You are on page 1of 16

2013 UPSR 9 BM Karangan

1. Pasukan unit beruniform sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan. Tulis laporan yang lengkap tentang perkhemahan itu. Laporan Perkhemahan Pengakap di Hutan Pulai Pada 16 Mei, Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng telah mengadakan perkhemahan di pinggir Hutan Pulai. Rombongan kami terdiri daripada 25 orang ahli pengakap dan 3 orang guru pengiring. Perkhemahan ini diadakan untuk memupuk sifat berdikari dan semangat bekerjasama antara pengakap. Pada pagi hari tersebut, ahli-ahli pengakap berkumpul di dewan sekolah. Selepas guru memberikan taklimat, kami pun bertolak dengan bas yang disewa. Setibanya di destinasi, guruguru mencari tempat yang berdekatan dengan sungai supaya mudah mendapat air. Murid-murid bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan lalu mendirikan khemah. Mula-mula, guru pengiring membahagikan tugas kepada murid-murid. Antaranya termasuklah memungut kayu api, menanak nasi, menjerang air dan sebagainya. Kami bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing.

Walupun panas terik, kami masih bermandi peluh semasa menjalankan tugas. Pada waktu petang, kami menjamu selera bersama-sama. Selepas makan, ahli-ahli pengakap menjalankan aktiviti lasak. Antaranya termasuklah meredah hutan, mendaki bukit dan mengharungi sungai. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami dapat memupuk sifat berdikari dan semangat keyakinan. Selain itu, kami juga mengadakan pertandingan mencari harta karun. Akhirnya, Kumpulan Harimau memenangi pertandingan itu. Selepas itu, guru juga memberikan sijil kepada semua peserta. Pada waktu malam, ahli-ahli pengakap dan guru menyalakan unggun api. Kami telah mengadakan banyak persembahan seperti nyanyian, tarian, dan lakonan. Persembahan itu menarik hati. Semua murid memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sungguh meriah. Pada keesokan harinya, semua ahli pengakap dan guru mengemaskan khemah untuk pulang. Dalam perkhemahan tersebut, ahli-ahli pengakap telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan. Kami berpeluang mengenali flora dan fauna di dalam hutan. Perkhemahan ini amat bererti kerana dapat mendedahkan ahli-ahli kepada alam sekitar. Laporan disediakan oleh, 23 MEI 2013. Ng Kim Leng

(NG KIM LENG) Setiausaha, Persatuan Pengakap, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng. 2.

Pada cuti semester yang lalu, kamu sekeluarga telah pulang ke kampung. Tuliskan pengalaman kamu. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki kereta bapa pulang ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah. Jalan menuju ke kampung bengkang3. Sekolah kamu telah mengadakan Hari bengkok seperti ular kena palu. Kantin. Tuliskan catatan tentang Hari Kantin Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. tersebut. Datuk dan nenek menyambut kami dengan Rabu, 15 Disember 2013 tangan terbuka. Di kampung, datuk mengajar saya dan adik bermain wau dan gasing.Saya dan 6.30 pagi : Murid-murid membuat persediaan. Antaranya adik berasa gembira. termasuklah menghias gerai, mendirikan gerai , Datuk juga membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air sungai sangat menyediakan makanan dan minuman, jernih seperti cermin. Ada banyak ikan di dalam membersihkan padang dan sebagainya. Muridsungai. Kami memancing ikan sambil menikmati murid bekerjasama bagai aur dengan tebing. pemandangan yang indah. Udara di sana sangat 8.00 pagi : Semua murid berkumpul di dewan. Ibu bapa nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. juga dijemput untuk hadir. keadaan di padang Di kampung, kami sekeluarga mengikut penuh sesak seperti ikan di dalam belat. datuk ke dusun durian. Kami berasa kagum pagi : Guru Besar memberikan ucapan kepada semua seperti tusa masuk ke kampung kerana 8.30 tidak pernah melihat durian yang begitu banyak. Kami hadirin. Beliau menasihati kami supaya selalu menolong datuk mengutip durian yang gugur. berbudi kerana tangan yang memberi sentiasa

