You are on page 1of 9

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.

PENGENALAN Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun untuk memperingati penubuhan WHO. Sambutan yang diadakan dengan tema yang berbeza-beza setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus. Di antara tema-tema pada tahuntahun yang lepas adalah seperti berikut: 2008 Melindungi Kesihatan Dari Perubahan Iklim 2007 Keselamatan Kesihatan Antarabangsa 2006 Bekerjasama Demi Kesihatan

2.

TEMA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2009 Tema hari kesihatan sedunia 2009 yang ditetapkan oleh WHO adalah Pastikan hospital dan fasiliti kesihatan selamat dan mampu menyelamatkan nyawa semasa krisis (Save lives. Make hospitals safe in emergencies). Tema ini memberi penekanan kepada keselamatan kemudahan kesihatan dan kesiapsiagaan anggota kesihatan untuk merawat mangsa semasa kecemasan akibat sesuatu krisis seperti bencana alam, perang dan wabak penyakit. Kemudahan kesihatan dan anggota kesihatan merupakan nadi utama dalam menyelamatkan mangsa semasa bencana kerana mereka memberi rawatan kecemasan, mencegah penyakit dan menjaga keperluan kesihatan orang awam. Walaupun dalam situasi krisis, mereka perlu memberi perkhidmatan kesihatan asas seperti perkhidmatan penjagaan ibu dan anak, memberi vaksinasi dan juga penjagaan penyakit kronik. Lazimnya, sistem kesihatan yang kurang mantap gagal berfungsi dengan cekap semasa bencana dan boleh menjejaskan kesihatan awam. Gempa bumi yang berlaku di Wenchuan, China pada Mei 2008 telah merosakkan lebih 11,000 institusi perubatan sehingga memaksa beribu-ribu rakyatnya mendapatkan rawatan di tempat lain.

Selain itu, konflik di Ethiopia dan Gaza telah mengancam perkhidmatan kesihatan asas seperti imunisasi. Tsunami di Lautan India pada tahun 2004 telah memusnahkan 61% kemudahan kesihatan di Acheh, Indonesia dan mengorbankan hampir satu per tiga bidan di kawasan tersebut. Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada kesihatan wanita. Kejadian seumpama ini perlu dijadikan iktibar bagi menggerakkan usaha-usaha kesiapsiagaan seperti mereka bentuk dan membina struktur kemudahan kesihatan yang mampu menghadapi ancaman krisis. Tema ini juga menggesa kemudahan kesihatan mewujudkan sistem kerja yang mampu bertindak menghadapi kecemasan serta menjamin perkhidmatan yang berterusan.

3.

OBJEKTIF SAMBUTAN 3.1 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan agensi-agensi pemberi perkhidmatan kesihatan mengenai kepentingan bersiap sedia untuk berfungsi dengan cekap, selamat dan berterusan semasa bencana Memberi kesedaran kepada pihak penggubal dasar, pembuat keputusan, dan perancang kemudahan kesihatan supaya mengambil kira keperluan untuk mereka bentuk dan membina struktur kemudahan kesihatan yang mampu menghadapi ancaman krisis Menggerakkan pihak pengurusan kemudahan-kemudahan kesihatan untuk mentaksir dan menilai kemampuan kemudahan kesihatan mereka dalam menghadapi krisis serta mengambil tindakan pencegahan dan pembetulan yang wajar Meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat umum mengenai peranan dan kepentingan kemudahan kesihatan dalam menyelamatkan nyawa dan memberi perkhidmatan kesihatan semasa krisis supaya masyarakat menyokong pelaburan dalam kemudahan kesihatan

3.2

3.3

3.4

4.

KUMPULAN SASAR Penggubal dasar dan pembuat keputusan Agensi yang terlibat dalam usaha-usaha perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan kesihatan Agensi-agensi penyelamat yang terlibat dalam menangani krisis Pihak pengurusan dan anggota kemudahan kesihatan termasuk kemudahan swasta Pertubuhan-pertubuhan profesional seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Hospital Swasta Malaysia (PHAM) dan persatuanpersatuan kesihatan bersekutu (allied health) Pengguna kemudahan dan perkhidmatan kesihatan 2

5.

