You are on page 1of 15

Tajuk : Sejarah asal usul, kebudayaan dan perkembangan Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas.

PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang amat kaya dengan sejarah tempat dan kebudayaannya. Antara sejarah tempat dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia ialah dari suku kaum Bajau yang terletak di Sabah yang sememangnya tidak asing lagi bagi Negara ini, kerana sejarah tempat yang pernah berlaku ini turut mengalami perkembangan yang bermula menyusuri perubahan zaman yang terdapat di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah.

OBJEKTIF KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini penyelidik telah menetapkan beberapa objektif kajian yang ingin dicapai. I. Menjalankan kajian penyelidikan mengenai sejarah asal usul Kampung PingganPinggan, Pitas. II. III. Menpelajari kebudayaan masyarakat Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas. Mengkaji perkembangan yang terdapat di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas.

SKOP KAJIAN Kampung Pinggan-Pinggan adalah sebuah kampung yang terletak dalam daerah Pitas dan berada di tepi jalan raya utama Pitas-Kota Marudu. Jarak dari pekan Pitas ke Kg.Pinggan-Pinggan lebih kurang 20 km dari Kg.Pinggan-Pinggan ke pekan Kota Marudu lebih kurang 30 km. Panjang kampung ini jika diukur dari Kg.Senimpul, Suyad, Seribu Daya hingga ke Kg.Gailun Laut adalah lebih kurang 3 km lebarnya dari tepi pantai ke daratan Pinggan-Pinggan lebih kurang 2 km (6 km persegi). Tanaman yang boleh didapati di sini ialah pokok kepala dan kayu acacia. Pada ketika ini suku kaum yang menduduki kampung ini ialah majority dari suku kaum bajau kemudian diikuti oleh suku kaum banjar, dusun, murut,

sungai dan biasanya sedikitnya dari suku kaum cina. Mengikut kiraan kasar, penduduk kampung ini ialah seramai lebih kurang 1,200 orang sahaja.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Secara keseluruhannya esei ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pengenalan dan tubuh esei. a) Asal usul Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas b) Kebudayaan masyarakat Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas c) Perkembangan tempat di kawasan Kampung Pinggan-Pinggan.

PENGENALAN Menurut A.Marwick menyebut bahawa sejarah dari sudut tahap pengertian pertama ialah merupakan keseluruhan masa lalu manusia seperti sebenarnya berlaku.Tahap pengertian kedua pula menyatakan bahawa percubaan manusia untuk menghurai dan mentafsir masa lalu.Ketiga pula ialah kajian sistematik terhadap masa lalu iaitu sejarah sebagai satu disiplin ilmui. Sebenarnya dari sudut pandangan muktakhir tentang pengertian sejarah ialah sebagai ilmu pengetahuan masa lalu itulah yang kelihatannya lebih dipentingkan dan lebih praktikal ii. Sabah merupakan negeri kedua terbesar selepas negeri Sarawak. Sabah terletak di utara pulau borneo dan pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi 72500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14400 kilometer dengan laut cina selatan terletak di pantai barat, laut sulu sebelah timur laut dan laut selebes di sebelah selatan. Secara kasarnya, negeri sabah ini adalah sebesar saiz negeri Ireland di Eropah. Negeri di Bawah Bayu merupakan nama gelaran bagi negeri sabah. Kampung Pinggan-Pinggan terletak di antara sempadan kampung Gailun dengan kampung Senimpul yang terletak di tengah-tengah dua buah kampung tersebut. Kampung Pinggan-Pinggan telah mula berkembang sebagai sebuah perkampungan yang maju dalam pelbagai aspek seperti dari segi infrastruktur jalan raya, saliran bekalan air paip bersih dan kemudahan kedai runcit.

