You are on page 1of 11

MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN

dengan
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
MENJANA INSAN GEMILANG
MENJADI GURU SEBENAR GURU

Oleh
Hamzah B. Mohamed

"Kita tidak begitu suka untuk mengakui kebenaran jika ianya


mendedahkan
kesilapan kita.Tetapi jika kita ingin memperbetulkan sesuatu, kita
perlu mengenalpasti
sebab yang sebenar dan bertindak memperbetulkan
kesilapan itu."
~ Dr. Mahathir Mohamad

Pendahuluan

Dalam pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-
2010 salah satu fokus penting ialah usaha Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan (SK) termasuk sekolah rendah dan menengah harian
berbahasa penghantar Bahasa Melayu sebagai sekolah aliran perdana
memupuk perpaduan rakyat
Malaysia.Dasar Memperkasakan SK bertujuan supaya SK kekal sebagai pilihan utama
masyarakat Malaysia. Fokus kepada SK (rendah dan menengah) menjadikan
lebihberaspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan
meningkatkan kualiti prasarana.

Apakah ciri-ciri yang dikatakan Sekolah Perkasa itu?Menurut PIPP,KPM ciri-cirinya adalah
seperti berikut:
• Infrastruktur lengkap dan berkualiti
• Pemimpin dan Guru Cekap, Terlatih dan Berkualiti
• Kurikulum berasaskan pelanggan
• Pelaksanaan Kokurikulum yang berkesan
• Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
• Pencapaian Akademik cemerlang
• Pencapaian Sahsiah cemerlang
• Iklim dan Budaya Sekolah yang sihat
• Semua pelajar menguasai 3M
• Sistem sokongan yang kuat dan cukup
• Beraspirasi nasioal
Namun begitu PIPP,KPM mengakui terdapatnya beberapa kelemahan yang perlu di atasi bagi
menjadikan SK sekolah pilihan utama rakyat. Sehingga ini masih terdapat SK yang mempunyai
prasarana yang kurang memuaskan. Selain itu terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian
akademik di SK adalah lebih rendah berbanding rendah aliran
Cina.Masyarakat bukan Bumiputra mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan
Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.Dasar memperkasakan
SK difokuskan untuk menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan pendidikan daripada semua
segi (prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan,
penguasaan ICT, kualiti guru dan kepemimpinan sekolah). Seterusnya SK yang telah diperkasa
akan diterajui oleh GB yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkesan, mempunyai kumpulan
guru yang cekap, terlatih dan komited bagi menjamin budaya sekolah yang sihat dan kondusif,
serta dapat mengeratkan perhubungan dan penglibatan masyarakat,
ibubapa dan sekolah.

Status Semasa

Sehingga Jun 2005 ada 5,761(75.8%) SK daripada keseluruhan sekolah rendah. Dari segi
enrolmen pula 2.3 juta (74.2%) murid di SK daripada 3.1 juta murid sekolah rendah. 33.2% SK
berada di bandar manakala 66.8% lagi terletak di luar bandar. Dari segi prasarana pula, daripada
5,761 SK masih wujud:
• 1,642 - SKM (sekolah kurang murid)
• 1,513 - tiada bekalan air paip
• 1,639 - tiada makmal/bilik komputer
• 767 - tiada bekalan elektrik 24 jam
• 858 - pula sekolah dua sesi
Fokus dan Strategi Pelaksanaan 'Memperkasakan SK'

Dalam tempoh PIPP ini iaitu 2006-2010, fokus dan strategi pelaksanaan diberi tumpuan bagi
memperkasakan SK kepada unsur-unsur berikut:
• Meningkatkan kecemerlangan SK
• Pemantapan Kepimpinan GB dan Kualiti Guru
• Pengukuhan Budaya Sekolah:- SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya
sekolah yang sihat
• Pemantapan Kurikulum:- pastikan semua murid Tahap I menguasai 3M
• Pemantanpan aktiviti Kokurikulum dan Sukan
• Penambahbaikan sistem sokongan
• Peningkatan prestasi akademik SK
• Meningkatkan prasarana dan prestasi SK
Di antara unsur-unsur tersebut di atas, sekurang-kurangnya ada empat unsur yang paling penting
dan utama jika gagasana hendak memperkasakan SK benar-benar menjadi
kenyataan. Empat aspek atau unsur tersebut ialah i) Pemantapan Kepimpinan GB dan Kualiti
Guru; ii) pengukuhan Budaya Seklah yang cemerlang, dengan iklim dan
budaya sekolah yang sihat; iii) Pemantapan Kurikulum iaitu semua murid Tahap I
menguasai 3M; dan iv) Peningkatan Prestasi Akademik SK.

