akhirnya diterima menjadi penulis di Syarikat Percetakan Akhbar Singapura. Kelancangan dan keberanian beliau mengkritik pentadbiran Sultan Johor mendapat liputan meluas dari akhabar-akbar lain. Sumbangan Dato Onn dalam perjuangan politik tempatan bermula dengan menjadi seorang penulis akhbar. Dato Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang berani seperti tulisan Dato Onn. Dato Onn kerap menulis mengenai persoalan layanan, perbezaan gaji dan elaun hingga menular kepada perbicaraan dan perbincangan mengenai keadaaan kesihatan, pelajaran, ekonomi, adat-resam dan kebudayaan. Kesedaran kepada pelajaran dan minat pembacaan mula berkembang subur di awal tahun 1930-an. Fahaman Angkatan Muda telah memperjuangkan kebebasan mentadbir dan memerintah sendiri. Ini dilakukan terhasil daripada kesedaran dari keadaan negara Turki yang telah dikongkongki oleh kuasa barat apabila Empayar Othmaniah ditamatkan di awal 1920-an. Dato Onn yang mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris dan berpengalaman dengan sikap bias, prejudis dan hipokrit Inggeris berasa bertanggungjawab untuk berbuat sesuatu. Beliau telah menulis dengan penuh minat dan bertanggungjawab tanpa memikirkan penat lelah dan upah. Beliau telah berusaha menjadikan akhbar yang dipertanggungjawabkan kepadanya iaitu akhbar Warta dan Warta Negara menjadi begitu laris dan terkenal. Jualan akbarnya mendapat sambutan sehingga beliau mampu mengurus dan menerbitkan akhbarnya sendiri. Beliau juga telah mendidik masyarakat dengan cara menulis banyak kepincangan dan kelemahan orang Melayu serta cara-cara mengatasinya. Beliau juga mendedahkan kelalaian institusi raja dan cendikiawan Melayu yang berpendidikan Inggeris. Mereka
4

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

dianggap telah lupa kepada tanggungjawab untuk menjaga maruah diri dan maruah bangsa. Liputannya mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan rakyat biasa tetapi juga di kalangan istana, para bangsawan serta orang-orang Melayu berpendidikan Inggeris. Beliau gigih memperjuangkan hak bangsa Melayu yang dianggapnya sebagai perjuangan sejagat. Beliau berjuang melalui penulisan dan beliau berjaya meluahkan perasaannya selari dengan kenyataan keadaan sosial ketika itu. Beliau telah berjaya mencuit hati para pembaca kerana beliau menilik diri beliau sendiri dengan semangat Melayu yang tulen. Ramalan Inggeris memang menjadi kenyataan apabila Dato Onn mengetuai orangorang Melayu menentang Malayan Union. Dato Onn juga sedar kekurangan pada dirinya yang tidak berpelajaran tinggi. Kekurangan itu tidak dibiarkan. Alam kewartawanan banyak mengajar dan memberi input kepada beliau. Beliau sendiri mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Ini telah memberi keyakinan diri yang tinggi kepada jiwa dan semangat beliau. Beliau dapat menghayati dan menganalisa keadaan semasa dan agenda Inggeris daripada pengalamannya. Beliau berjaya membaca strategi Inggeris yang bersifat penjajah. Pengalaman ketika berkhidmat sebagai pegawai awam negeri Johor, ketika menjadi Askar Timbalan Setia dan ketika beliau menghadapi kesukaran hidup sebagai nelayan dan menyewa di rumah setinggan di Singapaura telah menjadi modal tidak ternilai dalam penulisannya. Pengalaman dan penghayatan beliau telah membuka bukan saja mata tetapi juga minda dan fikiran beliau. Beliau berjaya meluahkannya dan mempengaruhi masyarakat sekeliling. Beliau sungguh sensitif dengan kedaifan bangsa beliau. Bangsa Melayu, di negara Melayu yang dianggap sebagai negara milik dan warisan datuk nenek moyang. Di satu pihak lain, beliau melihat golongan bangsawan dan pembesar negeri terus leka dibuai oleh pengaruh kecerdikan Inggeris. Inggeris terus mengaut hasil yang tidak terhitung banyaknya dari bumi Melayu. Pada tahun 1935 Dato Onn telah menerbitkan Selamat Johor sempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor ke 40. Beliau telah memuatkan berita-berita istana yang positif. Beliau yakin bahawa nilai yang baik perlu dicontohi dan diketengahkan. Terbitan Selamat Johor yang diterbitkan oleh beliau sangat popular dan mendapat pesanan diluar jangkaan. Tengku Mahkota Ismail telah menyarankan ayahanda baginda memberi pengampunan kepada Dato Onn kerana jasanya mengangkat kebajikan yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Sultan Johor berasa
5

