You are on page 1of 8

LAPORAN LAWATAN AKADEMIK KE AUO SUNPOWER SDN BHD

HARI: SELASA TARIKH: 3 SEPTEMBER 2013 MASA: 9.45 PAGI - 12.30 TGH HARI

Lawatan akademik ke AUO SUNPOWER telah diadakan untuk memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114). Lawatan ini merupakan salah satumedium untuk membuka minda para peserta program mengenai penggunaan teknologi sel solar daripada sumber cahaya matahari yang digunakan bagi menjana elektrik. Program ini juga bertujuan untuk memberipendedahan yang lebih global kepada guru pelatih mengenai perkhidmatan, pengurusan danproses-proses yang dijalankan dalam mengekalkan bentuk kualiti dan kuantitiyang memuaskan. Sebelum lawatan kami dikehendaki menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan pihak IPG untuk membuat lawatan ke AUO SUNPOWER SDN BHD. Selepas kertas kerja diluluskan, kami memilih tarikh yang sesuai untuk lawatan kami. Kami terpaksa menunda lawatan kerana beberapa masalah timbul. Selepas perbincangan dilakukan kami memilih 3 September 2013 sebagai tarikh lawatan kami. Tarikh ini juga dipersetujui oleh pihak AUO SUNPOWER dan memudahkan urusan kami dalam tempahan bas. Namun begitu, penggunaan bas pada tarikh tersebut telah penuh dan atas pertimbangan pihak IPG kami diberikan bas luar untuk digunakan bagi lawatan kami. Setibanya kami di sana, kami diberikan taklimat keselamatan sepanjang berada di sana. Selepas itu, satu taklimat ringkas berkaitan profil syarikat, kepentingan penggunaan sel solar, dan sedikit sebanyak mengenai aplikasi sel solar dalam kehidupan seharian.Semasa taklimat ringkas dijalankan, persoalan yang berkaitan telah diterangkan oleh Puan Anis, Ketua Jabatan Perhubungan Awam. Sesi soal jawab juga diadakan semasa lawatan ke kilang pengeluaran yang diiringi oleh jurutera yang

bertugas iaitu Encik Muhamad dan Encik Tan. Segala persoalan yang dikemukakan boleh dirujuk pada lampiran. Kami kemudiannya dibawa melawat ke kilang pembuatan sel solar untuk melihat proses penghasilan sel solar secara keseluruhan. Terdapat 22 proses yang dijalankan untuk menghasilkan sekeping sel solar. Kilang tersebut beroperasi selama 24 jam yang memerlukan tenaga kerja seramai 2000 orang. Kami tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan pembuatan kerana tiada pakaian khas disediakan. Oleh itu kami hanya diberi peluang untuk melihat proses yang dijalankan melalui tingkap kecil pada pintu. Kami harus akur dengan peraturan yang ditetapkan atas tujuan keselamatan. Sepanjang lawatan ini, terdapat beberapa halangan dan kesulitan yang dihadapi. Kami tidak dibenarkan untuk merakam gambar di kawasan kilang pembuatan atas arahan AUO SUNPOWER yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, gambar berkaitan proses pembuatan tidak dapat dirakamkan. Kami hanya diberi peluang untuk bergambar di bilik konferensi dan kawasan sekitar kilang. Pelbagai input yang berguna kami peroleh sepanjang lawatan ini dan membantu kami untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan tenaga solar. Kesedaran untuk menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui juga timbul di hati kami terutama sebagai bakal pendidik yang akan mendidik generasi muda. Pihak AUO SUNPOWER juga ingin mendidik masyarakat supaya menggunakan tenaga yang tidak mencemarkan alam sekitar dan boleh membantu meningkatkan kualiti hidup pada masa akan datang. Penggunaan tenaga solar sebagai sumber elektrik juga boleh meningkatkan ekonomi kerana kos penggunaan lebih menjimatkan berbanding tenaga elektrik yang diperoleh dari TNB jika dilihat dalam jangka masa yang panjang. Walaupun, kos pemasangan pada awalnya, memperuntukkan belanja yang besar. Kesimpulannya, lawatan ini memberi impak yang positif kepada kami semua sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak. Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan kepada kami dan masyarakat mengenai kesedaran penggunaan tenaga solar di Malaysia.

