You are on page 1of 9

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Strategi Penyelesaian Masalah Yang Melibatkan Fungsi


Linear Di Kalangan Pelajar Diploma: Satu Kajian Kes

1
Roselah Osman, 2Sumarni Abu Bakar dan 3Wan Nooraini Wan Jaafar
1,2,3
Pusat Pengajian Matematik
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, UiTM Shah Alam
1
roselah@tmsk.uitm.edu.my, 2sumarni@tmsk.uitm.edu.my, 3wnoraaini@tmsk.uitm.edu.my

ABSTRAK

Fungsi Linear mula diperkenalkan sejak diperingkat sekolah menengah, tetapi pelajar-pelajar pusat
pengajian tinggi khususnya di peringkat Diploma masih belum menguasai sepenuhnya penyelesaian
masalah yang melibatkan Fungsi Linear. Kertas kerja ini mengupas dan membincangkan tentang
pencapaian pelajar, kaedah dan strategi penyelesaian masalah yang digunakan oleh pelajar Diploma
semasa menyelesaikan masalah Fungsi Linear. Metodologi kajian ini adalah bertunjangkan kepada
Perspektif Pemprosesan Maklumat di mana data diperolehi melalui kaedah kuantitatif iaitu ujian kertas
dan pensel dan diikuti dengan temuduga separa berstruktur bagi memperolehi maklumat dengan lebih
tepat tentang jawapan daripada soalan ujian bertulis yang telah dijalankan. 25 orang pelajar Diploma
telah mengambil bahagian. Daripada analisis kuantitatif yang dijalankan didapati kesemua pelajar
tersebut telah mendapat markah melebihi 50% iaitu melebihi 10 daripada 20 markah yang
diperuntukkan. Selain itu, 12 orang pelajar mendapat markah 80% dan ke atas. Kebanyakan pelajar
boleh menyelesaikan masalah Fungsi Linear yang rutin seperti mencari nilai x jika diberi nilai y,
menentukan samada suatu titik yang diberi berada di atas garis lurus atau tidak dan menentukan
samada suatu titik yang diberi merupakan penyelesaian kepada persamaan. Terdapat dua kaedah utama
yang digunakan oleh pelajar yang dikenali sebagai kaedah graf dan kaedah aljabar di samping 14
bentuk strategi telah dikenalpasti digunakan dalam menyelesaikan masalah Fungsi Linear.
Walaubagaimanapun, melalui temuduga separa berstuktur yang dijalankan mendapati kaedah aljabar
lebih popular dan menjadi pilihan pertama pelajar semasa menyelesaikan masalah Fungsi Linear
walaupun soalan yang diberi lebih mudah diselesaikan menggunakan kaedah graf. Namun begitu
terdapat juga pelajar yang menggunakan kedua-dua kaedah penyelesaian.

Kata Kunci: Kaedah; Strategi; Penyelesaian Masalah; Fungsi Linear.

