You are on page 1of 3

1)

Jenis bahan yang

digunakan -Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.

Luas Tapak: -Struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar

FAKTOR KEKUATAN BINAAN


2) Saiz struktur -Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya

FAKTOR KESTABILAN BINAAN


Ketinggian

3) Bentuk struktur -Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata

- Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama

Komponen struktur jambatan: 1) Struktur utama 2) Sub struktur 3) Asas

Pemancangan dalam pembinaan jambatan PROSEDUR: 1. garis tengah bagi dua batang jalan yang perlu dihubungkan oleh jambatan dipancangkan, sama ada dengan menggunakan kaedah grid struktur ataupun kaedah bearing dan jarak. 2. titik-titik kawalan tapak sekunder berbentuk grid struktur diwujudkan, iaitu, yang mana ia diperoleh daripada bearing dan jarak stesenstesen kawalan utama tapak. 3. Sebelum langkah kerja seterusnya diambil, titik-titik reka bentuk jambatan yang telah dipancang haruslah disemak kedudukannya 4. Demi memudahkan kerja-kerja tanah (iaitu pengorekan tanah dan asas tanah) yang perlu dijalankan, pikit-pikit ofset dipancangkan. 5. Dengan asas tapak yang telah ditentukan dan tertubuh, maka semua kerja-kerja bentukan keluli atau unit-unit pratuang (bergantung kepada jenis jambatan yang hendak dibina) boleh dikenal pasti kedudukannya dengan merujuk kepada pikit-pikit ofset.

Penentuan reka bentuk jambatan yang kukuh: Kedudukan: 1) 2) 3) Tembok landas Tiang sambut Tiang kabel - diperlukan untuk memberikan kekuatan kepada jambatan

KESTABILAN PEMBINAAN JAMBATAN

FAKTOR LAIN MEMPENGARUHI KESTABILAN JAMBATAN: 1) Tekanan tanah 2) Suhu 3) Beban graviti

CARA PEMBINAAN TEROWONG Korek dan tutup -jenis yang paling murah dan paling mudah.

Terowong merupakan laluan yang bawah tanah dengan bukaannya hanya di keduadua belah penghujung terowong tersebut. Terowong dibina dengan mengorek di dalam tanah. Sesebuah terowong boleh jadi laluan pejalan kaki, laluan basikal ataumotosikal, terowong jalan raya atau lebuh raya, terowong keretapi, ataupun laluan air.

-dibina di kawasan tanah yang cetek. -Laluan terowong dikorek menggunakan jengkaut dan kemudian terowong dibina dengan cara yang sama seperti membuat bangunan biasa sebelum ditimbus semula dengan tanah. -Terowong tersebut mestilah mempunyai tiang-tiang yang kuat untuk mengelakkannya daripada runtuh.

KESTABILAN PEMBINAAN TEROWONG

-Contoh: Terowong Ampang dan Terowong Bukit Bintang di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Gerudi dan letup -cara lama yang digunakan bagi membina terowong sebelum terciptanya mesin pengorek terowong. -masih digunakan di sesetengah terowong kerana struktur tanah atau batuan yang rapuh menyukarkan penggunaan mesin TBM. Contoh terowong di Malaysia yang dibina dengan menggunakan ke Terowong Penchala di LebuhrayaPenyuraian Trafik KL. Mesin pengorek terowong -Mesin pengorek terowong (TBM) adalah sebuah jentera besar yang berfungsi bagi proses pengorekan terowong secara automatik dan lebih pantas. -Jenis-jenis TBM yang digunakan adalah bergantung kepada keadaan tanah atau batuan. Pada selang masa yang tertentu, mata penggerudi merin tersebut juga perlu ditukar. -paling popular kerana memudahkan proses pembinaan. -Contoh : Terowong SMART, Terowong Genting Sempah di Lebuhraya Karak, Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan dan terowong LRT Aliran Kelana Jaya di Kuala Lumpur.

SEBAB PEMBINAAN TEROWONG:

Bagi terowong bawah laut atau sungai, laluan air yang luas mengehadkan gantungan jambatan, malah jika jambatan dibina dengan gantungan yang terhad akan menyukarkan kapal-kapal untuk melalui laluan air tersebut.

Memulihkan kualiti udara di bandaraya besar dengan mengalihkan laluan trafik ke bawah tanah. Membolehkan kawasan tanah bandaraya yang bernilai tinggi dimanfaatkan dengan projek pembangunan yang menguntungkan. Bagi laluan pergunungan, pembinaan terowong juga mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar akibat penarahan bukit semasa pembinaan jalan raya.

You might also like