i. Pemantapan Kepimpinan GB dan Kualiti Guru


Apakah senarionya kini? Cuba teliti dan kaji bagaimana gaya pengurusan, bagaimana kebolehan
para pengurus pendidikan ini menangangi perubahan? Bagaimana wujud tidak
kepemimpinan melalui teladan dan sebagainya. Begitu juga aspek kualiti guru di sekolah;
bagaimana atau apa ciri-cirinya yang kita boleh kata guru yang berkualiti atau guru cekap itu?
Cekap bukan bererti mampu habiskan sukatan pelajaran tetapi tahap penguasaan atau kemahiran
murid tidak meningkat? Guru-guru terlatih pula jangan sampai ada berlaku sindrom
guru "letih" dan tiada arah tujuan sebagai "guru sebenar guru"? Begitu juga yang kita kata guru
berkualiti itu adakah sekadar memiliki diploma/ijazah sudah berkualiti? Bagaimana tahap
"ilmunya" jika tidak mampu memperbetulkan kelemahan murid dalam pelbagai aspek P&P
seperti aspek ejaan, sebutan, tulisan atau lain-lain bidang kemahiran yang
berkaitan?
"Kurang kreativiti dan kegagalan mengurus dengan baik oleh pihak sekolah terutama guru
besar dikenalpasti punca utama pelajar Melayu di Pulau Pinang terkandas
dalam pelajaran, sekaligus gagal bersaing dengan pelajar kaum lain." Prof.Dr. Aminah Ayob
(Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM) ketika itu dilapor sebagai
berkata bahawa berdasarkan pemerhatian pihak mereka di beberapa buah sekolah di luar bandar
di negeri tersebut mendapati pentadbiran sekolah gagal mencorakkan
pembelajaran murid-murid apabila guru tidak hadir di sekolah, dan mendapati (di sebuah
sekolah rendah) pelajar berkeliaran dalam kelas dan bermain-main sesama sendiri\
berikutan guru kelas tidak hadir pada hari berkenaan. "Apa yang dikesalkan tiga kelas tersebut
ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan. Murid-muridnya tidak buka
beg ataupun membaca buku." (Utusan Malaysai 5.02.2003)

Bagaimana boleh dikatakan seseorang guru itu guru yang berkualiti jika ketrampilan ilmunya
dipertikai oleh muridnya sendiri. Email seorang pelajar seperti tersiar di dalam akhbar The
Star (25.03.2007) menerangkan maksudnya dengan jelas:
"I am in Form One. I would like to write about my English language
teacher.
I think my friends and I speak better English than her. She cannot even
pronounce simple words, for example, the word "crow" is pronounced as
"crew". Most of the time she speaks as if she is a saleperson at the
supermarket.
Her command of the language is very bad. When we read correctly, she
stops
us and repeats the word wrongly.She confuses us most of the time. She
always
tells us to talk only in English and not Tamil or Malay but she speaks in
Malay.
I think she should go for tuition to improve her English. My friends and I
often
make fun of her but she doesn't understand a thing. I feel sorry for her."
~ Shureen Raj

ii. Pengukuhan Budaya Sekolah


Apa yang dimaksudkan dengan iklim sekolah? Ringkasnya suasana yang menggambarkan
sekolah yang teratur, terkawal, tenang, tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu
suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan
suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan
seumpamanya.
Apa dia budaya sekolah? Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkannya sebagai "realiti
dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This
inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend
time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."
Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and
behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other;
the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting
collaboration and collegiality."
Kajian-kajian mengenai budaya sekolah yang mengenalpasti ciri-ciri berikut sebagai dianggap
perlu wujud di sesebuah sekolah yang iklim dan budayanya sihat dan berkesan:
• Strong and professional principal
• Strong and professional teachers
• Clear positive philosophy
• Environment condusive to learning
• Effective student welfare framework
• Strong organizational framework
• Broad balance curriculum
• Meaningful assessment and reporting on student progress
• Support for parent and community participation
Renungilah ciri-ciri tersebut adakah wujud dan menjadi amalan semua pihak sama ada di pihak
pengurusan atau pun di pihak staff dan guru-guru termasuk murid-murid dan ibubapa mereka.

iii. Pemantapan Kurikulum: Pastikan Semua Murid Menguasai 3M

Ini suatu aspek yang sangat penting dan utama untuk kita sedari dan hayati sepenuh hati bagi
merobah senario dan situasi kelemahan-kelemahan murid di dalam penguasaaan
kemahiran asas 3M. Bolehkah senario "semua muird Tahap I menguasai 3M" yang menjadi
salah satu ciri menjadikan sesebuah sekolah itu sekolah perkasa dapat dicapai?
Menurut PIPP,KPM sehingga 2005 terdapat 4.4.% (atau bersamaan kira-kira 136,400) murid
sekolah rendah belum menguasai 3M!

