You are on page 1of 5

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 1
2008

VOL. 1 – SET 1
Edisi Pelajar

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
1. Yang manakah golongan berikut tertakluk kepada sekatan kebebasan bergerak menurut
Perlembagaan Pesekutuan?
I Seseorang yang ditangkap atas kesalahan rasuah
II Seseorang yang mengidap penyakit selsema burung
III Seseorang yang dibebaskan atas jaminan pihak polis
IV Seseorang yang ditahan kerana mengancam keselamatan negara
A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

2. K. Letchumy telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia pada tahun 2004.
Apakah syarat yang diperlukan bagi membolehkannya mendapat taraf kerakyatan melalui cara
pendaftaran?
I Ia telah menunjukkan kelakuan yang baik
II Berniat hendak mempunyai dua kerakyatan
III Tinggal di Persekutuan selama dua tahun dari tarikh permohonan
IV Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang memadai
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

3. Penyataan manakah yang benar berkaitan dengan pelucutan kewarganegaraan ke atas


seseorang perempuan yang menjadi warganegara secara pendaftaran?
A Menyembunyikan kenyataan sebenar semasa membuat permohonan
B Telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 oleh Mahkamah Sesyen
C Tinggal di negara asal 3 tahun dari 5 tahun dari tarikh perakuan kewarganegaraan
D Perkahwinan tersebut telah dibubarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perakuan

4.
Perlembagaan Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk mewarisi
dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan-
keistimewaan Raja Negeri itu. (Perkara 71, Bahagian 5 Perlembagaan Persekutuan)

Yang manakah berikut menerangkan tentang penyataan di atas?


A Sultan menjadi Ketua Agama Islam bagi negerinya sendiri
B Perlembagaan Persekutuan akan menentukan hak mewarisi takhta
C Pertikaian hak mewarisi takhta akan diputuskan oleh Mahkamah Khas
D Ketua Negeri boleh mengampuni anaknya yang telah dijatuhkan hukuman

5. Konsep sesebuah negara merujuk kepada


A sekumpulan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan tertentu
B sesuatu kawasan yang ditadbir oleh sesuatu kerajaan bagi tempoh tertentu
C sekelompok masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan tertentu dan
berkerajaan sendiri
D sebuah wilayah yang bersempadanan, berpenduduk, dan diiktiraf negara lain

2
6.
• Undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri boleh dibatalkan
• Perlembagaan Negeri perlu disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan
Penyataan di atas merujuk kepada
A Kerajaan Kesatuan C Kerajaan Persekutuan
B Kerajaan Demokrasi D Kerajaan Konfederasi

7.
“Raja menjalankan kuasanya berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu manakala badan
Kehakiman tidak sesuka hati semasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah-pesalah
jenayah”
Penyataan di atas merujuk kepada
A Kerajaan Persekutuan C Raja Berperlembagaan
B Doktrin Pengasingan Kuasa D Konsep Ketertinggian Perlembagaan

8. Manakah antara berikut berkaitan dengan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?
I Jawatan dalam perkhidmatan awam
II Pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar
III Peruntukan kewangan kepada Kerajaan Negeri
IV Kuota pelajar menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Swasta
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

9. Berdasarkan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan, manakah tindakan yang boleh diambil ke


atas seseorang warganegara yang berada di luar negara yang secara sedar telah menghina negara
dan Yang di-Pertuan Agong?
I Dibuang Negeri
II Dilucutkan kerakyatan
III Dilarang masuk ke dalam Persekutuan
IV Ditahan selama 2 tahun tanpa perbicaraan
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

10.
• Menghalang sesuatu komponen Kerajaan mempunyai terlalu banyak kuasa
• Memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan dengan lancar tanpa gangguan
Penyataan di atas merupakan tujuan utama kewujudan
A Doktrin Pengasingan Kuasa C Sistem Demokrasi Berparlimen
B Amalan Parlimen Dwidewan D Konsep Ketertinggian Perlembagaan

11. Encik X telah ditahan pihak polis melebihi tempoh tertentu dan tidak dilepaskan. Apakah
cara yang membolehkan beliau membebaskan diri daripada tahanan tersebut berdasarkan Perkara
5 Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan?
A Memohon ‘habeas corpus’ ke Mahkamah Tinggi

3
B Membayar wang jaminan yang ditentukan oleh mahkamah
C Menyerahkan pasport antarabangsa kepada pihak mahkamah
D Membuat saman malu melalui peguam ke Mahkaman Majistret

12. Manakah situasi berikut yang membolehkan pihak polis bertindak tanpa memerlukan waran
tangkap dan tidak menyalahi peruntukan Kebebasan Asasi, Perkara 10 Bahagian 2,
Perlembagaan Persekutuan?
I Menangkap nelayan asing yang menceroboh perairan negara
II Menahan beberapa orang yang menyertai perhimpunan tanpa permit
III Menangkap seseorang yang bersenjata ketika menyertai perhimpunan secara aman
IV Menyerbu sesebuah rumah dan menahan mereka yang terlibat dengan pengedaran dadah
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

13.
Ujian Masa
Kertas 1 1jam 15 minit
Rehat 20 minit
Kertas 2 1jam 30 minit
Jadual di atas menunjukkan masa yang diperuntukan untuk satu ujian. Jika semua calon
dikehendaki berada di dewan peperiksaan 10 minit lebih awal sebelum Kertas 1 bermula dan
Kertas 2 berakhir pada pukul 11.05 pagi. Pukul berapakah calon mesti berada di dewan sebelum
bermulanya Kertas 1?
A 7.35 pagi C 8.00 pagi
B 7.50 pagi D 8.10 pagi

14. Terdapat 3 bekas yang masing-masing berlabel P, Q dan R. Bekas P mempunyai X biji telur.
Q kurang 7 biji telur berbanding P manakala R lebih 15 biji telur berbanding Q. Berapakah nilai
X jika jumlah telur untuk ketiga-tiga bekas ialah 34 biji ?
A8 C 22
B 11 D 23

Soalan 15 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.


Jadual 1 :Perdagangan Malaysia Dengan Korea Selatan
Tahun 2003 2004 2005 2006
Eksport (RM juta) 13192 16839 18742 19657
Import (RM juta) 17930 19868 20321 21657
(Sumber : Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia)
15. Yang manakah benar tentang Jadual 1 di atas ?
I Imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.
II Jumlah eksport Korea Selatan semakin meningkat dari tahun 2003 hingga 2006.
III Imbangan perdagangan Malaysia pada tahun 2005 mengalami defisit sebanyak RM 1579
juta.
IV Jumlah eksport Malaysia pada tahun 2006 meningkat sebanyak 14.3% berbanding tahun
2004.
A I dan II C II dan III

4
B I dan IV D III dan IV

You might also like