You are on page 1of 14

1

Pengenalan
Di dalam penulisan saya ini, saya mengupas mengenai kata majmuk dan kata singkatan. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012),proses pemajmukan merupakan proses merangkaikan dua akta dasar atau lebih dan bentuk kata yang terhasil membawa makna tertentu. Misalnya papan hitam mengandungi dua kata dasar, iaitu papan dan hitam dan bentuk ini membawa makan tertentu. Perkataan tanggungjawab walaupun ditulis sebagai satu perkataan, tetapi ia merupakan kata majmuk kerana mengandungi dua kata dasar iaitu tanggung dan jawab serta mengandungi makna tertentu. Kebanyakan kata majmuk terdiri daripada dua kata dasar seperti hari bulan, kerani kanan dan matahari. Namun begitu, ada juga kata majmuk yang terbina daripada tiga dan empat kata dasar, seperti alat pandang dengar, kereta api ekspres malam. Menurut Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor (2006), singkatan digunakan untuk mengenal bentuk yang disingkatkan yang seabenarnya boleh digunakan saebagai perkataan dalam setengah-setengah konteks. Singkatan perlu digunakan bagi bentuk yang sama dan digunakan berulang-ulang dalam teks dengan tujuan unutk menjimatkan ruangan.

KATA MAJMUK Jenis Kata Majmuk


Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2008), kata majmuk terdiri daripada tiga jenis, iaitu : kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, kata majmuk yang merupakan istilah khusus, dan kata majmuk yang membawa maksud kiasan. 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas Kata majmuk jenis ini ialah percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana golongan kata. Ada dua jenis kata majmuk jenis ini, iaitu rangkai kata bebas umum, dan rangkai kata bebas gelaran. Contohnya : Rangkai kata bebas umum Rangkai kata bebas gelaran

Guru besar

Menteri Besar

tengah hari

Raja Muda

terima kasih

Setiausaha Politik

3 2) Kata majmuk sebagai istilah khusus Kata majmuk jenis ini merupakan istilah dalam sesuatu bidang ilmu. Contohnya :

Garis pusat

cari gali

lut sinar

3) Kata majmuk yang membawa maksud kiasan Semua peribahasa merupakan kata majmuk kerana terdiri daripada dua perkataan atau lebih, dan mengandungi makna yang khusus. Contohnya :

Kaki bangku

gulung tikar

anak emas

Cara Mengenal Kata Majmuk Kata majumuk dapat dikenal pasti melalui beberapa cara. Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuknya. Contohnya, tandatangan tidak dapat disisipkan dengan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan. Kata majmuk urus setia tidak dapat disisipkan dengan kata yang untuk membentuk urus yang setia. Sebaliknya, pinggan mangkuk dan lelaki tampan bukan kata majmuk kerana dapat disissipkan denagn kata hubung dan (pinggan dan mangkuk), dan kata hubung yang (lelaki yang tampan). Binaan tersebut ialah frasa dan maknanya sama sahaja dengan makna kata asalnya.

Kata majmuk mempunyai makna tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya, sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat untuk mengesat muka atau peluh. Makna ini berlainan dengan makna biasa sapu yang bermaksud membersih, mengesat, menghpuskan dan tangan yang bermaksud anggota badan dari pergelangan tangan hingga hujung jari. Begitu juga bumiputera ialah kata majmuk kerana membawa makna tertentu yang berbeza daripada makna kata dasarnya, bumi dan putera. Unsur yang membina kata majmuk tidak mempunyai hubungan makna : dengan membawa maksud bahawa satu kata menerangkan kata yang lain. Misalnya, bagi kata majmuk kakitangan, hubungan tidak ada yang menunjukkan bahawa tangan menerangkan kaki, atau kaki menerangkan tangan. Begitu juga dengan kata majmuk tanah air, unsur air tidak menjadi keterangan kepada unsur tanah. Penulisan Kata Majmuk Menurut Ahmad Khair Mohd Nor(2012), pada dasarnay semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Namun begitu, terdapat juga kata amjmuk yang ditulis secara seraangkai kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Berikut adalah contoh kata majmuk yang dituk\lis bercantum mengikut Tatabahasa Dewan (2008) : Jawatankuasa Pesuruhjaya Binaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh dibina daripada bentuk kata seperti berikut : I. Kata tunggal dengan kata tunggal. Contohnya : rumah pangsa hati batu kenal pasti dinihari Kadangkala haribulan suruhanjaya

II. Kata tunggal dengan kata terbitan

5 a) Kata tunggal sebagai unsur pertama dan kata terbitan sebagai unsur yang kedua. Contohnya : batu loncatan surat pekeliling mata pelajaran

b) kata terbitan sebagai unsur pertama an kata tunggal sebagai unsur yang kedua. Contohnya : Pembuka kata Pilihan raya Bercampur aduk

