You are on page 1of 149

1

KURSUS INDUKSI KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA

MUKADIMAH DASARDASAR KERAJAAN

DEFINISI DASAR

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DASAR ?


MENGIKUT KAMUS DEWAN, DASAR IALAH; ASAS, TERAS, PANDUAN, ATURAN Dasar mempunyai tujuan ( Matlamat, Fungsi dan Tugas) demi kepentingan negara, agensi, unit atau pihak tertentu. Tanpa dasar ( dan tujuannya) keadaan akan menjadi kelam-kabut dan tiada satupun akan tercapai seperti yang diinginkan

DEFINISI DASAR
Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak

4
DEFINISI DASAR-DASAR KERAJAAN
Satu pengisytiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan / mendapatkan / mencapai objektif.

DASAR-DASAR KERAJAAN
ERA PEMBENTUKAN DASAR KERAJAAN ERA PERTAMA : ERA PENJAJAHAN

BARAT
ERA KEDUA ERA KETIGA ERA KEEMPAT : MALAYAN UNION 1957 : 1957 - 1969 : 1970 - 1990

ERA KELIMA

: 1991 - SEKARANG

(1991-2000 = DPN) (2001-2010 = DWN)

MENGAPA DASAR KERAJAAN DIGUBAL


Meningkatkan kecekapan Meningkatkan produktiviti Mengurangkan kos pengurusan Mengatasi masalah Meletakkan asas pentadbiran negara/organisasi Panduan bagi mencapai objektif Menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik di praktikan

MENGAPA DASAR-DASAR KERAJAAN PERLU DIFAHAMI Supaya dapat merangka program dan pelan tindakan bagi mencapai objektif Mengatasi masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar berkenaan Terlibat secara langsung sebagai kakitangan awam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran)

Penggubalan dan Perlaksanaan Dasar-dasar Memenuhi Objektif Berikut:


Pertumbuhan Ekonomi Pengagihan Pendapatan Kestabilan Kebajikan Pencapaian Wawasan 2020 Pencapaian DPN Kedaulatan dan Ketahanan Negara

Mengenali Dasar-dasar Awam Malaysia


Latar belakang Negara Peringkat Pembentukan Dasar-dasar Negara Penggubalan dan Pelaksanaan Dasar-dasar

MATLAMAT
MATLAMAT DASAR
1.
2. 3.

10

Negara Maju Yang Makmur Dan Bersatu Padu.


Aman Dan Stabil. Cemerlang, gemilang Dan Terbilang.

OBJEKTIF
1. Pencapaian matlamat Wawasan 2020

11

(Menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dengan ciri-ciri sempurna).

2. Pencapaian matlamat-matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 3. Pertumbuhan ekonomi dan Pengagihan yang adil; dan

4. Kedaulatan dan ketahanan negara.

BENTUK DASAR
1. Perundangan Akta , Ordinan, Enakmen 2. Arahan Pentadbiran Surat Pekeliling 3. Arahan Tetap Perintahperintah Am, Arahan Perbendaharaan 4. Strategi; Rancangan, Program dan Projek

12

MEKANISME PENGGUBALAN
MENGENALPASTI MASALAH MENENTUKAN MATLAMAT / OBJEKTIF MEMILIH STRATEGI - Rancangan - Program - Projek

13

MEKANISME PENGGUBALAN
SERENTAK DENGAN PENGGUBALAN RANCANGAN 5 TAHUN / RRJP - CONTOH : DEB, DPN, DWN, DS&T DLL J/KUASA AD HOC CONTOH: DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN, DASAR PERTANIAN NEGARA DLL

14

KERANGKA PERANCANGAN
1956-1960 1 Malaya Plan 1961-1965 2 Malaya Plan 1966-1970 1 Msia Plan

15

1971-1975 1976-1980 1981-1985 1986-1990 1991-1995 1996-2000


2001-2005 2006-2010 2011-2015 2016-2020

2 Msia Plan 3 Msia Plan 4 Msia Plan 5 Msia Plan 6 Msia Plan 7 Msia Plan
8 Msia Plan 9 Msia Plan 10 Msia Plan 11 Msia Plan

RRJP1 (DEB) 1971-1990

RRJP2 (DPN) 1991-2000


RRJP3 (DWN) 2001-2010

?
W2020 1991 2020

NEGARA MAJU

16
MENGENAI DASAR-DASAR AWAM

DASAR-DASAR UTAMA 1. Wawasan 2020


2. Dasar Ekonomi Baru (RRJP 1) (1971-1990)

3. Dasar Pembangunan Nasional (RRJP 2)


(1991-2000)

4. Dasar Wawasan Negara 5. Dasar Perindustrian Negara 6. Dasar Pertanian Negara

7. Dasar Pengswastaan Negara

17
MENGENAI DASAR-DASAR AWAM

DASAR-DASAR UTAMA
8. 9. 10. 11. 12. 13. Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Sains dan Teknologi Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Pandang Ke Timur Dasar /Program Pembaharuan & Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

18
MENGENAI DASAR-DASAR AWAM

DASAR-DASAR LAIN
1. Dasar Wanita Negara 2. Dasar Pengeluaran Negara

3. Dasar Buruh Negara


4. Dasar Kependudukan Negara 5. Dasar Penerapan Islam Dalam Pentadbiran 6. Dasar Luar Negara

PENILAIAN DAN RUMUSAN


1. Pelaksanaan yang cekap &

19

berkesan 2. Penerimaan semua peringkat 3. Persekitaran sosio, ekonomi, politik. Dalam negara & luar negara 4. Penglibatan pemimpin, ahli eksekutif pegawai kerajaan

20
WAWASAN 2020
Pada 28/2/1991 - Sempena Pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia, Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk MALAYSIA MELANGKAH KE HADAPAN Merupakan satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.