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

sukacita dan menganggap Dato Onn telah berjasa kepada baginda dan negeri Johor. Sehubungan itu, baginda Sultan Johor berkenan memberi keampunan kepada beliau. Baginda telah mengundang beliau dan keluarga balik dan berkhidmat di Johor. Pada tahun 1938 Dato Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Persetujuan beliau untuk berkhidmat dengan Sultan Johor dengan bersyarat supaya pandangan beliau tidak disekat kecuali pandangan yang merugikan rakyat. Beliau telah diberi jaminan kerana beliau dianggap oleh para cendekiawan Johor sebagai seorang yang berani dan sangat berguna kepada negeri Johor. Sultan dinasihati supaya menganugerahkan jawatan yang penting dan tinggi kepada Dato Onn sebelum beliau dilamar oleh Singapura, negeri Melayu lain atau Inggeris. Sultan Johor telah memperkenan lebih-lebih lagi Tengku Mahkota yang sering memangku sultan juga berkeras menginginkan teman setia juga rakan karibnya berkhidmat di Johor. Ketika Dato Onn menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor pada tahun 1936, cadangan beliau telah diterima untuk mewujudkan biasiswa pelajaran yang dinamakan "Sultan Ibrahim Scholarship" kepada pelajar-pelajar Melayu yang bekelayakan. Biasiswa tersebut merupakan biasiswa yang pertama diwujudkan di negeri Johor dan Semenanjung Tanah Melayu. Pelajaran dilihat sangat penting bagi menjamin dan membantu orang Melayu. Mereka ini nanti akan berupaya mencapai dan memajukan bangsa apabila tamat belajar. Dato Onn juga menggesa agar pendidikan kepada kaum wanita juga dipertingkatkan. Di samping itu pelajaran agama juga tidak diabaikan. Beliau telah menyumbang dua idea dan jasa yang penting kepada rakyat negeri Johor. Beliau juga telah memperkenalkan pemberian tambang penerbangan percuma untuk menunaikan haji bagi kakitangan kerajaan beragama Islam yang berkhidmat untuk Kerjaan Negeri Johor. Ketika zaman Jepun pada tahun 1942, Dato Onn telah diberi kepercayaan oleh Pentadbiran Tentera Jepun menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor dan mengagihkan makanan. Beliau telah mengagihkan beras mengikut arahan dan kuasa yang telah diberikan. Beliau tidak menggunakan kuasa dan pangkat beliau secara bias. Tetapi, di dalam senyap dan rahsia, beliau juga membantu memberi bekalan makanan kepada pergerakan kiri
6

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

yang anti Jepun. Beliau mengetahui strategi yang dibuat oleh Ibrahim Yakob dan Ahmad Boestaman . Beliau mempunyai hubungan baik dengan mereka dan juga dengan MPAJA. Kepimpinan Dato Onn terserlah apabila dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu Pahat pada tahun 1945 bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah, mereka menjadi komunis dan telah menzalimi serta menganiaya orang Melayu. Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai Salleh dan membalas serangan-serangan dengan membunuh beribu-ribu orang Cina. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina dari Batu Pahat, Dato Onn telah dititah menyelesaikan persengketaan itu. Dato Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketui oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai.

Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945, Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Pentadbiran Inggeris yang datang dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu. Pada Mac, 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultansultan Melayu. Antara persetujuan yang telah dicapai oleh Kongres tersebut ialah memulaukan Malayan Union dan berkabung selama tujuh hari dengan memakai songkok yang mempunyai jalur putih. Hasil daripada mesyuarat Kongres ketiga yang diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946 ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu yang dinamakan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan yang akhirnya berjaya menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama. Dato` Onn Jaafar yang telah berjaya membakar semangat Orang Melayu supaya menentang Gagasan Malayan Union ciptaan
7

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Penjajah Inggeris. Beliau menyedarkan orang Melayu betapa bahayanya Malayan Union sebagai satu ancaman yang akan melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri. Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato Onn telah dilantik menjadi Yang DiPertua. Pada 1 Oktober 1946, Dato Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syaratsyarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Selain daripada pengasas UMNO, Dato Onn juga merupakan pencetus idea kepada penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authorit) untuk membantu sosio-ekonomi Melayu. Pada bulan Oktober 1949, Dato Onn mula memperkatakan tentang kerjasama dengan kaum-kaum lain. Rentetan dari itu, beliau telah mencadangkan satu rupa bangsa Tanah Melayu berasaskan pertuturan satu bahasa. Cadangan ini ditentang oleh ahli ahli UMNO. Ekorannya, Dato Onn meletakkan jawatannya pada bulan Jun 1950. Tindakannya diikuti oleh Jawatankuasa UMNO yang lain kecuali Setiausaha Agung. Dato Onn dipujuk semula memimpin UMNO dan kembali memegang jawatan pada Ogos 1950. Dalam usaha pihak British memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk Tanah Melayu, pendedahan awal telah dibuat ke arah itu. Mulai April 1951, sistem Ahli diperkenalkan. Sistem Ahli merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli Majlis yang dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan-jabatan dan kerajaan. Pada tahun 1952, semua anggota Ahli dimasukkan ke dalam Majlis Mesyuarat. Ini membolehkan mereka mempunyai pengalaman eksekutif perundangan. Antara tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem Ahli termasuklah Dato Onn Jaafar, Tunku Yaakob Ibn Sultan Abd. Hamid, E.E.C. Thuraisingam, Dr. Lee Tiang Keng, Dato Mahmud Mat, Kolonel H.S Lee dan Datuk Nik Ahmad Kamil. Jawatan-jawatan yang diberikan kepada mereka termasuklah hal-ehwal keselamatan dalam negeri, pertanian dan perhutanan, pelajaran, kesihatan, tanah, perlombongan dan perundangan.