III. kata terbitan dengan kata terbitan. Contohnya : Penyiasat persendirian Pengawal peribadi Penyata tahunan

Penggolongan Kata Majmuk Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut : Golongan Kata Majmuk Kata Nama Majmuk Kata Kerja Majmuk Kata Adjektif Majmuk Kata Tugas Majmuk Contoh Perkataan Balai raya, tandatangan, setiausaha Ambil alih, bersatu padu, lipat ganda Merah jambu, terang hati, muda remaja Apabila, barangkali, walhal

KATA SINGKATAN DAN AKRONIM Pengenalan

6 Menurut Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor (2006), singkatan digunakan untuk mengenal bentuk yang disingkatkan yang seabenarnya boleh digunakan saebagai perkataan dalam setengah-setengah konteks. Singkatan perlu digunakan bagi bentuk yang sama dan digunakan berulang-ulang dalam teks dengan tujuan unutk menjimatkan ruangan. Peraturan Singkatan 1) Penyingkatan digunakan untuk perkataan yang mengandungi enam huruf dan lebih. Contoh : aktiviti - akt. bilangan -bil. akronim - akr. 2) Singkatan secara penyusutan dibentuk denagn menggugurkan huruf yang ada di dalam perkataan. Biasanya huruf yang digugurkan ialah huruf vokal. Contoh : dan lain-lain dll. dengan sebagai dgn. sbg.

3) Perkataan tidak boleh disingkatkan hinnga satu huruf sahaja kecuali singkatan itu lazim digunakan dalanm bahasa Melayu. Contoh : teks t. folio f. jurnal j. 4) Perkataan yang mengandungi lima huruf atau kurang tidak disingkaatkan. Terdapat kekecualian bagi perkataan yang disingkatkan dan digunakan.

7 Contoh : perkara per. binti yang bt. yg.

5) Kekecualian lain ialah apabila perkataan yang mengandungi lima huruf atau kurang digunakan dsengan perkataan yang lain. Contoh : Ilustrasi depan il. Dpn 6) Untuk setiap satu perkataan, singkatan perkataan itu perlu mengandungi tidak lebih empat huru. Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian. Contoh : biografi agronomi biogr. agron. Klasifikasi klasif.

Singkatan perkataaan penggunaan antarabangsa 1. Singkatan perkataan bahasa Melayu ang berasal daripada penggunaan antarabangsa perlu mengikut singkatan yang digunakan. Contoh: institut volume -inst. vol. universiti univ.

2. Singkatan perkataan dalam sesuatu bidang khusu yang dipakai pada peringkat anarabangsa boleh digunakan sebagai singkatan bahasa Melayu bagi maksud yang sama. Contoh : sentimeter cm.(centimeter)

Penambah awalan dan akhiran 1. Semua awalan kata kerja digugurkan dan awalan kata nama dipertahankan dalam singkatan. 2. Awalan di, me, berContoh: bertajuk berwarna 3. Awalan se Singkatan awalan se perlu digunakan mengikut konteks kegunaanya sama ada singkatan itu menunjukkan bilangan atau erti lain. Untuk perkataan yang mempunyai awalan se yang membawa erti yang lain, awalan se disingkatkan menjadi huruf s sahaja. Contoh : sebagai seterusnya 4. Awalan perJika per- didahului oleh di- atau me-, awalan di- dan me- digugurkan dan awalan per- disingkatkan kepada pr. Contoh : Diperbaiki diperluas prbk. prls. sbg. str. sesungguhnya sgh. tjk. wrn.

Mengarang krg.

memperbaiki prbk. 5. Awalan pe- dan kelainannya disingkatkan menjadi huruf p sahaja. Sekiranya konsonan pertama kata dasar dipertahankan dalam kata tersebut, maka huruf konsonan ini dipertahankan juga dalam singkatan.

9 Contoh : pembaca penjilid pbc. pjil.

penterjemahan - ptrj. Jika konsonan pertama kata dasaar digugurkan dalam kata tersebut dan digantikan dengan bunyi sengau maka lambing tersebut untuk konsonan sengau itu diperlihatkan dalam singkatan. Contoh : Penulis pnl. Penyusun pny. pengarang pngr. 6. Imbuhan ke-an, pe--an, per--an Untuk perkataan yang mempunyai imbuhan ke-an, pe--an, per--an, akhiran an tidak dipertimbangkan dalam singkatan dan awalan ke- disingkatkan kepada k, dan pe kepada p dan per kepada pr. Contoh : kemasyarakatan kmsyrk. kebanyakan peperiksaan 7. Akhiran an Akhiran an digugurkan dalam singkatan. Contoh : harapan hrp. makanan mkn. sebaran sbr. 8. Akhiran i dan kan Akhiran ini digugurkan dalam singkatan. kbnyk. pprk.

