You are on page 1of 27

KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Murid Tingkatan 3A Dalam Kemahiran Menulis Dengan menggunakan kaedah Majalah Dalam Kelas /MDK-DS

Disediakan oleh : Pn Aleimmah binti Ali Guru BM Tingkatan 3A/2009

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Kelas 3 Anggerik merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid yang merupakan target panitia BM PMR tahun 2009 ialah sebanyak 16 orang dan 17 orang lagi dalam Qnett, dalam target lulus. Walaupun majoriti murid daripada kelas ini merupakan penuntut asli Bahasa Melayu iaitu sebanyak 27 orang murid berbangsa melayu namun tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih lemah. Saya sungguh terkejut kerana kebanyakan mereka tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa, sedangkan mereka telah diajarkan semasa tingkatan 1 dan 2. Perkara-perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya memberi latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat membina ayat dengan gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis ringkasan karangan, menulis karangan dan menjawab soalan pemahaman bagi kertas 2 BM PMR. Keadaan ini menggambarkan ada berlaku proses gangguan sama ada dalam penyampaian maklumat atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek kata kerja transitif malah banyak bahagian / unit-unit tatabahasa yang belum boleh dikuasai dengan baik oleh murid-murid 3A.

Sebagai seorang guru kelas, saya bertanya apakah punca perkara itu berlaku, antara jawapan pelajar :a. Kemahiran tatabahasa peringkat menengah rendah semasa

tingkatan 1 dan 2 lebih mudah dan soalan diberikan hanya berdasarkan soalan berbentuk objektif. Jikalau tidak mengetahui jawapan yang tepat murid masih boleh menjawab dengan menandakan pilihan jawapan yang diberi (A, B, C, D).
b. Mereka keliru dengan media cetak yang banyak melakukan

kesalahan.
c.

Mereka menggunakan kebiasaan

sesuatu

konsep

berdasarkan

d. Terpengaruh dengan ayat sms. e. Cikgu tidak mengajar dengan teliti semasa tingkatan 1 dan 2

terutama aspek bidang kesalahan bahasa bagi tatabahasa.

Jika perkara ini tidak di atasi dengan segera, saya bimbang akan menjejaskan pencapaian peratus lulus cemerlang BM peringkat PMR kerana kesinambungan ialah menjejaskan pula BM peringkat SPM. Apakah ertinya sekiranya pelajar mendapat gred A tetapi pada hakikatnya aspek tatabahasa mereka masih tunggang langgang. Contoh :Antara kekeliruan murid dalam tatabahasa ialah : Kata Kerja Kata Kerja menN_ Kata Kerja meN_kan dengan satu objek Kata Kerja menN_kan dengan dua objek Kata Kerja menN_i dengan satu objek Kata Kerja meN_i dengan dua objek

Penguasaan tatabahasa yang lemah juga dikenalpasti bermula ujian selaras 1 (Februari) dan ujian selaras 2
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Banyak kesalahan yang berkaitan dengan tatabahasa yang saya kenalpasti, namun kajian ini akan memfokus kajian terhadap penggunaan kata kerja berimbuhan meN_ (tanpa akhiran-kan) dan meNkan (dengan akhiran kan). DENGAN CARA : MENGGUNAKAN KAEDAH MDK Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan gramatis. Mengenalpasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan tanda baca dalam ayat. Mengenalpasti kesalahan penggunaan kata dalam ayat. Mengambil bahan/hasil penulisan/rencana dalam MDK (Dewan Siswa) sebagai bahan untuk dipandang dan contoh bagi setiap kesalahan aspek tatabahasa.

Berdasarkan pencapaian ujian selaras satu pada bulan Februari, dapatan saya pencapaian keputusan ujian satu amat mencemaskan. Bagaimanakah saya sendiri sebagai Guru Bahasa Melayu yang beropsyen dapat mengekalkan prestasi saya sendiri sebagai guru Bahasa Melayu (BM). Keputusan murid pada ujian selaras satu yang lebih berdasarkan kepada soalan-soalan tatabahasa, murid-murid dalam Qnett cemerlang sebanyak 17 orang tidak memperoleh gred A seperti mana yang diharapkan oleh target panitia dan sekolah bagi PMR tahun 2009. Berikut keputusan murid semasa ujian selaras (1).

