You are on page 1of 13

TEKS UCAPAN ALUAN YB DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

MALAYSIA

SEMPENA PROGRAM GEGAR 1 PERIKANAN DAN PELEPASAN BENIH IKAN PERINGKAT KEBANGSAAN (MOH! SELAMATKAN IKAN PATIN SUNGAI PAHANG) DI DEWAN SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (C) KHEE CHEE JALAN HAMZAH, TEMERLOH, PAHANG 29 JUN 2013

TEKS UCAPAN
1

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang dihormati saudara dan saudari pengacara majlis, Y.H Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood Ketua Pengarah Pengarah Perikanan Malaysia Y H. Dato Haji Tarif Bin Abdul Rahman Pegawai Daerah Temerloh Y B. Dato Tn Haji Mohamed Bin Jaafar Adun Kawasan Jenderak Y.H Dato Haji Zainal Bin Abidin YDP Majlis Perbandaran Temerloh

Y.Brs. En Adnan Bin Hussain, Pengarah Perikanan Negeri Pahang Y.Brs. En Lai Teck Pin, Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Khee Chee
2

Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Perikanan Ketua-Ketua Jabatan serta Agensi Persekutuan Dan Negeri Y.Brs Penghulu Penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung,Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Yang Dihormati tuan-tuan dan puan-puan, para nelayan dan penternak serta hadirin sekalian Alhamdulillah, di pagi yang mulia dan berkat ini marilah kita semua memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul di MAJLIS PELANCARAN GEGAR 1 PERIKANAN DAN PELEPASAN BENIH IKAN PERINGKAT KEBANGSAAN (MOH SELAMATKAN PATIN SUNGAI PAHANG) DI TEMERLOH PAHANG. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perikanan di atas jemputan bagi merasmikan Majlis Program Gegar 1 Perikanan Dan Pelepasan Benih Ikan Peringkat Kebangsaan (Moh Selamatkan Patin Sungai Pahang) Di Temerloh Pahang Ini. Saya difahamkan, program GEGAR 1 PERIKANAN ini juga melibatkan komuniti setempat seperti nelayan sungai, penternak ikan dan pemimpin masyarakat yang turut sama memulihara sumber perikanan di Negeri Pahang ini. Kerjasama yang dijalankan
3

ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan dan Kementerian yang menggalakkan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategic (NBOS) dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti. Melalui pendekatan ini kedua-dua pihak yang terlibat telah bekerjasama dalam membangun modal insan serta kumpulan sasar dengan memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada secara perkongsian maklumat dan tenaga yang dapat meminimumkan kos pengurusan program yang dilaksanakan. Y Bhg Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Kepada Jabatan Perikanan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana telah merancang untuk melaksanakan program Gegar Perikanan yang bertemakan MOH! SELAMATKAN IKAN PATIN SUNGAI PAHANG yang akan memberi tumpuan khusus bagi menangani isu-isu utama yang dihadapi oleh kumpulan sasar termasuklah isu menangkap ikan menggunakan peralatan yang dilarang. Dengan adanya program ini, saya menjangkakan sekurang-kurangnya 30 peratus kegiatan menjalankan aktiviti secara terlarang ini akan dapat dikurangkan. Selain itu Bandar Temerloh sudah terkenal di Malaysia sebagai Bandar Ikan Patin yang menjadi ikon di Negeri Pahang. Oleh itu bagi mengekalkan spesies yang sentiasa diekspoitasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab daripada aktiviti yang terlarang pihak jabatan dengan kerjasama penduduk setempat telah menubuhkan Rakan
4

FIsh sebagai mata dan telinga jabatan bagi menangani isu penangkapan ikan dengan menggunakan keadah atau peralatan yang terlarang.

Inisiatif Jabatan Perikanan melaksanakan program secara berfokus dan menetapkan sasaran yang jelas untuk dicapai melalui pendekatan NBOS dan memiliki elemen Touch Point adalah sesuatu yang harus dipuji dan menjadi contoh kepada Jabatan/Agensi yang lain. Saya yakin melalui pendekatan ini sebahagian dari isu-isu yang dihadapi oleh kumpulan sasar dapat kita selesaikan, malahan tahap keyakinan rakyat kepada jentera pentadbiran Kerajaan akan meningkat.

Adalah

menjadi

harapan Saya

saya

supaya

program oleh pihak

ini

dapat

diperluaskan lagi mendapat

supaya lebih ramai kumpulan sasar akan dimaklumkan Jabatan

faedah.

Perikanan bahawa seramai 1571 orang nelayan sungai yang telah berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Daripada jumlah itu, 333 orang nelayan sungai adalah dari Daerah Temerloh.