21 MATLAMAT TERAKHIR YANG KITA SEPATUTNYA CITA-CITAKAN ADALAH SEBUAH NEGARA MALAYSIA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020.
PM/28 FEBRUARI 1991/MBC

2020 ?

Malaysia tidak seharusnya menjadi negara maju dari segi ekonomi sahaja. Negara mestilah maju dari semua bidang: ekonomi, politik, kerohanian, psikologi dan kebudayaan iaitu kemajuan sepenuhnya untuk mencapai perpaduan negara yg didorong oleh faktor-faktor seperti Pertumbuhan ekonomi yang pesat, agihan kekayaan yang seimbang, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan yang cekap & berkesan, mutu hidup yang tinggi, nilai sosial & kerohanian di samping mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa serta negara sendiri.

22

MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA IALAH UTK MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA INDUSTRI DAN.. PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA YG BENARBENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020 .. MENURUT ACUAN KITA SENDIRI .

23
WAWASAN 2020 Wawasan strategik jangka panjang Arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai negara maju sepenuhnya dgn nilai2 positif tersendiri.

24
OBJEKTIF WAWASAN 2020

Negara maju dalam semua aspek kehidupan. Rakyat hidup dalam aman damai dan bersatu padu.

25
PERSPEKTIF WAWASAN 2020
PERSPEKTIF : Pembentukan satu negara bangsa Malaysia. Negara Perindustrian. Keadilan Ekonomi dan sosial Moral dan Etika. Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan.

26

CABARAN 1

27

Membentuk sebuah negara yg bersatu padu, yg mempunyai matlamat yg serupa dan dikongsi bersama. Ia mestilah sebuah negara yg sejahtera, bersatu antara wilayah & kumpulan etnik, menikmati kehidupan yg harmonis berdasarkan persamaan hak & keadilan, membentuk BANGSA MALAYSIA
dgn rasa taat setia & dedikasi terhadap bangsa tersebut.

CABARAN 2
Melahirkan masyarakat Malaysia yg bebas, teguh & terbentuk jiwanya, yakin diri sendiri, bangga dgn keadaannya kini & segala yg telah dicapainya, dan cukup tangkas utk menghadapi segala jenis rintangan. Mempunyai sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar sedar akan potensinya, tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.

28

CABARAN 3

29

Memupuk & membangunkan sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat, musyawarah dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain.

CABARAN 4
Mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, di mana warganegaranya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan & kerohanian yang murni & disertai dengan budi yang luhur.

30

CABARAN 5
Masyarakat yang matang, liberal dan saling memahami. Semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agama masing-masing, tanpa rasa tersisih daripada bangsanya.

31

CABARAN 6
Masyarakat Malaysia berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang bukan sahaja memanfaatkan teknologi tetapi turut menyumbang kepada sains dan teknologi masa hadapan.

32

CABARAN 7

33

Masyarakat penyayang dan bertimbang rasa, dgn sistem sosial yang lebih pentingkan masyarakat daripada diri sendiri. Kebajikan rakyat tidak berasaskan kepada negara atau individu tetapi kepada sistem keluarga yang kukuh dan mantap.

CABARAN 8
Masyarakat yang adil ekonominya. Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan kemajuan ekonomi dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat spt ini tidak akan terbentuk selagi terdapat pengenalan kaum dengan fungsi ekonomi dan pengenalan kemunduran ekonomi dengan kaum.

34

CABARAN 9
Mencapai sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, teguh dan berdaya tahan.

35

36

DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Matlamat utama DEB ialah matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Objektif utama matlamat ini ialah untuk mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

37 STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN


Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan Memindahkan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan atau lebih produktif. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

38
Memodenkan kehidupan di luar bandar Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi.

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT 39


Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT 40 Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan sebagainya.

PENCAPAIAN DEB

41

Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat menunjukkan bahawa pendapatan purata sebenar isi rumah telah bertambah baik, iaitu Melayu (RM290.00), Cina(RM565.00) dan India(RM455.00). Kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% pada tahun 1971 kepada 29% pada tahun 1980 dan kadar ini telah turun kepada 17.1% tahun 1990.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL


LATARBELAKANG : Banyak kemajuan yang dicapai namun masih belum sepenuhnya. Socio Economic Engineering ala DEB perlukan masa yang lebih lama. DPN dilancarkan pada 17/6/1991 sebagai kesinambungan DEB. Penekanan kpd strategi pembasmian kemiskinan. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra. Menggalakkan penglibatan sektor swasta. Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia,sistem nilai dan etika. Pengagihan kekayaan yang lebih saksama.

42

43
OBJEKTIF DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Perpaduan Negara. Taraf Negara Maju.

44 44
MATLAMAT DPN

Matlamat Dasar Pembangunan Nasional ialah untuk menyatupadukan penduduk pelbagai kaum dan mewujudkan Malaysia menjadi sebuah negara maju, aman dan makmur mengikut acuan sendiri sebagaimana yang digariskan dalam cabaran Wawasan 2020.

45 45
DIMENSI-DIMENSI BARU DPN
Membasmi golongan termiskin dan kemiskinan relatif Menumpukan kepada perwujudan gunatenaga dan pembangunan pesat. Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat. Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia.

46
STRATEGI DPN
Mewujudkan corak pembangunan yang lebih seimbang . Keseimbangan pertumbuhan dan pengagihan. Saling melengkapi antara sektor. Keseimbangan sosial dan ekonomi. Integrasi Nasional. Masyarakat yang progresif, bermoral dan beretika. Sumber manusia yang berkualiti. Penggunaan Sains & Teknologi. Pemeliharaan alam sekitar.

