You are on page 1of 3

Pengurusan Bayaran Tambahan 2012 (Kepada Murid Bukan Warganegara)

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

PROSEDUR PERMOHONAN KUTIPAN BAYARAN-BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN KEPADA MURID-MURID BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2012

1. Permohonan boleh dibuat mulai 13 Februari 2012 dan selewat-lewatnya pada 6 Mac 2012. 2. Permohonan hendaklah menggunakan format surat permohonan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Johor seperti pada Lampiran 1A (Contoh Surat Sekolah Rendah) dan Lampiran 1B (Contoh Surat Sekolah Menengah) . Permohonan yang tidak mengikut format surat (seperti di lampiran 1A atau 1B), TIDAK AKAN DIPROSES. 3. Pihak sekolah perlulah terlebih dahulu bermesyuarat bagi mendapatkan persetujuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menetapkan kadar bayaran tambahan tersebut. Jadikan Kelulusan Bayaran Tambahan 2012 sebagai satu agenda khusus dalam Mesyuarat AJK PIBG. Lampirkan Minit Mesyuarat PIBG bersama-sama surat permohonan. Contoh Minit Mesyuarat AJK PIBG:

Agenda 4 Kelulusan Bayaran Tambahan 2012 Kepada Murid Bukan Warganegara 4.1 Pengetua memaklumkan kadar kutipan bayaran tambahan tahun 2012 yang dikenakan kepada murid-murid yang bukan warganegara Malaysia. 4.2 Pengetua memaklumkan bahawa kadar kutipan bayaran berkenaan adalah mengikut kadar minimum garis panduan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009. 4.3 Ahli Jawatankuasa PIBG bersetuju dengan kadar bayaran yang dibentang oleh Pengetua seperti jadual di bawah: Bil 1 2 3 4 5 6 Jenis Bayaran Kokurikulum Kertas Ujian Dalaman Sukan Tahunan Sekolah Kegiatan Pendidikan Islam / Pend. Moral MSSM Insuran Takaful JUMLAH Sekolah Sekolah Rendah Menengah RM 3.00 RM 3.00 RM 6.00 RM 10.00 RM 6.00 RM 6.00 RM 6.00 RM 6.00 4.00 1.50 33.50

RM 2.00 RM RM 1.50 RM RM 24.50 RM

Disediakan oleh: PENOLONG PENGARAH PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2311472

Pengurusan Bayaran Tambahan 2012 (Kepada Murid Bukan Warganegara)


SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

Surat permohonan perlu ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG. Surat Permohonan hendaklah melalui Pegawai Pelajaran Daerah dan dialamatkan kepada: Pengarah, Jabatan Pelajaran Johor, Jalan Tun Abdul Razak, 80604 Johor Bahru. (u.p: Unit Perhubungan dan Pendaftaran) Susunan dokumen penghantaran oleh pihak sekolah adalah seperti berikut: i) Surat iringan sekolah ii) Surat Permohonan Kelulusan Bayaran-bayaran Tambahan 2012 (2 Salinan) (Mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Johor) iii) Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG (1 Salinan)

Pihak sekolah menghantar perkara (7) di atas kepada Pegawai Pelajaran Daerah tuan/puan (u.p: Penolong PPD Perhubungan) pada / sebelum 6 Mac 2012. Pengetua/Guru Besar diminta merujuk ke Laman Web Rasmi Jabatan Pelajaran Johor / Laman Webn Rasmi PPD bagi mendapatkan maklumat lanjut dan softcopy berkaitan perkara ini.

10 Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 10.1 Penolong PPD (Perhubungan) di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. 10.2 Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pelajaran Johor [Tuan Haji Mohd Bakri Bin Haji Mat Diah] (07-2311475/471) 10.3 Penolong Pengarah Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPNJ [Mohd Azmi Bin Haji Abdul Rahman] (07-2311472)

Disediakan oleh: PENOLONG PENGARAH PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2311472

Pengurusan Bayaran Tambahan 2012 (Kepada Murid Bukan Warganegara)


SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH | JABATAN PELAJARAN JOHOR

SENARAI SEMAK PENGURUSAN BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2012

SENARAI SEMAK INI PERLU DILENGKAPKAN OLEH PENOLONG PPD PERHUBUNGAN

1.

Menerima Surat Permohonan Kelulusan Bayaran Tambahan daripada pihak sekolah

2.

Menyemak dan meneliti kandungan surat serta Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG (Pastikan Minit Mesyuarat AJK PIBG ada tercatat kelulusan bayaran tambahan , nilai RM bagi setiap item yang dipohon berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa)

3.

Mengembalikan Surat Permohonan Kelulusan Bayaran Tambahan kepada pihak sekolah JIKA dokumen berkaitan tidak lengkap

4.

Mengumpul semua Surat Permohonan Kelulusan Bayaran Tambahan mengikut susunan kategori sekolah (SM,SK, SJKC, SJKT) (Rekod penghantaran semua nama sekolah perlu diletakkan di bahagian atas surat permohonan yang telah dikumpulkan)

5.

Menghantar perkara (4) ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pelajaran Johor

6.

Membuat salinan surat-surat Kelulusan Bayaran Tambahan setelah menerima kembali Surat Kelulusan daripada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pelajaran Johor

7.

Mengedar surat-surat Kelulusan Bayaran Tambahan kepada pihak sekolah setelah menerima kembali Surat Kelulusan daripada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pelajaran Johor

Disediakan oleh: PENOLONG PENGARAH PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN|Unit Perhubungan & Pendaftaran | JPNJ|07-2311472

You might also like