Asal usul Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas

Sejarah nama kampung Pinggan-Pinggan ini adalah berasal dari suku kaum Sungai yang membawa maksud pinggan atau piring. Pada sekitar tahun 1990, beberapa keluarga telah berhijrah dan membuka penempatan di kawasan ini. Suatu ketika dahulu, apabila sebuah keluarga berehat di tebing sebatang sungai, mereka ternampak serpihan pecahan piring atau pinggan di kawasan tersebut dan secara kebetulan, tidak berapa jauh dari situ terdapat sebuah tasik. Tasik itu juga terdapat banyak serpihan pecahan pinggan seperti yang terdapat di tebing sungai tersebut. Oleh itu, apabila melihat terlalu banyak serpihan pinggan tersebut, maka penduduk yang berhijrah tadi bersepakat untuk memberikan nama kawasan tersebut sebagai PINGGAN-PINGGANiii. Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini, lebih kurang 100 tahun yang lalu kampung ini merupakan tempat tinggal suku kaum dusun kimaragang, pada ketika itu kampung ini masih belum dikenali kerana dipenuhi dengan hutan rimba dan penduduk yang tinggal di kampung ini kerjanya hanyalah berburu binatang liar dan berladang padi huma (padi bukit). Pada masa itu di hutan rimba kampung ini banyak didiami dengan binatang liar seperti rusa, kijang, pelanduk, babi hutan, kerbau lalang, tembadau, beruang, harimau dahan, monyet(kera) dan pelbagai jenis burung hutan. Oleh kerana pendapatan penduduk kampung ini adalah hanya hasil berburu dan menjadi petani maka inilah yang mereka lakukan setiap hari. Hasil pendapatan keperluan ini hanya untuk keperluan sendiri bukan untuk dijual. Pada suatu hari seorang pemburu pergi berburu binatang liar menyurusi sebatang sungai yang berhampiran dengan SK.Pinggan-Pinggan pada masa sekarang ini. Apa yang menghairankan pemburu ini meskinpun beliau telah hamper sehari suntuk berburu namun tiada seekor binatang liar yang ditemui sedangkan perjalanan menyusur sungai sudah hampir ke hulu sungai. Pemburu itu hampir berputus asa kerana letih berjalan sedangkan tidak menemui hasil apa-apa. Semasa dia duduk merenung ke arah sungai yang mengalir deras, tiba-tiba beliau terlihat satu benda ajaib. Beliau melihat benda ini menyongsang sungai dengan pantas seolah-olah sebuah bot laju menuju ke hulu sungai.Tanpa membuang masa dengan pantas dia cuba untuk menangkap benda ajaib tersebut. Apabila benda tersebut berada dalam genggaman beliau, rupa-rupanya hanyalah sekeping batu leper berbentuk bulat menyerupai sebuah pinggan kecil yang retak seribu.

Mengikut istilah suku kaum dusun kimaragang, PINGGAN adalah pinggan atau piring sama dengan istilah dalam bahasa melayu. Oleh kerana pinggan yang beliau dapat ini adalah sebuah pinggan kecil daripada batu leper dan bulat retak seribu, benda ajaib ini hanyalah sebuah benda permainan kanak-kanak yang disebut PINGGAN dalam bahasa dusun kimaragang yang membawa makna PINGGAN-PINGGAN apabila dimelayukan. Benda ajaib tersebut ini telah dibawa pulang oleh pemburu tadi meskipun tiada hasil pemburuan pada hari itu. Benda itu ditunjukkan kepada keluarganya di rumah dan bermula dari masa itulah kampung ini dinamakan PIPINGGAN atau PINGGAN-PINGGAN hinggalah sekarang. iv

Kebudayaan Masyarakat Kampung Pinggan-Pinggan a) Suku Kaum Dusun Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Kampung Pinggan-Pinggan. Pertama. Kaum dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara vDalam kajian ini, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun. Teori kedua, asal usul ini dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar. Teori ketiga, kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum Chinavi. Teori keempat, kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai. Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan. Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun kebenaran mitos ini hanyalah didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak ditelan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak

memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini. Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku kaum. b) Suku Kaum Bajau Masyarakat suku kaum Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi

populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Masyarakat Bajau sememangnya terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Sewaktu mengandung terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang. Ketika berpantang wanita yang mengandung perlu mengelakkan sebarang bahaya. Wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Hal ini bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta keselamatan kandungan di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara contoh berpantang tersebut ialah : a) Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. b) Wanita tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak. c) Wanita tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutamanya bagi mereka yang mengandung sulung.

d) Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat yang berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan akan menjadi lemah dan terkena penyakit ketimbaluan. Manakala sewaktu hendak bersalin pula, apabila sudah tiba masanya maka bidan akan dipanggil dan beberapa peralatan tertentu akan disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang akan diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si Ibu dan bayi. Di samping itu, terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni. Selepas kematian pula, apabila seseorang itu telah meniggal dunia maka akan dibacakan doa dan ditutup dengan kain. Kemudian, adat mengawal kubur turut dijalankan. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balanbalan dalam tempoh tersebut. Masyarakat Bajau percaya secara amnya, semua organ-organ dalam tubuh mayat akan musnah dalam masa tujuh hari kerana mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari.

Perkembangan Kampung Pinggan-Pinggan Kampung Pinggan-Pinggan adalah sebuah kampung yang terletak dalam daerah Pitas dan berada di kawasan tepi jalan raya utama Pitas. Perkembangan Kampung PingganPinggan pada masa kini dilihat lebih ketara dengan adanya kewujudan infrastruktur yang baru dan moden. Hal ini telah menyebabkan budaya hidup masyarakat di kampung ini lebih maju berbanding masyarakat kampung lain.

Dataran Bengkoka Antara perkembangan yang ketara adalah dengan wujudnya Dataran Bengkoka yang kini merupakan pusat perlancongan di kawasan kampung ini. Dataran Bengkoka telah mula menarik minat ramai orang yang datang melancong di kawasan ini. Dataran Bengkoka telah mula ditubuhkan pada tahun 2011. Kebanyakkan golongan yang menggemari Dataran Bengkoka sebagai destinasi perlancongan mereka adalah terdiri daripada golongan mudamudi. Tambahan pula, akan diadakan sebuah pesta secara besar-besaran yang dikenali

sebagai Pesta Bengkoka. Pesta ini sering kali diadakan pada bulan Mei dan diadakan tiaptiap tahun. Tidak hairanlah sekiranya terdapat artis-artis undangan yang dijemput bagi memeriahkan sambutan yang diadakan di Dataran Bengkoka. Restoran Selain itu, terdapat juga beberapa buah restoran yang telah dibina di kawasan Kampung Pinggan-Pinggan untuk memenuhi keperluan penduduk terutamanya bagi golongan yang berkhidmat untuk kerajaan yang sibuk dengan urusan masing-masing sehingga menyebabkan mereka tidak sempat untuk memasak makanan sendiri di rumah. Keperluan ini dilihat sebagai satu perubahan yang sangat ketara kerana dahulunya Kampung PingganPinggan langsung tidak mempunyai perkhidmatan sosial seperti ini. Perkembangan ini turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung ini terutamanya bagi golongan yang sedang mengganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. Hal ini demikian, kewujudan restoran-restoran ini pastinya memerlukan bantuan tenaga kerja yang banyak. Antara restoran-restoran yang ada di Kampung Pinggan-Pinggan ialah Restoran Madinah, DeWati dan sebagainya. Pembinaan Sekolah Di samping itu, pembangunan sekolah telah mula berkembang sejak dari tahun 2000 sehingga tahun 2013. Hal ini demikian, Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan yang pertama adalah berpusat di kawasan Sekolah Rendah Pinggan-Pinggan. Namun begitu, dengan meningkatnya jumlah pelajar di SMK.PINGGAN-PINGGAN akhirnya sebuah lagi sekolah baru telah dibina dan dijadikan sebagai bangunan baru untuk SMK.PINGGANPINGGAN. Sehingga sekarang, SMK.PINGGAN-PINGGAN masih lagi wujud dan telah menjadi antara sebuah sekolah yang diminati ramai. Bahkan, ramai pelajar-pelajar yang berasal dari luar Kampung Pinggan-Pinggan turut ingin melanjutkan pelajaran mereka di SMK.PINGGAN-PINGGAN. Hal ini telah menyebabkan SMK.PINGGAN-PINGGAN menjadi sekolah yang terkenal dan sekolah terbaik di Daerah Pitas sehingga mendapat gelaran sebagai Sekolah Impian. Perkhidmatan Kedai Runcit Di samping itu, perkembangan Kampung Pinggan-Pinggan berkembang dengan wujudnya lebih banyak perkhidmatan kedai runcit yang kini telah menjadi antara punca utama pendapatan penduduk kampung ini. Pada masa kini, perniagaan kedai runcit banyak

