You are on page 1of 7

Faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid pandai dan lemah.

Pengenalan Seperti yang dinyatakan oleh Research Center on Academic Success [CRIRES] (2005), pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dalam aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi.

Berdasarkan pernyataan tersebut, saya telah menjalankan kajian ke atas dua orang murid sekolah rendah di SK Abuan dalam daerah Beluran. Seorang berpencapaian akademik yang baik iaitu adik Azvensus bin Maidin dan seorang lagi yang berpencapaian akademik yang lemah adik Edrin bin Justin.

2.0 Faktor Pencapaian Akademik Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik kedua-dua orang murid tersebut. Antaranya ialah faktor yang mempengaruhi murid yang mendapat pencapaian akademik baik ialah dorongan, motivasi dan sokongan daripada keluarga. Menurut teori pelaziman operan Skinner (1953) gerak balas boleh diperkuat (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Dalam kes ini, ibubapa dan keluarga sangat memainkan peranan penting dengan memberikan peneguhan kepada anak mereka. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Skinner telah membahagikan peneguhan kepada 2 jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Contoh peneguhan positif : Tingkah laku Seorang anak berjaya dalam peperiksaan Kesan/akibat Ibubapa memberikan hadiah dan penghargaan Tingkah laku masa hadapan Anak tersebut akan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Manakala contoh peneguhan negatif pula ialah : Tingkah laku Kesan / akibat Tingkah laku masa hadapan

Anak tidak menyiapkan kerja sekolah

Ibubapa akan menegur anaknya

Anaknya akan menyiapkan kerja sekolah tepat pada masanya

Manakala bagi pelajar yang lemah pula, kebanyakkannya mereka terdiri daripada keluarga tidak begitu mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Mereka hanya melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak-anak kepada guru semata-mata.Peneguhan pula sama ada positif atau negatif tidak diendahkan. Mereka sekadar memenuhkan keperluan anaknya sahaja seperti memberi makan, pakaian dan tempat tinggal. Anak-anak seperti ini akan membesar tanpa perhatian yang secukupnya daripada ibubapa.

2.1 Faktor Pencapaian Akademik Faktor kedua, bagi murid yang mendapat pencapaian baik ialah sikap murid itu sendiri yang ingin berjaya dalam pelajaran hasil daripada motivasi yang diperolehi dari keluarganya. Murid tersebut membina matlamat hidup sendiri dan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka memberikan sepenuh perhatian semasa guru mengajar dan banyak membuat ulangkaji tentang pelajaran yang tidak difahami. Murid yang bersikap begini, menurut ahli psikologi kognitif, cara mereka berfikir tentang situasi termasuk kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang murid pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologi kognitif juga berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (woolfolk,1998). Anderson et al (dalam woolfolk , 1998) menyatakan bahawa manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitan bagi mencapai matlamat mereka. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, sikap mereka sahaja boleh dilihat bagi melambangkan kemalasan mereka dan tidak mempunyai semangat untuk belajar. Tidak mendengar dan banyak bermain sewaktu guru mengajar menyebabkan mereka tidak memahami apa yang diajarkan oleh guru semasa di dalam kelas.Menghadiri kelas juga dalam keadaan tidak bersedia dan mereka juga tiada matlamat untuk dicapai samada jangka masa pendek mahupun panjang. Murid tidak boleh berdiri sendiri tanpa mendapat sokongan yang padu dari keluarga terutama sekali murid sekolah rendah yang memang memerlukan banyak kesabaran untuk mendidik mereka. Pada peringkat umur sebegini, jangkaan mereka untuk masa hadapan masih agak jauh. Oleh yang demikian, kita sebagai ibubapa yang seharusnya menunjukkan jalan kepada mereka.

Selain faktor kedua di atas, faktor persekitaran juga turut memainkan peranan penting 2

kepada murid tersebut. Sebagai contoh, murid tersebut hidup dalam suasana / keluarga yang amat mementingkan pelajaran. Oleh yang demikian, murid itu secara automatiknya juga mementingkan pelajaran bagi mencapai matlamat mereka. Menurut Kohler, salah seorang pengasas psikologi Gestalt, melalui kajiannya ke atas seekor cipanzi (Sultan) telah mengemukakan konsep 'celik akal' yang bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Dalam kes murid ini pula, kita dapat mengaitkannya bahawa persekitaran yang membina boleh mendorong seseorang itu untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat pencapaian yang baik dalam pelajaran. Ibubapa yang bermotivasi akan berusaha sedaya upaya menghasilkan yang terbaik utuk anak mereka serta memantau pembelajaran anak-anak dari semasa ke semasa. Setiap masalah yang dihadapi akan cuba diatasi bersama-sama. Persekitaran yang begini sangat penting kepada anakanak bagi menunjukkan kasih sayang ibu bapa dan keluarga kepada mereka.