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.

NAMA PELAJAR ABDUL AUF BIN RAHMAN HAZARUL FIKRI B. SRI AZMI LIM CHEE YONG HAW GUAN SENG MOHD REDUAN BIN AZLEE MOHD HARIS BIN BUANG

TARGET SEKOLAH PANITIA C L L L L C C L L L L C

UJIAN 1 TOV M B B C D C C 73 58 55 50 65 58

G B C C C B C

7.
8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

MOHD AMIRUDDIN IBRAHIM


MOHD ZULHELMI BIN ZAINURIN MUHAMMAD SHAFIQ BIN MAHSURI MOHD FITRI BIN FUAD MUHAMAD AFIQ BIN MOHD NOR MUHAMMAD SHAFIQ BIN AMRAN MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ABD RAZAK MOHD IRSYAD BIN SIDON SAIA TIONG YAO

L
L L L L L L C L

L
L L L L L L C L

C
C C C C B E

58
68 70 70 60 73 63 63 70

C
B B B C B C C B

BIL 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29 30. 31. 32. 33. 34.

NAMA PELAJAR SITI SYAFIQAH BINTI RAHMAD NURUL SHAFIQAH IHSAM NORA BINTI KABIL NURUL FAEZAH BINTI ABDULLAH NUR ATIKAH BINTI ZAINUDDIN MAIZATUL KHALEEDA KHALID ASMIRA BINTI MOHAMAD NUR NAJWA BINTIYUSRI NUR FATIHA AFFIN BINTI RAZALI NOOR AZILAH BINTI ROSLIN SYAHIDA BINTI ABU BAKAR JOYCEYLYN LOO ZI QI ELAINE LEE YI XIN HAU BOON SHIN NG SHIN WEN SITI NURAZLINDA ZAKARIA NUR HAZIQAH MD SANI FATIN SYAHIRAH BINTI KAMZANI NUR HIDAYAH HAMZAH

TARGET SEKOLAH PANITIA C C C C L C L L L L C C C C L L L C L C L C C C C C C C L C C C C L C C C

TOV B A B B C C B B B B C A C B B -

UJIAN 1 M 55 73 68 70 65 65 65 68 68 65 55 55 33 65 38 78 78 75 75

G C B B B B B B B B B C C B B D B B B B

OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian selesai dijalankan, mencapai objektif berikut :murid-murid diharapkan dapat 1. Objektif Umum Meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam kalangan murid tingkatan 3 Anggerik. Objektif Khusus i) Meningkatkan pemahaman murid terhadap penggunaan kata kerja berimbuhan men, dan menkan. ii) Membina ayat-ayat yang gramatis dalam pelbagai jenis penulisan. III) Meningkatkan kualiti mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam. IV) Dapat membina kemahiran bertutur dengan baik 2. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 34 orang murid tingkatan 3A yang terdiri daripada 34 orang murid iaitu 27 orang murid Melayu dan 7 orang murid Cina.

TINDAKAN YANG DICADANGKAN


Berdasarkan pemerhatian dan penyemakkan latihan atau kerja rumah yang diberi oleh guru saya mendapati 60% murid tidak dapat memberi jawapan yang tepat dan kurang berkeyakinan setiap kali memberi jawapan secara lisan atau bertulis. Sebanyak 34 murid yang terdiri daripada kelas 3A telah dipilih sebagai subjek kajian panitia BM, golongan murid ini ialah murid yang boleh menguasai kemahiran (3M), tetapi menunjukkan kelemahan yang ketara dalam kertas 1 (tatabahasa) yang meliputi 30 soalan pengajian tatabahasa. Kelemahan aspek tatabahasa dapat dikesan juga melalui kesalahankesalahan yang dilakukan dalam penulisan karangan (kertas 2). Muridmurid tidak menunjukkan penggunaan ayat yang gramatis dalam penulisan karangan. Murid-murid juga sering menggunakan bahasa pasar baik dalam penulisan karangan mahupun dalam komunikasi harian mereka yang kurang menunjukkan kemahiran bertutur dengan baik semasa sesi ujian lisan dijalankan mahupun apabila guru menyoal dalam sessi pemelajaran dan pengajaran harian. Murid-murid lebih mudah menjawab secara ringkas menggunakan kesalahan tatabahasa, seolah-olah menggambarkan ketidakcekapan berbahasa dengan baik apatah lagi penggunaan kosa kata yang terhad.