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Satu perkembangan baru berlaku dalam UMNO apabila slogan Hidup Melayu digantikan dengan Merdeka. Ini dipersetujui dalam persidangan agung pada Mac 1951. Dato Onn berpendapat kerajaan British tidak akan memberikan kemerdekaan jika tidak wujud perpaduan kaum. Dengan itu beliau mencadangkan membuka pintu keahlian kepada kaum lain dan nama UMNO ditukar daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu. Perkataan Melayu digugurkan dan digantikan dengan perkataan Malaya. Dengan cara ini Dato Onn berharap agar pintu UMNO akan terbuka untuk kaum lain. Walau bagaimanapun cadangan beliau dibantah sekerasnya oleh ahli UMNO. Oleh sebab cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951 bersama rakan-rakannya lain. Kebanyakan pemimpin utama masyarakat bukan Melayu terutamanya Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisingam dan yang lainnya telah memberikan sokongan yang padu terhadap IMP. Tan Cheng Lock dalam ucapannya pada hari perasmian IMP telah menyeru kepada semua kaum terutamanya MCA agar memberi kerjasama pada IMP dalam mencapai matlamatnya iaitu mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun. Mengadakan pilihanraya berasaskan prinsip demokrasi diperkenalkan di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1953 dan kemudiaannya ke peringkat perundangan pusat pada tahun 1955. Selain itu, IMP bermatlamat ke arah memalayanisasikan perkhidmatan awam dan membentuk sebuah perkhidmatan Tanah Melayu serta memberi pelajaran asas secara percuma kepada kanakkanak di antara 6 hingga 12 tahun. Antara matlamat yang lain pula ialah memberikan kebajikan sosial terutamanya di kawasan luar bandar, memberi subsidi dan jaminan harga barangan petanipetani, dan akhir sekali mengadakan reformasi ke atas sistem feudal di negeri-negeri Melayu. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu kerana tidak yakin dengan konsep berbilang kaum. Orang Cina juga tidak menyokong IMP kerana mereka lebih berminat dengan MCA. Dato E.E.C. Thuraisingam juga tidak berjaya menarik sokongan orang India. Dalam pilihan raya pada tahun 1952, IMP kalah dan kekuatannya tidak dapat dipulihkan.

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Dasar perjuangan Parti Negara ialah memperjuangkan perpaduan nasional dan raja berperlembagaan. Parti ini juga mahu taraf berkerajaan sendiri. Dari segi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris diterima sebagai bahasa rasmi. Keahlian Parti Negara pula terbuka kepada semua kaum warga Tanah Melayu dan British. Bagaimanapun, keahliannya terdiri daripada orang Melayu. Sokongan yang diperolehi oleh Parti Negara lebih baik berbanding IMP terutamanya di negeri Terengganu, Kelantan, Johor Kedah dan Selangor. Sungguhpun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya pada tahun 1955. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya pada umur 62 tahun, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 18 Januari 1962 ketika berusia 67 tahun dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Sumbangan Dato Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai pemecahbelah perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang amat ghairah diperjuangkan oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh Melayu terulung yang mempunyai wawasan yang begitu jauh. Jasa beliau tetap dikenang dalam sejarah tanah air kita. Beliau merupakan pejuang kemerdekaan yang sangat besar jasanya, pengasas UMNO, dan tokoh yang berjaya menggagalkan Malayan Union yang dirancang oleh Inggeris. Kemerderkaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato Onn tetap menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walaupun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.

10

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

RUJUKAN.

HNS 2013, Kenegaraan, Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ), Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris PRA-U STPM Sejarah Kertas 2 Ong Loo Chen, Penerbitan Pelangi http://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar http://melayubolehle.blogspot.com/2009/04/dato-onn-jaafar-pengasas-umno.html http://www.johordt.gov.my/pmbj/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=13 1&Itemid=226 http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/24-heritage/141-dato-onnjaafar-negarawan-terulung.html http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=332:datukonn&catid=39:reviu-buku&Itemid=71 http://www.onnjaafar.blogspot.com/

11

You might also like