Saya yakin dan percaya melalui kerjasama seumpama ini dan ditambah dengan pelbagai program yang telah diatur oleh Jabatan Perikanan dan disokong oleh pelbagai Jabatan dan
5

Agensi bukan saja dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan perpaduan antara komuniti nelayan bersama dengan Jabatan dan Agensi Kerajaan tetapi yang lebih besar daripada itu ialah akan meningkatkan keyakinan kumpulan sasar ke atas sistem penyampaian Kerajaan yang berteraskan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Y.Bhg Datuk Sri, Y H Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, pihak Kerajaan dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, telah secara bersungguh-sungguh sedang melaksanakan Program Transformasi Kerajaan yang meliputi Program Transformasi Ekonomi dan juga Program Transformasi Perkhidmatan Awam bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Program Transformasi Kerajaan yang berpaksikan Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan serta Setiap Janji Ditepati adalah bertujuan bagi memastikan setiap rakyat di negara ini akan menikmati kekayaan dan kesejahteraan hidup secara adil dan saksama.

Manakala Program Transformasi Perkhidmatan Awam

adalah

bertujuan untuk menjadikan kakitangan awam di negara ini yang sentiasa responsif kepada kehendak rakyat dan juga memahami setiap denyut nadi rakyat. Di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani usaha-usaha telah dan sedang diambil dalam menyusun strategi supaya setiap Jabatan dan Agensi dibawahnya melaksanakan program transformasi masing-masing dengan memperkukuhkan program interaksi dengan kumpulan sasar bagi memahami sepenuhnya kehendak dan aspirasi mereka, Program yang dilaksanakan akan menumpukan kepada penyelesaian masalah dan meningkatkan keupayaan serta peluang untuk kumpulan sasar meningkatkan taraf sosio ekonomi dan menikmati kesejahteraan hidup.

Pendekatan yang telah disusun pula meliputi

aspek menjadikan

bidang agro-makanan sebagai aktiviti perniagaan yang berdaya maju, bekerja dalam sektor agro-makanan sebagai kerjaya yang berdaya saing, menyediakan khidmat sokongan pertanian yang memenuhi kehendak pelanggan dan menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang agro-makanan.

Inisiatif Jabatan Perikanan melaksanakan Gegar Perikanan adalah merupakan sebahagian usaha mendokong Program Transformasi

Kerajaan. Usaha ini dilihat sebagai amat bertepatan kerana ianya menepati kehendak kumpulan sasar yang sering membangkitkan isu mengenai penangkapan ikan dengan menggunakan peralatan terlarang seperti menuba, racun meracun, menggunakan arus elektrik dan menggunakan bahan letupan serta kemusnahan aktiviti akuakultur akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Y.Bhg Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Sebagai usaha Kementerian Pertanian dan Indusri Asas Tani untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat terutamanya petani, penternak, nelayan dan usahawan asas tani melalui permodenan dan transformasi sektor Agro-makanan, Dasar Agromakanan Negara (DAN) telah dirumus semula. DAN bagi tempoh 2011-2020 telah dirangka untuk mencapai 3 objektif utama iaitu menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat; menjadikan industri agromakanan berdaya saing dan mampan serta meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.

Pengenalan dasar ini juga jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan melihat sektor agro-makanan sebagai salah satu daripada sektor yang penting di Negara ini. Selain dari merumuskan Dasar Agro-Makanan Negara (DAN) 2011-2020, pihak kerajaan juga telah

mengenal pasti sektor pertanian sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebanyak 16 Projek Penggerak Ekonomi (Entry Point Project) dan 11 Peluang Perniagaan akan dilaksanakan yang dianggarkan akan menyumbang sebanyak RM49.1 billion kepada Pendapatan Negara Kasar menjelang tahun 2020. Peluang-peluang yang disediakan di bawah NKEA perlu

dimanafaatkan oleh tuan-tuan dan puan-puan kerana ianya akan membantu untuk melaksanakan projek pengeluaran makanan secara komersil dan skala besar. Kesungguhan Kerajaan dalam membangunkan sektor agro-

makanan negara terbukti melalui Bajet 2013 dengan peruntukan yang besar telah diluluskan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu sebanyak RM5.8 bilion. Peruntukan yang besar ini akan digunakan sebaik-baiknya bagi memajukan industri agromakanan negara dan meningkatkan pendapatan serta taraf sosioekonomi peladang, penternak dan nelayan. Bagi memenuhi hasrat tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan dan Agensi di bawahnya telah merancang dengan teliti bagi melaksanakan pelbagai program/projek yang mampu menjadikan sektor agro-makanan
9