Satu daripada punca pelajar Melayu lemah adalah disebabkan tabiat mengajar guru yang tidak
mampu menarik minat mereka dan banyak berlaku di sekolah-sekolah luar bandar
yang pelajarnya 100% Melayu. "Mentaliti dan sikap mengajar di sekolah dibuat sambil lewa
padahal sekolah-sekolah di luar bandar inilah yang perlu diberi perhatian
lebih disebabkan kemudahan yang serba-serbi kurang." (Prof.Dr. Aminah Ayob, 2003)

Senario 'mentaliti dan sikap mengajar guru-guru yang sambil lewa' ini tentulah menghalang
sesebuah sekolah itu mencapai tahap berkesan malah malang sekali apabila kita gagal
menjadi 'insan cemerlang' dalam melaksanakan tugas terutama tugas P&P di dalam bilik darjah;
gagal mendidik dan meneladan anak didik, yang akhirnya dibuktikan dengan
keputusan peperiksaan atau pencapaian kemahiran yang tidak menyerlah. Inilah apa yang
Jemaah Nazir Persekutuan namakan sebagai 'kelesuan proses pendidikan' yang wujud di
sekolah-sekolah.

iv. Peningkatan Prestasi Akademik

Sudahkah kita ketahui status (majoriti SK) di dalam pencapaian dan seterusnya prestasi
akademik, terutama sekolah kita sendiri? Sudahkah kita kaji dan selidik statistik pencapaian
peperiksaan UPSR sekolah tiga tahun, lima tahun, tujuh tahun atau 10 tahun lepas? Bagaimana
kita melihat dan mentafsir setiap angka dan data berhubung P1, P2, P3 dan seterusnya,
atau bagaimana berlaku tidak sikap dan perbuatan tidak beretika dan tidak bertanggungjawab
bila ada berlaku "manipulasi" angka dan data apabila melapor ke pihak PPD/JPN;
kerana kita malu dengan pencapaian murid-murid kita? Inilah penyakit yang melanda segelintir
daripada orang-orang yang hanya suka "mengubah angka dan data" tetapi tidak
mahu "mengubaha sikap dan diri."

Hakikat bahawa prestasi akademik SK masih belum pada tahap yang berkualiti tinggi tidak dapat
dinafi: "Yang lebih malang ialah prestasi sekolah kebangsaan tidak meningkat
darisegi kelulusan peperiksaan. Ada guru yang lebih mengutamakan politik daripada
pengajaran ilmu yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Walaupun terdapat
banyak sekolah kebangsaan yang cemerlang tetapi prestasi kebanyakannya adalah rendah."
(Dr.Mahathir Mohamad, 2001)

Tinjau balik penekanan dan penumpuan kita terhadap kawalan proses P&P itu sendiri:
bagaimana dengan Ujian Bulanan, aspek kualitinya bagaimana, aspek kesahannya bagaimana?
Ada tidak pelaporan kepada ibubapa dan penjaga (yang lengkap dan kemaskini) atau ada tidak
tindakan susulan membaiki kelemahan setiap aspek kemahiran murid dilakukan
secara bersungguh-sungguh? Lihat pengurusan kurikulum kita betul-betul di beri fokus utama
atau tidak: bagaimana "allocated time" dan "enganged time"; peranan Panitia Mata
Pelajaran berfungsi atau tidak; pengesanan P&P dibuat tidak; pencerapan pengajaran guru di
dalam bilik darjah dibuat tidak; buku latihan murid diperiksa atau tidak; Jawatankuasa
Kurikuklum Sekolah berfungsi dan bergerak secara betul-betul profesional atau tidak? Semuanya
ini jawabnya ada pada kita.

