You are on page 1of 50

DISEDIAKAN OLEH:

MAZNAH BT. ABDULLAH KAMAR NOORHAMIMAH BT. JULI NOR SHAKIAH BT. HUSSAIN ZUBAIDAH BT. ZUBIR PPG PJJ Ambilan Jun 2013 Kohort 1 Pendidikan Khas

1. PENDEKATAN PROSES & PRODUK 2. PENDEKATAN DBAE 3. PENDEKATAN CHAPMAN 4. PENDEKATAN PSV KBSR

5. PENDEKATAN PENDIDIKAN SENI JOHN A. MICHAEL

PENDEKATAN PROSES & PRODUK

Dibentuk pada lewat 60-an untuk memenuhi kehendak penilaian yang berorientasikan objektif.
Dikemukakan oleh Stufflebeam(1971) Juga dikenali sebagai model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP).

Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan.

Menurut Stufflebeam, tindakan boleh dibuat dalam empat bahagian iaitu -keputusan mengenai persekitaran (konteks) -keputusan mengenai sumber (input), -keputusan mengenai pelaksanaan (proses) -keputusan mengenai hasil (produk).
Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengaitkan matlamat, konteks,input dan proses dengan hasil program

Bagaimana Pendekatan Ini Boleh Digunakan Dalam Penilaian Keberkesanan PSV?


Penilaian Konteks Penilaian konteks tertumpu kepada persekitaran, di mana perubahan akan berlaku dan masalah persekitaran yang dihadapi.

Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan kesesuaian persekitaran dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program. Untuk menguji keberkesanan program PSV sebagai contoh, penilaian konteks ialah kerelaan objektif PSV dengan Falsafah KBSR/KBSM.

Objektif-objektif PSV dibentuk dengan tujuan untuk memenuhi aspirasi negara, masalah-masalah yang dihadapi oleh guruguru dalam PSV, keyakinan guru mengajar dan sikap guru dalam penerimaan perubahan.

Dalam perancangan sesuatu program, masalah guru dan keyakinan guru untuk mengajar dan sikap guru terhadap perubahan perlu juga diambil kira kerana guru merupakan sumber yang penting untuk menentukan kejayaan program tersebut.
Mengikut Abdul Raof Dalip (1989) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh semangat dan dedikasi. Oleh itu, guru sepatutnya memahami terlebih dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya.

Penilaian Input
Penilaian input pula tertumpu kepada sumber yang terlibat dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program. Penilaian input dalam kajian ini ialah kemahiran dan pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual dan peruntukan waktu mengajar, peruntukan kewangan dan peranan pengetua.

Di sinilah terletaknya kemahiran dan pengetahuan seseorang pengetua, penolong-penolong kanan dan penyelia petang dalam menyusun jadual waktu agar ia sesuai dengan kehendak guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada guru-guru terutamanya dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian Proses
Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat.

Penilaian Produk
Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar, pencapaian objektif PSV
Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) dipetik dari Rohaty (1990), menyatakan bahawa sikap mempunyai pengaruh yang dapat mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang pengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

PENDEKATAN Dbae
Discipline Base of Art Education

pengenalan
Discipline Base of Art Education ( DBAE ) terbentuk melalui
gerakan reformasi kurikulum pada tahun 1950-an dan 1960-an :

Pada tahun 1967 Elliot Eisner bekerja di Stanford University, di bawah sponsor dari Yayasan Kettering. Beliau adalah pendahulu konsep disiplin dalam DBAE.

Sekitar 1980-an, DBAE disokong melalui inisiatif dan program yang dibiayai oleh J. Paul Getty Trust.

Pada tahun 1983, Trust membentuk pusat pendidikan dalam seni dan LeiLani Lattin-Duke berkhidmat sebagai Pengarah Program.

Menurut Eliot Siener, terdapat banyak cara untuk melihat dan mentafsirkan dunia, dan seni adalah tetingkap yang melaluinya

kita boleh melihatnya"

4 asas disiplin seni

DBAE meliputi 4 asas disiplin seni iaitu :


i. Produk Seni

ii. Sejarah Seni iii. Kritikan Seni iv. Estetika

Disiplin Produk Seni


Dalam disiplin penghasilan produk seni ianya lebih menegaskan kepada tatacara, kaedah dan proses menghasilkan karya atau produk seni.

