You are on page 1of 4

NO.KAD PENGENALAN/ NO.

SIJIL KELAHIRAN ANGKA GILIRAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013


BAHASA MELAYU PENULISAN 012
SEPTEMBER 1 jam Satu jam lima belas minit

tundA set 2 (tujuan nak dapat A)


=============================================================== JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 2. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan( jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersamasama buku soalan. 012

Bahagian A

No. soalan

Markah

JUMLAH

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak (Lihat sebelah ) SULIT

Bahagian A 1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Kamu mengikut ibu bapa kamu ke sebuah pasar malam. Gambarkan keadaan atau perkara yang barlaku ketika kamu dan keluarga kamu berada di pasar malam itu. ATAU 2. Anda sedang menuntut di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Tuliskan surat kepada sahabat anda di kampung menceritakan keadaan kehidupan anda di asrama. Tulis surat anda itu selengkapnya. ATAU 3. Kamu akan berpindah ke sekolah baharu. Suatu majlis perpisahan telah diadakan, dalam majlis itu kamu diminta untuk memberikan ucapan. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.

Bahagian C

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Syakila seorang murid yang ceria, cerdik, dan murah hati. Dia selalu menghulurkan bantuan kepada kawan-kawan sekelasnya. Apabila kawannya terlupa membawa pensel, dia dengan mudah meminjamkan penselnya kepada kawannya itu. Jika kawannya tidak dapat menyelesaikan masalah pelajaran, dia akan membantu menyelesaikan dengan cara membimbing dan menunjukkan cara jalan penyelesaiannya. Semasa rehat, nasi lemak yang dibeli oleh salah seorang murid terjatuh di atas lantai simen di kantin itu. Syakila segera mendapatkan budak tersebut, Syakila membuat keputusan untuk mengeluarkan wang dari Tabung Kelab Pengawas untuk membelikan nasi lemak sebagai menggantikan nasi lemak yang terjatuh itu. Budak tahun satu itu mengucapkan terima kasih atas pertolongan Syakila. Dia prihatin tentang kesukaran kawan-kawannya. Oleh sebab itulah dia disenangi dan disayangi oleh kawan-kawannya.

You might also like