Professional Documents
Culture Documents
MAZNAH BT. ABDULLAH KAMAR NOORHAMIMAH BT. JULI NOR SHAKIAH BT. HUSSAIN ZUBAIDAH BT. ZUBIR PPG PJJ Ambilan Jun 2013 Kohort 1 Pendidikan Khas
1. PENDEKATAN PROSES & PRODUK 2. PENDEKATAN DBAE 3. PENDEKATAN CHAPMAN 4. PENDEKATAN PSV KBSR
Dibentuk pada lewat 60-an untuk memenuhi kehendak penilaian yang berorientasikan objektif.
Dikemukakan oleh Stufflebeam(1971) Juga dikenali sebagai model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP).
Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan.
Menurut Stufflebeam, tindakan boleh dibuat dalam empat bahagian iaitu -keputusan mengenai persekitaran (konteks) -keputusan mengenai sumber (input), -keputusan mengenai pelaksanaan (proses) -keputusan mengenai hasil (produk).
Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengaitkan matlamat, konteks,input dan proses dengan hasil program
Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan kesesuaian persekitaran dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program. Untuk menguji keberkesanan program PSV sebagai contoh, penilaian konteks ialah kerelaan objektif PSV dengan Falsafah KBSR/KBSM.
Objektif-objektif PSV dibentuk dengan tujuan untuk memenuhi aspirasi negara, masalah-masalah yang dihadapi oleh guruguru dalam PSV, keyakinan guru mengajar dan sikap guru dalam penerimaan perubahan.
Dalam perancangan sesuatu program, masalah guru dan keyakinan guru untuk mengajar dan sikap guru terhadap perubahan perlu juga diambil kira kerana guru merupakan sumber yang penting untuk menentukan kejayaan program tersebut.
Mengikut Abdul Raof Dalip (1989) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh semangat dan dedikasi. Oleh itu, guru sepatutnya memahami terlebih dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya.
Penilaian Input
Penilaian input pula tertumpu kepada sumber yang terlibat dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program. Penilaian input dalam kajian ini ialah kemahiran dan pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual dan peruntukan waktu mengajar, peruntukan kewangan dan peranan pengetua.
Di sinilah terletaknya kemahiran dan pengetahuan seseorang pengetua, penolong-penolong kanan dan penyelia petang dalam menyusun jadual waktu agar ia sesuai dengan kehendak guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada guru-guru terutamanya dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian Proses
Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat.
Penilaian Produk
Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar, pencapaian objektif PSV
Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) dipetik dari Rohaty (1990), menyatakan bahawa sikap mempunyai pengaruh yang dapat mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang pengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.
PENDEKATAN Dbae
Discipline Base of Art Education
pengenalan
Discipline Base of Art Education ( DBAE ) terbentuk melalui
gerakan reformasi kurikulum pada tahun 1950-an dan 1960-an :
Pada tahun 1967 Elliot Eisner bekerja di Stanford University, di bawah sponsor dari Yayasan Kettering. Beliau adalah pendahulu konsep disiplin dalam DBAE.
Sekitar 1980-an, DBAE disokong melalui inisiatif dan program yang dibiayai oleh J. Paul Getty Trust.
Pada tahun 1983, Trust membentuk pusat pendidikan dalam seni dan LeiLani Lattin-Duke berkhidmat sebagai Pengarah Program.
Menurut Eliot Siener, terdapat banyak cara untuk melihat dan mentafsirkan dunia, dan seni adalah tetingkap yang melaluinya
Disiplin ini memerlukan pendidik menegaskan tentang penggunaan langkah-langkah artistik dan proses kreativiti
Seni untuk pernyataan diri (ekspresif) memerlukan pelajar melalui beberapa peringkat pembelajaran kajian dan penerokaan untuk mewujudkan pengalaman iaitu: Pengalaman dan penyesuaian dengan menggunakan pelbagai alatan, bahan, proses dan teknik. Mempelajari dari pengalaman sejarah dan warisan iaitu cara artis atau pandai tukang menggunakan alatan, bahan dan teknik pembuatan serta sikap dan nilai budaya kerja mereka.