47
PROGRAM PELAKSAAN DPN
Pencapaian yang berkualiti & berkekalan. Persaingan antara bangsa. Wawasan 2020. Pembasmian kemiskinan. Penyusunan semula masyarakat.

48

Rangka Rancangan Jangka Panjang II (RRJP 2)


RRJP 2 merupakan kesenambungan daripada RRJP 1 dan ia mula dilaksanakan pada tahun 1991. Aspek-aspek utama di dalam RRJP 2 ialah Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Nasional.

49

TERAS UTAMA RRJP 2


Mengekalkan pertumbuhan pesat ekonomi negara untuk mencapai matlamat pembangunan seimbang dan penglibatan sektor swasta sebagai peneraju utama ekonomi negara berdasarkan empat Rangka Pembangunan Negara;

50
AKTIVITI-AKTIVITI DPN
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan Memindahkan orang yang berkerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan atau lebih produktif.

51 51
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. Memodenkan kehidupan di luar bandar Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

52 52

Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi.

53 53
DASAR WAWASAN NEGARA
RRJP3 YANG MERUPAKAN PEMBANGUNAN DEKAD KEDUA WAWASAN 2020 DIGUBAL BERASASKAN DASAR WAWASAN NEGARA(DWN) LATAR BELAKANG - PEPADUAN MERUPAKAN TONGGAK UTAMA DWN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG PROGRESIF DAN MAKMUR SERTA HIDUP DALAM HARMONI DAN MELIBATKAN SEMUA PIHAK SECARA SEPAKAT DAN SAKSAMA.

54 54
DIMENSI BARU DWN
Membangunkan malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

Menjana petumbuhan yang didorong oleh sumber dan keluaran tempatan melalui pengukuhan perlaburan di dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan asing.

55 55
Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang tinggi. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin. Mencapai penyertaan bumiputera berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010.

56 56
Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi. Mengorientasi semula pembangunan sember manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

57

LATARBELAKANG : Digubal bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah Inggeris Lahir atas satu Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam ordinan Pelajaran 1957. Disemak semula pada 1960 yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960, kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. 1974 JK Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pendidikan.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

58

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

59
OBJEKTIF
Dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Menyatupadukan kanan-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja Melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Strategi :
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Kurikulum yg sama. Sistem peperiksaan yg sama. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Pendidikan yg menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Peluang pendidikan asas selama 9 tahun. Mendemokrasikan pendidikan. Menyediakan Pendidikan Rendah KBSR dan Pendidikan Menengah KBSM. Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik,

60

61
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Strategi : (sambungan) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat Universiti. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. Menjadikan Bahasa kebangsaan dan B Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi peluang yg sempurna bagi pembelajaran bahasa2 lain. Menggalakkan aktiviti kokurikulum.

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA


1. LATAR BELAKANG Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan Malaysia dilaksanakan bercorak gantian-import tapi skop pasaran terhad. 1970 mula berubah berorientasikan eksport dengan matlamat: Mencapai matlamat DEB Mempelbagaikan dan mengembangkan industri ke seluruh negara. Menambahkan tukaran asing menerusi pewujudan industri berteknologi tinggi dan meningkatkan kemahiran pekerja. Menambahkan industri kecil Mengurangkan import barangan jentera Mengeksloitasi pertalian pengeluaran danpemprosesan. Menguatkan keupayaan teknologi sektor pembuatan _ Mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara. _ Asas yang kukuh untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju.

62

62

63
RASIONAL
1. Walaupun matlamat-matlamat pembangunan perindustrian telah menghasilkan kemajuan yang pesat dalam tahun 70-an, beberapa kelemahan telah dapat dikesan terutamanya dalam awal tahun 80-an di mana kemelesetan sektor luar telah menjejaskan prestasi sektor pembuatan Malaysia.Tumpuan hanya kepada pengeluaran barangan elektrik, bahan-bahan kimia dan petroleum, tekstil, kasut dan beberapa pengeluaran jentera dan peralatan perhubungan.

63

64
2. Campurtangan kerajaan dalam memberikan galakan seperti galakan cukai, galakan pelaburan industri baru, galakan tempatan, Akta Penyelarasan Perindustrian dan Pewujudan Kawasan Perdagangan Bebas telah menghasilkan keadaan yang tidak seimbang dalam industri pembuatan. Antara kesan yang tidak seimbang ialah: a. Terlalu berat kepada 2 sektor eksport elektronik dan tekstil (65%) b. 73% kegiatan bertumpu di kawasan maju c. Kadar kepentingan asing yang tinggi dalam modal tetap - misalnya industri elektronik (80%) tekstil (54%) d. Kebanyakan firma yang menggunakan galakan ialah firma multinasional yang berorientasikan pasaran eksport yang kurang perhatian kepada mewujudkan pemprosesan dalam negeri.

64

65
3. Kelemahan-kelemahan ini ditambah dengan tidak wujudnya dasar perindustrian negara yang dapat mengadakan matlamat dan strategi yang terang bagi menyelaras kesemua kegiatan pembuatan negara khususnya kepada industri berasaskan pertanian.

65

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA 66


Objektif : Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara. Meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan(R & D) teknologi tempatan. Merangka secara terperinci kegiatan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum

67 67
Objektif (sambungan) . Menyatukan industri yang sedia ada dengan kegiatan mengeluarkan bahan mentah dan kegiatan memproses bahan Merangka keperluan teknologi sektor dengan melangkapkan program yang menyeluruh Menyediakan profil industri yang sesuai seperti keluasan pasaran dan keupayaan yang sedia ada, kedudukan permintaan dan penawaran berbagai jenis barang

DIMENSI-DIMENSI UTAMA DPN


Membasmi golongan termiskin dan kemiskinan relatif. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam peneraju dan penggerak ekonomi negara mengganti peranan sektor awam. Meningkatkan pembangunan sumber manusia sebagai aset utama mengganti pergantungan kepada bahan komoditi.

