menjalankan aktiviti ini. Selain itu, pelbagai aktiviti yang berbentuk akademik akandikendalikan oleh Exco Akademik.
3.2Ketiadaan koperasi di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
Koperasi merupakan satu kedai yang mempunyai semua keperluan asas untuk para pelajar seperti perkhidmatan photostat, menjual alat tulis, pakaian sukan, keperluan asasharian seperti sabun, ubat gigi, makanan dan sebagainya. Disebabkan ketiadaan koperasidi IPBA, para pelajar terpaksa keluar dari kawasan IPBA untuk membeli keperluanmereka dan memerlukan kos yang tinggi iaitu tambang untuk mereka keluar ke bandar.Oleh yang demikian, dengan adanya kedai atau koperasi di dalam kawasan pusat kegiatan pelajar ini, para pelajar tidak perlu untuk keluar untuk mendapatkan keperluan merekakerana barangan yang diperlukan terdapat di sini. Di samping itu, untuk menguruskansegala aktivit yang melibatkan koperasi akan diuruskan oleh Exco Keusahawanan danKerjaya.
3.3Sebagai tempat penyampaian maklumat untuk pelajar
Dengan adanya pusat kegiatan pelajar ini, segala maklumat boleh diletakkan di satu sudutkhas dan sudut ini akan menjadi tumpuan para pelajar IPBA. Antara maklumat yang boleh ditampal di sini ialah makluman perhimpunan bulanan dan perhimpunan profesionalisma pelajar, keputusan peperiksaan untuk semua kelas, pengumunan khas dansebagainya. Dengan adanya tempat ini secara tidak langsung akan menjadikan sistem penyampaian maklumat di IPBA akan berkesan dan pelajar akan mendapat maklumatterkini dengan cepat. Exco yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala maklumatyang berkenaan ialah Exco ICT dan Multimedia.
3.4Bilik rasmi Majlis Perwakilan Pelajar
Di dalam pusat kegiatan pelajar ini juga akan terletaknya bilik rasmi Majlis PerwakilanPelajar dan segala aktiviti MPP seperti mesyuarat mingguan dan bulanan akan diadakandisini. Selain itu, bilik ini juga akan menempatkan tempat untuk Yang Dipertua,Setiauasa Agung dan Exco-exco MPP. Bilik ini juga akan menjadi bilik kawalan untuk pusat kegiatan pelajar IPBA.3.5
Tempat pelajar menjalankan
indoor games
Pusat kegiatan pelajar ini dicadangkan supaya mempunyai kemudahan-kemudahan untuk para pelajar bermain dan bersukan, seperti permainan ‘
indoor
’ (catur, congkak, ping-pongdan sebagainya lagi). Selain itu, kemudahan lain yang diperlukan di bawah organisasiialah gymnasium, gelanggang badminton, gelanggang tenis, gelanggang futsal,gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring, meja ping pong dan sebagainya.3
Add a Comment