Disiplin kritikan seni menumpukan perhatian kepada penekanan kandungan mengenai persepsi,diskripsi, analisa, interprestasi dan penilaian terhadap sesebuah karya atau produk seni.
a) Belajar tentang sejarah perkembangan penghasilan seni dan peningkatan pencapaian nilai artistik melalui sejarah pergerakan aliran gaya seni.
b) Menganalisa karya-karya seni masa lampau yang mendapat pengiktirafan masyarakat serta dapat dijadikan sebagai bahan rujukan atau sumber pengetahuan dan pengalaman bagi generasi
c) Menyelidik dan mengkaji karya untuk mengesan asal-usul, kesan terhadap aliran seni dan artis serta mencari makna serta pengertian.
d) Mengukur dan menilai serta memahami karya seni dalam konteks yang luas.
e) Seni terbentuk dari unsur-unsur yang saling melengkapi dan digubah berlandaskan prinsip sehingga dapat diiktiraf sebagai suatu hasil seni.
HASSAN M. GHAZALI-UPSI
Terdapat 3 komponen asas dalam membuat kritikan iaitu apa (memerlukan persepsi dan diskripsi), makna (analisis atau interprestasi) dan penilaian (pertimbangan dan penilaian).
Kritikan seni juga melibatkan aktiviti pengamatan dan pemerhatian yang teliti tentang sesuatu karya seni.
Ia merupakan keupayaan pemerhati untuk menilai, membanding dan membeza antara karya dengan mengambil kira pertimbangan
Disiplin Estetika
Perbincangan mengenai estetik memerlukan kefahaman dan penguasaan laras bahasa tampak. Perbincangan boleh melibatkan pelbagai faktor dalam aspek antropologi, falsafah, sosiologi, psikologi dan sifat semulajadi seni.
Pelajar diminta membicarakan definisi dan ciri-ciri signifikan mengenai seni melalui disiplin ini.
Disiplin ini membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu membuat pertimbangan mengenai seni.
Pengetahuan estetik membantu pelajar membuat apresiasi tentang keindahan, keunikan atau kesalahan yang wujud pada hasil seni melalui pelbagai pengalaman estetik.
PENDEKATAN Chapman
pengenalan
Laura H. Chapman berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan seni sudah melebihi 40 tahun. Buku, rencana, kajian dan ucapan beliau membincangkan tentang isu polisi, reka bentuk kurikulum, pengajaran metadologi dan penilaian.
Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai
Proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya.
iaitu:
(a) tidak bersifat statik, (b) bersifat boleh ubah dan (c) berulang-ulang.
Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.
Maka, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja.
Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. Menurut Chapman, proses kreativiti = proses penghasilan / artistik. Untuk mengembangkan kreativiti murid, seorang guru
i.
Pemerhatian
PEMERHATIAN
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa guru menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaan, guru perlu member perhatian kepada perkara berikut: pengetahuan sedia ada murid benda yang konkrit minat, kecenderungan dan latar belakang murid bahan, buni, pergerakan dan aksi mencetus idea dan imaginasi
penerokaan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, guru perlu member perhatian kepada perkara-perkara berikut: aktiviti kecil yang mudah dan ringkas cuba mencuba, suaikenal dengan bahan penemuan oleh murid mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain bebas daripada jawapan tepat, murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik
PENGHASILAN
Aspek ini adalah melibatkan penghasilan atau hasil kerja murid. Guru boleh melihat penghasilan hasil kerja murid kepada perkaraperkara berikut: penggunaan bahan , alaat dan teknik
hasil
APRESIASI
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis
utama aktiviti Apresiasi.
Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran.
Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,
jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk; aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda; aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik; penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya; perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.
pengenalan
Dalam Pendidikan Seni, John A.Michael
merupakan individu/tokoh yang
Melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain dimana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.
a) b)
Berbentuk tradisional
Berfaktakan aspek andaian dan munasabah dalam melihat sesuatu karya seni
Secara pemerhatian
Secara perbandingan
Secara penghasilan
lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman terhadap penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.
Lebih realistik dan menerima maklum balas dan pendapat orang lain.
Contoh apresiasi
Padat dipenuhi dengan unsurunsur jalinan. Kesan warna yang lutsinar dan begitu harmoni. Penggunaan cat air yang bersahaja dan penggunaan
dan bahan:
Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan
dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
sumbangan mereka.