You are on page 1of 5

BAB 6 : GELOMBANG BUNYI DAN GELOMBANG ELEKTROMAGNET GELOMBANG BUNYI

Gelombang Bunyi sebagai Gelombang Membujur 1. BUNYI ialah sejenis gelombang mekanik yang dihasilkan oleh suatu sistem bergetar 2. Bunyi boleh merambat dalam pepejal, cecair dan gas

3. Zarah-zarah bergetar ke kiri dan ke kanan apabila memindahkan tenaga gelombang bunyi 4. Zarah-zarah bergetar secara selari dengan arah perambatan gelombang Gelombang membujur

Kenyaringan dan Kelangsingan Gelombang Bunyi Kenyaringan Bunyi 1. Kenyaringan Bunyi bermaksud kuatnya sensasi yang disebabkab oleh gelombang-gelombang bunyi terhadap pendengaran seseorang 2. Bunyi yang nyaring ialah bunyi dengan amplitud besar 3. Semakin bertambah amplitud semakin bertambah kenyaringan 4. Peningkatan terhadap kenyaringan tidak akan mengubah frekuensi bunyi tersebut Kelangsingan Bunyi 1. Kelangsingan Bunyi ialah ketinggian not bunyi yang didengar 2. Frekuensi ialah bilangan gelombang lengkap yang dihasilkan dalam 1 saat 3. Kelangsingan bunyi yang tinggi disebabkan oleh frekuensi bunyi yang tinggi manakala Kelangsingan bunyi yang rendah disebabkan oleh frekuensi bunyi yang rendah 4. Bunyi yang mempunyai kelangsingan yang tinggi menyebabkan gegendang telinga bergetar dengan lebih cepat pada frekuensi yang tinggi 5. Telinga manusia peka kepada gelombang bunyi dengan frekuensi antara 20 Hz hingga 20 kHz Frekuensi audio

Perbandingan antara Kenyaringan dan Kelangsingan Gelombang Bunyi

Aplikasi Gelombang Bunyi Bidang Perubatan 1. Gelombang ultrasonik ialah gelombang bunyi yang mempunyai frekuensi lebih daripada had pendengaran manusia iaitu lebih daripada 20 kHz 2. Gelombang Ultrasonik digunakan untuk tujuan : a) mendiagnosis penyakit b) menunjukkan kedudukan fetus dalam kandungan c) mengesan kehadiran batu karang didalam ginjal atau ureter Bidang Perindustrian 1. Sonar ialah singkatan bagi Sound, Navigation, Ranging Suatu sistem pembunyian gema menggunakan gelombang ultrasonik untuk mengukur kedalaman laut dan mengesan objekobjek dalam laut 2. Gelombang Ultrasonik juga digunakan untuk mengesan ketidaksempurnaan struktur logam pada struktur binaan seperti retakan pada landasan keretapi dan untuk mengesan kesempurnaan sambungan kimpalan

GELOMBANG ELEKTROMAGNET
Gelombang Elektromagnet dihasilkan apabila medan elektrik dan medan magnet bergetar secara berserenjang dengan arah perambatan gelombang Gelombang Melintang Cahaya matahari merupakan gelombang elektromagnet dan boleh merambat dalam angkasa yang merupakan ruang tanpa udara untuk sampai ke bumi Ciri ciri Gelombang Elektromagnet 1. Gelombang elektromagnet tidak memerlukan sebarang medium untuk merambat dan memindahkan tenaga 2. Gelombang elektromagnet tetap boleh merambat dalam sebarang medium lutsinar 3. Gelombang elektromagnet mengalami pertindihan gelombang dan menghasilkan kesan interferens 4. Perambatan gelombang elektromagnet juga mematuhi hokum pantulan dan hokum pembiasan 5. Gelombang elektromagnet boleh dibelaukan dan mematuhi rumus v = f Panjang Panjang gelombang gelombang Spektrum Elektromagnet bertambah berkurang Frekuensi Frekuensi Spektrum Elektromagnet ialah gelombang-gelombang elektromagnet yang disusun mengikut satu julat frekuensi

