You are on page 1of 35

TOPIK 1

PENGENALAN

1
OUTLINE
1. Multimedia : Suatu Pengenalan
2. Definisi Multimedia & Sistem Multimedia
3. Elemen Multimedia
4. Sejarah & Evolusi Multimedia
5. Hiperteks dan Hipermedia
6. Interaktiviti Dalam Multimedia
7. Ciri-ciri Umum Sistem Multimedia
8. 4 Sifat Penting Produk Multimedia
9. Dimensi Perkembangan Teknologi Multimedia
10. Kerjaya Dalam Industri Multimedia
2
MULTIMEDIA : SUATU PENGENALAN

Suatu ketika dahulu, pengajaran pensyarah dalam


kelas hanya dibantu dgn papan kapur dan OHP shj.
Sukar utk menyampaikan kuliah dgn lebih menarik
– apatah lg utk mengintegrasikan pelbagai media
dlm satu medium pengajaran.
KENAPA ? ketiadaan teknologi untuk
menyatupadukan setiap media atau pelbagai
media.
Kini dgn adanya teknologi komputer, pelbagai
bentuk media dapat diintergrasikan dalam satu
bentuk medium penyampaian – lebih menarik, kos
efektif etc.
3
DEFINISI MULTIMEDIA & SISTEM
MULTIMEDIA

Perkataan multimedia adalah berdasarkan 2


perkataan utama iaitu 1) multi dan 2) medium.
Multi = banyak (many), pelbagai (multiple)
Medium = alat untuk menyampaikan atau
membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar,
suatu bentuk komunikasi massa seperti surat
khabar, majalah atau televisyen.
Apabila dikaitkan dengan pemprosesan
komputer, medium dianggap sebagai alat
pengagihan dan persembahan maklumat seperti
teks, imej, grafik, suara, muzik dan sebagainya.
4
DEFINISI MULTIMEDIA & SISTEM
MULTIMEDIA

Definisi yang mudah bagi multimedia ialah


“suatu proses komunikasi interaktif berasaskan
komputer yang merangkumi penggunaan elemen
media seperti teks, grafik, audio, video dan
animasi”.
Menurut Hofstetter (2001), “Multimedia is the
use of a computer to present and combine text,
graphics, audio and video with links and tools
that let the user navigate, interact, create and
communicate”.

5
DEFINISI MULTIMEDIA & SISTEM
MULTIMEDIA

MM sebagai kesepaduan di antara pelbagai


media: teks, numerik, grafik, imej, video
animasi dan suara dalam persekitaran digital,
disamping mempunyai keupayaan interaktiviti
bagi membolehkan pengguna mencapai
maklumat keperluannya tanpa mengikut urutan
(Halimah Badioze Zaman, 1996).

6
DEFINISI MULTIMEDIA & SISTEM
MULTIMEDIA

Justeru sistem multimedia merupakan satu


teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber
maklumat (media) seperti teks,grafik, bunyi,
animasi, video dan sebagainya yang mana
maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh
sistem komputer secara interaktif.

7
DEFINISI MULTIMEDIA & SISTEM
MULTIMEDIA

Kesimpulannya, teknologi MM berkeupayaan


untuk mengintegrasikan pelbagai jenis media
dalam bentuk yang menarik dengan penggunaan
yang mudah dan menyenangkan.
Secara umumnya teknologi MM telah
mengeksploitasikan komputer dengan
mengintegrasikan pelbagai media seperti teks,
data, grafik, animasi, suara dan video dalam
satu persekitaran digital yang mempunyai ciri-
ciri interaktiviti.

8
DEFINISI MULTIMEDIA & SISTEM
MULTIMEDIA

Ia juga telah didefinisikan sebagai kombinasi


dua atau lebih media, untuk mewujudkan satu
jujukan aturcara yang berkesan dalam
menyampaikan sesuatu idea.

9
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Berdasarkan definisi MM, terdapat 5 elemen atau


media asas dalam sistem multimedia yang
lengkap iaitu:
1. Teks

2. Grafik

3. Audio

4. Video

5. Animasi

10
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Teks adalah kombinasi huruf yg membentuk satu


ayat atau perkataan yg menerangkan sesuatu topik.
Teks merupakan asas utama dlm menyampaikan
infomasi
Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang
berupaya memberi daya tarikan dan penyampaian
maklumat.
Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan
yang ingin disampaikan.