Disiplin ini memerlukan pendidik menegaskan tentang penggunaan langkah-langkah artistik dan proses kreativiti

sebagai langkah penghasilan karya.

Seni untuk pernyataan diri (ekspresif) memerlukan pelajar melalui beberapa peringkat pembelajaran kajian dan penerokaan untuk mewujudkan pengalaman iaitu: Pengalaman dan penyesuaian dengan menggunakan pelbagai alatan, bahan, proses dan teknik. Mempelajari dari pengalaman sejarah dan warisan iaitu cara artis atau pandai tukang menggunakan alatan, bahan dan teknik pembuatan serta sikap dan nilai budaya kerja mereka.

Membina dan memperkembangkan kualiti sahsiah yang


diperlukan untuk mencapai kejayaan seperti tekun, sabar, dedikasi, cermat, teratur serta berkeupayaan menilai diri dari segi

artis atau budaya.


Belajar melahirkan pernyataan diri akibat dorongan emosi, perasaan dan pemikiran melalui bentuk-bentuk tampak. Memahami faktor-faktor motivasi melalui peranan artis atau pandai tukang mengenai kehidupan serta sumbangannya kepada masyarakat dan budaya.

Disiplin Sejarah Seni


Disiplin ini memusatkan pembelajaran mengenai artis dan

sumbangan aktiviti seni terhadap perkembangan peradaban seni


serta pengaruhnya terhadap tamadun dan budaya bangsa.

Disiplin kritikan seni menumpukan perhatian kepada penekanan kandungan mengenai persepsi,diskripsi, analisa, interprestasi dan penilaian terhadap sesebuah karya atau produk seni.

Terdapat beberapa aspek dan peringkat pembelajaran sejarah seni iaitu:

a) Belajar tentang sejarah perkembangan penghasilan seni dan peningkatan pencapaian nilai artistik melalui sejarah pergerakan aliran gaya seni.

b) Menganalisa karya-karya seni masa lampau yang mendapat pengiktirafan masyarakat serta dapat dijadikan sebagai bahan rujukan atau sumber pengetahuan dan pengalaman bagi generasi

masa kini dan akan datang.

c) Menyelidik dan mengkaji karya untuk mengesan asal-usul, kesan terhadap aliran seni dan artis serta mencari makna serta pengertian.

d) Mengukur dan menilai serta memahami karya seni dalam konteks yang luas.

e) Seni terbentuk dari unsur-unsur yang saling melengkapi dan digubah berlandaskan prinsip sehingga dapat diiktiraf sebagai suatu hasil seni.

HASSAN M. GHAZALI-UPSI

Disiplin Kritikan Seni


Pengetahuan mengenai disiplin ini juga boleh dihasilkan melalui

peningkatan kefahaman melalui pembacaan, penulisan, komentar


yang sering diperbincangkan atau diulas oleh pengkritik seni, artis, pemerhati seni, budayawan dan sejarawan.

Terdapat 3 komponen asas dalam membuat kritikan iaitu apa (memerlukan persepsi dan diskripsi), makna (analisis atau interprestasi) dan penilaian (pertimbangan dan penilaian).

Kritikan seni juga melibatkan aktiviti pengamatan dan pemerhatian yang teliti tentang sesuatu karya seni.

Ia merupakan keupayaan pemerhati untuk menilai, membanding dan membeza antara karya dengan mengambil kira pertimbangan

terhadap semua aspek.

Ia juga membicarakan tentang tindakbalas dan persepsi orang lain

atau audien juga masyarakat terhadap seni.

Disiplin Estetika
Perbincangan mengenai estetik memerlukan kefahaman dan penguasaan laras bahasa tampak. Perbincangan boleh melibatkan pelbagai faktor dalam aspek antropologi, falsafah, sosiologi, psikologi dan sifat semulajadi seni.

Pelajar diminta membicarakan definisi dan ciri-ciri signifikan mengenai seni melalui disiplin ini.

Disiplin ini membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu membuat pertimbangan mengenai seni.

Pengetahuan estetik membantu pelajar membuat apresiasi tentang keindahan, keunikan atau kesalahan yang wujud pada hasil seni melalui pelbagai pengalaman estetik.

PENDEKATAN Chapman

pengenalan
Laura H. Chapman berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan seni sudah melebihi 40 tahun. Buku, rencana, kajian dan ucapan beliau membincangkan tentang isu polisi, reka bentuk kurikulum, pengajaran metadologi dan penilaian.

