You are on page 1of 5

NO.KAD PENGENALAN/ NO.

SIJIL KELAHIRAN ANGKA GILIRAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013


BAHASA MELAYU PENULISAN 012
SEPTEMBER 1 jam Satu jam lima belas minit

tundA set 5 (tujuan nak dapat A)


=============================================================== JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 2. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan( jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersamasama buku soalan.

Bahagian A

No. soalan

Markah

JUMLAH

012

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

012 (Lihat sebelah )


SULIT 1

BAHAGIAN A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah] Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Bahagian A

BAHAGIAN B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Anda sedang berbual-bual dengan rakan anda. Perkara yang dibualkan ialah tentang cara-cara menjaga keselamatan semasa di jalan raya. Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda.

ATAU 2. Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya. Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu. ATAU 3. Baru-baru ini kamu telah menerima sepucuk surat daripada rakan lama kamu yang telah berpindah ke sekolah lain. Dia ingin mengetahui persediaan yang telah kamu buat bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini. Balas surat kawan kamu itu dengan menceritakan persediaan yang telah kamu buat untuk menghadapi ujian itu.

BAHAGIAN C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis beberapa nilai /pengajaran yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Beg Syahmi telah koyak namun dia tidak tergamak meminta wang daripada ibunya. Ibunya perlu menyediakan yuran pengajian untuk kakaknya sebelum hujung bulan ini berakhir. Walaupun ada rakannya mengejek namun dia hanya mendiamkan diri sahaja. Antaranya ialah Azrul. Azrul seolah-olah begitu cemburu dengan Syahmi yang sering cemerlang dalam pelajaran. Apabila loceng tamat sekolah berbunyi, Syahmi terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia ternampak Azrul terjatuh dari basilkalnya kerana terlanggar lubang. Syahmi terus membalut luka Azrul dengan sapu tangannya untuk menahan darah keluar. Setelah itu ,Syahmi menghantar Azrul pulang ke rumah. Setelah menerangkan apa yang terjadi kepada ibu Azrul, Syahmi minta diri untuk pulang. Keesokan harinya kelihatan Azrul berdiri di pintu pagar sekolah dan di tangannya terdapat sebuah beg sekolah baharu. Dia tidak sabar untuk memberi beg sekolah itu kepada Syahmi.

You might also like