Datuk mengopek durian lalu kami makan bersama-sama. Kami makan dengan gelojoh. Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung untuk menarik perhatian pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli durian dengan kami. Mereka memuji durian datuk sangat sedap. Tidak lama kemudian, semua durian sudah habis dijual. Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati. Saya berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.

lebih mulia daripada tangan yang menerima. Kemudian, beliau merasmikan hari kantin. 9.30 pagi : Hari kantin bermula. Banyak gerai didirikan di padang. Terdapat juga gerai permintaan lagu. Gerai itu memainkan banyak lagu yang halwa telinga. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang. Guru-guru dan murid-murid sibuk melayan pelanggan dengan mesra. Mereka melaung-laung untuk menarik perhatian pelanggan. Banyak pelanggan membeli barang dengan menggunakan kupon. 11.00 pagi : Barang jualan hampir habis dijual. Pengunjung-pengunjung mulai beredar. Guru-guru mengarahkan kami mengemaskan barangbarang. 2.00 petang : Hari kantin tamat dengan lancar. Kami bergotong-royong membersihkan padang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing. 4. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis laporan tentang sambutan itu selengkapnya. Laporan Sambutan Hari Guru SJK (C) Zhi Ling Pada 13 Mei 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk

menghargai jasa dan pengorbanan guru . Sebelum sambutan Hari Guru, murid-murid sibuk membuat persediaan untuk mencantikkan dewan sekolah . Antaranya termasuklah menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan sekolah kelihatan bersih dan cantik seperti istana. Pada hari tersebut, guru-guru dan muridmurid berkumpul di dewan sekolah. Keadaan di sana penuh sesak seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapan . Dalam ucapan Guru Besar, beliau menasihati murid-murid supaya menghargai jasa guru kerana guru umpama lilin sanggup membakar diri untuk menerangi masa depan murid-murid . Guru Besar juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru. Kemudian, beliau merasmikan sambutan Hari Guru. Pelbagai persembahan pentas yang menarik telah dijalankan untuk menghiburkan hati para penonton . Antaranya termasuklah nyanyian, tarian dan sketsa . Persembahan kemuncak ialah pertunjukan silap mata yang dipersembahkan oleh seorang murid tahun

6, Mun Ket. Persembahannya berjaya mempesonakan perhatian para penonton. Para penonton bersorak-sorai dan memberikan tepukan yang gemuruh . Suasana yang meriah telah menyelubungi seluruh dewan pada ketika itu. Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan dengan guru kelas masing-masing. Murid-murid menikmati makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas. Akhirnya, murid-murid memberikan hadiah yang disediakan kepada guru. Antaranya termasuklah bunga, coklat, pen dan sebagainya. Guru-guru berasa suka hati apabila menerima hadiah. Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Guru pun tamat. Guru-guru dan murid-murid pun pulang ke rumah dengan puas hati . Sambutan Hari Guru telah diadakan dengan berjaya pada tahun ini. Laporan disediakan oleh, 16 Mei 2013. Lim Keong (LIM KEONG Ketua Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling. Seng SENG) Murid,

5. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis laporan tentang sambutan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Laporan Sambutan Hari Kanak-kanak SJK (C) Zhi Ling Pada 2 Oktober 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menggembirakan kanak-kanak . Sebelum sambutan Hari kanak-kanak, murid-murid sibuk membuat persediaan untuk mencantikkan dewan sekolah . Antaranya termasuklah menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan sekolah kelihatan bersih dan cantik seperti istana. Pada hari tersebut, guru-guru dan muridmurid berkumpul di dewan sekolah. Keadaan di sana penuh sesak seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapan kepada murid-murid. Dalam ucapan Guru besar, beliau menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh

