You are on page 1of 2

Pengenalan Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu perkembangan dalam kemajuan teknologi binaan

dewasa ini. Penggunaan ini boleh dibahagikan kepada peralatan berjentera dan peralatan tidak berjentera. Pembelian peralatan jentera memerlukan modal permulaan yang agak besar di samping perancangan penggunaan yang berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya diperhitungkan dengan terperinci boleh menyumbang dalam mempercepatkan proses binaan dan menjimatkan masa serta mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu pembelian peralatan jentera adalah lebih berkesan sekiranya kerja binaan tersebut besar, banyak dan penggunaan jentera yang berterusan. Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan kewangan pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan terpakai boleh diusahakan melalui syarikat yang member sewa peralatan jentera binaan secara kontrak, penyewaan harian atau satu jangkamasa yang dipersetujui. Untuk merancang keberkesanan penggunaan jentera beberapa faktor hendaklah diambilkira seperti berikut:Jenis Jentera Kerja dan Tapak Binaan Kos modal, jangka hayat dan keupayaan peralatan perlu dipertimbangkan dalam pemilihan peralatan jentera yang sesuai dengan keadaan tapak. Keadaan tapak yang sempit di dalam kawasan bandaraya yang sesak memungkinkan penggunaan konkrit siap bancuh dihantar ke tapak binaan dengan lori penggaul konkrit. Tapak yang berair dan berlumpur memerlukan jentera beroda rantai 2 daripada penggunaan jentera beroda tayar getah. Keadaan bangunan seperti kedudukan dan saiz akan mempengaruhi pemilihan jenis kren untuk memunggah dan menempatkan bahan bahan binaan. Peralatan jentera juga perlu di tempatkan pada kedudukan yang sesuai supaya tidak menghalang laluan kerja dalam proses binaan. Jenis Jentera Kerja dan Pengendalian Jentera Pengetahuan mengenai kaedah operasi dan pengendalian peralatan jentera juga menyumbang kepada keupayaan pengeluaran (output) yang optima serta meningkatkan produktiviti hasil daripada gabungan pekerja dan peralatan tersebut. Keseimbangan di antara bilangan pekerja dan kesesuaian peralatan jentera perlu diperhatikan bagi menghasilkan mutu kerja yang baik. Langkah langkah keselamatan dan tatacara pemeriksaan kepada semua peralatan jentera perlu dijalankan pada jangka masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 4.2 Kategori Jentera Penggunaan jentera dalam pembinaan boleh diketegorikan kepada kaedah kerja dan penggunaan jentera tersebut seperti penggalian, pengangkat, pengangkut dan pembancuh.

4.2.1 Jentera Penggali (Excavator) Jentera yang digunakan untuk kerja kerja penggalian meliputi kerja penolakan tanah (dozer) dan penggalian tanah dengan jengkaut (excavator): Jentolak (Bulldozer) Jentera jenis ini merupakan jentera paling lasak digunakan untuk menolak dan meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi, bertayar getah atau beroda. Disebelah hadapan dilen

You might also like