You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA PROJEK MENCERIAKAN BILIK DARJAH TAHUN 2 UTARID SK TASEK PERMAI AMPANG

DISEDIAKAN OLEH : JUDE ANNECELLA SIMON FONG 900521-12-5014

KERTAS KERJA PROJEK MENCERIAKAN BILIK DARJAH TAHUN 2 UTARID SK TASEK PERMAI AMPANG

1.0

Pendahuluan Bilik darjah merupakan satu ruang dimana suatu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung secara rasmi. Sesebuah bilik darjah yang baik perlulah mempunyai suasana persekitaran yang ceria dan kondusif, serta mempunyai satu sudut yang mempamerkan informasi yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Oleh itu, projek untuk menceriakan bilik darjah tahun 2 Utarid adalah wajar dilaksanakan.

2.0

Objektif 2.1 2.2 2.3 Menceriakan bilik darjah tahun 2 Utarid supaya lebih menarik. Mewujudkan suasana persekitaran tempat belajar yang kondusif. Menyediakan satu sudut bacaan dan ruangan informasi bagi meningkatkan ilmu pengetahuan murid. 2.4 Meningkatkan semangat kerjasama murid-murid supaya menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah.

3.0

Kumpulan sasaran Murid-murid tahun 2 Utarid.

4.0

Tarikh 22 Julai 2013 hingga 26 Julai 2013 (5 hari, Isnin sehingga Jumaat)

5.0

Masa

Projek ini akan dilaksanakan pada masa lapang guru pelatih mengikut tarikh yang dirancang. 6.0 Lokasi Kelas 2 Utarid SK Tasek Permai Ampang, Selangor.

7.0

Kewangan Berikut adalah bajet kewangan untuk alat dan bahan yang digunakan dalam projek ini;

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Alat dan Bahan Kertas pelbagai warna Plastik laminate Double sided tape Foam flowers (2 in 1) Decorative fence foam Foam flowers (4 in 1) Foam leaf (3 in 1) Foam DIY Table cloth Gunting Stapler gun Mesin laminate Mesin cetak

Harga Seunit (RM) 0.50 2.90 3.50 3.90 0.70 1.50 5.00 pinjam pinjam pinjam pinjam

Kuantiti 1 bungkus 40 keping 1 gulung 4 bungkus 2 bungkus 2 bungkus 7 bungkus 6 bungkus 1.5 meter 1 1 1 1

Jumlah (RM) 7.95 20.00 3.50 11.60 7.00 7.80 4.90 9.00 7.50 79.25

Jumlah Keseluruhan

8.0

Penutup Bilik darjah yang kondusif dan mempunyai suasana persekitaran yang ceria mampu mewujudkan emosi yang positif kepada murid-murid. Tambahan, ia secara tidak langsung dapat memotivasikan murid-murid supaya dapat belajar dengan tekun. Selain itu, suasana persekitaran yang ceria dan kondusif juga dapat melahirkan sikap bertanggungjawab dan kerjasama murid-murid supaya dapat mengekalkan keceriaan dan kebersihan bilik darjah mereka. Sehubungan itu, saya memohon pertimbangan daripada pihak tuan supaya meluluskan projek ini. Dimana ia bukan sahaja memberikan banyak manfaat kepada murid-murid, tetapi juga kepada guru. Seterusnya mempamerkan imej sekolah yang mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dalam mempertingkatkan prestasi pembelajaran murid-murid.

Disediakan oleh,

(JUDE ANNECELLA SIMON FONG) Guru Pelatih IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

(PUAN NIK ZUBAIDAH BT NIK MUSTAFA) Guru Pembimbing SK Tasek Permai, Ampang, Selangor.

Disahkan oleh,

Guru Besar/ Guru Penolong Kanan 1 SK Tasek Permai, Ampang, Selangor.

You might also like