You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

1.1 Anatomi dan Fisiologi Anatomi ialah suatu bidang sains yang mengkaji struktur tubuh manusia seperti tulang-tulang, otot-otot dan organ-organ individu. Manakala fisiologi pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan.

Terdapat 206 tulang dalam tubuh orang dewasa dan jumlah berat sistem rangka seorang dewasa ialah 14 % daripada jumlah berat badannya. Antara fungsi- fungsi tulang ialah untuk pergerakan di mana otot- otot melekat pada tulang dan tulang akan bertindak sebagai tuil untuk menghasilkan pergerakan. Tulang juga bertindak sebagai tempat penyimpanan kalsium dan mineral lain. Sumsum merah pada beberapa tulang berupaya menghasilkan sel darah merah, beberapa sel darah putih dan platelet.

Selain itu, fungsi tulang ialah sebagai penyokong tisu- tisu lembut dan memberikan lekatan kepada otot dan ligament. Tulang menlindungi banyak organ dalaman daripada kecederaaan. Contohnya, otak dilindungi oleh tulang kranium. Sendi adalah tempat pertemuan dua atau lebih tulang dan berfungsi untuk mengerakkan anggota badan.

Walaupun tulang dan sendi membentuk rangka tubuh, namun tulang dan sendi tidak boleh menggerakkan tubuh dengan sendirinya. Gerakan ini dilakukan dengan penguncupan dan pengenduran sel khusus yang disebut otot. Otot berfungsi untuk menghasilkan pergerakan seperti berjalan, berlari dan beberapa gerakan otot yang tidak dapat dilihat seperti denyutan jantung dan gerakan gaster serta usus semasa proses pencernaaan makanan. Selain itu, fungi otot ialah mengekalkan posisi badan dan postur, menyokong tisu lembut dan mengekalkan suhu badan.

1.2 Permainan dan Kemahiran Kumpulan kami telah memilih permainan badminton bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi. Badminton adalah sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Kumpulan kami akan membuat kajian yang lebih terperinci mengenai kemahiran asas dalam badminton iaitu teknik servis tinggi (forehand servis). Di sini, kami telah mengkaji otot, tulang dan sendi yang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam servis tinggi. Servis ini sangat penting dalam permainan perseorangan kerana servis yang tinggi dan menghampiri garisan belakang gelanggang akan menyukarkan pemain daripada mengembalikan servis dan menyerang dengan pukulan smesy. Ini memaksa permain yang menerima servis mengembalikan bulu tangkis dengan pukulan lob yang secara tidak langsung memberikan peluang kepada pembuka servis untuk menyerang. Dalam teknik ini, pemain memegang raket dengan genggaman depan (forehand). Bulu tangkis dihantar setinggi yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan beregu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.

You might also like