You are on page 1of 4

CATATAN REFLEKSI 1. Isu / Perkara yang difokuskan : Program Syooknyer.. Sains!! 2. Analisis isu / perkara yang difokus : 2.

1 Kekuatan : 2.1.1 Pihak sekolah telah bersetuju untuk menanggung kos percetakan dan vass untuk wartawan Syooknyer.. Sains!!. Manakala peruntukan untuk hadiah para pemenang pertandingan diambil daripada hasil jualan buletin. 2.1.2 Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak pentadbir, guru guru dan murid murid di mana hampir 500 naskah bulletin habis dijual kepada murid murid. 2.1.3 Program ini memberi pengalaman baru kepada guru pelati mengendalikan projek tambahan pula ini merupakan projek yang melibatkan interaksi orang luar di mana kami berurusan dengan Pegawai Pelajaran Daerah Besut bagi merasmikan pelancaran program Syooknyer.. Sains!!. 2.2 Kelemahan : 2.2.1 Tempoh masa Program Syooknyer.. Sains!! ini adalah satu tempoh masa yang singkat kerana program ini sebenarnya memerlukan tempoh masa yang panjang. 2.2.2 Masa perasmian terpaksa dipendekkan dalam tempoh 20 minit kerana murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR 3. Cadangan penambahbaikan : Jika program ini dirancang dengan lebih teliti dan mempunyai tempoh masa yang panjang untuk dijayakan, pelbagai aktiviti lagi yanag menarik boleh dirancang agar projek ini lebih menarik. Contoh aktiviti lain ialah mengadakan pertandingan kuiz, mereka cipta, kitar semula,menjayakan hari Sains dan sebagainya.

CATATAN REFLEKSI

1. Isu / Perkara yang difokuskan : Menyemarak Semangat Patriotisme SKTM 2. Analisis isu / perkara yang difokus : 2.1 Kekuatan : 2.1.1 Mendedahkan para pelajar dan guru bagaimana menjiwai dan memupuk rasa sayang kepada Negara disamping dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. 2.1.2 Memberi pendedahan kepada murid dan guru sikap kerjasama berpasukan mewujudkan hasil yang kemas dan berkualiti serta dapat berkongsi idea dan merapatkan hubungan di antara guru pelatih dan guru guru. 2.1.3 Mencungkil bakat seni dalam kalangan para pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud dan sekaligus dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih untuk mengendalikan projek kerjasama bersama guru dan murid. 2.2 Kelemahan : 2.2.1 Tempoh masa Program Syooknyer.. Sains!! ini adalah satu tempoh masa yang singkat kerana program ini sebenarnya memerlukan tempoh masa yang lama untuk mewarna jalur gemilang sepanjang 30 meter. 2.2.2 Masa untuk guru mewarna adalah singkat disebabkan oleh tugas-tugas lain. Sikap murid yang lebih suka bermain juga menyebabkan kain yang diwarna lambat siap. 3. Cadangan penambahbaikan : Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru dan murid yang terlibat untuk memastikan setiap pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan disamping dapat mengatasi masalah kesuntukan masa. Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.

CATATAN REFLEKSI 1. Isu / Perkara yang difokuskan :

Wake Up Your Ideas 2. Analisis isu / perkara yang difokus : 2.1 Kekuatan : 2.1.1 Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu pertandingan yang melibatkan ramai murid. 2.1.2 Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan lain. 2.1.3 Menyediakan satu peluang kepada murid untuk menjana dan meluahkan idea mereka dalam menghasilkan kenderaan dan menambah minat murid terhadap mata pelajaran Kemhiran Hidup. 2.2 Kelemahan : 2.2.1 Kesuntukan masa untuk murid menghasilkan model kenderaan kerana masa yang panjang diperlukan untuk membuat model kenderaan yang boleh bergerak. 2.2.2 Sesi pembentangan model kenderaan yang dihasilkan oleh murid tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa dan tidak dirancang dengan sistematik. 3. Cadangan penambahbaikan : Aktiviti ini memerlukan lebih ramai guru yang melibatkan diri kerana sekolah ini mempunyai bilangan murid yang ramai. Selain itu, program ini hendaklah dirancang lebih awal kerana memerlukan tempoh yang agak panjang untuk memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan model yang terbaik.Sesi pembentangan juga hendaklah dijalankan untuk mengetahui keistimewaan model kenderaan yang dihasilkan oleh murid.

CATATAN REFLEKSI 1. Isu / Perkara yang difokuskan : Senamrobik SKTM

2. Analisis isu / perkara yang difokus : 2.1 Kekuatan : 2.1.1 Kekuatan utama projek ini ialah aktiviti senamrobik ini sememangnya diminati oleh kesemua warga sekolah, terutamanya murid-murid. Hal ini kerana, di samping dapat menyihatkan badan, aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan cara yang bersahaja dan diiringi oleh muzik. 2.1.2 Aktiviti senamrobik ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga sekolah. 2.1.3 Menerapkan budaya hidup sihat dengan cara yang mudah. Mungkin sebelum ini murid-murid mempunyai satu stigma bahawa senaman itu membosankan namun setelah aktiviti ini dijalankan, mereka harus mengakui bahawa senaman adalah sesuatu yang mudah dan menyeronokkan. 2.2 Kelemahan : 2.2.1 Aktiviti ini dijalankan selama 1 jam di kawasan yang terbuka. Hal ini menyebabkan kebanyakan murid sudah mula hilang fokus dan gagal untuk mengikut setiap pergerakan dengan tepat selepas 30 minit pertama senamrobik. 2.2.2. Sistem audio yang kurang memuaskan menyebabkan murid-murid yang berdiri di belakang gagal mengikut setiap pergerakan dengan tempo yang betul. 3. Cadangan penambahbaikan : Jika program ini dirancang dengan lebih teliti, pemilihan lagu yang sesuai dengan citarasa murid akan diberikan tumpuan dan pergerakan-pergerakan lebih menarik akan dilakukan ketika sesi senamrobik . Selain itu, disarankan supaya penggunaan sistem audio yang lebih baik dapat menarik minat murid bagi menyertakan diri dalam aktiviti senamrobik sebegini.

You might also like