You are on page 1of 9

5.

2 KOMPOSISI AIR
1. Menentukan komposisi air 2. Menguji kehadiran oksigen dan

hidrogen

Komposisi Air
Air ialah sebatian kimia yang terdiri daripada

unsur oksigen dan hidrogen Molekul air terbina daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen Proses elektrolisis boleh menguraikan air kepada unsur oksigen dan hidrogen Elektrolisis akan menghasilkan satu bahagian gas oksigen (pada anod) dan dua bahagian gas hidrogen (pada katod). Ini membuktikan molekul air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.

Semasa elektrolisis air, sedikit asid

ditambahkan untuk memudahkan pengaliran arus melalui air. Gas hidrogen yang terbebas pada katod boleh diuji dengan kayu uji bernyala. Bunyi pop akan dihasilkan. Hidrogen berpadu dengan oksigen akan membentuk air.

1. Namakan gas yang terkumpul dalam silinder penyukat X. _________________ 2. Namakan gas yang terkumpul dalam silinder penyukat Y. _______________ 3. Apakah nisbah isi padu hidrogen dan oksigen yang terkumpul? _______________ 4. Apakah nisbah hidrogen dan oksigen dalam satu molekul air? ______________ 5. Jika simbol hidrogen dan oksigen masing-masing diwakili oleh simbol H dan O, tulis simbol bagi satu molekul air. _____________ 6. Mengapakah air suling perlu ditambah dengan sedikit asid sulfurik cair dalam aktiviti ini? Untuk meningkatkan kecekapan air untuk mengkonduksikan__________

Latihan: Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai

1 Molekul air terdiri daripada gabungan unsur ___________ dan ____________ . 2 Air boleh diurai kepada unsur-unsurnya melalui proses ___________ . 3 Campuran hidrogen dan oksigen akan _______ apabila dinyalakan manakala hidrogen tulen akan terbakar dalam udara dengan nyalaan ______. 4 Kehadiran gas hidrogen boleh diuji dengan menggunakan ____________. Satu bunyi _________ kedengaran. 5 Elektrolisis air berasid dengan elektrod-elektrod karbon menghasilkan ____________ di elektrod positif dan _________ di elektrod negatif.

1 Molekul air terdiri daripada gabungan unsur

hidrogen dan oksigen . 2 Air boleh diurai kepada unsur-unsurnya melalui proses elektrolisis . 3 Campuran hidrogen dan oksigen akan meletup apabila dinyalakan manakala hidrogen tulen akan terbakar dalam udara dengan nyalaan biru . 4 Kehadiran gas hidrogen boleh diuji dengan menggunakan kayu uji bernyala . Satu bunyi pop kedengaran. 5 Elektrolisis air berasid dengan elektrod-elektrod karbon menghasilkan oksigen di elektrod positif dan hidrogen di elektrod negatif.

You might also like