68 68

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA 69


Strategi Pelan Induk : Dasar perindustrian yang berpandangan keluar - Lebih tinggi dan lebih kompetitif. Memajukan industri berasaskan sumber untuk eksport. Memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport. Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yg bersepadu. Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat

Strategi Pelan Induk (sambungan) Mengurangkan perbelanjaan dlm pembinaan infrastruktur. Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dgn mempertingkatkan pembangunan industri kecil dan sederhana. Memperkukuhkan institusi yg bertanggungjawab kpd pembangunan sektor pembuatan Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya saing yg lebih tinggi.

70

LANGKAH PELAN INDUK PERINDUSTRIAN


71 71

EKSPORT (E) SUMBER DAN BUKAN SUMBER (S) INDUSTRI BERAT (B) SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU (M) TEKNOLOGI DAN TENAGA RAKYAT (T) INFRASTRUKTUR (I) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (K) INSTITUSI (I) SISTEM GALAKAN (G)

PENCAPAIAN SEMASA DAN MASALAH


1. Walaupun PIP dalam penyediaan, beberapa langkah ke arah melaksanakannya telah dijalankan seperti projek industri berat kereta, kilang simen, besi waja, methanol, anamonia dan kompleks petro-chemical. Kempen menggalakkan pengguna menggunakan barangan buatan Malaysia telahpun dijalankan. Galakan untuk industri kecil dan berasaskan pertanian dilaksanakan.

72

2.

3.

4.

Menghapuskan atau mengurangkan segala kekangan dan prosedur lapuk pentadbiran sektor pembuatan bagi menggalakkan sektor swasta mengambil bahagian selaras dengan konsep persyarikatan Malaysia.
72

73
PENCAPAIAN SEMASA DAN MASALAH(sambungan)
5. Langkah utama untuk mencapai PIP ialah membuat keputusan untuk menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian dan mengenalpasti apakah keperluan jangka masa panjang mengenainya.
6. Mencari usaha pemindahan teknologi dengan menguatkan bidang R&D, sumber dan teknologi yang cukup serta tenaga manusia yang pakar dan mahir untuk melaksanakannya. 7. Mewujudkan sekumpulan besar usahawan untuk mencebur diri dalam bidang ini.

73

STRATEGI DAN PELAKSANAAN (Sambungan)


perundingan aplikasi kewangan penentuan harga implikasi kepada kakitangan pelaksanaan DEB pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap penswastaan

74

74

75
DASAR PERTANIAN NEGARA
Membangunkan sektor pertanian : Tanaman,ternakan,perikanan dan perhutanan. Memaksimumkan daya pengeluaran. Meningkatkan pendapatan petani2. Meningkatkan hasil pertanian dan mutu komoditi yg berpotensi untuk dieksport.

76
DASAR PERTANIAN NEGARA
Dilancarkan12 JANUARI 1984 Garis panduan kerajan dan swasta menggiatkan sektor pertanian Peratus sumbangan sektor pertanian dalam kdnk telah menurun 21.8 %(1987) turun 18.7%(1990) Gunatenaga menurun 51%(1970),31%(1988) 27.8(1990)

DASAR PERTANIAN NEGARA


Penswastaan dan penyertaan pihak swasta Pembangunan komoditi Program halacara baru dalam pembangunan kampung dan luar bandarpengelompokan kampung, penyatuan tanah, aktiviti pertanian secara komersial dan industri kampung

77

78
OBJEKTIF
1. Meningkatkan hasil pengeluaran melalui penggunaan sumber-sumber secara optima,

2. Menambah pendapatan penduduk khususnya di luar bandar dan basmi kemiskinan,


3. Menyeimbangi pembangunan ekonomi negara berdasarkan pembuatan 4. Meningkat dan menyedia yang cukup bagi penduduk, sumber makanan

5. Maksimumkan pendapatan melalui perluasan tanaman tradisional untuk eksport dan galakan keluaran makanan dan tanaman industri pertanian.

OBJEKTIF (SAMBUNGAN)

79

5. Menambah pendapatan negara melalui pembekalan bahan mentah yang menjadi asas keperluan perindustrian tempatan dan luar negara 6. Membangun tanah pertanian dengan menggunakan teknologi tinggi yang berkesan, dan 7. Meningkatkan daya saing dan kemampuan sektor pertanian melalui penglibatan pelbagai sektor termasuk swasta

80
STRATEGI UMUM: Penggunaan sumber secara optimum. Pemesatan Pembangunan Industri berasaskan pertanian. Penyelidikan dan pembangunan. Peranan utama sektor swasta. Pembentukan semula pemasaran. Pembangunan industri makanan yang dinamik.

STRATEGI PERTANIAN DALAM RRJP2 (1991 2000).


1. Peningkatan teknologi. produktiviti

81

melalui

2. Pertanian berasaskan komersil dan perdagangan.


3. Pembangunan pertanian. in-situ dan intensif oleh

4. Pembangunan tanah swasta / usahasama.

baru

5. Mewujudkan rantaian dengan sektor pembuatan.


6. Dasar pertanian baru

PROGRAM:
1. 2.

82

PEMBUKAAN TANAH BARU - FELDA, FELCRA PEMBANGUNAN IN-SITU Penanaman semula, Penyatuan / Kelompok , Projek bersepadu.