kerana usaha tangga kejayaan . Beliau Kanak-kanak telah diadakan dengan berjaya pada juga mengucapkan Selamat Hari Kanak-kanak tahun ini. kepada murid-murid. Kemudian, beliau merasmikan sambutan Hari Kanak-kanak. Laporan disediakan oleh, Pelbagai persembahan pentas yang 4 OKTOBER 2013. menarik telah dijalankan untuk Lim Keong Seng menghiburkan hati para penonton . Antaranya termasuklah nyanyian, tarian dan (LIM KEONG SENG) lakonan. Persembahan kemuncak ialah Setiausaha, pertunjukan silap mata yang Persatuan Bahasa Melayu, dipersembahkan oleh seorang murid tahun Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling. 6, Mun Ket. Persembahannya berjaya mempesonakan perhatian para penonton. Para penonton bersorak-sorai dan 6. Sekolah kamu telah mengadakan sukan memberikan tepukan yang gemuruh . tahunan. Tuliskan catatan tentang sukan Suasana yang meriah telah menyelubungi tahunan tersebut. seluruh dewan pada ketika itu. Jumaat, 2 Julai 2013. Selepas 2 jam, persembahan pentas pun 6.30 pagi - Murid-murid membuat persediaan terakhir. tamat. Murid-murid pun beratur balik ke kelas Antaranya termasuklah menghias padang dengan masing-masing untuk mengadakan jamuan . panji-panji, menyusun kerusi, mengutip sampahMurid-murid menikmati makanan dan minuman sarap dan lain-lain. Murid-murid bekerjasama yang enak bersama dengan guru kelas mereka di bagai aur dengan tebing. dalam kelas. Murid-murid juga menjalankan pagi - Murid-murid berkumpul di padang. Ibu banyak permainan di kelas. Akhirnya,8.00 guru bapa juga dijemput untuk hadir. Keadaan di kelas juga membahagikan bungkusan hadiah padang penuh sesak seperti ikan dalam belat. kepada murid-murid. Murid-murid berasa suka hati apabila menerima hadiah. 8.30 pagi - Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru tiba. Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Guru Besar menyambut kedatangan beliau. MulaKanak-kanak pun tamat. Murid-murid pun pulang mula, Pegawai Pendidikan Daerah memberikan ke rumah dengan puas hati. Sambutan Hari ucapan. Beliau menasihati murid-murid supaya

mementingkan sukan dan jangan menjadi ulat buku. Selepas itu, beliau merasmikan sukan tahunan. 9.30 pagi - Acara sukan bermula. Antaranya termasuklah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lumba lari dan lain-lain. Setiap peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh. Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang. - Acara sukan tamat dengan lancar. Rumah kuning menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Saat yang dinanti-nanti sudah tiba. Guru Besar menyampaikan piala kepada pemenang. Beliau juga menasihati para peserta supaya yang menag jangan sombong, yang kalah jangan berputus asa.

11.30 pagi

2.00 petang - Murid-murid membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira. 7. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Sebagai setiausaha, Tulis laporan lawatan tersebut selengkapnya. Laporan Lawatan ke Zoo Negara Pada 10 Januari 2013, Persatuan Bahasa Melayu SJK(C) Ming Hwa telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh

30 orang ahli persatuan dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Pada awal-awal pagi, kami berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, Guru Besar memberikan taklimat kepada kami. selepas itu, kami pun bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki bas yang disewa. Kami mengambil masa selama 1 jam untuk tiba di destinasi. Seorang pegawai Zoo Negara yang bernama Encik Lim telah menyambut kami dengan tangan terbuka. Encik Lim ditugaskan untuk memberikan penjelasan tentang haiwanhaiwan yang terdapat di zoo. Kami berpeluang melihat banyak haiwan yang istimewa. Antaranya termasuklah landak , cipan ,tupai ,badak sumbu ,serigala dan sebagainya. Kami berasa kagum seperti rusa masuk ke kampung. Pada hari itu, kami juga menyaksikan pertunjukan monyet. Pertunjukan itu sungguh menarik hati kami. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sangat meriah. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan monyet yang comel itu. Pada pukul 3.00 petang , kami pun berehat sambil makan makanan di sebuah restoran. Menjelang waktu petang , kami pun pulang ke sekolah. Kami berasa gembira kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan.