tertumpu kepada urus niaga jualan secara tunai. Oleh itu, pembelian barangan daripada pembekal pula ada yang dibuat secara tunai dan juga hutang. Disebabkan perniagaan banyak bergantung pada urus niaga secara tunai, maka pengawalan hasil jualan seharian perlu dilakukan dengan teliti dan direkodkan dengan baik. Risiko kecurian barangan serta wang tinggi apabila dibandingkan dengan perniagaan yang lain. Aspek lain yang penting dalam perniagaan kedai runcit adalah pengurusan stok barangan yang dijual. Sesebuah kedai runcit biasanya mempunyai pelbagai jenis barangan dalam kuantiti yang banyak. Antara perniagaan kedai runcit yang telah disediakan ialah Madinah Mini Market.

KAEDAH KAJIAN Kaedah Pemerhatian Istilah pemerhatian dari segi makna membawa maksud melakukan kutipan data secara sepintas lalu yang menyamai kaedah mengambil gambar. Keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang agak tinggi kerana pola perlakuan masyarakat sukar berubah dengan mendadak. Kajian tinjauan ini sesuai digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan kerana kajian ini bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah. Kaedah Kajian Perpustakaan Selain itu, penyelidik telah menggunakan kaedah kajian perpustakaan yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang dikesahkan benar dan mendapat kepercayaan yang tinggi. Antara contoh sumber bahan kaedah ini ialah seperti rujukan melalui buku-buku ilmiah yang mana hampir menyamai buku rujukan tetapi penggunaan buku-buku ilmiah lebih kompleks. Definisi Ilmiahmenurut tokoh ialah sehingga jauh dari sifat trial dan error atau sekadar mencuba-cuba. Metode Ilmiah berlandaskan terdiri daripada tiga fasa utama iaitu untuk mencari jawapan secara ilmiah, dasar metodologi untuk membuktikan jawapan tersebut, dan guna menginterpretasikan hasil penelitian. Kaedah perpustakaan seterusnya adalah melalui sumber rujukan jurnal. Jurnal iaitu terbitan berkala yang berbentuk pamphlet berseri berisi bahan yang sangat diminati orang saat diterbitkan. Bila dikaitkan dengan kata ilmiah di belakang kata jurnal dapat terbitan

bererti berkala yang berbentuk pamphlet yang berisi bahan ilmiah yang sangat diminati orang saat diterbitkan. Seperti contoh yang terdapat dalam sumber jurnal yang dikaji iaitu Di samping itu, kaedah kajian seterusnya ialah melalui carian sumber internet. Menurut Tim Barners Lee, seorang karyawan CERN yang telah memperkenalkan format world wide web (www) , Internet adalah jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang memungkinkan pengguna internet saling bertukar informasi/data melalui jaringan tersebut. Internet adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan perisian yang menghubungkan komputer yang berada pada jaringannya. Kaedah Kajian Temu Bual Kaedah temu bual bersemuka telah dilakukan dengan penduduk tempatan sebagai sumber data primer. Melalui kaedah ini, penkaji dapat memperolehi lebih banyak maklumat seperti maklumat secara lisan daripada penduduk asal Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas. Temu bual adalah kaedah pengumpulan data secara terus kepada penduduk kampung untuk mendapatkan cerita atau maklumat yang telah lama berlaku di Kg.Pinggan-Pinggan. Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuai dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua golongan responden. Hal ini supaya responden faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang tidak benar. Soalan yang diberikan ini adalah berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis. Bagi soal selidik berbentuk terbuka pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan berbagai bentuk jawapan, responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai.