yang lebih berdaya saing dengan pengeluaran produk-produk yang mempunyai nilai tambah dan berkualiti tinggi yang mampu bersaing di pasaran global. Adalah diharapkan melalui pemodenan sektor Agro-Makanan ini akan mampu merangsang pertumbuhan dalam setiap rantaian samada di peringkat huluan dan hiliran yang sekali gus akan memberi faedah secara langsung kepada semua pihak yang terlibat termasuk tuan-tuan dan puan-puan yang ada di dalam dewan ini Y.Bhg Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Sebagai Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk

menjaga dan membela nasib hidup masyarakat nelayan dan penternak, maka pihak kami mahukan para pengusaha perikanan kita menikmati taraf hidup yang lebih baik sejajar dengan tahap kemajuan negara dan setanding dengan golongan lain. Kita tidak mahu lagi mendengar masyarakat nelayan dan penternak yang sentiasa dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan serta dihimpit dengan pelbagai masalah. Alhamdulillah kita harus samasama mengakui bahawa keadaan kehidupan kita hari ini jauh lebih baik berbanding dengan beberapa waktu yang lalu. Ini adalah hasil daripada kesungguhan kerajaan yang merangka pelbagai dasar dan program untuk membela masyarakat nelayan dan penternak di seluruh Negara termasuk di Negeri Pahang ini.

10

Jika dilihat dalam konteks nelayan dan penternak, pihak kerajaan telah memberi tanggung jawab secara khusus untuk menangani isuisu yang melibatkan masyarakat ini. Setahu saya tiada negara dalam dunia ini yang menyediakan pembelaan sebegitu besar kepada golongan ini seperti mana yang berlaku di negara kita. Justeru itu, saya mohon para nelayan memberikan sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan serta jabatan/agensi terlibat. Sehingga ini saya kira kerajaan telah membelanjakan pada angka billion ringgit bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk nelayan dan penternak, seperti Program Membaik Pulih Perumahan Nelayan Darat dan penambahan stok ikan di perairan sungai melalui program pelepasan benih ikan dan bantuan Input di bawah program Touch Point dan sebagainya. Disamping itu terdapat program lain yang melibatkan aspek keusahawanan, pemasaran, pinjaman mudah (dana nelayan), skim insuran serta program khidmat sokongan yang lain. Saya cuma minta tuan-tuan terus menyokong usaha-usaha ini agar apa yang dilaksanakan tidak disia-siakan dan hasrat Kerajaan untuk melihat tahap kehidupan masyarakat nelayan dan penternak terus meningkat, dan akan tercapai.

Y.Bhg Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

11

Di samping itu juga, ianya penting supaya masyarakat nelayan dan penternak sentiasa berfikir dan berusaha supaya hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Perubahan minda dan sikap, perlu dibudayakan kepada setiap pengusaha. Oleh itu, saya berharap masyarakat nelayan serta usahawan tani akan terus berusaha gigih dengan penuh berwawasan untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan masing-masing supaya rezeki secupak akan menjadi segantang. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih baik dan efisien. Dalam pada itu kami akan terus memberi perhatian bagi meningkatkan jalinan hubungan antara kementerian dengan pelanggan untuk memenuhi kehendak golongan petani, penternak dan nelayan serta usahawan asas tani. Program-program seperti ini merupakan satu platform kepada MOA bertemu dan bersua muka dengan pelanggan bagi mendengar keluhan, menerima pandangan dan cadangan mereka.

Justeru itu, program-program seperti ini akan terus dilaksanakan di seluruh Negara. Kejayaan dalam mencapai halatuju Kementerian memerlukan sokongan padu dari semua pihak. Saya menyeru kepada kakitangan, Jabatan dan Agensi dibawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar memberi tumpuan dan
12

berperanan sebagai pemudah cara agar dapat meneruskan aspirasi Kementerian untuk membantu kumpulan sasar. Akhir kata, saya berkeyakinan penuh perjumpaan kita pada kali ini dapat menjana idea-idea dan pembaharuan serta komitmen jitu bagi menjayakan usaha kita dalam memajukan sektor pengeluaran makanan amnya dan industri asas tani khasnya. Dengan lafaz yang mulia BismillahirRahmannirRahim, saya dengan sukacitanya merasmikan MAJLIS PROGRAM GEGAR 1 PERIKANAN DAN PELEPASAN BENIH IKAN PERINGKAT KEBANGSAAN (MOH SELAMATKAN PATIN SUNGAI PAHANG) DI TEMERLOH PAHANG. Sekian, Wabillahhitaufik, walhidayah, wassalamualaikum,

warahmatullah hiwabarakatuh. Terima kasih.

13

You might also like