You are on page 1of 28

KUIZ

PENGAJIAN AM

BAHAGIAN A
TOPIK 1
1. Yang manakah ciri asas sesebuah
negara?

A Diterajui oleh parti politik tertentu


B Ditadbir secara demokrasi
berparlimen
C Diperintah oleh kerajaan yang
berdaulat
D Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang
baik
(STPM 2013)
2. Yang manakah ciri asas konsep sesebuah
negara?

I Raja yang berdaulat


II Penduduk yang tetap
III Sistem ekonomi yang kukuh
IV Sistem kerajaan yang teratur

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV (STPM 2014)
3. Yang manakah menjadikan Malaysia negara
berdaulat?

I Penduduk yang berbilang kaum


II Parti politik yang memimpin negara
III Keupayaan mengawal hal ehwal negara
IV Perlembagaan Persekutuan yang menjamin
kestabilan negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV (STPM 2015)
4. Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah
sebuah negara berdaulat?

I Sistem pentadbiran yang telus


II Bebas daripada pengaruh dan tekanan
kuasa asing
III Identiti kebangsaan yang berteraskan
Rukun Negara
IV Kepimpinan negara yang berwawasan dan
berkarisma

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV (STPM 2016)
5. Yang manakah penyataan yang
menunjukkan Malaysia sebuah negara yang
berdaulat?

A Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi


B Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa
C Kuasa politik berdasarkan tolak ansur
pelbagai kaum
D Ekonomi negara dikongsi bersama oleh
pelbagai kaum

(STPM 2017)
6 . Yang manakah penyataan yang benar tentang
konsep negara berdaulat?

I Mempunyai identitinya sendiri


II Mempunyai penduduk yang tetap
III Mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan
IV Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa
luar

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

(STPM 2018)
7 . Yang manakah ciri-ciri bagi sesebuah
negara berdaulat?

I Tidak dijajah oleh kuasa luar


II Diterajui oleh parti politik tertentu
III Berupaya menjalin hubungan diplomatik
IV Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
(STPM 2019)
8. Mengapakah Malaysia memerlukan
sempadan sendiri?
I Mengawal pergerakan manusia dan
barangan
II Memperluas sumber kekayaan negara
III Menguruskan pilihan raya umum
IV Menjamin keselamatan negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
(STPM 2020)
9. Situasi yang manakah yang menjejaskan
Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?
I Kebanjiran pekerja asing dalam negara
II Percanggahan pendapat antara pemimpin

negara
III Tindakan rakyat yang mengkritik kerajaan
IV Pencerobohan sempadan perairan negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
(STPM 2021)
Jawapan

No Jawapan No Jawapan No Jawapan


1 C 4 C 7 B
2 C 5 B 8 B
3 D 6 B 9 B
KUIZ
PENGAJIAN AM

BAHAGIAN A
TOPIK 2

DISEDIAKAN OLEH :
GROUP 900/1 FH
1. Yang manakah pelanggaran kebebasan
asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

A En. P tidak dibenarkan memasuki negeri


Sarawak
B En. Q diambil tanahnya dengan bayaran
pampasan yang dipersetujui
C En. R dirampas hartanya kerana terlibat
dalam aktiviti pengubahan wang haram
D En. S dihalang daripada berunding dengan
peguam pilihannya semasa dalam tahanan

(STPM 2013)
2. Yang manakah benar tentang
Perlembagaan Persekutuan?

I Tidak boleh dibuat pindaan


II Asas kepada pembentukan kerajaan
III Merupakan undang-undang tertinggi
IV Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
(STPM 2013)
3. Yang manakah tugas badan
kehakiman?

A Meluluskan undang-undang negara


B Menggubal undang-undang negara
C Melaksanakan undang-undang negara
D Menentukan kesahan undang-undang
negara

(STPM 2014)
4. Yang manakah pindaan dalam
Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan
persetujuan Majlis Raja-Raja?