3. PERKHIDMATAN SOKONGAN PERTANIAN Latihan, Pemasaran & Galakan khas 4. PEMBANGUNAN SOSIAL DAN INSTITUSI jalanraya, bajaan, pengangkutan dll. 5. PENSWASTAAN DAN PENYERTAAN PIHAK SWASTA Tingkatkan produktiviti, optimum pendapatan 6. PEMBANGUNAN KOMODITI R & D

PANDUAN PENGELUARAN MAKANAN Tanaman Makanan 1. Padi 2. Sayuran 3. Buahan : :

83

Matlamat pengeluaran 55% - 65% Keperluan negara dan eksport.

:
: :

Jenis sayuran berkualiti.


Komersil Pemerosesan

:
4. Perikanan : : 5. Ternakan :

Eksport
Permintaan dan eksport, Perikanan laut dalam Modernisasi peralatan Daging lembu, Ayam / telur. Kambing / biri biri Susu segar, Makanan ternakan

84
TANAMAN INDUSTRI
1. Getah : : Teknologi moden Kawasan sedia ada Perladangan Teknologi tinggi : 3. Koko : 4. Kelapa : 5. Lada Hitam

2. Kelapa sawit :

Kawalan mutu eksport Kegunaan tempatan : Tidak diperluaskan

6. Tembakau

Kawalan mutu
Eksport

7. Bunga-bungaan:

85
PERHUTANAN 1. Pembukaan hutan dihadkan

2. Pemuliharaan sumber hutan.


INDUSTRI PERTANIAN

1. Pemerosesan.
2. Penyimpanan / Storan beku

3. Pengangkutan

86 86
DASAR PENSWASTAAN NEGARA
Dasar Penswastaan merupakan satu program kerajaan yang melibatkan pemindahan atau penjualan kepentingan-kepentingan kerajaan sama ada dalam bentuk ekuiti atau aset kepada pihak swasta. Ia melibatkan sama ada pemindahan atau penjualan secara sebahagian atau keseluruhannya.

87
DASAR PENSWASTAAN
MEKANISME/BENTUK PENSWASTAAN 1. 2. 3. Memindahkan hakmilik dan pengurusan dari sektor awam ke sektor swasta. Contoh: Kumpulan FIMA Penswastaan secara penuh iaitu penjualan 100% saham kerajaan kepada swasta. Contoh: Kumpulan FIMA. Penswastaan sebahagian iaitu pemindahan sebahagian saham hakmilik kerajaan kepada swasta. Contoh: TNB, MAS, dan Telekom. Penswastaan secara terpilih dimana kerajaan menjual atau memajak sesuatu perkhidmatan atau kepentingan. Ini boleh digerakkan oleh kerajaan seperti penyediaan perkhidmatan letak kereta awam atau boleh digerakkan oleh pihak swasta seperti pembinaan jejambat atau lebuhraya. Penswastaan pengurusan kerajaan mengekalkan hakmilik tetapi pengurusannya sahaja diserahkan kepada swasta.

4.

5.

88
DASAR PENSWASTAAN
6. Penyertaan sektor swasta dalam kegiatan penyelidikan perkhidmatan secara kontrak. Melibatkan pembahagian tanggungjawab menyediakan sesuatu perkhidmatan khusus seperti mencuci atau menyelenggara kawasan awam sebelumnya dijalankan oleh kerajaan. Penswastaan melalui pajakan . penswastaan ini melibatkan penyewaan kemudahan-kemudahan yang tertentu. Ini tidak melibatkan pemindahan hakmilik walau pun kemungkinan yang sedemikian boleh dipertimbangkan.

7.

Peluang penswastaan meliputi berbagai bidang termasuklah pertanian, pembuatan, pembinaan, kemudahan-kemudahan awam, pengangkutan, penyimpanan, perhubungan dan lain-lain.

89
DASAR PENSWASTAAN
RASIONAL DASAR Dalam menguruskan sesebuah perusahaan kerajaan-kerajaan dimana jua di dunia adalah terkenal dengan ketidakcekapannya walaupun dibantu dengan unsur-unsur monopoli dan kuasa kerajaan. Sebaliknya sektor swasta didapati lebih cekap dan lebih bermotivasi. Adalah menjadi harapan kerajaan agar penswastaan dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan perkhidmatan keseluruhannya yang seterusnya akan menghasilkan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi.

OBJEKTIF 1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan.

90

2.
3. 4. 5.

Meninggikan kecekapan dan penghasilan.


Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pengagihan sumber secara cekap. Mempercepatkan pencapaian hasrat (DEB)

91
STRATEGI DAN PELAKSANAAN
Penubuhan jawatankuasa khas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Menyediakan garis panduan lengkap bagi membolehkan kementerian atau jabatan menswastakan beberapa perkhidmatan masing-masing. Isu-isu penting yang perlu diberi pertimbangan ialah :) pemecahan suatu perkhidmatan (Fragmentation) hal keselamatan 91

92
DASAR PENSWASTAAN
Bentuk Bentuk Penswastaan : Penjualan : Ekuiti , Aset. Pajakan. Kontrak Pengurusan. Bina Kendali Pindah Bina Kendali

93 93
Bentuk Penjualan Ia meliputi penjualan aset atau ekuiti kerajaan. Penjualan ekuiti melibatkan pemindahan ketigatigakomponen organisasi, iaitu tanggungjawab pengurusan, aset dan kakitangan. Manakala penjualan aset boleh melibatkan ketiga-tiga atau sebahagiannya. Contoh Telekom, TNB dll.