1. PENGENALAN

Anton (2005) dalam prolognya ada menyatakan “…the concept of function is a basic idea that underlies
almost all mathematical and physical relationships….”. Oleh itu, amat wajarlah topik Fungsi diberi
keutamaan dalam mempelajari ilmu matematik dan salah satunya dapat dilihat pada urutan susunan topik
pada kebanyakan buku Kalkulus yang mana didahului oleh topik Fungsi (H.Anton, 2005). Fungsi Linear
khususnya dan garis lurus adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Ini dapat dilihat daripada
beberapa definisi fungsi linear yang diberikan. Antaranya ialah:
“A linear function, whose graph is a line, can be written in the form y = mx + b, where m and b are
constants and m 0. As with any function, students can represent a linear function as a table, an equation,
or a graph.” (http://www.learner.org/channel/workshops/algebra/workshop2/index.html).
“A function of the form f(x) = mx + b where m and b are some fixed numbers. The names "m" and "b"
are traditional. Functions of this kind are called "linear" because their graphs are straight lines”.
(http://www.shodor.org/interactivate/dictionary/).
Paper number: 8232997
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Daripada definisi di atas, pada umumnya fungsi linear berkait dengan persamaan linear, persamaan
garis lurus dan graf garis lurus. Di Malaysia, pengenalan topik Fungsi khususnya Fungsi Linear diajar
seawal peringkat sekolah menengah sehinggalah ke peringkat universiti. Di peringkat universiti, topik
Fungsi Linear merangkumi aspek mencari kecerunan, persamaan dan lakaran graf garis lurus berdasarkan
nilai kecerunan, pintasan-x dan pintasan-y, garis lurus selari, garis lurus serenjang dan titik persilangan
dua garis lurus.(silibus kursus Pengantar Matematik Pengurusan,QM1003). Antara contoh soalan dalam
topik ini ialah:
Diberi A(2, −3) dan B(−1,3),
a) cari kecerunan AB
b) cari persamaan garis lurus yang melalui A dan B dalam bentuk titik kecerunan, kecerunan
pintasan, umum dan penggalan.
c) Lakarkan garis lurus tersebut.
d) Cari pintasan-x dan pintasan-y
(Manual Algebra(Edaran Dalaman), MAT142, UiTM, ms 117)
Daripada sukatan pelajaran dan contoh soalan yang diberikan di atas, didapati pendekatan pengajaran
yang digunakan adalah lebih menjurus kepada kaedah manipulasi atau pengiraan berbanding dengan
kaedah pengajaran melalui penyelesaian masalah iaitu kaedah eksplorasi dan pembinaan pengetahuan.
Pengkaji berandaian bahawa pelajar yang dihasilkan daripada kaedah pengajaran seperti ini lebih
berpotensi untuk menghafal rumus, menghafal bentuk soalan dan prosidur-prosidur penyelesaiannya
berbanding dengan kefahaman yang mendalam tentang masalah yang diberi. Pemilihan strategi yang
digunakan pelajar dalam menyelesaikan masalah fungsi linear ini berkemungkinan telah digunakan
berulang-ulang kali oleh pelajar sebelum ini. Walaubagaimanapun, pengkaji berpendapat pemilihan
strategi penyelesaian yang canggih(advance) menunjukkan pelajar tersebut telah melangkau aras
kemahiran yang diajar sebelumnya.
Banyak kajian tentang topik fungsi dan graf telah dijalankan yang melibatkan konsep, kefahaman,
perwakilan fungsi dan penggunaan teknologi untuk melakar graf fungsi (Leinhardt, G. et al, 1990;
Moschkovich, J. et al, 1993; Yerushalmy, M., 1993; Knuth, J. E., 2000; Mousoulides, N. et al, 2004).
Kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat dua kaedah yang dipilih oleh pelajar untuk
menyelesaikan masalah fungsi samada kaedah aljabar atau kaedah graf. Disamping mengetahui kaedah
yang digunakan, kajian ini bertujuan untuk memperkayakan pengetahuan pengajar dan pengkaji dalam
bidang pendidikan matematik tentang strategi yang digunakan oleh pelajar di samping mengetahui
pencapaian mereka dalam menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan Fungsi Linear.

2. TINJAUAN KAJIAN LEPAS

2.1 Kerangka Teori

Untuk mengetahui strategi pelajar menyelesaikan masalah khususnya dalam matematik, metodologi
kajian mengikut pendekatan pemprosesan maklumat dianggap sesuai. Seperti yang dilaporkan oleh Nik
Azis(1996), menurut pendekatan ini, menyelesaikan masalah membabitkan proses atau komponen
maklumat yang mengandungi lima fungsi(Stenberg, 1981). Antaranya ialah metabahagian yang
mengandungi elemen seperti memahami masalah, menentukan langkah-langkah untuk menyelesaikan
masalah dan memilih strategi bagi menyelesaikan masalah. Dalam konteks pemilihan strategi bagi
menyelesaikan masalah, ianya berkait rapat dengan metakognitif, iaitu keupayaan individu untuk
memahami kebolehan-kebolehan kognitifnya sendiri(Flavell, 1978). Setiap individu mempunyai
kebolehan kognitif yang berbeza-beza. Menurut Borkowski dan Peck(1986), dalam Nik Azis(1996),
perbezaaan dari segi kognitif ini menyebabkan setiap individu menggunakan strategi yang berbeza-beza
dalam menyelesaikan masalah. Mengikut pandangan pengkaji, dalam kontek penyelesaian masalah,
sekiranya individu itu tahu penyelesaian kepada masalah yang diberi, penggunaan strategi yang pelbagai
dalam menyelesaikannya menunjukkan yang individu itu mempunyai kefahaman yang mendalam tentang
masalah tersebut. Tetapi Knuth(2000), ada mengatakan bahawa tahap kefahaman seseorang individu pula
bergantung kepada kekuatan dan bilangan hubungan yang dibina diantara stuktur-stuktur kognitif( i.e:
Paper number: 8232997
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