A Jemaah Menteri
B Bahasa Kebangsaan
C Keanggotaan Parlimen
D Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

(STPM 2015)
5. Jenis Pemohon
kewarganegaraan
I Masukan X - Seorang warganegara India
- Suaminya seorang warganegara Malaysia
II Pendaftaran Y - Bayi dilahirkan di Malaysia
- Bapanya bertaraf pemastautin tetap
III Kuatkuasa undang- Z - Seorang jurutera warganegara Bangladesh
undang - Telah bekerja di Malaysia selama 15 tahun

Yang manakah padanan yang betul antara jenis kewarganeraan dengan


pemohon?
X Y Z

A I II III
B II III I
C III I II
D III II I
(STPM 2015)
6. - Pn. Y ialah seorang wanita warga asing yang
berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia
- Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun
sebelum tarikh permohonan untuk
mendapatkan kewarganegaraan Malaysia
Yang manakah cara untuk Pn. Y mendapatkan
kewarganegaraan Malaysia?

A Masukan
B Pendaftaran
C Percantuman wilayah
D Kuat kuasa undang-undang

(STPM 2016)
7 . Yang manakah penyataan yang
merujuk konsep ketertinggian
Perlembagaan Persekutuan?

A Perlembagaan tidak boleh dipinda


B Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan
Perlembagaan
C Perlembagaan Persekutuan menjadi punca
semua jenis undang-undang
D Mahkamah tidak berkuasa untuk
membatalkan undang-undang yang
bercanggah dengan Perlembagaan
(STPM 2017)
8. Yang manakah penyataan yang
merujuk kepada kebebasan diri menurut
Perlembagaan Persekutuan?

A Semua orang dilayan sama rata di sisi


undang-undang negara
B Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu
sebab-sebab ia ditangkap
C Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke
seluruh Persekutuan
D Setiap individu yang dibebaskan daripada
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula

(STPM 2017)
9 . Yang manakah cara pindaan syarat-syarat
kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?

A Majoriti mudah Majlis Parlimen


B Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
C Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dengan diperkenan Yang di Pertuan Agong
D Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dengan perkenan Yang di Pertuan Agong dan Majlis
Raja

(STPM 2018)
En. Z lahir di Persekutuan selepas bulan
September 1962 dan ibunya seorang
pemastautin tetap
10. Yang manakah cara En. Z untuk
mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

A Kuat kuasa undang-undang


B Percantuman wilayah
C Pendaftaran
D Masukan
(STPM 2018)
11. Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
mengandungi :
• Senarai Persekutuan
• Senarai Negeri
• Senarai Bersama

Perkara di atas merujuk kepada pentadbiran yang


berdasarkan
A penurunan kuasa
B pemusatan kuasa
C pengasingan kuasa
D pembahagian kuasa
(STPM 2019)
12. Seorang pakar perubatan dari Britain yang
telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun
boleh menjadi warganegara Malaysia
setelah memenuhi beberapa syarat
secara

A pendaftaran
B naturalisasi
C percantuman wilayah
D kuat kuasa undang-undang
(STPM 2020)
13. Wanita A :
• Warganegara Indonesia
• Bersuamikan seorang warganegara Malaysia
• Berkelakuan baik dan bermastautin di
Malaysia sejak tahun 2010

Wanita A di atas boleh mendapat taraf


kewarganegaraan melalui kaedah

A masukan
B pendaftaran
C percantuman wilayah
D kuat kuasa undang-undang
(STPM 2021)
14. Yang manakah jaminan Perlembagaan
Persekutuan kepada rakyat Malaysia?

A Kebebasan bersuara
B Sumber kewangan
C Keperluan asas
D Kualiti hidup
(STPM 2022)
15. Encik Y lahir di London selepas Hari
Kemerdekaan dan bapanya pada masa kelahiran
Encik Y ialah warganegara Malaysia yang
berada dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri

Berdasarkan penyataan di atas, yang


manakah cara kemasukan Encik Y sebagai
warganegara Malaysia?

A Masukan
B Pendaftaran
C Percantuman wilayah
D Kuat kuasa undang-undang
(STPM 2022)
16. Yang manakah yang benar mengenai
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
I Merupakan sumber rujukan undang-undang
II Boleh dipinda dengan persetujuan Speaker Dewan
III Mengandungi tatacara pelantikan Yang di-Pertuan
Agong
IV Merupakan satu bentuk undang-undang tinggalan
penjajah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV (STPM 2022)

You might also like