SOROTAN KAJIAN Menurut sumber lisan yang diperolehi daripada Datuk Masrani Bin Parman, terdapat beberapa peristiwa yang pernah berlaku di kawasan Kampung Pinggan-Pinggan. Antaranya ialah peristiwa terdapat sebuah tasik yang besar di dalamnya terdapat banyak piring atau pinggan. Kononnya dahulu di atas tasik tersebut terdapat sebuah rumah yang besar. Rumah tersebut merupakan tempat penduduk kampung ketika itu melakukan sebarang upacara dan menjadi pusat hiburan. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan oleh penduduk kampung ketika itu tambah pula dengan bentuk rumah tersebut yang besar. Tetapi rumah tersebut telah roboh dan tenggelam dalam satu tragedi yang tidak dapat dipastikan apakah puncanya rumah tersebut tenggelam dalam tasik. Namun kejadian yang aneh telah berlaku di mana, selepas tenggelamnya rumah tersebut, timbul banyak piring atau pinggan di atas tasik tersebut. Sehinggalah akhirnya penduduk kampung menamakan tempat tersebut sebagai Kg. PingganPinggan setelah melihat kejadian aneh tersebut. Seterusnya, menurut cerita yang disampaikan oleh Encik Mohd. Yaakub Bin Ismail iaitu mantan Guru Besar SK.Pinggan-Pinggan secara lisan, mengikut kiraan kasar jumlah penduduk Kg. Pinggan-Pinggan dahulunya adalah seramai 1,200 orang sahaja yang terdiri daripada pelbagai suku kaum berlainan. Selain itu beliau turut menceritakan pada tahun 1930-an di zaman pemerintahan BRITISH COLONY, seorang Murut yang berasal dari Kg. Dangulat, Keningau bertugas sebagai Polis Pemerintahan British, telah ditukarkan ke Kg. Pinggan-Pinggan. Selepas bertugas di beberapa buah tempat seperti LANGKON, BANDAU, TIMBANG BATU, TANJUNG BATU, KUSILAD akhirnya beliau mengakhiri khidmatnya (bersara sebagai Polis) di Kg. Pinggan-Pinggan dan telah meninggal dunia pada 25.05.1959. Beliau ialah Kopral yang bernama Timpungoh Bin Timbangan atau Allahyarham Abdul Hamid Bin Abdullah. Beliau tiba di Kg. Pinggan-Pinggan pada akhir tahun 1920-an iaitu awal tahun 1930-an yang mana Kg. Pinggan-Pinggan masih hutan rimba dan sedikit hutan belukar. Pada masa itu, penghuni tetap di kampung ini majoriti daripada suku kaum Bajau, Dusun Kimaragang, sedikit Banjar, sedikit Brunei dan Kaum Cina. Kaum Cina pada ketika itu ialah seorang Cina Melaka kacukan Jepun yang bernama Baba Guandi berasal dari Singapura. Menurut Kessing Bin Gantar iaitu pemangku guru besar SK.Pinggan-Pinggan pada tahun 1976, beliau menceritakan secara lisan bahawa orang kampung pada zaman dahulu tidak suka membuka tanah kebun. Kalau adapun hanyalah di tepi pantai laut Suyad hingga ke

Kg. Pinggan-Pinggan. Tanah-tanah besar atau luas kebanyakkannya adalah milik Orang British dan Cina kemudian milik Orang British ini menjadi milik Cina. Ketua Kg. PingganPinggan pada masa itu ialah dari suku kaum Bajau berketurunan Sharif. Sebagai bukti bahawa kampung ini penghuni asalnya adalah suku kaum Dusun Kimaragang iaitu semasa ketibaan Kopral Timpungoh ke kampung ini terdapat Sembilan pokok kelapa yang berumur lebih kurang 3o tahun dan masih ada peninggalan kelapa tersebut yang boleh dilihat di tepi jalan dalam kebun Allahyarham Ketua Kerani Osman sekitar tahun 1960-an. Mengikut cerita orang tua-tua, orang yang menemui batu ajaib iaitu batu leper bulat retak seribu ini masih ada di kampung ini tetapi telah meninggal dunia pada tahun 1970-an yang telah memeluk agama islam dan dikenali sebagai Allahyarham Abdul Salleh Bin Abdullah @ Odoh Bin Kurum. Walaubagaimanapun, ,malang sekali kerana ahli keluarga pemburu ini masih hidup sudah tidak tahu lagi mengenai sejarah ini.