gambaran mental, perwakilan, skim pengetahuan). Saling hubungan antara stuktur ini berkait dengan
‘pengetahuan konsep’ dimana menurut Nik Azis(1996), “pengetahuan konsep merujuk kepada
pengetahuan yang kaya dengan berbagai-bagai saling hubungan yang mengaitkan satu skim pengetahuan
dengan skim pengetahuan yang lain”. (ms 201). Semakin banyak hubungkait yang dapat dijalinkan antara
stuktur tersebut, semakin tinggilah tahap kefahaman individu itu. Dengan itu, mengkaji strategi-strategi
yang digunakan pelajar dalam kajian ini secara tidak langsung ianya mengkaji satu aspek kefahaman
individu dalam menyelesaikan masalah matematik.
Dalam konteks fungsi, O’Callaghan(1998) ada mengatakan pengetahuan konsep melibatkan keupayaan
individu untuk menterjemah perwakilan fungsi dalam empat situasi yang berbeza samada bentuk jadual,
graf, simbolik atau “real-world situation” (Davis J. D, 2005). Mengikut pandangan pengkaji, seseorang
individu yang berjaya menghubungkaitkan sebarang perwakilan fungsi bermakna beliau berjaya melihat
fungsi daripada perspektif yang berbeza. Perspektif ini dimajukan oleh Moschkovich, Schoenfeld dan
Arcavi(1993) yang diambil daripada Knuth(2000). Menurutnya, fungsi dapat dilihat daripada dua
perspektif yang berbeza. Ia boleh dilihat daripada ‘perspektif proses’ atau daripada ‘perspektif objek’. Jika
daripada ‘perspektif proses’, sesuatu fungsi itu diterima sebagai hubungan di antara nilai x dan nilai y:
Bagi setiap nilai x, fungsi itu memberikan satu nilai y”(diterjemah daripada Moschkovich et al., 1993,
p.71). Contohnya, pelajar yang melihat fungsi dari perspektif ini boleh menggantikan nilai x ke dalam
persamaan dan menyelesaikannya untuk nilai y atau pelajar boleh menyatakan penyelesaian bagi suatu
persamaan dengan memilih sebarang titik di atas graf bagi persamaan tersebut. Sfard(1992) ada
mengatakan sebarang proses, algoritma dan tindakan dalam menyelesaikan masalah matematik
diterangkan sebagai “operational conception”.
Selain daripada itu, perspektif proses ini berlaku dalam domain pengetahuan prosidur yang mana
menurut Nik Azis(1996), pengetahuan ini membabitkan peraturan, hukum atau algoritma yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik. Sebaliknya, dari perspektif objek, fungsi atau sesuatu
hubungan dan sebarang perwakilannya dirujuk sebagai satu entiti. Moschkovich et al.(1993) menyatakan
“.... algebraically as members of parameterized classes, or in a plane as graphs that, in colloquial
languange, are though of as being ‘picked up whole’ and rotated or translated”(pg.71). Moschkovich et
al.(1993) nampaknya bersetuju dengan Sfard (1992) yang mengatakan “Seeing a mathematical entity as
an object means being capable of refering to it as if it were a real thing – a static structure , existing
somewhere in place and time. It also means being able to recognize the idea ‘at a glance’ and to
manipulate it as a whole without going into details”. Tetapi beliau mengkelaskan persepktif objek ini
dalam domain “structural conception”. Pelajar yang melihat fungsi dari perspektif ini boleh melakar graf
garis lurus yang selari dengan fungsi y = 3x + b sekiranya graf fungsi tersebut telah dilakar terlebih dahulu
atau pelajar boleh memenuhkan nilai dua fungsi dalam jadual; Contohnya: dengan menggunakan
hubungan (Knuth, 2000).
Oleh yang demikian, pemilihan strategi untuk menyelesaikan masalah matematik, khususnya dalam
topik fungsi secara tidak langsung dapat memberitahu kita tentang perspektif pelajar berhubung topik
fungsi.

2.2 Kajian-Kajian Lepas

Banyak kajian tentang topik fungsi dan graf telah dijalankan yang melibatkan konsep, kefahaman,
perwakilan fungsi dan penggunaan teknologi untuk melakar graf fungsi (Leinhardt, G. et al, 1990; Sfard,
A., 1992; Romberg, T. A. et al, 1993; Moschkovich, J. et al, 1993; Knuth, J. E., 2000; Mousoulides, N. et
al, 2004). Antara kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ialah daripada Knuth(2000)
dengan kajiannya “Student understanding of the connections between algebraic and graphical
representations of a function” dan daripada Mousoulides, N. et al(2004) dengan kajiannya “Algebraic and
Geometric approach in function problem solving”. Knuth (2000), dalam kajiannya ke atas 178 pelajar
mendapati lebih daripada 75% pelajarnya memilih strategi penyelesaian aljabar sebagai pilihan pertama
penyelesaian, walaupun pada situasi itu, strategi menggunakan graf adalah lebih mudah dan cepat
berbanding strategi penyelesaian aljabar. Menurutnya lagi, ramai pelajar yang gagal menunjukkan strategi
menggunakan graf sebagai pilihan utama dalam menyelesaikan soalan-soalan fungsi linear yang
Paper number: 8232997
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

