You are on page 1of 7

Definisi Kayak Kayak mengikutnya, Kamus Dewan, bermaksud sampan orang Eskimo.

Lazimnya, kayak dibina menggunakan kain layer atau terpal,sabut atau serabut. Kayak yang membawa maksud `bot lelaki atau `bot pemburu mulanya dijadikan pengangkutan air bagi masyarakat Orang Asli Eskimo untuk mencari sumber pendapatan. Rekaan kayak menjalani perubahan daripada aspek pembuatannya. Penggunaan kepingan kayu dan fabrik untuk kayak menguasai pasaran pada 1950-an.Pada masa ini, dengan kemajuan teknologi kayak telah dibuat menggunakan fibreglass carbon dan mutunya lebih terjamin. Objektif I. Psikomotor Meningkatkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan otot. Meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan mental. Memastikan keberkesanan melakukan aktiviti berkayak. II. Kognitif Meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan mental. Mengenali dan mengetahui bahagian-bahagian kayak. Melatih dan menginterpretasi isyarat dan pandu arah semasa berkayak. Melatih menggunakan teknik yang dipelajari dengan betul. Memperoleh dan menimba pengalaman baharu. III. Afektif Melihat dan menggagumi ciptaan Tuhan. Menikmati keindahan alam dan pemandangan di lautan. Mendapat ketenangan diri. Membentuk sahsiah diri yang terpuji seperti bersungguh-sungguh melakukan aktiviti, bekerjasama dan toleransi. Mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli kumpulan.

Sejarah Kayak 1. Dunia 1865 - John Mc Gregor 1866 1927 1936 1939 1960 Cipta kayak moden dan diberi nama Rob Roy

- Kelab kenu pertama ditubuhkan Twick-enham, England. - H.W.Pawlata Perubahan kemahiran berkayak-Eskimo roll. - Acara sprint racing Olympic, Berlin (Flat water). - Slalom racing (moving water) - Wild water racing (Down river)

1970-an - Cape of Good Hope (Tanjung Harapan)

2. Malaysia Kenu kolek Tujuan 1960 - Pengangkutan, perhutanan, dan perdagangan - Diperkenalkan Pelaut British 1980-an Woodlands, Singapore Tentera, kakitangan kerajaan

- Kelab kenu pertama ditubuhkan Penang Canoe and Recreation Club

1999

- UPSI Perkenalkan silibus Kayak Arus Deras

Perbezaan Antara Kenu dan Kayak Kenu

Kenu adalah sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Ia menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur. Contoh kenu ialah sampan yang digunakan oleh Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita. Kayak Kayak adalah sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Ia menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara melunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh Orang Eskkimo.

Peralatan 1. Neoprene Skull Helmet

Dipakai ketika berkayak di sungai atau berkayak ekstrim.

2. Short Sleeve with Spray deck

Baju khas untuk berkayak ini direka dan dijahit bersama spray deck bagi mengelakkan air masuk ke dalam kokpit.

Rekaan tertutup di leher dan pergelangan lengan adalah untuk mengelakkan badan basah.

3. Paddle Gloves

Memudahkan untuk cengkaman pada batang pendayung.

4. Buoyancy Aids Didatangkan dengan penggunaan bahan nilon, penyediaan wisel keselamatan dan mudah diselaraskan mengikut saiz dan keselesaan pengguna.

5. Paddle shorts

Seluar nilon direka dengan kalis air dan elastik.

6. Bomber Booties

Bersifat ringan, elastik dan tapak yang tebal bagi mengelakkan dari terpijak batu ketika turun dari kayak.

RUJUKAN

Hasnul Faizal Hushin Amri, Norazhan Che Lah, Shaifol Bahary Sulaiman (2010). Pendidikan Luar. Selangor: Open University Malaysia Ikmalhisham bin Hj.Daroji, Chia Chiow Ming (2012). Pendidikan Luar. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

http://sukanrekreasixtream.blogspot.com/2009/08/sejarah-kayak-kanu.html http://ml.scribd.com/doc/59960825/Nota-Kayak http://nadhieraey.blogspot.com/2012/09/kayak-kenu.html

Refleksi
Saya THARANI A/P SUPRAMANIAM dari kelas F2C-Tamil ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus Pendidikan Jasmani ini. Bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang kekangan dan permasalahan serta menghantarnya tepat pada masa. Seperti bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semasa saya membuat kerja kursus ini saya menghadapi cabaran. Pertamanya semasa mencari bahan dan cara menghuraikannya susah.Saya juga dapat mengetahui tentang aktiviti berkayak secara mendalam. Saya mencari maklumat dari pelbagai sudut seperti Internet, Perpustakan Sultanah Aminah IPGK Sultan Abdul Halim. Saya juga berasa gembira kerana dapat menyediakan persembahan powerpoint dengan baik. Kedua sewaktu saya membuat hasil tugasan saya komputer riba menghadapi serangan virus. Hal ini menyebabkan hasil tugasan saya sudah hilang dan saya buat semula. Sesetengah bahan yang dicari tidak ada dalam Internet. Ini menyusahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Walaupun begitu, saya tidak dapat lari daripada masalah. Saya menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Saya agak tidak faham akan cara cara untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan saya. Saya mempunyai rakan sekelas yang begitu mengambil berat dan tidak mementingkan diri. Mereka banyak membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga berasa bertuah kerana pensyarah saya sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana cara untuk menyiapkan tugasan ini terutama dalam bahagian yang tertentu. Walaubagaimanapun saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Jasmani En.Zulkifli Ahmad Yusof yang memperbetulkan kesilapan saya dan tunjuk ajar kepada saya. Saya amat gembira bahawa saya dapat menyiapkan kerja yang diberi oleh pensyarah walaupun saya menghadapi banyak rintangan. Saya berharap pensyarah akan memaafkan saya atas kesilapan yang telah dibuat dalam hasil tugasan ini.

You might also like