You are on page 1of 5

KEPERLUAN BILIK STOR PENDIDIKAN JASMANI a.

Ruang

Rung untuk menimpan pealatan yang ada mestilah

boleh menampung

keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara iaitu jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

b. Rak

Bagi mengoptimunkan ruang penyimpanan rak perlulah dibia di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak disusun. Barang yag disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang dicapai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

c. Lokasi

Lokasi yang bersesuaian bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambil barang. Kita juga perlu memastikan stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

d. Tingkap

Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang diperbuat dari kain yang ditenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

e. Siling

Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekianya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

f. Peredaran udara

Peredaran udara perl bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendididkan jasmani. Tingkap kecil atau ruang udara perlu disediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.

g. Keselamatan

Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak dicerobohi. Susun alat berdasarkan keselamatan,contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan.

Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah.

Memastikan alatan yang dibuat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi mengelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.

Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan.gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.

h. Pintu

Saiz

pintu

stor

sukan

bergantung

jenis

barang

yang

hendak

disimpan.contohnya, jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dn tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidkan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan keroskan kepada alat-alat dn juga boleh mencederakan murid.

PENJAGAAN PERALATAN

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak.memandang keadaan di sekolah

sekarang kurang guru pendidikan jasmani,kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

i) ii)

Duduk di atas bola Menyepak bola yang bukan bola sepakseperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

iii) iv)

Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoo, baton dan lain-lain Mengheret barang-barang yang dibuat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.

Tatacara Am

Sentiasa menjaga kebersihan stor. Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan.

Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.

Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan. Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat sukan.

Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.

Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.

Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat. Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.

Tatacara Murid. Dilarang masuk ke dalam stor sukan.

BIBLIOGRAFI Internet http://www.zairedin.com/2010/11/pengurusan-stor-pendidikan-jasmani.html http://pjpk.tripod.com/pjpk2.html http://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik.html

You might also like