Aplikasi Gelombang Elektromagnet Gelombang Radio 1. Gelombang Radio mempunyai panjang gelombang dari julat 1 cm hingga beratus-ratus kilometer 2. Digunakan untuk menyiarkan program televisyen dan radio 3. Gelombang radio juga datang daripada matahari dan angkasa lepas 4. Gelombang radioberada dalam julat frekuensi yang besar dan biasa digunakan dalam sistem telekomunikasi 5. Gelombang radio dibahagikan kepada tiga kumpulan a) Gelombang pendek, gelombang sederhana dan gelombang panjang - Gelombang ini mudah dibelaukan, dipantulkan dan bergerak melalui jarak jauh - Gelombang sederhana medium wave (MV) dan Gelombang panjang long wave (LW) siaran radio tempatan - Gelombang pendek short wave (SW) siaran radio jarak jauh b) Gelombang frekuensi amat tinggi (very high frequency, VHF) dan gelombang ultratinggi (ultrahigh frequency, UHF) - Digunakan sebagai gelombang angkasa untuk menghantar maklumat melalui satelit - Digunakan dalan siaran radio dan televisyen tempatan c) Gelombang Mikro - Digunakan dalam bidang telekomunikasi, perindustrian dan komersial - Gelombang ini tidak dapat melalui halangan seperti bangunan dan bukit aerial dipasang untuk membesarkan dan mengayun isyarat gelombang mikro - Berfungsi sebagai penentu arah dan jarak, mempelajari pola cuaca, angin, membuat peta tiga dimensi permukaan bumi, mengukur taburan hujan dan pergerakan ais di kawasan kutub - Ketuhar gelombang mikro untuk memasak dan memanaskan makanan Radiasi Inframerah 1. Radiasi Inframerah ialah bahang tenaga haba yang tidak kelihatan 2. Contoh radiasi inframerah:- cahaya matahari, api, radiator, bara arang, dan tubuh manusia 3. Pancaran inframerah dari tubuh boleh digunakan untuk mengesan masalah pengaliran darah, radang sendi, kanser dan mengukur suhu badan 4. Radiasi inframerah juga digunakan dalam penggera keselamatan dan dalam alat kawalan jauh televisyen Cahaya Nampak 1. Cahaya Nampak yang melalui prisma akan disebarkan kepada tujuh warna :Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu 2. Cahaya merah mempunyai panjang gelombang yang paling panjang, cahaya ungu mempunyai panjang gelombang yang paling pendek Sinar Ultraungu 1. Sinar Ultraungu terdapat pada objek-objek panas seperti percikan bunga api dan lengkungan elektrik yang digunakan semasa proses kimpalan pada suhu yang tinggi 2. Sinar Ultraungu paling banyak ditemui pada sinaran matahari

Sinar-X 1. Sinar X mempunyai tenaga yang tinggi dan kuasa penembusan jisim yang hebat 2. Digunakan dalam bidang perubatan untuk melihat kedudukan tulang, merakam gambar gigi 3. Digunakan dalam lapangan terbang untuk mengesan senjata, bahan letupan dan dadah dalam bagasi Sinar Gama 1. 2. 3. 4. Sinar Gama dipancarkan daripada nukleus atom yang tidak stabil Boleh membunuh sel-sel hidup Digunakan untuk membunuh sel-sel kanser dalam radioterapi Digunakan untuk mensterilkan peralatan perubatan agar bebas kuman

Kesan berfaedah dan kesan berbahaya Gelombang Elektromagnet Kesan Berfaedah Gelombang Elektromagnet 1. Jaringan telekomunikasi yang luas 2. Penjimatan masa operasi 3. Peningkatan kawalan keselamatan 4. Kemajuan bidang perubatan 5. Peningkatan pengeluaran dan kepelbagaian hasil pertanian Kesan Berbahaya Gelombang Elektromagnet 1. Gelombang radio migrain 2. Gelombang mikro penyakit katarak 3. Sinar Ultraungu selaran pada kulit, katarak, jeragat mempercepatkan kesan penuaan kulit dan kehilangan keanjalan kulit 4. Sinar-X dan Sinar gama mutasi sel yang menjadi punca pertumbuhan tidak normal sel-sel kanser dan kecacatan janin

You might also like