CARA PELAKSANAAN KAJIAN


Kaedah Majalah Dalam Kelas (MDK) merupakan satu kaedah yang dapat membantu dalam mempelbagaikan teknik dan bahan dalam proses P & P BM di kelas. Kaedah ini, bagi saya merupakan satu kaedah yang berupaya mengembangkan sayap guru bagi membantu murid-murid pada bahagian tatabahasa malah meningkatkan kemahiran menulis, membaca, dan asasasas pengetahuan berbahasa yang kukuh kepada muridmurid.

Terdapat beberapa faktor yang mewajarkan kaedah MDK digunakan oleh saya semasa P & P antara sebabnya ialah :Kaedah MDK sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menginginkan murid sentiasa dalam proses pembudayaan ilmu. Hal ini bermakna disamping berusaha supaya murid mendapat kecemerlangan, guru haruslah mengasuh dan melatih murid untuk meraih dan mendapat seberapa banyak ilmu tambahan yang manfaat hasil daripada pembacaan bahan yang bermutu. Oleh itu MDK (Dewan Siswa) digunakan oleh saya dalam setiap kali P & P. Majalah Dewan Siswa berupaya meningkatkan kecekapan berbahasa dan ketetapan komunikasi dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana Dewan Siswa menghidangkan bahan dalam pelbagai situasi, sistem bacaan dan gaya bahasa yang indah. Selain itu, bahan yang dihidangkan meningkatkan kepekaan murid terhadap penggunaan BM dalam pelbagai konteks dan situasi.

MDK - Dewan Siswa (DS) memupuk minat membaca murid, kesan secara langsungnya ialah :Mewujudkan suasana belajar yang lebih bermakna

Mewujudkan pelbagai aktiviti P & P dengan pemaksimuman penggunaan deria murid.


Membantu guru dalam mewujudkan aktiviti penulisan, pengukuhan dan pengayaan. Menarik minat dan menambah minat murid terhadap peningkatan penguasaan tatabahasa.

Pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan.

PELAKSANAAN TINDAKAN
CARA PELAKSANAAN AKTIVITI 1 Lima minit yang pertama setiap kali P & P guru memberi latihan, latih tubi secara lisan dan secara intensif didalam kelas. Refleksi : Murid seronok dan dapat belajar perkataan baru daripada MDK (DS) digunakan. Hal ini dapat diperhatikanberdasarkanbuku kosa kata mereka. Murid mencatat ejaan yang betul dan menyebut perkataan dengan ejaan yang betul.

PERLAKSANAAN AKTIVITI 2
Aktiviti ini merupakan aktiviti murid membina frasa dan ayat berpandukan gambar.
Pada awal penulisan guru mempamerkan gambar yang ada dalam Majalah Dewan Siswa. Murid-murid mengenalpasti tema yang ingin disampaikan dalam gambar. Murid-murid membina 5 frasa dengan berpandukan gambar. Murid-murid membina ayat dengan menggunakan frasa yang telah dibina Guru menganalisis kerja murid.

PERLAKSANAAN AKTIVITI
LATIHAN KARANGAN

Latihan karangan dalam kelas yang meliputi Karangan Respond terbuka iaitu karangan bahagian C (250 patah perkataan)
Proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan berdasarkan karangan yang menggunakan model/teknik DIKEMASEN dan 5W + 1H. Guru memberi latihan untuk dijawab oleh murid dengan memberi penerangan teknik (5W + 1H) dan teknik DIKEMASEN. Murid-murid menganalisis/meneliti/buku rencana daripada teks untuk menulis isi-isi karangan berdasarkan teknik (5W + 1h) dan teknik DIKEMASEN yang telah diajarkan sebelum ini untuk diaplikasikan dalam penulisan karangan. Maklumat sebagai isi penting daripada bahan / rencana majalah DS

Dengan menggunakan teknik pemetaan isi-isi penting dikumpulkan.