diberikan. Kecenderungan memilih strategi pengiraan dan manipulasi ini berkemungkinan kerana telah
biasa dilakukan sebelum ini dalam menyelesaikan sebarang masalah matematik. Hal ini diakui oleh
Eisenberg, dan Dreyfus (1991) yang menyatakan bahawa “ students have a strong tendency to think
algebraically rather than visually” (ms. 29).
Selain daripada itu, dapatan kajian yang dijalankan oleh Mousoulides, N. et al(2004), nampaknya
secocok dengan kajian Knuth (2000) dimana kebanyakan pelajarnya tidak bermasalah dalam
menyelesaikan fungsi linear mudah tetapi pencapaian mereka semakin berkurang apabila menyelesaikan
masalah fungsi kuadratik dan seterusnya masalah geometri yang kompleks. Selain daripada itu, lebih
daripada 60% pelajar yang terdiri daripada 95 orang guru-guru praktik memilih pendekatan aljabar dalam
menyelesaikan masalah fungsi linear walaupun dalam masalah yang mudah diselesaikan dengan
menggunakan pendekatan graf.
Dalam kajian yang lain, Dreyfus dan Eisenberg (1991) ada mengatakan bahawa pelajar mempunyai
kefahaman konsep kuno(instrumental concept) tentang fungsi. Pelajar-pelajar ini menghadiri kelas hanya
untuk mendapatkan definisi asas tentang fungsi, dan mereka hanya tahu untuk mendapatkan contoh bagi
fungsi tersebut. Menurutnya lagi, dalam temuduga yang dijalankan mendapati bahawa sebahagian pelajar
menyatakan bahawa hubungan adalah fungsi apabila ia boleh ditunjukkan dengan formula. Graham
(1989), dalam kajiannya juga ada menyatakan bahawa apabila pelajar diberikan sesuatu fungsi, mereka
mengandaikan perlu melakukan sesuatu dengan fungsi tersebut seperti menggantikannya dengan nilai.
Gantian dalam konteks ini adalah lebih merujuk kepada kaedah aljabar.
Daripada kajian-kajian yang tunjukkan mendapati terdapat dua pendekatan yang akan dipilih oleh
pelajar dalam menyelesaikan masalah fungsi samada pendekatan aljabar atau pendekatan graf. Pendekatan
yang dipilih ini membolehkan pengkaji mengetahui serba sedikit kefahaman pelajar keseluruhannya
tentang topik fungsi. Selain daripada itu, pendekatan yang dipilih samada pendekatan aljabar atau
pendekatan graf membolehkan strategi-strategi lain yang digunakan dikaji dan secara tidak langsung
menyumbang kepada pengetahuan tentang kefahaman pelajar tentang topik fungsi khususnya fungsi
linear.

3. METODOLOGI

Kajian ini merupakan satu kajian kombinasi kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian ini, seramai 25 orang
pelajar Diploma semester satu daripada sebuah pusat pengajian tinggi awam di Shah Alam telah diberikan
satu ujian dalam topik Fungsi Linear yang mengandungi 10 soalan dimana soalan-soalan tersebut
diadaptasi daripada Knuth(2000). Graf garis lurus bagi setiap soalan disertakan.
Berdasarkan kepada markah pencapaian ujian bertulis tersebut, seramai lima orang pelajar telah dipilih
untuk ditemuduga secara ringkas bagi mengetahui lebih lanjut tentang strategi yang digunakan. Dua orang
pelajar dipilih daripada kategori berpencapaian tinggi iaitu markah 70% ke atas, dua orang lagi daripada
kategori berpencapaian rendah iaitu markah di bawah 50% dan seorang pelajar daripada kategori
berpencapaian sederhana iaitu markah diantara 50% hingga 69%. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah
berasaskan kepada ujian bertulis dan temuduga ringkas yang dijalankan. Tumpuan kajian ini adalah
kepada pencapaian, kaedah dan strategi yang digunakan oleh pelajar-pelajar Diploma bagi menyelesaikan
masalah Fungsi Linear.