CADANGAN AKTIVITI SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA 2009 5.1 Aktiviti peringkat kebangsaan 5.1.1 Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2009 Peringkat Kebangsaan Tarikh Tempat Perasmi : : : April 2009 (bergantung kepada tarikh YBMK) Johor Y.B. Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia

Aktiviti semasa sambutan: a. Forum Tajuk : Mampukah kemudahan kesihatan menyelamatkan nyawa semasa krisis? Peserta forum : Penggubal dasar dan pembuat keputusan agensi-agensi kerajaan berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, EPU, & Kementerian Kewangan. Agensi yang terlibat dalam usaha-usaha perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan kesihatan termasuk wakil-wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kerja Raya dan Radicare/Pantai Medivest. Agensi-agensi penyelamat yang terlibat dalam menangani krisis termasuk PDRM, Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, St. John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah Pihak pengurusan dan anggota kemudahan kesihatan termasuk kemudahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan swasta Pertubuhan-pertubuhan profesional seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Hospital Swasta Malaysia (PHAM), Persatuan Kesihatan Bersekutu (allied health).

Persatuan-persatuan yang mewakili pengguna kemudahan dan perkhidmatan kesihatan seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), FOMCA, Panel Penasihat dan Lembaga Pelawat

Cadangan ahli-ahli panel : Pengerusi : Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor Panel pembentang: Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Perancang dan Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia Jabatan Kerja Raya Persatuan Hospital Swasta Malaysia Syarikat Radicare / Syarikat Pantai Medivest b. Pameran Tajuk : Pastikan kemudahan kesihatan selamat dan mampu menyelamatkan nyawa semasa krisis. Fokus pameran : Infrastruktur bangunan yang selamat Perkhidmatan semasa krisis Sistem sokongan semasa kecemasan Pelan kontigensi Simulasi / latihan kecekapan SOP/ Garis panduan Agensi-agensi terlibat : Bahagian-bahagian di Kementerian Kesihatan Malaysia: - Bahagian Perkembangan Perubatan - Bahagian Perancang dan Pembangunan - Bahagian Amalan Perubatan - Bahagian Kawalan Penyakit - Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga - Bahagian Kejururawatan - Bahagian Kejuruteraan - Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Majlis Keselamatan Negara Jabatan Pertahanan Awam Jabatan Kerja Raya Polis DiRaja Malaysia Angkatan Tentera Malaysia 4

Jabatan Bomba dan Penyelamat Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Persatuan Hospital Swasta Malaysia (PHAM) Malaysian Red Crescent Organization Fire And Rescue Volunteer Malaysia (MVFRA) St. John Ambulance FOMCA Syarikat Radicare Syarikat Pantai Medivest Syarikat Pharmaniaga

5.1.2 Memperkukuh dan mengemas kini dan kesiapsiagaan menghadapi krisis Simulasi pelan kesiapsiagaan jabatan 5.1.3 Publisiti dan pendidikan kesihatan melalui media massa Semua saluran media elektronik dan cetak utama akan digunakan secara optima. Ini termasuklah tv, radio, akhbar dan majalah. Tajuk-tajuk yang bersesuaian dengan tema dan pegawai-pegawai yang layak bagi membincangkan isu-isu ini akan dikenal pasti. Pre Publisiti: Wawancara TV (2 saluran TV - RTM & swasta) Wawancara radio (2 Bahasa B. Malaysia, B. Inggeris) Tayangan slide TV ( ehsan dari semua saluran TV) Rencana di akhbar/majalah

Semasa Hari Sambutan Liputan pihak media berkenaan majlis perasmian (TV, radio & akhbar)

