You are on page 1of 16

FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SOALAN : PELAJAR MEMBUAT ANALISIS TERHADAP FPK DAN MELIHAT PERKAITANNYA DENGAN FALSAFAH BARAT, ISLAN DAN TIMUR SERTA DIBENTANGKAN DALAM KELAS. PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBUAT PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN MEREKA DENGAN FPK

LOW WENG SHENG NOR FAHMI

Perkaitan FPK dengan Rekonstruktivisme


FPK mempunyai banyak persamaan dengan falsafah

pendidikan rekonstruktivisme. (Barat Moden) Theodore Burghard Hurt Brameld (1904) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat bahawa pengalaman sebenarnya terhasil daripada interaksi manusia dengan elemenelemen dalam alam persekitaran dan alam sosial. Falasafah ini jelas menekankan bahawa matlamat utama pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang stabil demi keharmonian dan kemakmuran.

FPK dengan falsafah progresivisme


Memandangkan falsafah pendidikan rekonstruktivisme

adalah berasaskan falsafah progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pulamengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme. John Dewey dan ahli-ahli progresivisme, pelajar merupakan peranan utama dalam pembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan pelajar. Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing pelajar.

FPK dengan progresivisme


Ciri-ciri ini boleh dikenalpasti berdasarkan KBSR dan

Menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. sekolah merupakan sebuah masyarakat kecil yang bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul sekali gusmenyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktivitiaktiviti pendidikan. kurikulum sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, iaitu mata pelajaran yang memupuk kemahiran daya cipta dalam kalangan pelajar sebagaimana yang dititiberatkan dalam falsafah progresivisme.

FPK dengan falsafah essensialisme (tradisional barat)


Memandangkan sebab sistem pendidikan menitikberatkan

pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional. James B. Conant(1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepadapengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. guru memainkan peranan yang utamadalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus.

FPK dengan falsafah timur


Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu

fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkanpotensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan, yang harmonis dan seimbang. Fungsi ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan Barat iaitu rekonstruktisme serta falsafah pendidikan Timur iaitu Konfusianisme, Nasionalisme dan Internasionalisme.

FPK dengan falsafah timur (china)


Menurut konfusianisme, peranan utama pendidikan ialah

membina tingkah laku manusia supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Pendidikan disifatkan sebagai alat penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan, dan keharmonian kehidupan. Mereka juga menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Walau bagaimanapun, untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat.

FPK dengan FP nasionalisme dan internasionalisme (India)


Rabindranath Tagore (1861-1941) mentafsirkan pendidikan

sebagai proses bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, segala aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna. Beliau juga berpendapat pendidikan harus menjadi satu proses berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak sematamata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga mendukung sikap nasionalisme yang ideal, menpunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif.

FPK dengan falsafah pendidikan Islam


Perkembangan individu dari segi intelek, rohani,

emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula kita dapat menghayati falsafah pendidikan Islam ini. Tambahan pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM mencerminkan ciriciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.

RUMUSAN
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994)

merumuskan bahawa falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu sesuatu falsafah yang dicipta tersendiri daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. Pendapat ini amat jelas dan tepat menggambarkan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dicipta mengikut acuan rakyat Malaysia sendiri berdasarkan falsafah-falsafah yang sedia ada dan direka bentuk sedemikian rupa demi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia ke arah kecemerlangan pendidikan

Perbandingan falsafah pendidikan mereka dengan fpk


Falsafah pendidikan Kebangsaan Falsafah Low

Mengembangkan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi JERI.


Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Uasaha yang berterusan dan tidak ada ilmu mutlak

Membentuk sifat-sifat kemanusian, ilmu pengetahuan dalam sains dan teknologi serta kecerdasan fizikal
Tidak digariskan. Membentuk masyarakat berbilang kaum yang bermoral dan hidup bersama secara harmoni, serta menyediakan individu yang sihat lagi berpengetahuan dari pelbagai aspek agar dapat diaplikasikan dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan Diberi kebebasan untuk menyelidik ilmu yang disukai.

Perbandingan falsafah pendidikan mereka dengan fpk


Falsafah pendidikan Kebangsaan Falsafah Low

Berakhlak mulia dan bertanggungjawab.


Perkembangan potensi individu Unsur intelek Unsur jasmani Unsur emosi Unsur jasmani Rakyat malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mampu mencapai kesejahteraan diri. Dapat memberi sumbangan kepada negara

membentuk sifat-sifat kemanusian


sama sains dan teknologi kecerdasan fizikal Tidak digariskan Tidak digariskan Rakyat malaysia yang berkemampuan menghadapai serta menyelesaikan masalah. Dapat menyelesaikan segala masalah sendiri.

Falsafah Pendidikan Low


Konsep pendidikan :

Pendidikan diberikan kepada setiap insan tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya agar individu tersebut mampu membentuk sifat-sifat kemanusian, ilmu pengetahuan dalam sains dan teknologi serta kecerdasan fizikal untuk menghadapi cabaran kehidupan. Tujuan pendidikan : Membentuk masyarakat berbilang kaum yang bermoral dan hidup bersama secara harmoni, serta menyediakan individu yang sihat lagi berpengetahuan dari pelbagai aspek agar dapat diaplikasikan dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan.

Falsafah Pendidikan Low


Kehendak Masyarakat : Pendidikan yang bercorak penyayang. Menghasilkan sikap keterbukaan pelajar yang mampu

menerima dan memberi cadangan, kritikan dan pembaharuan dengan orang lain. Menghasilkan pelajar yang celik ICT. Menghasilkan pelajar yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menerapkan sifat-sifat moral dan kemanusiaan dalam diri setiap pelajar. Merangsangkan minda pelajar mampu mengembangkan daya kreatif mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Falsafah Pendidikan Low


Kehendak Pelajar : Pembelajaran secara menyeronok dan tidak bosan dalam kelas. Tidak bersifat pasif dan boleh membangkitkan keinginan belajar

mereka. Mempunyai guru yang memahami perasan dan maslah mereka serta mampu menolong mereka dalam penyelesaian masalah. Suasana yang harmoni serta sesuai untuk sesi pembelajaran. Sistem permainan atau pertandingan diselitkan dalam pembelajaran seharian. Harap mendapat pengiktirafan serta galakan daripada guru-guru. Kaedah mengajar yang mudah serta menyenangkan kepada pelajar. Proses pengayaan dan pemulihan diperkenalkan untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran

Falsafah Pendidikan Low


Peranan guru : Guru diberikan ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang serta

menyampaikan ilmu ini kepada murid-murid secara perbincangan, tutorial, sesi kuliah dan secara praktikal/amali. Guru yang diamanahkan perlu menjalankan tanggungjawab yang diberi secara komitmen dan tegas. Memahami dan menolong pelajar untuk menyelesaikan atau memberi dorongan serta galakan kepada mereka. Sebagai fasilitator yang mengembangkan pemikiran mereka secara kritis dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Menjawab semua persoalan yang diberikan oleh pelajar serta memahamikan sesuatu benda itu secara menyeluruh. Membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar melalui pendidikan sivik, moral dan agama. Mempraktikkan gaya hidup yang sihat serta menjadi rol model kepada pelajar. Bersifat sabar dan tidak marah terhadap pelajar-pelajar yang kurang cemerlang.

You might also like