3.1 Analisis Data

Data yang dikumpul dalam kajian ini terdiri daripada kertas jawapan pelajar dalam ujian matematik,
rakaman audio temuduga, kertas catatan yang digunakan oleh subjek kajian dan kertas jawapan subjek
semasa sessi temuduga. Penganalisaan data bagi kajian ini adalah secara kualitatif dan deskriptif. Ada
beberapa tahap analisis yang dijalankan.
Pada tahap pertama, kertas jawapan pelajar diperiksa dan diberikan markah berdasarkan skima
pemarkahan yang dibina sendiri oleh pengkaji. Jumlah markah yang diperolehi dijumlahkan dan ditukar
ke bentuk peratusan supaya pelajar dapat dikategorikan kepada tiga kategori pencapaian iaitu pencapaian

Paper number: 8232997


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

tinggi (markah lebih daripada 70%), pencapaian sederhana (markah 50% hingga 69%) dan pencapaian
rendah (markah kurang daripada 50%).
Pada tahap kedua pula, respon bertulis pelajar tadi diasingkan mengikut strategi penyelesaian yang dipilih.
Kaedah penyelesaian yang digunakan oleh pelajar dijumlahkan dan dicari peratusannya. Respon bertulis
pelajar juga dianalisis mengfokus kepada strategi yang digunakan bagi setiap kaedah penyelesaian di atas
(contohnya dalam kaedah penyelesaian secara algebra: menukarkan persamaan ke dalam bentuk
kecerunan-pintasan)
Pada tahap ketiga, rakaman audio temuduga ditranskripsikan ke dalam bentuk bertulis. Transkripsi
tersebut meliputi interaksi antara pengkaji dengan pelajar. Ianya kemudian disusun dan diolah untuk
menghasilkan protokol yang berkaitan dengan strategi-strategi penyelesaian masalah yang mereka
gunakan.

4. DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada Rajah 1 di bawah, didapati kesemua pelajar (n = 25) mendapat lebih daripada 50%
markah iaitu 10 markah daripada 20 markah yang diperuntukkan. Seramai 12 orang pelajar telah
mendapat markah 80% dan ke atas di mana 6 orang pelajar mendapat 80% markah, 4 orang pelajar
mendapat 85% markah dan dua orang pelajar mendapat 90% markah dan ke atas. Purata markah
pencapaian pelajar adalah 15.2 markah iaitu 76% daripada markah keseluruhan. Selain daripada itu, purata
pencapaian pelajar perempuan ( n = 11) ialah 14.55 iaitu 72.75% daripada markah keseluruhan manakala
untuk pelajar lelaki (n = 14) ialah 15.71 iaitu 78.55% daripada markah keseluruhan. Walaubagaimanapun,
daripada analisis ujian T, perbezaan pencapaian diantara pelajar lelaki dan perempuan ini adalah tidak
signifikan ( p = 0.114 > 0.05).

5
Bilangan Pelajar

3
Mean = 15.2
2 Std. Dev. = 1.826
N = 25
1

0
10 12 14 16 18 20
markah

Rajah 1: Pencapaian Keseluruhan Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Fungsi Linear

Berikut dibentangkan pula analisis pencapaian pelajar mengikut soalan. Jumlah markah yang
diperuntukkan bagi setiap soalan ialah dua markah. Daripada Rajah 2 di bawah, dapatlah dinyatakan
bahawa pelajar boleh menyelesaikan masalah Fungsi Linear bagi soalan nombor 1, 2, 3, 4, 6 dan 10
berdasarkan kepada markah pencapaian keseluruhan yang menghampiri 50 markah.