5.1.4 Penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan: Set pameran Hari Kesihatan Sedunia 2009 Poster Risalah

5.2

Aktiviti peringkat negeri Forum dan dialog yang melibatkan agensi-agensi seperti Jabatan Kerja Raya, pihak penyelenggara kemudahan kesihatan (seperti Radicare & Pantai Medivest), PDRM, Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, St. John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Mercy Malaysia, pengamal-pengamal perubatan kerajaan dan swasta, persatuan-persatuan kesihatan, persatuan-persatuan pengguna, Panel Penasihat Kesihatan, Lembaga Pelawat Hospital, dan agensi-agensi lain yang berkaitan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan tema sambutan hari kesihatan sedunia 2009. Pameran mengenai keperluan persediaan menghadapi krisis kesihatan di kemudahan kesihatan dan tempat-tempat awam serta langkah-langkah untuk memastikan kemudahan kesihatan selamat dan dapat berfungsi dengan berterusan semasa bencana. Pameran melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Penerangan, Bomba & Penyelamat, PDRM, ATM, St. John. Ambulance, Bulan Sabit Merah. Publisiti dan pendidikan kesihatan melalui media tempatan Rencana dalam bahan cetak mingguan/bulanan terbitan peringkat negeri Mesyuarat / bengkel untuk merangka pelan tindakan kesiapsiagaan negeri dan daerah menghadapi krisis kesihatan aktiviti

Simulasi / latihan kesiapsiagaan untuk anggota kesihatan dan perubatan untuk menghadapi bencana/krisis. Ceramah mengenai keperluan persediaan menghadapi kesihatan di kemudahan kesihatan dan radio tempatan krisis

Penyebaran maklumat melalui pengedaran bahan risalah dan poster

6.

CADANGAN JAWATANKUASA 6.1 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Setiausaha :

Ahli-ahli

: Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Kementerian Kesihatan Malaysia Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor Wakil Majlis Keselamatan Negara Jabatan Pertahanan Awam Jabatan Kerja Raya Polis DiRaja Malaysia Angkatan Tentera Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Persatuan Hospital Swasta Malaysia (PHAM) Malaysian Red Crescent Organisation Fire And Rescue Volunteer Malaysia (MVFRA) St. John Ambulance

FOMCA Syarikat Radicare Syarikat Pantai Medivest Syarikat Pharmaniaga

Bidang tugas Jawatankuasa Induk : Menetapkan skop dan hala tuju sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2009 Menyelaras pelaksanaan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2009 Menetapkan tarikh dan tempat majlis pelancaran. Mengenal pasti tetamu kehormat Memberi taklimat kepada tetamu kehormat 6.2 JAWATANKUASA TEKNIKAL Pengerusi : Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Ahli-ahli : Bahagian Amalan Perubatan Bahagian Perancangan dan Pembangunan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Bahagian Kejuruteraan Bahagian Kejururawatan Jabatan Kerja Raya Persatuan Hospital Swasta Malaysia (PHAM) Bidang tugas Jawatankuasa Teknikal : Mengenal pasti ahli-ahli jawatankuasa teknikal Menyediakan input teknikal sambutan hari kesihatan sedunia 2009: Pameran o Menentukan skop dan isi kandungan pameran o Mengesyorkan agensi-agensi yang berkaitan menyertai pameran Forum o Menentukan skop dan isi kandungan forum o Mengenal pasti ahli-ahli panel forum

untuk

Pendidikan kesihatan o Menyediakan maklumat teknikal untuk bahan pendidikan seperti risalah dan poster o Menyediakan tajuk dan penceramah untuk program pendidikan kesihatan di media massa Media o Menyediakan data dan input untuk sidang media o Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat

6.3

JAWATANKUASA KERJA PERINGKAT NEGERI Pengerusi : Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Ahli-ahli : JK kerja jemputan, sambutan & protokol JK kerja perasmian (termasuk stage & floor manager) JK kerja persiapan tempat JK kerja promosi, publisiti, dokumentasi & media JK kerja forum JK kerja pameran JK kerja jamuan JK kerja hadiah, cenderamata dan sijil JK kewangan Bidang tugas Jawatankuasa Penganjur: Menubuhkan Jawatankuasa kerja bagi menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2009 Menguruskan sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2009 peringkat kebangsaan di negeri Johor

7.

PENUTUP Sambutan hari kesihatan sedunia ini adalah tepat pada masanya memandangkan banyak krisis dan bencana alam telah berlaku di seluruh dunia. Kementerian Kesihatan dan rakan-rakan kongsinya perlu membuat persiapan awal bagi menyahut cabaran yang berkaitan dengan tema Selamatkan nyawa. Jadikan hospital selamat semasa kecemasan. Adalah diharapkan pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan untuk sambutan ini dapat menyedar dan menggerakkan semua pihak yang terlibat ke arah tindakan yang diharapkan bagi merealisasikan matlamat sambutan hari kesihatan sedunia ini.

You might also like