You are on page 1of 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2012

HBEF2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA NO. MATRIKULASI

: AMY TING CHIEW YIN : 800709135160001

NO. KAD PENGENALAN : 800709135160 NO. TELEFON E-MEL : 0168737113 : ah_miao1980@hotmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, SIBU

ISI KANDUNGAN

1.0. BIODATA 3 KUMPULAN 1.1. Kumpulan 1 1.2. Kumpulan 2 1.3. Kumpulan 3 m/s 2 m/s 3 m/s 4

2.0. TRANSKRIP PERBULALAN 2.1. Kumpulan 1 2.2. Kumpulan 2 2.3. Kumpulan 3 m/s 5-6 m/s 7-8 m/s 9

3.0. RUMUSAN LAPORAN

m/s 10

1.0. 1.1.

BIODATA 3 KUMPULAN. Kumpulan 1 : individu yang berumur 55 tahun ke atas.

Nama: Hamdiah Binti Pitrus Umur : 58 tahun Pekerjaan : Cleaner pejabat dan bidan kampung. Tempat berkerja : Depo petronas Sibu. Tempat tinggal : Kampung Bahagia Jaya Sibu Sarawak.

1.2.

Kumpulan 2 : Individu yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun

Nama : Ustazah Siti Hajar Binti Zulkipli Umur : 25 tahun Pekerjaan : Guru / Ustazah Tempat berkerja : SK Kampung Banyok Sibu. Tempat tinggal : berasal dari Negeri Sembilan

1.3.

Kumpulan 3 : Individu yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun

Nama penuh : Umur Pekerjaan Sekolah

Mohamad Khairil Bin Sulaiman : 11 tahun : Pelajar sekolah : SK Kampung Banyok Sibu.

Tempat tinggal : Kampung Banyok Sibu.

2.0.

TRANSKRIP PERBUALAN

Satu sesi temubual telah dijalankan dengan manggunakan audio dan video. Temubual ini melibatkan tiga generasi yang berbeza latabr belakang dan umur. Mereka merupakan orang melayu yang manganut agama islam dan individu yang bertanggungjawab menyambut perayaan hari raya aidiladha. Segala isi perbualan antara saya dan individu yang telah saya pilih adalah seperti transkrip dibawah.

2.1.

Transkrip perbualan bagi kumpulan 1 individu yang berumur 55 tahun ke atas.

Permulaan sesi temubual ini saya dahului dengan memberikan ucapan kepada makcik Hamdiah. Tetapi sesi temubual ini merupakan satu sesi yang ringkas. Butir-butir temubual adalah seperti berikut.

1.

Saya meminta mak cik Hamdiah memperkenalkan dirinya dan umurnya Beliau menyatakan nama beliau ialah Hamdiah Binti Pitrus dan berumur 58 tahun. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tinggal di kampung Bahagia Jaya Sibu.

2.

Soalan pertama saya kepada beliau adalah, apakah tujuan sambutan hari raya aidiladha ini disambut ? Beliau dengan tenang menjawab bahawa hari raya aidiladha ini disambut sebagai memperingati kisah-kisah Nabi Allah Ibrahim semasa melakukan upacara korban kepada anaknya Nabi Ismail.

3.

Kemudian saya kepada soalan yang kedua pula iaitu, adakah perayaan ini penting bagi makcik ?. Makcik Hamdiah menjawab bahawa penting, sebab kita sebagai umat

Islam patut mengikut hadis yang telah menjadi panduan hidup kita. 4. Kemudian soalan ketiga saya kepada makcik Hamdiah ialah, adakah terdapat perbezaan suasana semasa zaman kanak-kanak dan sekarang? Beliau menjawab suasana masa kecil memang seronok dapat pergi ke Masjid dan selepas itu melihat upacara korban menyembelih binatang seperti lembu dan kambing.

5.

Seterusnya soalan saya diajukan kepada makcik Hamdiah. Apakah amalan-amalan yang selalu dilakukan makcik apabila menjelang hari raya Aidiladha ? Setelah itu, beliau menjawab dengan jawapan yang mudah. Amalan-amalan yang penting memang tidak dapat di buang seperti bersalam-salaman dengan seluruh anggota Masjid, keluarga, sabahat handai dan jiran-jiran.

6.

Setelah itu, soalan saya yang terakhir kepada makcik Hamdiah ialah adakah patut kita semai atau ajar amalan-amalan ini kepada generasi sekarang ? Memang perlu ia diberitahu kepada anak-anak muda supaya mereka tahu amalan-amalan agama yang betul dan mengikut landasan yang betul.

7.

Setelah berakhir sesi temubual, saya pun mengucapkan terima kasih kepada makcik Hamdiah. Beliau membalas dengan perkataan sama-sama.

2.2.

Transkrip perbualan bagi kumpulan 2 individu yang berumur diantara 25 tahun hingga 45 tahun.

Sesi temubual yang kedua pula melibatkan seorang ustazah yakni Ustazah Siti Hajar Binti Zuklkipli yang mengajar di sekolah Kebangsaan Kampung Banyok Sibu. Sesi temubual ini tidaklah begitu lama kerana kekangan masa yang terlalu singkat. Butiran perbualan yang telah dirakamkan melalui video seperti keterangan dibawah.

1.

Terlebih dahulu beliau memperkenalkan diri beliau dan umurnya sebelum sesi temubual ini diteruskan dengan beberapa soalan yang telah saya sediakan.

2.