Manakala bagi murid yang lemah pula, persekitaran

mereka tidak banyak

membantunya malah melemahkan mereka untuk terus belajar seperti menghadapi keluarga yang bermasalah, ibu bapa tidak sefahaman antara satu sama lain. Adik -beradik juga tidak membantu dalam memberikan semangat untuk mencapai cita-cita mereka. Masing-masing dengan hal sendiri. Murid yang sebegini biasanya banyak terlibat dalam masalah disiplin sekolah.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam mendapat pencapaian yang baik. Pada kebiasaannya murid yang cerdik akan berkawan dan memilih rakannya yang cerdik juga. Ini membolehkan mereka dapat bersaing sesama mereka. Murid ini juga mempunyai semangat untuk belajar bersama kerana belajar secara berkumpulan adalah yang paling berkesan. Rakan sebaya mempengaruhi individu itu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain dari adikberadiknya. Menurut Berk (1989) rakan sebaya adalah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan murid tersebut. Melalui rakan sebaya, individu itu memperoleh kemahiran untuk menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Individu belajar menghormati hak individu lain,bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikannya, mematuhi peraturan kumpulan di dalam usaha mewujudkan keharmonian di dalam kumpulan. Menurut teori pembelajaran sosial yang diasaskan oleh Albert bandura

(1986,1977,1998,2000) ia menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif

dan tingkah laku

memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Secara khusus, teori ini mengatakan bahawa kebanyakkan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Melalui proses memerhati orang lain, seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan 3

dilaksanakan dan apakah kesannya. Manakala bagi murid yang lemah pula, rakan sebaya yang biasa dipilih oleh mereka adalah yang setaraf dengan mereka juga. Tidak bermotivasi dan tidak mempunyai matlamat hidup. Akibat tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari keluarga, murid-murid menganggap kawan mereka adalah yang terbaik. Kebanyakkan orang

terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak baik adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Pemantauan ibubapa sangat penting bagi memastikan anak mereka tidak terlibat dalam masalah disiplin di sekolah terutamanya seperti ponteng sekolah, merokok dan membuli rakan yang lain.

4.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Aspek Kelemahan Pencapaian Akademik dan Langkahlangkah Bernas yang Boleh diambil oleh Seseorang Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Setiap murid adalah berbeza daripada murid yang lain. Seorang bapa pun akan mendapati anaknya yang pertama tidak sama dengan anaknya yang kedua, begitu juga seterusnya. Ini adalah disebabkan setiap orang adalah unik dan tidak ada orang lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun orang itu adalah kembarnya. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah belajar memahami perbezaan ini di kalangan murid kita dan memberi perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid denganpencapaian yang berbeza ialah melalui kaedah kumpulan . Oleh kerana murid dalam sesebuah kelas adalah berbeza tahap pencapaiannya, maka guru bolehlah membentuk kumpulan dengan menjalankan aktiviti berdasarkan keupayaan mereka. Guru perlu mencatat rekod kemajuan setiap muridnya bagi mengetahui perkembangan mereka dari masa ke masa.

Selain itu, pembelajaran secara koperatif juga boleh dilaksanakan. Koperatif membawa maksud bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama.Pembelajaran koperatif ialah penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya murid bekerja bersama-sama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan yang lain, di mana setiap kumpulan terdapat murid yang cerdas dan yang lemah. Di dalam aktiviti pembelajaran, murid yang cerdas akan membantu murid yang lemah dengan bersungguh-sungguh kerana markah yang diperoleh setiap individu akan menjadi markah kumpulan.Saling berbincang dan saling membantu antara satu sama lain untuk memahami dan menggalak supaya bekerja bersungguh-sungguh. Semangat bekerjasama akan menjadi lebih tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan 4

kumpulan lain. Kaedah ini adalah menggunakan idea perancah dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky di mana murid cerdas membimbing murid yang lambat di dalam zon perkembangan proksimal. Ada kalanya pengajaran rakan sebaya adalah lebih berkesan berbanding guru. Antara unsur-unsur kumpulan pembelajaran koperatif adalah seperti berikut: 1) 2) 3) 4) 5) Interaksi bersemuka (face to face interaction) Saling pergantungan positif Bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri Kemahiran koloboratif perlu supaya ahli-ahli kumpulan dapat berfungsi dengan baik Memastikan setiap ahli memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika kumpulan.