Selain itu murid mencari penanda wacana yang menarik untuk setiap pendahuluan, setiap permulaan perenggan dan penutup perenggan daalm Majalah DS dan mencatat perkataan-perkataan tersebut dan menggunakan dalam hasil penulisan. Aspek tatabahasa bagi imbuhan kata kerja ditekankan melalui pembacaan DS. Tinjauan masalah setiap kali peperiksaan program ialah guru mendapati murid lemah dalam menguasai tatabahasa kerana kurang membaca bahan berbentuk ilmiah seperti buku teks, rujukan dan sebagainya berbanding bahan bacaan berbentuk hiburan seperti majalah hiburan dan komik. Oleh yang demikian kadah MDK / Dewan Siswa sebagai alternatif penyelesaian masalah kelemahan murid secara teknik ansur maju dalam semua aspek kemahiran BM. Pelajar juga di suruh menyalin dan menulis karangan mengikut status mereka samada mereka lulus atau cemerlang. Pelajar lulus hanya perlu menyalin satu karangan pada setiap kali P & P. Manakala murid cemerlang dikehendaki menulis karangan pada setiap minggu. Semakan latihan oleh guru pada setiap minggu.

JADUAL PELAKSANAAN UJIAN


1. 2. 3. Mengenalpasti masalah dari pengumpulan data awal Minggu pertama Jan 2009 Menulis proposal kajian Merancang tindakan Minggu kedua Feb 2009 Februari 2009

4.
5. 6. 7. 8. 9.

Melaksanakan tindakan - Aktiviti


Membincang masalah yang timbul dalam aktiviti 1 Melaksanakan tindakan - Aktiviti 2 Refleksi kajian Menulis laporan

Minggu ketiga Februari 2009


Minggu kedua Mac 2009 Minggu ketiga Mac 2009 April Jun LDP : Julai 2009

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 April

10. Pembentangan dapatan kajian

Cara Pelaksanaan
Guru menyemak semua latihan dan ujian yang dijalankan dan mengenalpasti kesilapan ejaan, membetulkan kesilapan ejaan serta mencadangkan cara mengatasi kesilapan ejaan secara spontan didalam kelas dan secara bertulis di setiap helaian kertas latihan yang diperiksa. Membetulkan kesilapan penggunaan kata kerja menN.

Refleksi
Setiap latihan karangan yang baru akan berubah mengikut pembetulan yang dilakukan ini bermakna murid sentiasa mengambil perhatian setiap kali melakukan kesalahan tatabahasa dan memberi penekanan terhadap pemahaman dalam penggunaan kata kerja berimbuhan men dan menkan. Membina ayat-ayat yang gramatis. Dengan ini saya mendapati penguasaan tatabahasa murid meningkat dengan secara ansur maju dengan menggunakan DS yang bukan sahaja membantu aspek penguasaan tatabahasa malah semua ruang lingkup kemahirankemahiran yang perlu ada dalam BM.

Dapatan Kajian :
Setelah semua aktiviti mengikut item dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran tatabahasa (kosa kata, ejaan, tanda baca) amat memuaskan terutama item 1 & 2, murid mengambil berat terhadap penggunaan tanda baca dan ayat-ayat yang gramatis. Kesimpulannya akibat kecuaian bagi murid cemerlang dapat dikurangkan dan berpotensi cemerlang. Hasil daripada kaedah MDKDS-secara ansur maju pencapaian murid 3A dalam peperiksaan pertengahan tahun dapat ditingkatkan : kualiti gred A meningkat (rujuk markah pertengahan tahun).

BIL
1. 2. 3.

NAMA PELAJAR
ABDUL ALIF BIN RAHMAN HAZARUL FIKRI B. SRI AZMI LIM CHEE YONG

TAHUN C/TC 70/82 53/77 50/55 M 76 66 53 G B B C

4.
5. 6. 7. 8.

HAW GUAN SENG


MOHD REDUAN BIN AZLEE MOHD HARIS BIN BUANG MOHD AMIRUDDIN IBRAHIM MOHD ZULHELMI BIN ZAINURIN

40/40
43/77 68/62 58/87 63/72

50
60 65 73 68

D
C B B B

9.
10. 11. 12. 13.

