You are on page 1of 4

NO.KAD PENGENALAN/ NO.

SIJIL KELAHIRAN ANGKA GILIRAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013


BAHASA MELAYU PENULISAN 012
SEPTEMBER 1 jam Satu jam lima belas minit

tundA set 3 (tujuan nak dapat A)


=============================================================== JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 2. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan( jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersamasama buku soalan. 012

Bahagian A

No. soalan

Markah

JUMLAH

012

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak (Lihat sebelah ) SULIT

Kertas 2 Masa : 1 Jam 15 minit Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab soalan 1, soalan 2 atau soalan 3. Bahagian A Masa dicadangkan : 15 minit (10 markah) Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Bahagian B Masa dicadangkan 40 minit (30 markah) Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah. Di pertengahan jalan, kamu telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang dahsyat. Tuliskan cerita tentang kemalangan tersebut. ATAU 2. Kita sering mendengar peribahasa yang berbunyi buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut. ATAU 3. Andaikan kamu selaku setiausaha Kelab Keceriaan Sekolah kamu. Baru-baru ini, Kelab Keceriaan sekolah kamu telah mengadakan gotong-royong membersihkan dan memperindah kawasan sekolah. Tuliskan laporan lengkap aktiviti tersebut.

Bahagian C Masa dicadangkan : 20 minit (20 markah) Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Menurut cerita, suatu ketika dahulu, kucing dan tikus bersahabat baik. Ke mana sahaja mereka pergi akan bersama. Pada suatu hari, kucing mendapat khabar bahawa tempat kediaman mereka akan ditenggelami air. Hal ini menyebabkan kucing berasa risau, lalu diberitahu khabar tersebut kepada tikus. Jangan bimbang, nanti aku buat sampan daripada ubi kayu, kata tikus. Di dalam hutan terdapat ubi kayu yang besar. Tikus memakan ubi kayu tersebut di bahagian atas dan dalam. Ubi kayu tersebut ditarik ke kawasan lapang. Kucing gembira melihat sampan yang dibuat oleh tikus. Pada suatu hari, hujan pun turun dengan lebatnya. Kawasan tempat tinggal mereka mula dinaiki air. Tikus dan kucing menaiki sampan yang diperbuat daripada ubi kayu itu. Namun, lama dipermukaan air, tikus merasa lapar. Lalu, dimakan sampan itu, Air masuk ke dalam sampan. Tikus berenang ke tepi. Kucing yang terjaga dari tidur terkejut. Kucing mendapati tikus sudah berada di tanah tinggi. Kucing pun berenang ke daratan. Di daratan, kucing mengejar tikus. Sehingga sekarang, jika ternampak tikus, kucing akan mengejar binatang itu.

You might also like