11
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Grafik merupakan elemen paling penting, memberi


penekanan secara visual terhadap sesuatu
persembahan maklumat.
Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih
berkesan.
Menjadikan persembahan atau penyampaian
maklumat dengan lebih menarik.
Grafik juga merupakan rumusan maklumat dlm
bentuk visual.

12
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Audio didefinisikan sbg sebarang bunyi dlm bentuk


digital spt suara, muzik & sebagainya yg boleh
didengari.
Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih
berkesan (cth: penggunaan suara latar atau kesan
audio istimewa).
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap
sesuatu persembahan.
Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap
sesuatu isi persembahan.

13
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Video sbg media digital yg menunjukkan susunan


atau urutan gambar-gambar pegun & memberikan
ilusi, gambaran serta fantasi kpd gambar yg
bergerak.
Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang
amat menarik dan hidup.
Merupakan elemen atau media yang paling dinamik
serta efektif dalam menyampaikan sesuatu
maklumat.
Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan
sumber rujukan yang berkesan.
14
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Animasi adalah paparan urutan lakaran yg


setiap satunya terdapat sedikit perbezaan utk
menghasilkan satu pergerakan secara berterusan
(Simon, 1995).
Merupakan satu teknologi yg membolehkan imej
pegun kelihatan seolah-olah hidup, dapat
bergerak, beraksi dan bercakap (Neo & Neo,
1997).
Berperanan menceriakan persembahan sesebuah
maklumat.

15
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Mampu membantu dalam menerangkan suatu


konsep yang kompleks dengan mudah.
Mampu menarik perhatian pengguna dengan
mudah.

16
SEJARAH & EVOLUSI MULTIMEDIA

Rujuk nota tambahan

17
HIPERTEKS DAN HIPERMEDIA
Ciri-ciri hiperteks dan hipermedia adalah
penting dimiliki oleh sesebuah sistem MM
yang berkualiti dan interaktif.
Ciri-ciri ini membolehkan maklumat tektual
dan berimej dipautkan (linked) dengan
cara tidak mengikut urutan (non-
sequential).

18
HIPERTEKS DAN HIPERMEDIA
Hiperteks
Adalah sistem yang menghubungkan perkataan
atau ungkapan antara satu sama lain untuk
membolehkan navigasi maklumat dalam
bentuk teks dapat dilakukan secara bebas atau
tanpa mengikut urutan tertentu
Perlaksanaan sistem ini lebih cepat dan tepat
berbanding penggunaan peralatan capaian
piawai atau kaedah-kaedah capaian maklumat
yang lain.
Hiperteks melibatkan teks secara tidak
berurutan atau tanpa jujukan dalam proses
pencarian maklumat.
19
HIPERTEKS DAN HIPERMEDIA
Sistem ini diaplikasikan dengan pelbagai cara
bagi membezakannya dengan teks biasa yang
ada dalam maklumat yang dipaparkan pada
skrin paparan, contohnya penggunaan warna,
jenis teks atau cara teks dipaparkan (teks
bergaris, condong atau sebagainya) berbeza
daripada teks biasa.

20
HIPERTEKS DAN HIPERMEDIA

Hipermedia
Hipermedia adalah sistem yang mengandungi
teks, imej atau grafik, audio dan video yang
boleh dihubungkan antara satu sama lain bagi
membolehkan pengguna melaksanakan navigasi,
carian dan capaian maklumat dalam bentuk
bukan teks dengan bebas bagi memenuhi
keperluan dan cita rasa mereka. 

23
INTERAKTIVITI DALAM MULTIMEDIA

Interaktiviti membolehkan capaian maklumat


dilakukan dari satu paparan ke paparan yang
lain tanpa perlu mengikut urutan.
Capaian ini biasanya dilakukan dengan adanya
kunci-kunci tertentu yang dikaitkan dengan
paparan yang mempunyai hubungan dengan
nama kekunci tersebut.
Interaktiviti boleh dilaksanakan dengan
beberapa cara, di antaranya adalah
menggunakan hiperteks dan hipermedia.