Disediakan oleh, 20 JANUARI 2013. Tan_______ ( TAN MENG KEONG ) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa. 8. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Jiran Saya. Saya tinggal di sebuah pekan kecil. Jiranjiran saya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India. Ibu dan bapa selalu menasihati saya supaya berbaik-baik dengan jiran. Apabila kita menghadapi kesusahan , orang yang pertama sekali menolong kita ialah jiran, bukan saudara kita yang tinggal jauh . Jiran di sebelah kanan rumah saya ialah Encik Tan. Encik Tan berumur 35 tahun. Dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah. Sekolah itu berhampiran dengan kawasan perumahan kita. Jika saya ada masalah dalam pelajaran , saya akan bertanya dengan Encik Tan. Dia akan mengajar saya dengan penuh sabar. Isterinya ialah seorang suri rumah tangga. Mereka mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Tan Feng. Saya dan Tan Feng belajar di sekolah yang sama. Oleh itu, kami selalu berjalan kaki ke sekolah.

Encik Tan sekeluarga peramah dan bersikap lemah-lembut . Apabila kami bertemu, mereka akan bertegur sapa dengan kami. Kami juga suka berbual-bual dengan mereka. Pada masa lapang, saya akan mengajak Tan Feng bermain badminton di gelanggang sekolah. Isteri Encik Tan juga selalu memberikan kuih-muih yang dibuat olehnya kepada kami. Kami suka akan masakan isteri Encik Tan. Pada hari-hari perayaan , kami juga akan kunjungmengunjungi .Oleh itu, hubungan kami dengan Encik Tan sekeluarga sangat erat seperti isi dengan kuku. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik. Saya berharap agar Encik Tan sekeluarga selalu sihat dan sejahtera. 9. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Beg Sekolah . Aku sebuah beg sekolah yang berjenama . Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Aku bernama Swan. Aku diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi . kecantikkan aku telah menjadi buah mulut orang ramai. Selepas siap dibuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai beg. Kami dipamerkan di atas rak dengan kemas. Tuan kedai melabelkan harga pada badan kami. Aku berharga RM50.00.

Setiap hari, banyak pelanggan datang ke kedai ini. Pada suatu hari, sepasang suami isteri datang ke kedai. Mereka membelek-belek semua beg sekolah dengan teliti. Akhirnya, mereka tertarik oleh kecantikan aku. Mereka membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumah. Setibanya di rumah, mereka menghadiahkan aku kepada anak emas mereka.Anak mereka berasa gembira seperti itik mendapat air . Kini, aku mempunyai seorang tuan. Tuan aku bernama Ramli. Setiap hari, tuan aku akan membawa aku ke sekolah. Perut aku selalu diisi dengan pelbagai jenis buku. Selepas pulang dari sekolah, tuan aku akan meletakkan aku di dalam almari. Setiap minggu, tuan aku juga akan mencuci badan aku sehingga bersih. Tuan aku menjaga aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh . Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Saya berharap agar dapat berkhidmat kepada tuan aku selama-lamanya.

Peribahasa PMR 2000-2012

2000 1. seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk rnasing-masing 2. seperti aur dengan tebing 3. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

4. alah bisa tegal biasa 5. berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak 6. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 7. ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni. 8. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. 2001 1. sediakan payung sebelum hujan 2. ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis

3. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna 4. mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan 5. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan 6. belakang parang kalau diasah lagikan tajam. 7. genggam bara api biar sampai jadi arang 8. sehari selembar benang lama-lama menjadi kain 2002

1. mencurahkan air ke daun keladi. 2. lempar batu bersembunyi tangan. 3. kera mendapat bunga 4. tikus membaiki labu. 1. di mana ada gula di situ ada semut. 2. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 3. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 4. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih 2003 1. kera mendapat bunga 2. pungguk rindukan bulan. 3. kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