MUHAMMAD SHAFIQ BIN MAHSURI


MOHD FITRI BIN FUAD MUHAMAD AFIQ BIN MOHD NOR MUHAMMAD SHAFIQ BIN AMRAN MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ABD RAZAK

73/70
70/77 75/66 65/80 68/54

72
74 71 73 64

B
B B B C

14.
15.

MOHD IRSYAD BIN SIDON


SAIA TIONG YAO

60/62
38/42

65
40

B
D

BIL 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34.

NAMA PELAJAR SITI SYAFIQAH BINTI RAHMAD NURUL SHAFIQAH IHSAM NORA BINTI KABIL NURUL FAEZAH BINTI ABDULLAH NUR ATIKAH BINTI ZAINUDDIN MAIZATUL KHALEEDA KHALID ASMIRA BINTI MOHAMAD NUR NAJWA BINTIYUSRI NUR FATIHA AFFIN BINTI RAZALI NOOR AZILAH BINTI ROSLIN SYAHIDA BINTI ABU BAKAR JOYCEYLYN LOO ZI QI ELAINE LEE YI XIN HAU BOON SHIN NG SHIN WEN SITI NURAZLINDA ZAKARIA NUR HAZIQAH MD SANI FATIN SYAHIRAH BINTI KAMZANI NUR HIDAYAH HAMZAH

TAHUN C/TC M 73/84 74 78/82 80 63/85 75 63/83 73 55/70 63 78/84 81 70/79 75 65/79 72 60/85 74 58/73 66 68/80 75 73/85 80 50/74 62 63/76 70 53/67 60 76/86 80 73/90 82 68/72 70 65/86 76

G B A B B C A B B B B B A C B C A A B B

Refleksi kajian.
Penilaian pencapaian murid. Kesemua aktiviti dirancang telah berjalan lancar. Keyakinan diri murid menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian diteruskan masih menggunakan MDK-DS daripada guru. Peningkatan markah dan penambahan gred A dalam kalangan murid yang cemerlang semasa peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan keberkesanan MDK-DS meskipun tidak semua murid memperoleh gred A dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Sekurang-kurangnya membantu murid yang lemah dan cemerlang secara ansur maju.

Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang minat, malas, kurang tumpuan, kesilapan penggunaan tatabahasa dalam penulisan menunjukkan pengurangan. Kesemua aktiviti berjaya mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam penulisan karangan. Penggunaan imbuhan mendapat dikuasai oleh murid. Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid dalam kelas pemulihan pula memandangkan banyak kebaikan iaitu : KAEDAH MDK-DS :Dapat menggerakkan kepada Guru Kreatif Pelajar Aktif. Pendekatan ini mampu mengurangkan kebosanan murid dalam P & P kerana bahan sajian MDK-DS pelbagai bentuk. Kaedah MDK berterusan berupaya melahirkan modal insan seperti diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kesan jangka panjang kepada murid-murid jika menggunakan MDK-DS :Secara berterusan oleh guru-guru hingga peringkat SPM boleh mendatangkan faedah melalui aktiviti-aktiviti yang diatur iaitu :Contoh aktiviti Faedah kepada murid a.) Memanfaat ayat dan frasa yang Berupaya bertutur dan menulis dengan menarik (indah) menggunakan bahasa yang indah b.) Meramalkan watak perwatakan Kebolehan meramal watak perwatakan seseorang

c.) Meneruskan cerpen d.) Meneruskan cerpen kepada komik


e.) Menukar cerpen kepada skrin dram

Berpotensi menjadi penulis cerpen dan novel Melahirkan penulis / pelukis komik
Berpotensi menjadi penulis skrip drama / filem

f.) Melagukan sajak Melahirkan penyanyi g.) Menterjemahkan puisi kepada bentuk Berpotensi menjadi pelukis grafik grafi / lukisan

Kesimpulan
Kajian ini menunjukkan guru sentiasa membuat refleksi ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah berpusatkan kepada murid. Guru mestilah kreatif dan inovatif dalam mengintegrasikan pelbagai kaedah dan teknik mengajar terkini. Akhir kata, murid adalah amanah yang dipertanggungjawab. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kandangkala kita mengeluh dengan pencapaian minima murid, namun itu bukanlah alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Kita perlu berbuat sesuatu supaya semua murid menerima pendidkan berkualiti dan selaras berdasarkan kurikulum pendidikan kebangsaan.

You might also like