Gambar sepanjang lawatan

Ruang legar AUO SUNPOWER

Pn Anis memberikan taklimat ringkas

Contoh satu panel solar ditunjukkan kepada kami.

Peserta lawatan mendengar taklimat yang diberikan

Pemberian cenderahati dari IPG KPM kepada AUO SUNPOWR SDN BHD.

PISMP Sains Januari 2010 bersama wakil AUO SUNPOWER

LAMPIRAN SESI SOAL JAWAB 1) Bagaimanakah sel solar dihasilkan? Sel solar dihasilkan melalui 22 proses.

2) Berapakah sel solar yang diperlukan untuk membina satu panel solar? Bilangan sel solar yang diperlukan bergantung pada saiz panel solar yang dikehendaki. 3) Bagaimanakah tenaga elektrik itu dikumpulkan sebelum digunakan?

Inverter menukarkan elektrik solar dari DC ke AC untuk kegunaan di rumah dan mengawal aliran elektrik ke dan dari grid.

Meter mengukur jumlah tenaga elektrik sistem solar yang masuk ke dalam grid, dan begitu juga, jumlah yang digunakan di rumah.

4) Apakah ciri-ciri bumbung rumah yang sesuai untuk menerima cahaya matahari bagi menghasilkan tenaga yang optimum? Tiada ciri yang spesifik.

5) Berapakah solar panel yang diperlukan untuk kegunaan seluruh rumah?

Bilangan solar panel yang digunakan untuk keseluruhan rumah bergantung pada penggunaan tenaga oleh isi rumah.

6) Bolehkah panel solar digunakan untuk menyalakan lampu-lampu jalan dan bagaimana? Boleh. Pemasangan kabel pada panel solar yang disambungkan pada lampulampu jalan boleh menyalakan lampu tersebut. 7) Dalam cahaya matahari, terdapat pelbagai gelombang, gelombang manakah yang sesuai untuk menghasilkan tenaga ? 8) Gelombang cahaya yang membawa spektrum berwarna biru. Berapa peratus tenaga pada cahaya matahari yang boleh digunakan untuk menjana tenaga? Keseluruhan tenaga pada cahaya matahari boleh digunakan untuk menjana tenaga. 9) Adakah selepas tempoh tertentu, panel solar itu boleh dikitar semula atau boleh menyebabkan pencemaran? Panel solar boleh dikitar semula dan tidak akan menyebabkan pencemaran kerana bahan utama yang digunakan adalah silikon dan aluminium. 10) Bagaimana proses penyelenggaraan panel solar dilakukan? Proses penyelenggaraan panel solar boleh dilakukan dengan menghubungi kontraktor yang bertanggungjawab semasa pembelian panel solar. 11) Berapakah kos bagi pemasangan panel solardi rumah? Kos pemasangan bergantung kepada penggunaan tenaga di sesebuah rumah.

12) Adakah terdapat kesan radiasi semasa penghasilan sel solar kepada persekitaran? Ya. Tetapi kesan radiasi tidak membahayakan penduduk sekitar.

13) Apakah kos penghasilan sel solar ? Kos bergantung pada gred sel solar yang dihasilkan. Kos menghasilkan sel solar premium adalah lebih tinggi.

14) Kenapa negara-negara barat seperti Jerman dan Amerika Syarikat lebih menggunakan tenaga ini berbanding negara kita? Mereka menggunakan tenaga solar kerana kesedaran yang tinggi mengenai tenaga boleh diperbaharui dan pemimpin negara juga menggalakkan penggunaan tenaga ini berbanding penghasilan elektrik daripada sumber yang tidak diperbaharui. 15)Bagaimanakah masa depan penggunaan tenaga solar di negara kita? -masa depan penggunaan tenaga solar di negara ini cerah kerana negara kita mengalami iklim khatulistiwa dan hal ini bergantung pada penduduk sendiri sama ada ingin menggunakan tenaga solar sebagai sumber elektrik.

You might also like