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai

pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses


penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik.

Proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya.

Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman melibatkan 3 disiplin,

iaitu:
(a) tidak bersifat statik, (b) bersifat boleh ubah dan (c) berulang-ulang.

Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.

Maka, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja.

Pemahaman ini(proses artistik) perlu diaplikasikan ke atas


murid di dalam kelas.

Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses


penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid. Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni.

Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. Menurut Chapman, proses kreativiti = proses penghasilan / artistik. Untuk mengembangkan kreativiti murid, seorang guru

PSV perlu menggunkan berbagai cara dalam menghasilkan


karya. Paling penting, guru PSV perlu menguasai bidang seni supaya mempunyai pengalaman yang lebih luas untuk mengajar murid

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek

utama dalam pelajaran seni iaitu:

i.

Pemerhatian

ii. Penerokaan iii. Penghasilan (pembuatan)

iv. Apresiasi dan pelanjutan

PEMERHATIAN
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa guru menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaan, guru perlu member perhatian kepada perkara berikut: pengetahuan sedia ada murid benda yang konkrit minat, kecenderungan dan latar belakang murid bahan, buni, pergerakan dan aksi mencetus idea dan imaginasi

penerokaan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, guru perlu member perhatian kepada perkara-perkara berikut: aktiviti kecil yang mudah dan ringkas cuba mencuba, suaikenal dengan bahan penemuan oleh murid mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain bebas daripada jawapan tepat, murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

PENGHASILAN
Aspek ini adalah melibatkan penghasilan atau hasil kerja murid. Guru boleh melihat penghasilan hasil kerja murid kepada perkaraperkara berikut: penggunaan bahan , alaat dan teknik

tatacara, langkah dan proses membuat


keselamatan semasa menjalankan aktiviti penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk

hasil

APRESIASI
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis
utama aktiviti Apresiasi.

Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran.

Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,
jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk; aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda; aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik; penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya; perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

PENDEKATAN Pendidikan seni John a.michael

pengenalan
Dalam Pendidikan Seni, John A.Michael
merupakan individu/tokoh yang

mengutarakan pendekatan Apresiasi


dan Kritikan Seni

Tujuan apresiasi seni


Membolehkan murid-murid memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian, unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf.

Dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil


lain mengikut persepsi visual.

Melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain dimana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

2 pendekatan dalam apresiasi seni


Dalam buku beliau Art & Adolescence,
terdapat 2 pendekatan dalam Apresiasi Seni, iaitu:

a) b)

Pendekatan secara logik Pendekatan secara psikologi

pendekatan secara logik

Berbentuk tradisional

Memerlukan pemahaman intelek

Berfaktakan aspek andaian dan munasabah dalam melihat sesuatu karya seni

Cadangan Aktiviti Pendekatan Secara Logik:


AKTIVITI Secara penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilainilai estetika serta pengaruh. Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambargambar. Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilainilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

Secara pemerhatian

Secara perbandingan

Secara penghasilan

pendekatan secara psikologi


Lebih menjurus kepada perasaan peribadi individu.

lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman terhadap penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.

Meninggalkan pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.

Lebih realistik dan menerima maklum balas dan pendapat orang lain.

Cadangan Aktiviti Pendekatan Secara Psikologi:


AKTIVITI

Secara perbincangan dan perbandingan


Secara proses inkuiri penemuan (discovery) Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni

Secara menyediakansetting/set induksi


Secara membesarkan gambar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara lawatan/pameran Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

Contoh apresiasi
Padat dipenuhi dengan unsurunsur jalinan. Kesan warna yang lutsinar dan begitu harmoni. Penggunaan cat air yang bersahaja dan penggunaan

berus secara sepontan.


Abdullah Ariff, 1960. Bumi Bahagia-Lombong Bijih Malaya Cat air 36.4 x 54.1 cm.

Sifat-sifat identiti. Karya ciptaan beliau menjelang akhir hayatnya.

PENDEKATAN PSV KBSR

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:


Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Apresiasi seni visual secara mudah


Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Pemerhatian secara aktif:


Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus
dan terperinci Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual

Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan


objek buatan manusia Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat

dan bahan:
Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan
dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan

Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan


kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah:


Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai

sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek


kehidupan:
Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

You might also like