Langkah seterusnya yang boleh diambil oleh guru ialah membuat peneguhan positif danpeneguhan negatif. Untuk menjayakan proses pembelajaran, guru perlu terlebih dahulu menarik perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka sepanjang pengajaran. Hal ini boleh terhasil apabila guru menggunakan peneguhan positif dan peneguhan negatif. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru haruslah memberi peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai atau diterima oleh semua guru dan ibubapa. Guru juga perlu memberikan peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai. Contohnya, guru yang hendak mengelakkan pelajar bising semasa di dalam kelas akan mengatakan murid yang diam akan keluar rehat lebih awal. Murid akan faham dan diam untuk mengelakkan diri mereka daripada keluar rehat lambat. Begitu juga dengan peneguhan positif, contohnya murid yang dapat membuat 10 latihan matematik dengan betul akan dibenarkan membaca buku cerita kegemarannya. Ini bermakna murid akan cuba sedaya upaya membuat kerja sekolah mereka dengan cermat bagi mendapatkan sesuatu yang disukainya.

Di samping itu, langkah-langkah lain yang boleh digunakan ialah mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Menurut teori pembelajaran Gagne, pembelajaran berlaku secara berperingkat 'hierarki' iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Guru perlu menyusun pengajaran dan penerangan mereka mengenai sesuatu tajuk pengajaran dengan cara: 1) Daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui 2) Daripada senang kepada susah 3) Daripada dekat kepada jauh 4) Daripada konkrit kepada abstrak 5

Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah juga adalah satu perkara yang menarik dan boleh merangsang minda murid untuk berfikir, kerana banyak ilmu pengetahuan yang akan diperolehi di dalam surat khabar. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan kemudahan yang sedia ada di sekolah seperti penyampaian maklumat melalui pencarian internet atau melalui laman web, carta, gambar dan sebagainya selain daripada suasana bilik darjah yang teratur dan kondusif. Ini adalah sesuai dengan pencapaian murid yang berbeza tahap penerimaan mereka.

Langkah-langkah seterusnya ialah melalui pengajaran dan pembelajaran individu. Guru perlu mengenalpasti sahsiah murid terlebih dahulu bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan . Sahsiah seseorang murid juga mempengaruhi gaya pembelajarannya.Guru perlu mengadakan bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk murid yang lambat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus sesuai dengan keupayaan dan minat murid untuk menggalakkan mereka berfikir dan

berkembang seterusnya kerana kebolehan dan keupayaan murid-murid adalah berbeza-beza. Contohnya untuk murid-murid tahun 4 dan 5, mereka suka membuat latihan yang menyeronokkan seperti menjawab teka silang kata.Sekiranya mereka di dalam matapelajaran bahasa, guru boleh menyediakan latihan berbentuk silang kata bahasa. Adakalanya guru meminta murid membuat model bersama-sama akan menambahkan minat mereka dan perasaan ingin tahu apa sebenarnya yang ingin diajarkan oleh guru itu tentang sesuatu mata pelajaran pada hari tersebut. Contohnya belajar bahasa Inggeris membosankan, guru boleh membina model rumah bersama-sama murid dan seterusnya melabelkan tempat-tempat yang terdapat di dalam rumah tersebut. Ini akan menjadikan pembelajaran tersebut menjadi lebih seronok dan ingatan mereka terhadap perkara tersebut menjadi lebih kuat berbanding dengan pembelajaran seperti biasa. Pendekatan seperti ini lebih berpusatkan murid. Menurut teori perkembangan Bruner Selain itu kaedah berpusatkan murid seperti bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan, demonstrasi penyelesaian masalah, sumbang saran, kerja amali dan membuat projek juga boleh digunakan dalam membantu mempelbagaikan strategi dan kaedah pembelajaran di samping

pendekatan berpusatkan guru seperti penerangan, penjelasan, huraian, memberi nota, syarahan dan demonstrasi. Sebenarnya kedua-dua pendekatan ini boleh digabungjalinkan bagi membentuk pembelajaran yang lebih berkesan.

Sebagai kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi perbezaan tahap pemikiran murid ketika berada di dalam bilik darjah. Pelbagai kaedah dan strategi yang sesuai dan berkesan boleh digunakan dalam menangani masalah ini supaya murid lebih mudah 6

memahami dan menghayati kandungan pelajaran, pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan . Guru juga perlu memberi pemupukan disiplin murid-murid ketika berada di sekolah. Manakala ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa murid berada di luar sekolah. Ibubapa perlu bekerjasama bagi mengawal tingkah laku mereka ketika berada di rumah.Hasil kerjasama ini boleh dilihat pada sikap murid itu sendiri samada berjaya atau tidak. Adalah menjadi satu cabaran kepada Fungsi Sekolah sebagai sebuah institusi yang membentuk dan mendidik anak bangsa mengikut kehendak dan acuan wawasan negara merupakan satu tugas yang amat mencabar. Semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah seperti pihak kerajaan, pentadbir, guru, ibubapa dan murid mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menentukan kejayaan generasi anak bangsa di masa hadapan.

You might also like