Oleh itu dalam gagasan dan konsep 'memperkasakan SK' ini kita tidak dapat lari dari aspek
memperkasakan individu guru-guru yang menjadi tenaga pengajar yang paling utama
dan penting menenrusi ciri dan sifat-sifat yang menunjukkan 'profesionalisme' dan
'profesionalitinya'. Sifat dan ciri-ciri seseorang guru yang perkasa atau berkesan terutama dalam
P&Pnya sangat mudah dikenali oleh setiap orang muridnya dan juga oleh rakan-rakan sejawatan
dalam setiap interaksi dan aktiviti pembelajaran di sekolah. Antaranya dapat
dibahagikan kepada tiga aspek: iaitu aspek terhadap murid; terhadap mengajar dan terhadap
disiplin.

Sifat dan Ciri-ciri Seorang Guru Yang Perkasa


Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan
• punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain
(iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil
dari segi afektif dan juga kognitif
• hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
• kenal, hormati dan percayai murid-murid
• mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan
berfikir secara kritis
• menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir
mengenainya
• menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
• hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti
sukan, persembahan muzikal dn kebudayaan.

Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa


• melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme
seorang guru
• berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada
pengalaman
• adil dalam menilai dan menggred
• fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
• bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata
pelajaran
• seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea
yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat
memahami dan menghargainya
• sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada
murid-murid
• merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi
setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
• secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian
bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta
relevan
• menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah,
jabatan atau dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa


• seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
• seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya
dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan
seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
• juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
• aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya
• menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
• bina dan mengekalkan perhubungan profesional
• bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Secara Peribadinya: Seorang Guru Yang Perkasa itu sentiasa


menunjukkan menunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di
luar bilik darjah dan mengajar
kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi. Peribadi
guru yang perkasa lagi berkesan berfikirn terbuka, berlapang dada,
merendah diri dan bersikap
optimistik.

Cegah Sebelum Parah: Rawat Diri Bina Kecemerlangan Organisasi

Menjana insan 'guru sebenar guru' sekaligus dalam usaha menjulang kecemerlangan organisasi
sekolah kita tidak ada orang lain yang dapat membantunya kecuali diri kita sendiri.
Setiap orang guru memiliki potensi yang amat besar menjadi seorang guru yang profesional
dengan sikap profesionaliti yang tinggi jika kita sedia, mahu dan sanggup mengubah
paradigma dan pendekatan kita terutama sekali di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan berkualiti.

Namun tetap berlaku beberapa kelemahan atau wujudnya 'kebejatan profesionalisme' di mana-
mana yang menjadi penghalang diri dan organisasi kita mengubah budaya kepada satu budaya
sekolah yang lebih sihat.

Seorang guru penolong di sebuah sekolah memberikan pendapat dan pandangannya di dalam slot
Hari Profesional Sekolah berhubung budaya dan amalan-amalan yang tidak
menggalakkan wujud bertahun-tahun di sekolahnya dan ini menyebabkan prestasi sekolahnya
yang tidak menggalakkan sama sekali. Beliau merasa 'malu' apabila sekolahnya sering
dipandang rendah di kalangan rakan guru dari sekolah-sekolah berdekatan. Apakah yang menjadi
'barah' dan 'petualang' di sekolah beliau? Antaranya beliau menyenaraikan
faktor-faktor berikut yang menjadi penyebabnya:
• Tidak ada 'fokus': hendak semua; semua hendak 4A, 5A, tapi GB tidak berperanan,
menekan guru sahaja (guru jadi takut).
• Panitia Mata Pelajaran: Tidak wujud panitia-panitia; yang selalu nampak sedikit ialah
Panitia Bahasa Inggersi, Matematik dan Bahasa Melayu sahaja. Tidak ada mesyuarat
secara khusus. Cari maklumat bila diperlukan sahaja.
• Ujian Bulanan: memang tidak ada, kecuali peperiksaan. Ada guru panggil murid untuk
tolong 'staple' kertas soalan di Bilik Guru. Ini tidak betul dari segi etika dan kesahan.
• UPSR: Zaman itu 4A; bila sampai waktu keputusan orang tak tanya pun sekolah dia.
Beliau selalu tak puas hati, kerana murid tidak belajar, ibubapa tidak peduli.Pernahkah
kita salahkan diri sendiri? Pernah tergolong dalam kelompok sekolah "top ten bawah".
Keputusan UPSR sekitar 25-30 % sahaja. Puncanya kerana pengedalian kita silap!
• Masa P&P: Ada guru main ping-pong waktu mengajar (kebetulan meja ping-pong
diletakkan di kantin). Malah guru lain pula boleh 'tumpang sekaki'.Budaya 'negaholik'
yang amat ketara dan tidak ada sesiapa yang hendak larang! Kes guru tak masuk kelas
memang biasa; bila masuk duduk sahaja, dan sebabkan murid kita kecundang.
• Sikap: Guru mengajar salah fakta, dan tidak pula betulkan, biarkan sahaja. Inilah 'guru
palsu' namanya dan paling buruk wujudnya "guru mengajar menipu".
• Disiplin: Ada staf yang ambil kesempatan, rehat ke kedai Pak R******, pukul 9.00 pergi
beli ikan semasa bertugas. Bagi beliau ini 'salah'.
• Mesyuarat: Tidak seperti sekarang, dibuat secara 'ad hoc' sahaja, tidak tersusun, dan
keputusan yang dicapai dalam mesyuarat sering pula tidak dilaksana atau dipinda sesuka
hati pihak pengurusan.
Demikianlah senario dan situasi sebuah sekolah yang lebih menampakkan budaya sekolah yang
tidak positif malah mirip kepada satu budaya 'nafsu-nafsi'; dan oleh kerana
kegagalan peneraju utama dalam menangani karenah dan tingkah segelintir orang yang tidak
bersikap dan berwatak sebagai 'guru sebenar guru' maka menyebabkan kelemahan
berlarutan dan bertimpa-timpa dan tentulah memerlukan daya usaha dan kekuatan semangat
yang luar biasa bagi mengatasinya.