4. orang mengantuk disorongkan bantal. 5. sudah terhantuk baru tengadah. 6. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih 7. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain 8. baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak 2004 1. air tenang jangan disangka tidak buaya 2. sarang tebuan jangan dijolok 3. siapa makan lada dialah terasa pedasnya 4. takut kerana salah, berani kerana benar

1. bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing 2. seperti pahat dengan penukul 3. hangat-hangat tahi ayam 4. gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah 2005 1. sediakan payung sebelum hujan 2. ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis 3. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain 4. sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

5. membuang garam ke laut 6. tanah sekepal digunungkan 7. belum duduk sudah berlunjur 8. kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang. 9. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan 10. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 11.sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi 12. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga 2006 1. air dicincang tiada akan putus

2. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan 3. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 4. menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri 5. lalang ditiup angin 6. abu di atas tunggul 7. kerbau dicucuk hidung 8. tiada kerja cari kerja 9. bagaimana gendang begitulah tarinya 2007 1. ukur baju di badan sendiri 2. besar periuk besarlah keraknya. 3. alah membeli menang memakai

4. ada rupa ada gaya. 5. kacang lupakan kulit. 6. habis manis sepah dibuang. 7. tiada rotan akar pun berguna. 8. sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi 9. tak ada laut yang tidak berombak. 10. alang-alang berdakwat, biar hitam. 11. genggam bara api biar sampai jadi arang 12. jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya 2008 1. aur ditarik songsang.

2. telur di hujung tanduk / 3. gunting makan di hujung. 4. embun di hujung rumput. 5. bagai mencurah garam ke laut 6. panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari 2009 1. ikut hati mati, ikut rasa binasa 2. ukur baju di badan sendiri 3. pipit sama pipit, enggang sama enggang 4. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

5. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 6. daripada hidup bercermin bangkai lebih baik mati berkalang tanah 7. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan 8. biar putih tulang, jangan berputih mata 9. pucuk dicita ulam tiba 2010 1. ukur baju di badan sendiri 2. tepuk dada tanya selera 3. alah membeli, menang memakai 4. alah bisa tegal biasa 5. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

6. mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan 7. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis 8. buang yang keruh, ambil yang jernih 9. seperti tikus membaiki labu 10. seperti melepaskan batuk di tangga 11. seperti hangat-hangat tahi ayam 12. seperti pahat dengan penukul 2011 1. seperti itik pulang petang 2. seperti belut pulang ke lumpur 3. tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua

4. berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga 5. seperti abu atas tunggul 6. seperti cacing kepanasan 7. seperti rusa masuk kampung 8. seperti telur di hujung tanduk / 9. gengam bara api biar jadi arang 10. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit 11. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 12. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain

2012 1. bagai cincin dengan permata 2. bagai dakwat dengan kertas 3. bagai pahat dengan penukul 4. bagai isi dengan kuku 5. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna 6. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain 7. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit 8. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis 9. bagai kera kena belacan

10. bagai murai tercabut ekor 11. bagai katak diharung ular 12. bagai anjing menyalak bukit
PMR/SPM- Tatabahasa: Bahasa Istana vs Bahasa Biasa vs
Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Bahasa Istana Almarhum ampun kurnia anugerah baginda bahtera berkenan beradu beranggar berangkat bercemar duli bercemar kaki berputera bersabda bersiram bertitah beta daulat gering Bahasa Biasa

Allahyarham, m maaf hadiah, beri dia perahu bersetuju;suka; s tidur melawat bertolak, berlepa berjalan; sudi da berjalan beranak; bersali berkata mandi berkata saya bahagia sakit

19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42

hari keputeraan hulu inang iram-iram kaus keputeraan kurnia mahkota makam mangkat menghadap murka pacal patik peraduan permaisuri puri putera puteri santap semayam sembah sila singgahsana

hari kelahiran; hari jadi kepala pengasuh payung kasut kelahiran hadiah, beri topi, songkok kubur mati, meninggal jumpa marah saya, patik, hamba saya tempat tidur isteri bilik anak lelaki anak perempuan makan duduk, tinggal memberi salam jemput, ajak kerusi

You might also like