Bentuk Pajakan Ia melibatkan pemindahan hak menggunakan aset kerajaan untuk tempoh tertentu dengan bayaran pajakan tanpa melibatkan pemindahan hak milik dan biasanya melibatkan aset yang bernilai tinggi. Contohnya PLUS

94 94

95 95
Bentuk Kontrak Pengurusan Ia melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk menguruskan sesuatu entiti kerajaan dengan di bayar yuran pengurusan. Contohnya pengswataan pengurusan Hotel Sri Malaysia.

Bina-Kendali-Pindah atau BKP. Ia melibatkan penswastaan projek-projek kerajaan seperti projek infrastruktur dan kemudahan awam. BKP melibatkan pihak swasta diberi kebenaran untuk membina projek, mengendalikan untuk tempoh tertentu termasuk kuasa untuk mengambil keuntungan dan menyerahkan kembali kepada kerajaan setelah tamat tempoh perjanjian atau konsesi. Contohnya PLUS.

96 96

97
Bina-Kendali (BK) Ia melibatkan konsep pihak swasta diberi kebenaran untuk membangunkan atau membina sesuatu projek atau kemudahan awam dan mengendalikan atau menguruskannya secara berterusan tanpa perlu menyerahkan kembali kepada kerajaan. Perbezaan dengan BKP ialah BKP memerlukan pihak swasta menyerahkan semula kemudahan tersebut kepada kerajaan di akhir tempoh konsesi. Contoh ERL.

98
MASALAH
Pekerja dan guna tenaga Perancangan penswastaan Pemecahan perkhidmatan atau agensi Penswastaan dan soal hak milik Aspek perundangan Penilaian harta-harta
98

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA INCORPERATED (25.02.1983)

99

TAKRIFAN: Kerjasama antara sektor swasta dengan sektor awam untuk meningkatkan pembangunan negara. Malaysia dianggap sebuah syarikat. Kakitangan awam dan swasta adalah pemilik bersama. Kedua-dua sektor harus mencapai persetujuan dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.

OBJEKTIF

100 100

Mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama. Menghapuskan sifat permusuhan di antara kedua-dua sektor dengan menggalakkan perkongsian maklumat dan saling faham memahami akan prosedur dan matlamat kedua belah pihak. Meningkatkan hasil negara

101 101
PERANAN SEKTOR AWAM DALAM DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

Sebagai Fasilitator Sebagai Perancang Sebagai Pelaksana

TANGGUNGJAWAB SEKTOR SWASTA DALAM DPM

102 102

Sebagai Penggerak Pertumbuhan Ekonomi Negara Sebagai Pengeluar Barangan Sebagai Peneroka Pasaran

103 STRATEGI
1. INTAN mengendalikan forum mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara sektor swasta dengan sektor awam. 2. Penubuhan Panel Perundingan antara sektor swasta dengan sektor awam.

104
3. Penempatan pegawai kerajaan di syarikat swasta untuk mempereratkan hubungan dan mempelajari sistem pengoperasian sektor swasta. Penubuhan Jawatankuasa Persyarikatan Malaysia Peringkat Pengawal untuk memperkukuhkan perundingan awam-swasta.

4.

5.

Penerbitan Buku Berurusan Dengan Perkhidmatan Awam Malaysia.


Penggubalan Piagam Pelangan: Pernyataan komitmen bertulis tentang jaminan standard dan kualiti perkhidmatan.

105

6.

106
7. Pengenalan Rangkaian Perkhidmatan Awam (Civil Service Link) maklumat Public Service Network pembayaran bil setempat.

8.

PENCAPAIAN:

107

Penubuhan Panel Perunding Pensyarikatan Malaysia. Usaha-usaha memperbaiki Perkhidmatan Awam. Panduan (baru) Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan Malaysia (PPKA Bil. 9 Tahun 1991)

KELEMAHAN:

- Pemahaman dan penerimaan konsep. - Keberkesanan Panel Perunding terhad - Persepsi yang salah - Masalah sektor swasta yang terdiri dari banyak kumpulan dan berbagai kepentingan. - Kelemahan komunikasi. - Perkongsian maklumat dan aliran maklumat yang tidak mencukupi. - Krisis kepimpinan - Penyelarasan dan muafakat yang tidak efektif - Kelemahan kerjasama antara kedutaan dengan agensi dagang & swasta

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA


RASIONAL / LATAR BELAKANG:
1. Digubal pada bulan April 1986 2. Menjelang tahun 2020 Malaysia menjadi sebuah negara maju.

108

3. Mewujudkan masyarakat saintifik dan


progresif. 4. Penyumbang tamadun saintifik dan teknologi

masa hadapan.
5. Kaitan sains dan teknologi dengan sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian dll.

109
OBJEKTIF
1. Untuk mencapai tahap negara maju dan negara industri, 2. Untuk mengatasi / menangani masalah dalam sektor perindustrian (pelbagaian kualiti dan rangkaian industri) 3. Untuk membentuk ekonomi yang cekap melalui penyelidikan dan pembangunan (r&d)

4. Masyarakat saintifik dan progresif mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang kehadapan, pengguna teknologi dan penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. 5. Meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, pengurusan dan kepakaran. 6. Menggalakkan kefahaman, kesedaran dan penghargaan terhadap bidang strategi.

110

111
STRATEGI
1. PROGRAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (P&P) KEBANGSAAN; * Program penumpuan penyelidikan dan bidang-bidang keutamaan. * Skim geran penyelidikan dan

pembangunan industri.
*Skim geran penyelidikan dan pembangunan multimedia.

*Skim geran demonstrator application.

112
2 PEMBANGUNAN - SUMBER TENAGA MANUSIA
- Program pembangunan
Sumber manusia s & t - Fellowship sains kebangsaan (nsf)

- Program pasca siswazah dan pasca


doktoral.

