You are on page 1of 8

Soalan 15 Huraikan dengan ringkas jenis jenis pencemaran yang sedang berlaku.

PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini. Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. 1. Pencemaran primer Merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal Pencemaran sekunder Tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gasgas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik. Punca-punca Perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industry kilang Penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan Punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku. Kesan-kesan Menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gasgas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan.

2.

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar. Memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi. Memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya. Pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia Langkah-langkah Pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon. Menghijaukan kawasan. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya. Penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan. Program kitar semula. Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap. Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara. Penguatkuasaan undang-undang. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya. Kempen. Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

PENCEMARAN AIR Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair. Punca Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut. Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara. Kesan-kesan Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar.

Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri. Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

Langkah-langkah Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. Pengurusan sampah yang lemah di kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup. Kkempen kesedaran melalui iklan televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah memahami peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempenkempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam kempenkempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran air ke tahap yang paling minimum .

PENCEMARAN TANAH Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia.

Punca Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pembuangan sampah merata-rata Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang Pembalakan yang giat dijalankan Pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir. Pengujian senjata nuklear Kesan Merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

PENCEMARAN BUNYI Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli. Punca Pembangunan dalam kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan. Proses pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar. Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara menunggu anak di sekitar sekolah . Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang kuat. Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku . Kesan Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan. Kesan Fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala Kesan Psikologi mengganggu komunikasi mengganggu tidur menjejaskan kestabilan mental mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

PENCEMARAN RADIOAKTIF Pencemaran radioaktif biasanya adalah akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa penghasilan atau penggunaan radionuklid (radioisotop), nukleus tidak stabil yang memiliki tenaga berlebihan. Kurang biasa, guguran nuklear ("nuclear fallout") iaitu taburan pencemaran radioaktif akibatan ledakan nuklear. Jumlah bahan radioaktif yang dibebaskan dalam kemalangan dikenali sebagai istilah sumber. Pencemaran mungkin berlaku dari gas beradioaktif, cecair atau zarah. Sebagai contoh, sekiranya radionuklear digunakan dalam perubatan nuklear tertumpah secara tidak sengaja, bahan itu boleh disebarkan oleh orang ketika mereka berjalan merata-rata. Pencemaran radioaktif mungkin juga hasil tidak disengajakan proses tertentu, seperti pembebasan xenonberadioaktif dalam pemprosesan bahan api nuklear.

Kesan biologi Kesan biologi kepada mendakan radionuklid dalaman bergantung kebanyakannya pada aktiviti dan taburanbio dan kadar penyingkiran radionuklid, yang sebaliknya bergantung kepada bentuk kimianya. Kesan biologi juga mungkin bergantung kepada keracunan kimia bahan termendak, bebas dari keradioaktifannya. Sesetengah radionuklid mungkin tersebar secara umum dalam badan dan disingkirkan dengan pantas, sebagaimana dalam kes air tritiat. Sesetengah organ menumpukan sesetengah unsur dan dengan itu variasi radionuklid unsur tersebut. Tindakan ini mungkin mendorong kepada kadar penyingkiran lebih rendah. Sebagai contoh, kelenjar thyroid menyerap sebahagian besar peratusan iodin yang memasuki tubuh. Sekiranya sejumlah besar iodin beradioaktif dihidu atau ditelan, thyroid mungkin lumpuh atau musnah, sementara tisu lain terjejas pada kadar yang lebih rendah. Iodin beradioaktif adalah hasil fision nuklear biasa; ie merupakan komponen utama radiasi dibebaskan dari akibat bencana Chernobyl, mendorong kepada sembilan kes kematian barah thyroid pediatrik dan hypothyroidism. Sebaliknya, iodin radioaktif digunakan dalam diagnosis dan rawatan kebanyakan penyakit thyroid khususnya kerana pengambilan iodine khas oleh thyroid.

PENCEMARAN TERMA/HABA Pencemaran terma/haba ialah perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara sekitarnya yang yang berlaku khasnya akibat aktiviti manusia. Punca-punca Peningkatan kawasan perindustrian . Kawasan perindustrian seringkali membebaskan air panas yang telah digunakan ke dalam sungai. Keadaan ini mengakibatkan suhu air sungai meningkat . Apabila suhu sungai meningkat ia tidak sesuai berfungsi sebagai habitat hidupan akuatik , perkara ini berlaku kerana kandungan oksigen berkurangan dan ini menyukarkan hidpan akuatik untuk hidup di kawasan tersebut. Kewujudan bangunan bercermin. Apabila cermin digunakan sebagai dinding bangunan ini memburukkan lagi suhu kawasan sekitar. Ini kerana cermin yang berfungsi sebagai dinding tersebut akan menyerap haba dan memantulkannya ke atmosfera lalu memanaskan suhu sekitar. Bandar raya yang pesat membangun. Apabila wujud banyak bangunan yang tinggi dan rapat dengan satu sama lain ini akan menyukarkan pengaliran udara. Bangunan-bangunan tersebut akan memerangkap udara yang berhabuk dan berkepekatan karbon dioksida yang tinggi. Udara di kawasan tersebut akan menjadi penebat haba dan kemudiannya suhu akan meningkat di kawasan tersebut. Stesen penjanaan kuasa elektrik. Stesen ini menghasilkan haba yang banyak dan selalunya didirikan di tebing sungai untuk dibekalkan air sungai untuk menyejukkanya. Dengan itu suhu air sungai akan meningkat dan di situlah berlakunya pencemaran terma/haba. Pertambahan bilangan kenderaan bermotor. Jumlah kenderaan bermotor di Malaysia telah meningkat dua kali ganda sejak 1980.Keadaan ini turut menyumbang kepada berlakunya pencemarn terma/haba di Malaysia. Ini kerana kenderaan tersebut mengeluarkam karbon dioksida yang mengakibatkan suhu menjadi semakin meningkat. Pertambahan bilangan kederaan akan mengakibatkan pertambaha suhu sekitarnya.

Kesan-kesan Kematian Bumi kini sedang mengalami demam panas akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran setiap tahun. Pencairan ais di kutub Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar. Ribut taufan dan angin monsun Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang kepanasan ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania. Peningkatan bilangan vektor penyebab penyakit berjangkit Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus.

You might also like