Paper number: 8232997


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

60

50

Jumlah Markah
40

30

20

10

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
No Soalan

Rajah 2: Taburan Markah Mengikut Soalan

Soalan-soalan tersebut adalah soalan Fungsi Linear yang berkisar kepada mencari nilai x jika diberi nilai
y, menentukan samada suatu titik yang diberi berada di atas garis lurus dan menentukan samada suatu titik
yang diberi merupakan penyelesaian kepada persamaan. Tetapi jumlah markah pencapaian pelajar
didapati rendah bagi soalan nombor 5, 7 dan 9 iaitu kurang daripada 20 markah. Soalan ini adalah soalan
Fungsi Linear yang berkisar kepada mencari penyelesaian kepada fungsi linear yang diberi. Contohnya:
“Given an equation, 2x – y + 3 = 0 and its graph. What is the solution to this equation?”. Kebanyakan
pelajar tidak faham apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian kepada persamaan yang diberi dan
akhirnya memberikan jawapan yang salah seperti yang ditunjukkan pada transkripsi berkut:
P: What is the objective of the question?
S: To get the equation y = mx + c, the slope m and y intercept, c.
Pelajar ini menyatakan penyelesaian yang dimaksudkan ialah persamaan y = mx + c, kecerunan garis
lurus, m dan pintasan-y iaitu c. Selain itu, pelajar ini berpendapat, koordinat suatu titik perlu diberi dalam
soalan bagi menentukan samada titik tersebut adalah penyelesaian atau pun tidak berdasarkan transkripsi
berikut:
P: Say I give you a point (0, 0). Is this a solution to the equation?
S: Saya masukkan dalam equation je…emmm bukan solution lah
P: in that case, you are not given even one single point. Ok how are you going to find the solution then?
S: just don’t know. Kalau puan bagi point sure saya akan buat benda tu (masukkan titik ke dalam
persamaan)
Daripada transkripsi di atas, pelajar ini tidak boleh menyatakan walaupun satu titik yang merupakan
penyelesaian kepada persamaan yang diberi kecuali jika titik tersebut dinyatakan dalam soalan.
Seterusnya, terdapat dua bentuk kaedah umum yang digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan
soalan Fungsi Linear yang diberikan iaitu kaedah aljabar(KA) dan kaedah graf(KG). KA adalah merujuk
kepada penyelesaian menggunakan teknik pengiraan semata-mata. Contohnya; menggantikan
pembolehubah x dengan nilai tertentu yang diberikan ke dalam persamaan garis lurus untuk mencari nilai
pembolehubah y, mengubah bentuk persamaan garis lurus daripada bentuk am ke bentuk kecerunan-
pintasan atau menggantikan pembolehubah x dan y di dalam persamaan garis lurus dengan nilai x dan y
yang diberikan. KG pula merujuk kepada penyelesaian dengan menggunakan graf garis lurus yang diberi.
Sebagai contoh; mendapatkan nilai koordinat y daripada graf jika diberi koordinat x nya, mencari
kecerunan daripada dua titik yang didapatkan daripada graf tanpa menggunakan rumus kecerunan secara
langsung atau mencari penyelesaian kepada persamaan yang diberi dengan menggunakan titik yang
diperolehi daripada graf. Walaubagaimanapun, terdapat pengintegrasian diantara dua kaedah (AG) diatas.
Berikut ialah analisis secara umum tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh pelajar dalam
menyelesaikan sepuluh soalan yang berkaitan dengan Fungsi Linear.

Jadual 1: Peratusan Taburan Kaedah Penyelesaian Pelajar Mengikut Soalan

Paper number: 8232997


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

# soalan 1 2 3 3(a) 4 4(a) 5 5(a) 6 7 Jumlah


kaedah %
KG 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
KA (15) (20) (20) (17) (15) (25) (15) (25) (14) 0 (148)
60 80 80 68 60 100 60 100 56 63.8
AG (10) (5) (5) (8) (10) 0 (8) 0 (11) (25) (82)
40 20 20 32 40 32 44 100 35.3
Tidak menjawab 0 0 0 0 0 0 (2) 0 0 0 (2)
soalan
8 0.9
Jumlah (232)
% 100

Daripada Jadual 1 di atas, hampir kesemua soalan Fungsi Linear diselesaikan menggunakan KA.
Penggunaan kaedah ini merangkumi 63.8% daripada keseluruhan kaedah yang dinyatakan diatas. Bagi
KG, tidak ada pelajar yang menggunakannya untuk menyelesaikan soalan Fungsi Linear. Ini dapat dilihat
daripada transkripsi berikut:
P: Boleh tunjukkan, kalau guna graf?Graf ini membantu awak untuk dapatkan penyelesaian tak
jika y = 9?
S: Tak. Bagi saya macam graf ni kalau tak ada tak ape.
P: ada strategi lain tak?
S: tak pasti…
Daripada transkripsi di atas, menunjukkan walaupun graf garis lurus diberi dalam setiap soalan, pelajar
tidak nampak keperluan graf tersebut sebagai alat untuk menyelesaikan masalah kerana mereka lebih
selesa menyelesaikannya melalui jalan pengiraan. Walaupun begitu, apabila digabungkan dengan KA
(AG) didapati penggunaannya merangkumi 35.3% daripada kaedah keseluruhan. Selain daripada itu,
terdapat seramai 2 orang pelajar yang tidak menyelesaikan soalan iaitu soalan 5 sahaja.
Berikut pula dibentangkan analisis secara umum tentang strategi penyelesaian pelajar mengikut soalan.