3. PROGRAM PENGGALAKAN SAINS

DAN TEKNOLOGI

113
4. DIREKTORAT BIOTEKNOLOGI KEBANGSAAN (BIOTEK) - Untuk menggalakkan dan menyelaras

aktiviti-aktiviti dalam bidang bioteknologi. 5. PUSAT MEKLUMAT SAINS DAN TEKNOLOGI MALAYSIA (MASTIC) - Pembangunan dan petunjuk sains dan teknologi kebangsaan. - Pengkalan data sains dan teknologi dalam talian masticlink.

114
DASAR / PROGRAM PEMBAHARUAN & PENINGKATAN PRODUKTIVITI & KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
RASIONAL Perubahan keadaan dunia yg berubah dgn cepat Aspirasi dan kehendak rakyat yg makin meningkat Kemajuan dalam Sains dan Teknologi. Kekurangan sumber dan perubahan pemikiran. Hasil drpd keluaran negara menghadapi persaingan hebat di pasaran dunia..

115
OBJEKTIF DASAR
Tingkatkan keupayaan dan produktiviti sektor awam. Penggunaan sumber2 negara secara optimum. Meningkatkan jumlah dan mutu perkhidmatan kpd orang ramai.

116
STRATEGI PERLAKSANAAN
1. Perubahan terhadap nilai :
* * * * * * * Etika Perkhidmatan Awam Penggunaan Kad Perakam Waktu Bersih, Cekap dan Amanah Dasar Pandang Ke Timur Pemakaian Tanda Nama Kepimpinan Melalui Teladan Persyarikatan Malaysia

117
STRATEGI
2. Pembaharuan Terhadap sistem : * Sistem Tatacara Kerja * Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja * Pejabat Pelan Terbuka * Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja(KMK) * Pengurusan Melalui Mesyuarat * Panduan Sistem Pengurusan Fail * Perkhidmatan Kepada Orang Ramai * Meningkatkan Mutu Pentadbiran Daerah * Automasi dan Mekanisasi Pejabat * Meningkatkan Kawalan dan Menjimatkan Kos

118
DASAR PANDANG KE TIMUR
Rasional: Jepun dan Korea telah menunjukkan pertumbuhan yang pesat dari kemusnahan Perang Dunia Kedua. Malaysia mempunyai nilai yang sama dengan Jepun dan Korea.

119
OBJEKTIF

1. Meningkatkan kemahiran, kecekapan, pengetahuan serta menerapkan nilai-nilai dan etikakerja yang positif. 2. Meningkatkan daya pengeluaran dan mutu kerja.

120
Strategi Perlaksanaan

1.

Perubahan struktur:
- Penubuhan Kumpulan - Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) - Konsep Pejabat Terbuka - Perkhidmatan Kaunter/ Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat - Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

121 2. Perubahan Sikap - Kad Perakam Waktu - Penggunaan Tanda Nama - Kepimpinan Melalui Teladan

122

3. Latihan dan Kursus


Latihan Perindustrian & Teknikal - meningkatkan keupayaan teknikal & penerapan etika kerja orang Jepun & Korea utk meningkatkan daya pengeluaran. Program Pengajian Akademik - peluang pelajar Msia melanjutkan pengajian dlm sains, teknikal & pengurusan.

123
Program Kemajuan Teknikal - memberi tumpuan kpd lepasan sekolah vokasional di Malaysia. Program Kemajuan Eksekutif - menempatkan eksekutif Msia di agensi berkenaan di Jepun dan korea. Program antara Institusi - jalinan hubungan institusi Msia dengan institusi di Jepun & Korea. Skim Latihan Pembangunan Usahawan.

124
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

OBJEKTIF
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi

125
Prinsip dasar kebudayaan kebangsaan
Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Rantau ini merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja serta kepulauan selatan pasifik. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima

126
Sambungan

Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.

127
STRATEGI PERLAKSANAAN

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Memenuhi keperluan sosio-budaya. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

128
RUMUSAN

Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

129
DASAR-DASAR LAIN

Penerapan nilai-nilai islam Dasar wanita negara Dasar buruh Dasar kependudukan negara Dasar-dasar luar

DASAR / PROGRAM PEMBAHARUAN & PENINGKATAN PRODUKTIVITI & KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
STRATEGI PELAKSANAAN :

1. Perubahan terhadap nilai : * * * * * * * Etika Perkhidmatan Awam Penggunaan Kad Perakam Waktu Bersih, Cekap dan Amanah Dasar Pandang Ke Timur Pemakaian Tanda Nama Kepimpinan Melalui Teladan Persyarikatan Malaysia

1.

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

Mewujudkan nilai hidup dan pegangan moral yang tinggi mengikut lunas-lunas Islam. Memupuk nilai murni di kalangan orang ramai. Antara nilai-nilai : Amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

Objektif :
Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yg bermaruah,beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. Menubuhkan sebuah Negara Bahagia. Menghapuskan sikap yg negatif dalam menjalankan tugas yg dipertanggungjawabkan. Menghasilkan perkhidmatan yg bermutu.

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN


Strategi : Sebagai permulaan,dasar ini ditumpukan kpd anggota perkhidmatan awam. Mengemaskinikan dan membentuk jentera pentadbiran berdasarkan nilai2 positif. Menerapkan nilai2 di kalangan anggota kerajaan melalui penerangan dan penjelasan dasar ini.

2. DASAR WANITA NEGARA

Pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan wanita di dalam pembangunan negara. Menempatkan wanita sebagai rakan yg sama penting dalam usaha membina negara

DASAR WANITA NEGARA

Objektif : Untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat. Mengintergrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara.