KESIMPULAN Negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesan-kesan sejarah tanah air yang sangat penting, malah negeri ini terkenal dengan jumlah penduduknya yang ramai. Negeri Sabah telah meninggalkan sumber kajian sejarah yang sangat penting untuk generasi pada masa kini untuk mempelajarinya. Keseluruhannya, kajian yang telah dilakukan ini adalah untuk mengkaji asal-usul sejarah di daerah Pitas yang terletak di Sabah. Sejarah asal usul daerah Pitas dilihat sangat kompleks dan melalui pelbagai perubahan daripada penempatan masyarakat yang berbeza dari generasi ke generasi yang lain. Masyarakat di daerah Pitas turut memperlihatkan budaya dan kehidupan bermasyarakat mereka yang unik dan pelbagai dari pelbagai aspek. Perbezaan yang wujud inilah yang menjadikan perkembangan sejarah di daerah Pitas menjadi lebih menarik untuk dikaji. Oleh itu, seharusnya generasi muda pada masa kini menghargai sejarah yang pernah berlaku di tempat lahirnya sesuatu bangsa tersebut. Sejarah merupakan budaya hidup dan pengalaman hidup manusia. Dengan mengkajinya secara lebih mendalam maka masyarakat akan dapat menanamkan semangat nasionalisme dan kesedaran terhadap kemerdekaan yang telah Negara Malaysia kecapi sekarang. Maka dengan itu juga akan timbullah perasaan

bersyukur dan usaha yang mampan untuk membantu Negara maju sejajar dengan arus pembangunan dunia pada masa kini. Secara tuntasnya, kajian terhadap sejarah asal usul daerah Pitas telah meninggalkan pengalaman yang sangat berharga kerana dengan kajian tersebut akan membantu pengkaji memperolehi lebih banyak maklumat dan mengetahui sejarah yang telah lama berlaku di dalam negeri Sabah.

PENUTUP Berdasarkan penyelidikan ini, sejarah yang pernah berlaku di Kampung Pinggan-Pinggan ini sangatlah unik dan menarik untuk dikaji serta mempunyai unsur-unsur yang melambangkan budaya hidup masyarakat Kampung Pinggan-Pinggan yang terdapat di negeri bawah bayu Sabah terutamanya di Daerah Pitas ini. Sejarah tempat dan kebudayaan ini amat wajar untuk dipelihara dan dikaji kerana kawasan Kampung Pinggan-Pinggan ini merupakan khazanah peninggalan nenek moyang sejak turun-temurun lagi. Dengan perkembangan sejarah tempat yang berlaku di Kampung Pinggan-Pinggan ini akhirnya sejarah silam dan peristiwa lampau yang tidak pernah diketahui oleh generasi masa kini dapat mempelajari kebudayaan yang pernah berlaku. Secara tidak langsung hal ini telah sejarah Kampung Pinggan-Pinggan sangat unik dan menarik untuk dikaji.

BILBIOGRAFI

Athur Marwick, 1985. The Nature Of History, London: Macmilian, Publisher Ltd, hlm.17

Buku Pegangan Gaya Penulisan, Penyunting dan Penerbitan Karya Ilmiah Pegangan Gaya Penulisan, Penyunting dan Penerbitan Karya Ilmiah Indonesia, Karya Mien A. Rifai, Gajah Mada University, 1995, hlm. 57-95

Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah

Jernal Tahunan Persatuan Universiti Malaya, Kuala Lumpur Jilid XV 1977/78

You might also like