Jadual 2: Senarai Strategi Mengikut Soalan Fungsi Linear

Senarai 1 2 3 3a 4 4a 5 5a 6 7 Jumlah Peratus


Strategi\Soalan (n) (%)
S1 25 25 11 6 17 10 13 7 3 7 124 29.1
S2 10 5 5 8 7 1 7 0 10 22 75 17.6
S3 10 20 17 13 3 21 18 102 23.9
S4 13 15 4 10 4 12 9 4 71 16.7
S5 1 3 2 1 7 1.6
S6 1 1 1 3 0.7
S7 2 3 8 13 3.1
S8 1 1 0.2
S9 1 1 0.2
S10 9 9 2.1
S11 7 7 1.6
S12 8 8 1.9
S13 2 2 0.5
S14 3 3 0.7
Jumlah 35 40 30 33 48 43 37 27 53 80 426 100

Paper number: 8232997


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Daripada analisis yang dijalankan, didapati terdapat 14 strategi yang digunakan untuk
menyelesaikan kesemua sepuluh soalan Fungsi Linear. Walaubagaimanapun, penggunaan strategi ini
bergantung kepada soalan Fungsi Linear yang diberi. Daripada Jadual 2 di atas, didapati strategi
menggantikan nilai y ke dalam persamaan dan menyelesaikan untuk nilai x atau sebaliknya, di mana nilai
yang digantikan boleh jadi titik pintasan y atau pintasan-x (S1) digunakan oleh pelajar pada hampir
kesemua sepuluh soalan. Kesemua 25 orang pelajar menggunakan strategi S1 semasa menjawab soalan 1
dan soalan 2. Penggunaannya ketara rendah pada soalan 6, iaitu seramai 3 orang sahaja yang
menggunakan strategi ini. Penggunaan strategi S1 adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 29% daripada
keseluruhan strategi yang tersenarai. Selain daripada itu, penggunaan strategi yang kedua tertinggi ialah
untuk strategi menukar bentuk persamaan ke dalam bentuk kecerunan-pintasan (S3), di mana ianya
merangkumi 24% daripada keseluruhan strategi. Walaubagaimanapun, strategi ini tidak digunakan untuk
menyelesaikan soalan 1, soalan 3 dan soalan 3a kerana persamaan linear yang diberi adalah dalam bentuk
kecerunan-pintasan. Seterusnya, strategi S2 digunakan sebanyak 18% daripada keseluruhan strategi.
Pelajar menggunakan strategi S2 pada hampir kesemua soalan Fungsi Linear kecuali soalan 5a. Walaupun
bilangan penggunaannya agak rendah pada hampir kesemua soalan, tetapi seramai 22 orang pelajar telah
menggunakannya untuk menyelesaikan soalan 7.
Strategi berikutnya yang menjadi pilihan pelajar sebanyak 17% daripada keseluruhan strategi
ialah strategi menggantikan kedua-dua koordinat x dan y ke dalam persamaan (S4). Strategi ini tidak
digunakan untuk soalan 1 dan soalan 2 memandangkan salah satu nilai pembolehubah x atau
pembolehubah y telah dinyatakan dalam soalan. Strategi-strategi lain seperti membina semula persamaan
menggunakan titik yg diberi dan nilai kecerunan yg diperolehi daripada persamaan asal (S5) dan strategi
menggantikan kedua-dua koordinat x dan y daripada titik yang diberi dan nilai pintasan-y, c yang
diperolehi daripada persamaan asal ke dalam persamaan y = mx + c untuk mendapatkan nilai kecerunan,
m (S7) mempunyai peratusan penggunaan yang rendah dan daripada Jadual 2 didapati, tidak kesemua
soalan memerlukan pelajar menggunakan kesemua strategi yang tersenarai.

5. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pelajar yang dikaji boleh menyelesaikan masalah Fungsi Linear tetapi hanya
kepada masalah yang berbentuk rutin seperti mencari nilai x jika diberi nilai y, menentukan samada suatu
titik yang diberi berada di atas garis lurus dan menentukan samada suatu titik yang diberi merupakan
penyelesaian kepada persamaan dimana koordinat titik merupakan elemen penting yang perlu diberi
dalam soalan. Selain daripada itu, pelajar lebih selesa menggunakan kaedah aljabar pada kebanyakan
soalan berbanding kaedah graf walaupun soalan Fungsi Linear yang diberi lebih mudah diselesaikan
dengan hanya melihat kepada graf. Knuth(2000) ada menyatakan “ ..the graph hides the needed
information and as a consequence, students may be unaware that the graph offers a means for
determining a solution”. Pada hakikatnya, kelemahan visualisasi di kalangan pelajar adalah masalah biasa.
Ini disebabkan oleh cara pengajaran yang lebih menumpu kepada teknik aljabar berbanding teknik graf
atau visual kerana ini adalah cara pengajaran yang biasa digunakan(Vinner, 1989).
Selain itu, pelajar telah mengambil kira faktor skala dan ketepatan nilai koordinat dalam graf
menyebabkan mereka tidak menggunakan kaedah graf sebagai kaedah pilihan pertama. Walaupun
demikian, pelajar yang dikaji masih boleh memberikan penyelesaian alternatif seperti yang ditunjukkan
dalam transkripsi berikut:
P: please show me how do you solve the problem
S: again…to know weather it lies on the straight line, by calculation simply just put in these two number
inside the equation. If both hands of the equation are equal so it means that it is actually on the line.
P: is there any other way
S: ..if the graph is really-really accurate therefore just plot here -2 and -4 and see if it is on the line.if it is
on that particular line means it lies on the straight line.
Juga, terdapat sebilangan pelajar yang menandakan titik yang berada di atas graf garis lurus tetapi tidak
dapat menyatakan yang titik tersebut adalah salah satu penyelesaian kepada persamaan linear yang diberi.
Seterusnya, didapati pelajar gemar menukar bentuk persamaan linear ke dalam bentuk kecerunan-pintasan
Paper number: 8232997
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

sebelum melakukan proses penyelesaian berikutnya. Walaupun penukaran bentuk persamaan itu bukanlah
suatu proses yang kritikal tetapi pelajar akan tetap melakukannya disebabkan ianya telah menjadi amalan
pelajar dalam menyelesaikan soalan Fungsi Linear.
Dapatan kajian ini mengimplikasikan bahawa para pendidik perlu memberi perhatian kepada cara
bagaimana untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik Fungsi khususnya Fungsi
Linear yang perlu mengfokus kepada kaedah aljabar dan graf supaya pelajar mendapat kefahaman yang
lebih menyeluruh tentang Fungsi Linear tersebut.

PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada pihak IRDC kerana memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan
meneroka ilmu melalui penyelidikan kecil-kecilan dengan geran penyelidikan: 600-IRDC/SSP 5/3/1654.

RUJUKAN

Ensiklopedia Sains Dan Teknologi Matematik Jilid 6 (2005) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
H.Anton, Calculus 8th edition,John Wiley &Sons,Inc., 2005.
Khadijah Abdul Hamid et. al. (2000). Manual Algebra. Mat 142.(Edaran Dalaman).UiTM Shah Alam.
Knuth,J. E. (2000). Students understanding of the Cartesian Connection: An exploratory study. Journal of
Research in Mathematics Education, 31(4), 500-508.
Lienhardt, G.,Zaslavsky, O.,& Stein, M. K. (1990). Functions, graphs and graphing: Tasks, learning, and
teaching. Review of Educational Research, 60(1),1-64.
Linear Function. Dirujuk pada 5/4/2007 daripada http://libraryofmath.com/linear-functions.html,
http://www.learner.org/channel/workshops/algebra/workshop2/index.html dan
http://www.shodor.org/interactivate/dictionary/
Moschkovich, J. (1993). Aspect of understanding: On multiple perspectives and representations of linear
relations and connections among them. Di Romberg, E. Fennema, & T. P. Carpenter (Eds).
Integrating Research on the Graphical Representation of Functions.(pp. 69-100) Hillsdale, NJ:
Erlbaum.
Mousoulides, N. & Gatatsis, A. (2004). Algebraic and Geometric Approach in Function Problem solving.
Proceeding of the 28th Conference of the International Group for the Psychology of Mathematicss
Education.(3)385-392
Nik Azis Nik Pa.(1996). Perkembangan Profesional. Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Silibus kursus Pengantar Matematik Pengurusan,QM1003. Dirujuk pada 21/3/2007 daripada
www.uum.edu.my/ssk/kursus/Qm1003/silibus.doc
Vinner, S & Dreyfus, T. (1989). Images and Definitions for the Concept of a Function. Journal of
Research in Mathematics Education,20(4)356-366
Yerushalmy, M. (1993). Understanding concepts in algebra using linked representation tools. In D.
Ferguson (Ed.),Advanced technologies for mathematics and science (pp. 497 – 524). Germany:
Springer-Verlag.

Paper number: 8232997

You might also like