25
INTERAKTIVITI DALAM MULTIMEDIA

Borsook dan Wheat (1992) menyatakan bahawa


interaktiviti merangkumi:
1. Tindakbalas terhadap aktiviti pengguna.
2. Masukan maklumat yang tidak mengikut urutan
dimana maklumat dimasukkan mengikut
kesesuaian dan kehendak semasa.
3. Kebolehsuaian antara manusia dengan sistem.
4. Maklumbalas serta merta.
5. Pilihan untuk memberi arahan.
6. Komunikasi dua hala antara komputer dengan
manusia.
26
CIRI-CIRI UMUM SISTEM
MULTIMEDIA

1. Ia mestilah berkemampuan untuk


menukarkan sebarang maklumat dalam
keadaan analog seperti suara, muzik dan
video ke bentuk digital dan sebaliknya.
2. Ia seharusnya boleh mengawal sistem
multimedia serta boleh diaturcarakan oleh
seseorang pengaturcara.

27
CIRI-CIRI UMUM SISTEM
MULTIMEDIA

1. Ia mestilah berciri interaktif iaitu pengguna


boleh melakukan capaian secara rawak ke atas
data-data multimedia, di mana
a. Ciri ini akan membezakan antara video dan
televisyen yang juga mengandungi gabungan
teks, suara, animasi, muzik dan klip video.
b. Ciri ini amat berfaedah dalam beberapa aplikasi
multimedia seperti persembahan iaitu
interaktiviti akan dapat terus bertindakbalas
dengan persoalan yang dikemukakan oleh
peserta

28
4 SIFAT PENTING PRODUK
MULTIMEDIA

Maklumat dipersembahkan melalui komputer


di mana pengguna boleh melihat, mendengar,
boleh bertindakbalas dan mengawal
persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat
ini, ia dikatakan bersifat polymedia atau
mixed media.
Polymedia merupakan persembahan maklumat
tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia
terdiri daripada gabungan beberapa peralatan
bantuan media seperti siaran TV, radio, buku
teks dan sebagainya.

29
4 SIFAT PENTING PRODUK
MULTIMEDIA

Produk multimedia mestilah mempunyai


hubungan (links).
Ia membenarkan pengguna bergerak daripada
satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain
pada bila-bila masa dengan dibantu oleh
struktur dan dimensinya yang tersendiri.
Tanpa sifat ini, ia lebih menyerupai
persembahan maklumat di dalam sebuah
buku.

30
4 SIFAT PENTING PRODUK
MULTIMEDIA

Produk multimedia mestilah mempunyai sifat


Navigasi (navigation tools), di mana navigasi
merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot”
atau peralatan yang aktif.
Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang
tersebut berupaya untuk menghubungkan
pengguna dalam produk multimedia
tersebut(contoh halaman web).

31
4 SIFAT PENTING PRODUK
MULTIMEDIA

1. Cara persembahan maklumat bersifat


interaktif. Di mana pengguna boleh
berinteraksi dan mengawal persembahan
maklumat tersebut.
Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan
persembahan tanpa interaksi seperti TV

32
DIMENSI PERKEMBANGAN
TEKNOLOGI MULTIMEDIA

1. Harga
2. Peningkatan penggunaan.
3. Perkembangan dalam komponen dan teknologi
digital audio
4. Keupayaan komputer peribadi semakin tinggi.
5. Kualiti paparan grafik dipertingkatkan
6. Tambahan kad audio dan video
7. Pembangunan perisian berteknologi baru
8. Peningkatan ruang storan
9. Talian telekomunikasi dan Internet
10. Penyebaran bahan MM 33
KERJAYA DALAM INDUSTRI
MULTIMEDIA

Kerjaya dalam industri multimedia dpt


dibahagikan kpd beberapa bidang, antaranya
ialah
1. Management
2. Marketing
3. Legal
4. Creative production
5. Media production
6. Programming
7. Testing
8. Support
34
KERJAYA DALAM INDUSTRI
MULTIMEDIA

Cth kerjaya dlm industri multimedia ialah spt:-


Executive producer 2D animator
Sound producer 3D animator
Sound effect Visual designer
specialist Interface designer
Sound engineer
Creative director
Webmaster
Video producer
Programmer
Test manager Customer support
Scriptwriter Editor
Content expert
35

You might also like