DASAR WANITA NEGARA


Strategi Pelaksanaan : Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita(HAWA) sebagai jentera pembangunan negara. Mengintergrasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses perancangan,pelaksanaan dan pengawasan program2 pengintergrasian wanita. Pendidikan dan latihan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan mengenai isu wanita. Penglibatan Badan2 Bukan Kerajaan. Membasmi diskriminasi dan mengambil tindakan tegas. Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai isu wanita Peruntukan anggaran belanjawan.

3.

DASAR BURUH NEGARA

Mendukung prinsip tripartisme di antara kerajaan, majikan dan pekerja.

DASAR BURUH NEGARA Objektif :

* Menentukan adanya strategi pekerjaan untuk semua orang. * Wujudnya tenaga kerja terlatih dan berkemahiran serta sanggup menerima perubahan. * Meningkatkan produktiviti perburuhan dan menggalakkan etika kerja yang baik demi perkembangan ekonomi negara yg berterusan * Mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yg harmoni * Memastikan bahawa standard perburuhan dan penentuan keselamatan sosial adalah responsif untuk memenuhi segala kehendak dalam memperbaiki mutu penghidupan kaum pekerja

DASAR BURUH NEGARA


Strategi : Keperluan menggerakkan Dasar Sumber Manusia melalui rundingan tripartisme. Pasaran buruh yg dinamik. Strategi pekerjaan Pembangunan pendidikan,latihan dan kemahiran. Perhubungan perusahaan perburuhan yg bermoral Falsafah pengurusan. Hak-hak dan tanggungjawab pekerja. Mempertingkatkan mutu penghidupan pekerja Keselamatan sosial. Penamatan kerja. Pekerja-pekerja wanita. Kanak-kanak dan remaja. Pendidikan perburuhan Kajian undang-undang dan amalan-amalan buruh.

4. DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA (1984 )


Meningkatkan jumlah penduduk kepada 70 juta menjelang tahun 2100 (tempoh 115-120 tahun). YAB PM bulan September 1982 semasa Perhimpunan Agung UMNO. Perbandingan Msia dengan kawasan 334,000 km persegi mempunyai penduduk 15.279 juta (kini 2006 25 juta), Britain seluas 245,000 km persegi penduduk 55 juta, Perancis seluas 551,695 km persegi 54.3 juta, Filipina seluas 300,000 km persegi 45 juta, Thai seluas 514,000 km psg. 50 juta, Indonesia seluas 2,027,087 km psg 150 juta RASIONAL:

1.
2. 3.

Untuk menyediakan asas permintaan dan pasaran industri tempatan Mewujudkan persaingan dalam pasaran Meningkatkan daya dan mutu keluaran untuk eksport

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA ( 1984 )


60
MALAYSIA

50 40 30 20 10 0
PERBANDINGAN PENDUDUK DAN KELUASAN TANAH

BRITAIN PERANCIS FILIPINA THAI

5. DASAR DASAR LUAR


Dasar Luar : Polisi menjalin perhubungan antarabangsa dengan negara lain.

Pertubuhan Asia Tenggara : 1961 oleh Tunku Abdul Rahman Malaysia,Thailand dan Filipina. MAPHILINDO : Julai 1963 Malaysia, Filipina dan Indonesia. ASEAN : 8 Ogos,1967 Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina + Brunei,Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar. Pertubuhan OIC Negara2 Komanwel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pergerakan Negara Berkecuali Zopfan Dasar Antartika Dan lain2.

PENUTUP
Kejayaan dasar bergantung kepada pemahaman serta penerimaan oleh semua pihak yang terlibat. Aspek ini perlu diberi penekanan, kerana pemahaman yang tepat sebagaimana yang dihasratkan oleh penggubal dasar akan menjadikan mereka lebih komited dalam melaksanakan dasar-dasar itu bagi mencapai kesan yang dikehendaki.

PENILAIAN DAN RUMUSAN

144

TUGASAN KUMPULAN (Dasar-Dasar Kerajaan) Soalan 1 : Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Soalan 2 : Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi bagi menjayakan citacita wawasan 2020.

TUGASAN KUMPULAN (Dasar-Dasar Kerajaan)

145

Soalan 3 : Huraikan perkara-perkara yang mempengaruhi penggubalan dasar-dasar negara.


Soalan 4 : Mengapakah pembangunan keluarga penting kepada pembinaan negara.Huraikan.

TUGASAN KUMPULAN (Dasar-Dasar Kerajaan)


Soalan 5 : Corak pembangunan Negara perlu lebih seimbang bagi mencapai objektif Dasar Pembangunan Nasional. Huraikan. Soalan 6 : Huraikan strategi perubahan nilai bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan awam.

146

TUGASAN KUMPULAN (Dasar-Dasar Kerajaan)

147

Soalan 7 : Malaysia adalah sebuah negara yang bermaruah,beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. Huraikan dasar-dasar yang menyokong kenyataan ini. Soalan 8 : Huraikan kepentingan pembangunan dan penyelidikan dalam sains dan teknologi bagi mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.

TUGASAN KUMPULAN (Dasar-Dasar Kerajaan)

148

1. Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan satu(1) tugasan kumpulan tidak lebih daripada 30 muka surat yang telah dibukukan/dibindingkan. 2. Setiap tugasan hendaklah bertaip komputer,menggunakan huruf Arial bersaiz 12,diselang 2 baris(double spacing) dan berkulit hadapan serta belakang. 3. Setiap ketua kumpulan hendaklah menyerahkan tugasan kumpulan masingmasing kepada pengurus Kursus Induksi sehari sebelum peperiksaan Ujian Akhir Kursus diadakan.

149

You might also like