You are on page 1of 1

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TRANSFORMASI GENERATIF Dalam lingusitik, aliran transformasi generatif (TG) ialah

h satu aliran mazhab pengkajian bahasa yang telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Beliau merupakan seorang profesor lingustik yang menyumbangkan buah fikirannya di Massachusetts Institute of Technology. Aliran TG yang dikemukakan oleh Chomsky ini diperkenalkan olehnya melalui penerbitan sebuah monograf yang bertajuk Syntactic Structure, pada tahun 1957. Kemudian, teori TG ini diperbaiki oleh Chomsky melalui bukunya, Aspect of the Theory of Syntax. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis (ayat) serta mengutamakan bidang semantik(makna). Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti. Struktur permukaan pula ialah struktur yang telah pun mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur. Mengikut hukum TG, struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman, manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Rumus Struktur Frasa (RSF) --> Rumus Transformasi Rumus Transformasi itu pula mempunyai keupayaan untuk menggugur, menambah, menyusun semula, dan mengubah unsur-unsur kata yang terdapat dalam sesuatu ayat.

You might also like