Soalan pertama saya kepada beliau adalah, pada pendapat anda apakah tujuan sebenar sambutan hari raya aidiladha ini diraikan ?. Dengan penuh yakin beliau menyatakan bahawa tujuan sebenar sambutan hari raya aidiladha ini adalah sebagai memperingati peristiwa yang berlaku semasa zaman Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Malahan ia juga telah terkandung di dalam al-Quran dan hadis tentang perlu sambutan ini kepada umat Islam.

3.

Setelah itu, saya meneruskan sesi temubual dengan soalan yang kedua iaitu, adakah sambutan perayaan ini penting bagi kita?. Beliau menyatakan bahawa ia memang penting sebab perayaan ini mempunyai persamaan dengan hari raya aidilfitri dimana kita boleh ziarah-menziarahi antara satu sama lain, sahabat handai, saudara mara dan semua orang yang kita kenal.

4.

Sesi temubual berlanjutan dengan soalan keempat. Apakah terdapat perbezaan sambutan hari raya aidiadha ini semasa zaman kanak-kanak dan sekarang? Memang berbeza, sebab zaman kanak-kanak saya tak faham mengapa perlu menyambut hari raya aidiladha. Tetapi apabila sudah besar barulah saya faham kepentingan sambutan hari raya aidiladha ini berlaku atas sebab peristiwa masa dahulu di mana kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

4.

Seterusnya soalan yang keempat saya diteruskan dengan soalan, apakah terhakis amalan-amalan dan nilai semasa sambutan hari raya aidiladha ini disambut sekarang? Beliau menjawab mungkin terdapat juga amalan yang terhakis seperti menziarahi semasa hari raya aidiladha. Mungkin penduduk Malaysia sekarang rasa tidak penting hanya sebagai hari untuk membuat korban lembu dan sebagainya.

5.

Dan soalan terakhir dari saya kepada beliau, Pada pendapat anda perlukah amalan ini dikekalkan pada zaman sekarang? Jawapan beliau adalah perlu diteruskan supaya anak cucu kita nanti tahu sampai bilabilapun kita perlu menyambut dan kebaikannya. Sebagai menutup perbualan tersebut, saya mengucapkan terima kasih dan beliau membalas dengan perkataan sama-sama. tujuan sebenar sambutan ini dilakukan dan

2.3.

Transkrip perbualan bagi kumpulan 3 individu yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun.

Sesi temuramah bagi kumpulan ke tiga ini, saya telah memilih seorang murid lelaki yang berumur 11 tahun. Sesi temubual ini dirakam secara ringkas kerana kanak-kanak mempunyai daya permikiran yang terbatas jika tidak terdedah dengan banyak perkara. Satu sesi perbualan dan temubual bagi kumpulan ini adalah seperti berikut.

1.

Sesi perbualan ini dimulakan dengan ucapan kepada murid tersebut. Saya meminta adik Mohamad Khairil memperkenalkan diri dan umurnya. Adik Mohamad Khairil memberikan satu respon kepada pertanyaan guru dengan baik.

2.

Pada pendapat adik, apakah tujuan sambutan hari raya aidiladha ini diraikan? Secara ringkas beliau menjaw adalah bahawa tujuan sambutan hari raya aidiladha ini disambut untuk memperingati kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

3.

Adakah sambutan ini penting bagi adik ?. Ya sememangnya penting sambutan hari raya aidiladha ini kerana kita dapat memperolehi pahala disamping berkumpul bersama-sama keluarga.

4.

Soalan diteruskan dengan soalan yang berikut, apakah amalan-amalan yang biasa dilakukan semasa sambutan hari raya aidiladha ini?. Amalan-amalan yang biasa saya lakukan semasa sambutan hari raya aidiladha adalah bersembahyang di Masjid dan menghadiri atau menyaksikan upacara korban dan berziarah di rumah keluarga dan rakan.

5.

Adakah amalan-amalan ini perlu dikekalkan pada zaman sekarang dan seterusnya. Adik Mohamad Khairil menjawab dengan penuh yakin dengan memang amalan-amalan ini perlu dikekalkan kerana ia merupakan tonggak kepada ajaran agama islam.

3.0.

RUMUSAN LAPORAN

Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini dengan mangadakan satu sesi temubual, saya dapati ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk dijalankan lebih-lebih lagi apabila kita terpaksa berkorban demi masa dan tenaga. Secara mentalnya, saya banyak mengalami cabaran di dalam menyediakan soalan-soalan yang sesuai dengan situasi yang dihadapi.

Selain itu, faktor pemikiran individu juga memainkan peranan yang penting di dalam proses temubual yang saya jalankan. Individu yang berlainan mengalami satu proses yang berbeza semasa sesi temubual berlaku. Ia sememangnya berlaku secara semulajadi apabila seseorang itu berhadapan dengan kamera. Dari segi jawapan-jawapan yang saya dapati daripada individuindividu yang telah saya temubual, memang mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi kematangan jawapan yang diberikan. Lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak yang berumur 11 tahun memberikan jawapan kepada soalan yang disoal pasti saya akan mendapat jawapan yang ringkas tetapi logik.

Walaubagaimanapun, saya amat berpuas hati terhadap apa yang telah saya lakukan di dalam menyiapkan tugasan ini. Segala uasaha yang saya curahkan dapat saya simpan untuk dinilai oleh Eos saya. Saya amat berharap mendapat keputusan yang sewajarnya diberikan kepada saya. Sekian.

10

You might also like