mengadu kat saya yang awak dah semakin jauh dari dia. Saya terfikir, sayakah penyebabnya? Tapi awak jarang balas mesej saya. Cuma sesekali awak akan balas mesej saya, bertanyakan siapa saya. Saya tak pernah bagitau dan awak tak pernah tau, walaupun kita dah berkahwin. Saya mesej awak, saya berterusterang yang saya sukakan awak. Entah apa perasaan awak masa tu, kan?Awak ingat tak rak 108 kat Perpustakaan Sultanah Zanariah? Rak itulah yang jadi tempat kita bertukar banyak benda. Masa birthday awak, saya hadiahkan awak T-shirt warna hitam. Saya rasa happy sangat bilasaya nampak pakai baju tu. Awak nampak menyerlah bila pakai baju warna hitam. Tiba satu masa, kita jadirapat walaupun masa tu awak masih dengan Izzah. Kita berbual tentang banyak perkara termasuklah study.Kalau saya ada hint untuk final exam, rak 108 tu lah yang awak akan cari. Saya rasa tak percaya bila awak bagi hadiah untuk saya masa birthday saya.Saya ingatkan awak tak ingat. Awak bagi saya tudung warna putih. Cantik tudung tu. Tapi saya tak pernah pakai waktu di kampus. Ye la, kalau saya pakai, mesti awak kenal saya, kan? Tapi tudung tu la yang saya paling sayang sebabnya awak yang bagi. Hehehe. Bukan sekali dua awak tanya siapa saya. Nama saya punawak tak tau. Awak pernah gurau dengan saya. Awak kata kalau saya tak bagitau nama saya, awak akan panggil saya sayang. Saya ketawa besar walaupun dalam hati saya mula risau. Izzah selalu mengadudengan saya yang awak mula tak hiraukan dia.Setiap kali awak telefon, saya akan keluar dari blok hostel saya sebab saya tak nak ada orang tau yang sayasedang berbual dengan awak. Terutamanya Izzah. Awak rasa saya ni jenis yang kawan makan kawan ke?Saya bukan nak memiliki awak. Saya cuma nak jadi sebahagian daripada hidup awak. Tak sangka akhirnyasaya memang menjadi sebahagian daripada hidup awak, kan? Menjadi isteri awak bukanlah sesuatu yangsaya pernah fikirkan. Awak akan jatuh hati pada saya juga tak pernah saya fikirkan. Saya menangis waktuawak luahkan perasaan awak.Bukan saya tak sukakan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya tapi saya sedih saya tak dapat jadimilik awak sebab yang awak cintakan sebenarnya bukanlah diri saya, Ariana tetapi Rie. Rie cumalah bayang-bayang. Walaupun semua perkara yang saya ceritakan pada awak adalah mengenai saya, Arianatapi bagi awak, saya Rie. Awak kenal Ariana tapi awak tak ada perasaan pada dia. Awak sebenarnya tak ada perasaan pada saya. Saya juga sedih sebab saya khianati kawan baik saya sendiri. Kenapa awak sukakan Rie dan sanggup tolak Izzah?Selepas saya menangis, Izzah datang bertemu saya dalam air mata. Awak tinggalkan Izzah! Kerana saya!Saya tak tau siapa yang kejam. Sayakah yang membuatkan Izzah menangis dan membuatkan awak terluka?Atau awak yang membuatkan Izzah menangis dan menderita sendiri akhirnya? Maafkan saya, awak …Bukan niat saya nak mempermainkan cinta awak. Percayalah, saya cintakan awak tapi orang yang awak cintai bukanlah saya. Saya tau awak akan tolak saya jika awak mengenali saya. Saya tak macam awak yang punya segalanya. Saya tak secantik Izzah, tak sebaik Izzah.Awak pun tau saya macam mana, kan? Pertama kali Mama dan Papa beritahu yang keluarga awak datangmeminang saya, perkara pertama yang saya fikir ialah adakah awak dah tau yang saya Rie ke? Kenapaawak memilih saya? Kenapa tak orang lain yang sepadan dengan awak? Awak tak takut orang lain mengataawak kerana memilih perempuan yang tidak sepadan dengan awak? Saya rasa rendah diri sangat bila kita berdua duduk bersanding di atas pelamin. Saya dapat dengar orang memperkatakan dengan kita.Macam Prince Charming and the Witch. Hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah, hari paling bahagiadalam hidup saya jadi hari yang paling mendukacitakan. Saya terasa kerdil sangat di samping awak. Tapiawak cuma senyum. Itulah yang melapangkan dada saya, yang membuatkan semua kemarahan saya hilang.
Leave a Comment
sedih sangat cita ni....syabas kpda pengarangnya....buat saya nangis...hehehe
SubhanAllah.... satu ceritera yang saya sukai. ahlhamdulillah syabas.