10 Contoh : diperbaiki prbk. ditunjukkan tjk. 9. Kata ganti mu, ku dan nya Kata ganti ini digugurkan dalam singkatan. 10. Partikel lah, -tah, -kah Partikel ini digugurkan dalam singkatan. Nama khas 1. Singkatan mengikut huruf pertama setiap perkataan, maka huruf pertama digabungkan tanpa titik dengan menggunakan huruf besar. Contoh : Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Kebangsaan Malaysia - UPSI UKM

United Malay National Organization UMNO 2. Singkatan menurut suku kata yang menghasilkan akronim. Contoh : Perbadanan Nasional Ministry of Defence Pernas Mindef

Kementerian Pertahanan Kementah 3. Singkatan nama khas untuk gelaran dan jawatan ditulis dengan huruf besar dan dibubuh titik selepas setiap huruf. Contoh : Bachelor art Yang Berbahagia B.A Y.Bhg. Yang Amat Berhormat Y.A.B

11

Nama am 1. Sekiranya singkatan terdiri daripada huruf, tanda titik diberi pada tiap-tiap huruf, dan dihurufkecilkan. Contoh : bagi pihak b.p. salinan kepada s.k. untuk perhatian u.p. 2. Singkatan untuk gabungan kata, diberi satu titik jika singkatan itu terdiri daaripada tiga huruf atau lebih. Contoh : sambungan dan lain-lain samb. dll.

nama samaran nsm. 3. Singkatan bagi gabunagn kata yang menunjukkan bilangan berganda dan kata ganda perlu berdasarkan pada huruf pertama kata dasar dan diulang. Tanda titik pula diberi di hujung singkatan tersebut. Contoh : halaman-halaman hh.

Peraturan khusus singkatan dan akronim 1. panduan dan cara menulis singkatan dan akronim yang khusus, terdapat dalam prinsip yang berikut : a) Bidang Akademik Contoh :

12 Prof.(Profesor), Dr. (Doktor Falsafah, Doktor Perubatan, Doktor Kehormat), M.A/S.S (Sarjana Sastera). b) Nama Jawatan Besarkan kesemua huruf pertama dan bubuh titik di antara huruf-huruf bagi singkatan yang dimaksudkan. Contoh : P.M. (Perdana Menteri), M.B. (Menteri Besar), T.N.C (Timbalan Naib Canselor ) c) Nama Institusi Besarkan huruf pertama untuk singkatan yang dimaksudkan kerana singkatan tersebut terdiri daripada huruf pertama pada setiap kata daripada nama tersebut. Contoh : KDN (Kementerian Dalam Negeri ), DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), JBA (Jabatan Bekalan Air ). d) Berdasarkan huruf-hirif pertama pada akronim yang terdiri daripada gabungan suku kata atau huruf pertama dan menjadi nama khas. Contoh : Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), Bernama (Berita Nasional Malaysia), Petronas (Petroleum Nasional) e) Huruf pertama akronim dikecilkan yang terdiri daripada suku kata dan menjadi nama am. Contoh : Tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak), pawagam )Panggung Wayang Gambar), kugiran (Kumpulan Gitar Rancak). f) Huruf-huruf singkatan dibesarkan apabila menulis gelaran atau bintang kebesaran. Contoh : AMN (Ahli Mangku Negara), SPM (Seri Paduka Mahkota), DK(Darjah Kerabat).

13 Singkatan bagi angkatan tentera a) Untuk nama atau bahagian daripada angkatan tentera. Contoh : ATM(Angkatan Tentera Malaysia), TLDM(Tentera Laut Diraja Malaysia), TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) b) Untuk nama jawatan dalam angkatan tentera. Contoh : PAT (Panglima Angkatan Tentera), PTD (Panglima Tentera Darat), PTL (Panglima Tentera Laut). c) Untuk nama pangkat dalam angkatan tentera yang diikuti oleh nama pegawai yang menyandang pangkat tersebut. Contoh : Sjn.(Sarjan), Jen. (Jeneral), Let. Jen. (Leftenan Jeneral) Singkatan bagi polis Untuk nama jawatan dan pangkat dalam pasukan polis. Contoh : KPN (Ketua Polis Negara) TKPN( Timbalan Ketua Polis Negara) PP (Pesuruhjaya Polis)

Singkatan bagi nama negeri Untuk singkatan nama-nama negeri atau tempat, gunakan semua huruf besar dan bubuh titik di antara huruf-huruf itu : Contoh : R.I. (Republik Indonesia) A.S. (Amerika Syarikat)

14 K.L. (Kuala Lumpur) Kesimpulan Kata majmuk dan kata singkatan mengandungi konsep yang berbeza. Hasil

daripada rujukan saya, kata majmuk dan kata singkatan dianalisis dari segi bentuk, jenis dan golongan tertentu. Melalui penulisan saya ini juga, barulah saya memahami kata majmuk dan kata singkatan dengan lebih mendalam. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang telah memberi saya peluang melakukan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang menyokong saya selama ini. Sekian terima kasih.

You might also like