You are on page 1of 2

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Namun begitu, kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Nyatakan langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya. Berdasarkan isi-isi yang diberi, lengkapkan karangan fakta di bawah.

Pendahuluan - Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku - Melibatkan kecederaan teruk dan kematian - Boleh dielakkan dengan pelbagai cara

Isi-isi a) Pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan b) Pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu lampu, brek berfungsi dengan baik c) Kenakan hukuman berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaaan berbahaya melanggar undang-undang denda dan penjara d) Adakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan

Penutup - Kemalangan berlaku akibat sikap cuai pengguna jalan raya

Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku. Apabila berlaku kemalangan, pasti ada sahaja yang tercedera dan ada juga yang melibatkan kematian. Kemalangan boleh dielakkan dengan pelbagai cara. Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya, pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu. Pemandu diingatkan agar memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan. Memandu laju boleh menyebabkan kecelakaan bukan sahaja kepada pemandu bahkan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, sebelum memulakan perjalanan pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu. Lampu dan brek kereta perlu berfungsi dengan baik. Justeru, kenderaan yang selamat dapat menjamin keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Seterusnya, penguatkuasa undang-undang hendaklah mengenakan hukuman berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaan berbahaya. Apabila pemandu didapati melanggar undang-undang, mereka hendaklah dikenakan denda dan dipenjarakan. Hukuman ini diharapkan menjadi pengajaran kepada pemandu-pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan dan undangundang jalan raya. Banyak kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan agar kemalangan jalan raya tidak terus menjadi pembunuh utama rakyat negara kita.

You might also like