Pemimpin dan juga seluruh staf sekolah perlu berganding bahu dan bersatu tekad dan kekuatan
supaya sekolah yang kita berkhidmat di dalamnya dapat muncul sebagai sebuah
sekolah perkasa dan berkesan. Satu daripada caranya ialah dengan mencipta, membentuk dan
menggilap satu budaya sekolah yang baru, yang positif dan berkesan melalui Sembilan
Prinsip Kitaran Proses Kualiti(Quality Cycle of Process).

Sembilan Prinsip QCoP tersebut adalah:

1. Do It Right First Time (DIRFT): Ertinya setiap kerja mesti bebas daripada buat salah dan
silap kerana salah dan silap 'boleh dielak dan dicegah'. Pada tahap yang lebih
tinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan betul dan murid-murid mesti belajar dengan
betul dan sentiasa buat betul. Ringkasnya semua guru dan murid-murid mesti faham dan
mesti jadikan prinsip utama mencapai kejayaan cemerlang.

2. Guru Mengajar Murid Belajar: Ertinya semua guru mesti faham dulu bahawa 'kerja kita
ialah mengajar' bukan berborak, duduk di kantin, tidak masuk kelas, keluar ke
kedai, tidur atau lainnya.Mengajar pula mesti penuh persediaan dari segi mental, fizikal dan
spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama 'tidak ada kelas yang
dibiarkan tanpa guru'. Kemudian murid-murid pula mestilah belajar dengan betul, bersungguh-
sungguh dan tidak main-main, tidak ganggu rakan-rakan yang lain serta belajar
dengan penuh keriangan dan kefahaman.

3. Mengongsi Visi Yang Sama: Ertinya semua guru mesti faham dan hayati halatuju sekolah
yakni hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatak
dan boleh menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah 'normal' dan
berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi yang
hendak direaliasasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi menjadi hak kepunyaan
semua guru, dan berpegang teguh kepada kata-kata keramat "Bersatu Kita Teguh
Bercerai Kita Roboh".

4. Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai: Ertinya apa jua yang guru-guru ajar (dan buat) itulah
yang akan jadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan
sepenuhnya. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan tentukan
prestasi atau pencapaian murid seterusnya. Ini kena ingat baik-baik.

5. Penambahbaikan Berterusan: Ertinya mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru
mesti sentiasa lakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua aspek
kerja terutama P&P.Prinsip utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini
tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya
hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan
serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa.

6. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah: Ertinya tidak cukup
sekadar boleh 'menyelesaikan masalah' sahaja lebih-lebih lagi sudah tahu benda
yang akan jadi masalah.Jadi yang diutamakan ialah kebolehan 'mencegah masalah' supaya
tindakan awal yang bersifat 'preventive' bukan 'remedial' dapat dibuat dengan berkesan.
Prinsipnya amalkan pendekatan PDCA secara total dalam semua aktiviti. Ringkasnya mesti ada
sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak hadapi masalah dan organisasi yng
iklimnya sangat kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan lagi
berkualiti.

7. Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul: Ertinya apa jua isu yang
ditimbulkan dalam menangani perubahan dan melakukan penambahbaikan adalah
berdasarkan 'perkaranya' bukan kepada 'siapa orangnya'. Prinsipnya ialah apa yang betul atau
tidak betul bukan berdasarkan dia itu Guru Besar atau Penolong Kanan atau Guru
Penolong, hatta Pekerja Rendah Awam sekalipun, tetapi kepada apakah persoalannya, apakah
kesan dan implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsafah, peraturan, dan
objektivitinya. Matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betul dan tidak boleh
dipoertikaikan oleh sesiapa pun.

8. Permuafakatan Dan Kesejawatanan: Ertinya dalam organisasi tidak ada orang boleh buat
kerja berseorangan, pendeknya setiap orang perlukan orang lain bagi memenuhi atau
menyempurnakan sesuatu tugas atau sesuatu bidang tanggungjawab. Prinsipnya semua guru
mesti faham bahawa tanpa kerjasama atau permuafakatan banyak kerja lebih-lebih lagi
usaha meningkatkan prestasi murid dan sekolah tidak tercapai. Oleh itu perasaan dan pemikiran
'kesejawatanan' maka perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga. Aspek permuafakatan
dan kesejawatanan in jelas dilihat apabila sikap dan semangat tolong-menolong, sanggup
berkorban, ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan sebagainya wujud dengan penuh
harmoni.

9. Guru Sebenar Guru~Ke SekolahTidak Jemu Mengajar Tidak Lesu: Ertinya seorang guru
yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan
mengkhianati tugasnya dan murid-muridnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa
tugas 'mengajar dan mendidik' satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah
menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat
dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah atau
menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping
berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak
akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng, banyak beri
alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan
tanggungjawab, mengganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan
'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas'
ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, penuh semangat
serta bersungguh-sungguh.

Penutup

Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam usaha membangunkan
satu sistem pendidikan bertaraf dunia adalah satu tugas besar yang perlu dihayati
dan mendapat sokongan dan kerjasama seluruh anggota pendidikan negara bagi membangunkan
modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi di
samping melahirkan modal insan yang berpengethauan dan berkemahiran. Yang demikian PIPP,
selaras dengan Misi Nasional, memberikn penekanan tinggi ke atas pembangunan
modal insan "Minda Kelas Pertama".

Oleh it selaku guru-guru hari ini yang sedang bertugas dan berkhidmat di sekolah-sekolah
perlulah sedar bahawa kita mempunyai tugas besar dan mencabar bagi memperkasakan
bukan sahaja sekolah kebangsaan tetapi yang lebih penting lagi dapat memperkasakan diri
sendiri menjadi 'guru sebenar guru; ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu'.
Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri masing-masing.

Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dan tindakan
tidak profesional kita, kita sangka yang rosak dan bobrok hanyalah organisasi atau
sekolah kita sahaja; malah kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya
maruah, buruknya perangai diri kita sendiri di mata anak-anak didik atau rakan sejawatan
kita yang lain.

Marilah buangkan segala unsur yang negatif (jika ada) dan binalah jatidiri 'guru sebenar guru';
seorang guru baru yang berkualiti; guru yang berkesan di dalam urusan "core
business" kita bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sepanjang masa.

Memetik kata-kata Dr. Bob Kizlik (2002) dalam artikelnya Tips On Becoming a Teacher;
"Make no mistake; as a teacher, your day doesn't necessarily end when the school
bell rings. If you're conscientious, you will be involved in after school meetings, committees,
assisting students, grading homework, assignments and projects, and calling
parents. All of this demand some sacrifice of your personal time."

Rujukan

Kizlik, Bob Dr. (2002). Tips On Becoming a Teacher.http://www.adprima.com.tipson/html


16.01.2003
_________________ Center for Improving School Culture (2004) Bowling Green' KY, USA

Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (2001); Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu
Pertama, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

_________________ (2007) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian


Pelajaran malaysia, Kuala Lumpur.

___________________(2001); Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.


Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

The Star, Edisi 25.03.2007, Kuala Lumpur, Malaysia

Utusan Malaysia, Edisi 5.02.2003, Kuala Lumpur, Malaysia

You might also like